Pages

Sunday, February 19

Perfectionist?

Semalam, selepas habis mesyuarat, sambil-sambil menyusun kuih-muih ke dalam bekas, saya bercakap-cakap dengan Adilah Nawam.

"Aku ni kalau nak masak, mesti nak semua bahan ada, bahan pulak mesti nak kena yang sesuai.. Pisang kena cukup lebu baru nak buat cekodok pisang."



"Aku ada dengar jugak. Diorang cakap kau memang jenis perfectionist." Sambut Adilah.

Saya merenung Adilah.

"Diorang cakap eh?" Wajahnya saya renung.

"Tu dulu la, masa aku sekolah dulu ya. Sekarang bila biasa kerja dengan ramai orang, aku tak rasa aku boleh kekalkan sikap tu," Sambung saya.

"A'a kan, kalau tak mesti susah orang nak cope dengan standard kau. Ye lah, setiap orang ada standard level yang berbeza-beza," Adilah menyambung kalam saya.

Benar, kalau dulu, saya memang mementingkan perfection dalam kerja. Ironinya, dalam pelajaran tidak pula. Dalam pelajaran saya sekadar di piawai high achiever. (Perfectionist atau High Achiever, baca di sini).

Kalau assignment atau apa sahaja tugasan yang diberi, selagi belum disemak dan dikemaskan satu-satu, jangan haraplah saya akan melelapkan mata.



Tapi hidup di Mesir mengajar saya untuk lebih qanaah. Bekerja dengan ramai orang membuatkan saya memahami terlampau mementingkan kesempurnaan adalah kelemahan saya.

Sekarang, pisang lebu atau tidak saya bedal sahaja. Bahan yang ada di rumah, itulah yang akan diguna. ;)

Silalah perhatikan artikel-artikel zaman-zaman dulu saya. Semuanya ditaip dengan kemas. Tapi semakin lama, semakin berterabur.

Bayangkan kalau saya mengekalkan sikap begini, agak-agak dengan tugas sebagai Timbalan Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan, berapa banyak hasil kerja orang yang saya reject?


Alhamdulillah, kuiz yang diambil sebentar tadi telah membuktikan saya sudah sembuh dari penyakit perfectionism ini. Ya, perfectionism adalah satu penyakit!

Dulu, saya tak mungkin boleh terima kalau saya buat silap. Tapi sekarang, dah belajar menerima kesalahan diri serta rajin-rajin minta maaf. :)

(Tapi bimbang jugak makin lama makin hilang sikap itu dan akhirnya membuatkan hasil kerja merudum. Nauzubillah. Individu Muslim buat kerja kena jaga standard!)

Nota kaki: Adilah seorang kawan yang berbakat dalam bidang psikologi dan motivasi. Beliau juga baru terkena kejutan setelah mengetahui karakter sebenar saya setelah kami bermusafir bersama ke Luxor dan Aswan. "Tak sangka aku Humairah macam ni rupanya", kata beliau ;)

No comments:

Post a Comment

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^