Hari ini beru berkesempatan mencatat nota, kebetulan balik daripada Majlis semalam, terjumpa kata-kata 'pujangga' yang menyelar sikap malas menulis, tapi asyik berfacebook.
Ceramah Kesedaran
Peluang yang diberikan pengurusan majlis kepada YB Zulkifli Nordin untuk berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir saya kira sebagai satu langkah yang tidak cermat.
Gusar teman-teman di sebelah menambahkan ketidak tenteraman pada perasaan saya. Nasib baik perkataan "What the hell" tidak terlintas di kepala ketika itu, maka saya kira saya masih mampu bersopan. ^_^
YB Zulkifli diberikan ruang berucap di pentas, dan peluang itu diambilnya bagi melontarkan segenap kritikan yang terlintas di fikiran beliau. Bagi saya, "membebel" bukanlah langkah paling bijak untuk diambil seorang YB yang berusia "ayah" dalam perjumpaan bersama mahasiswa. Apatah lagi, isu yang dikupas, langsung tidak mengena dengan hadirin yang hadir!
Umum tahu, yang dijemput dalam majlis tersebut adalah majoritinya mahasiswa Sains Kesihatan, melalui agensi masing-masing. Melalui pengamatan saya, yang mendapat jemputan khas adalah ISMA, MedicMesir, Kelab UMNO, dan Kelab Peguam Muda (or anything that sounds like it, you know~), selain kami pelajar-pelajar Tajaan JPA.
Isi Masa vs Bazir Masa
Sebagai mahasiswi yang aktif berpersatuan, saya merasa 'tembakan-tembakan' wajar ditujukan kepada saya. Masakan tidak, jika mahu dibandingkan dengan pimpinan-pimpinan pelajar yang hadir atas tiket jemputan, bagi saya, PERUBATAN lah persatuan yang paling aktif. Setiap minggu ada program. Kalau bukan program, urusan pengurusan dan perancangan yang juga menelan masa.
Beliau mengulas dengan lanjut tentang mahasiswa Mesir dan politik. Mahasiswa Mesir dengan prestasi akademik yang lemah. Mahasiswa Mesir tidak mampu menguasai Bahasa Arab. Mahasiswa Mesir tidak menghadiri kelas. Kata beliau, itu adalah apa yang beliau dengar dari Syeikhul Azhar. Maka, saya persilakan kepada Pelajar Al-Azhar yang hadir - yang saya kira dari jurusan Sains Kesihatan dan majoritinya di bawah kelolaan MedicMesir - untuk mengambil ibrah. *wink2, kidding*
Untuk pengetahuan beliau, kami meninggalkan kelas untuk menghadiri ramah mesra bersama PM. Namun kami telah memaklumkan pengurusan universiti berkaitan perkara ini kerana kelas adalah urusan hidup kami di sini. Berkaitan peperiksaan, walaupun untuk 20 markah daripada 300 atau 500 markah penuh, kami sanggup mengosongkan segala jadual kami 3-4 hari sebelum peperiksaan.
Banyak bukti bagaimana golongan yang bergiat sebagai tulang belakang dalam persatuan (khususnya PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang bergerak aktif) menunjukkan pencapaian akademik yang membanggakan. Maka bagi saya, jika mahu dikaitkan masalah akademik dengan pengurusan masa, hendaklah kita turut berhasrat untuk membantu golongan-golongan yang tidak terlibat dengan komuniti, dan lebih memilih untuk membuang masa dengan aktiviti yang tidak mempunyai tujuan dan manfaat.
Lawatan Presiden UMNO ke Gaza?
Selain itu, YB Zulkifli turut menyelar pihak-pihak yang menuding jari bahawa tujuan PM membuat lawatan ke Gaza adalah untuk manfaat UMNO. Bagi saya, dalam dewan semalam, isu itu tidak timbul. Malahan ia adalah permintaan daripada kami, rakyat Malaysia yang mahu melihat partisipasi pemerintahan negara kami tercinta dalam isu Umat Islam.
Seterusnya, pesanan terakhir YB Zul sejurus sebelum PM memasuki dewan, supaya para pelajar menerima PM sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, dan menghapuskan segala sangka buruk kepada PM, saya kira sebagai satu manifestasi paranoid yang ada. Bagi saya, tiada hadirin dalam dewan ataupun mana-mana rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima DS Najib sebagai PM Malaysia. Adapun pandangan terhadap karakter dan pentadbiran beliau, itu hak individu.
Dalam memuji keberanian YAB PM melakukan ziarah ke Gaza bersama keluarga, satu perkara yang membuatkan saya agak terkilan juga adalah, beliau sebagai ahli Parlimen Malaysia, menyebut bahawa: "Isteri Dr. Mursi pun takut nak masuk Gaza". Bagi saya, ini adalah satu pertuduhan yang cukup berat dan dibuat dengan tidak cermat. Beliau juga memberi kami gambaran bahawa Presiden Mesir sendiri masih tidak berani menjejakkan kaki ke Gaza.
Secara kesimpulan, saya merasakan YB Zul terlalu terbawa-bawa dengan ideologi politik "tukar parti" beliau sendiri sehingga mewujudkan satu suasana yang sangat defensif dan sukar dicerna oleh pendengar.
UCAPAN YAB DS PERDANA MENTERI
YAB PM memfokusan ucapan kepada pengalaman beliau di Gaza. Di samping itu, beliau menyelitkan tentang betapa kami perlu bersyukur.
Dibandingkan dengan pemuda-pemuda Gaza, kami boleh merancang setelah 2 tahun berkerja, kami akan membeli kereta. Setalah itu, kami boleh memulakan down-payment untuk pemilikan rumah. Di situ peranan yang kerajaan mainkan, untuk mewujudkan ruang pekerjaan. Untuk itu, saya menyarankan kerajaan membuka lebih ruang dalam dunia penyelidikan dan akademik.
Namun bagi saya, pemuda-pemuda Gazalah yang jauh lebih beruntung. Mereka melihat akhirat dan syahid sebagai matlamat. Tumpuan hidup mereka adalah tentang kebahagiaan di alam yang tiada berkesudahan. Pekerjaan mereka adalah memelihara dan membebaskan tanah suci hak milik Ummat Islam. Tiada kepentingan individu yang perlu direbut, malah nyawa jadi taruhan.
Namun bagi saya, pemuda-pemuda Gazalah yang jauh lebih beruntung. Mereka melihat akhirat dan syahid sebagai matlamat. Tumpuan hidup mereka adalah tentang kebahagiaan di alam yang tiada berkesudahan. Pekerjaan mereka adalah memelihara dan membebaskan tanah suci hak milik Ummat Islam. Tiada kepentingan individu yang perlu direbut, malah nyawa jadi taruhan.
Kerajaan BN dan Hudud
Satu perkara yang menarik minat saya, YAB PM menyebut bahawa pendirian Malaysia tentang hudud adalah "Keadaan masih belum sesuai untuk dilaksanakan". YAB menyebut stand ini dengan wajah yang berseri-seri dan dengan yakin. Maka, ini memberi harapan kepada saya, bahawa kerajaan Malaysia di bawah teraju BN juga ada dalam fikiran mereka bahawa hudud perlu juga mesti dilaksanakan.
Cuma apa yang masih menjadi persoalan saya, apakah usaha-usaha kerajaan di bawah teraju BN bagi memastikan keadaan akan menjadi sesuai untuk hudud dilaksanakan? Dan apakah indikator bahawa keadaan sudah sesuai? Adakah implementasi hudud sebagai perundangan telah menjadi subjek kajian mana-mana Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Sungguh, tutur YAB PM memberi saya senyuman, kerana pelaksanaan hudud turut menjadi perhatian. ;)
Kerajaan, KBMK, EME dan Masalah Akademik Pelajar
YAB PM menyebut tentang pesanan PM Mesir, bahawa rakyat Malaysia di Mesir tidak harus menjadikan kehadiran kami di Mesir seperti memindahkan sekeping tanah dari Malaysia ke bumi Mesir. Bagi saya pesanan ini sangat tinggi nilainya.
Selain itu, merumuskan ucapan PM juga, beliau turut menyebut tentang masalah penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar, dan masalah pencapaian akademik yang merudum. Maka saya kira, selain memberi pesanan kepada pelajar, adalah teramat penting untuk YAB PM memberi peringatan kepada pihak EME untuk memberi perhatian dalam pembangunan akademik pelajar dengan sebarang usaha yang boleh. Setakat pemerhatian saya, EME setakat ini tidak langsung memainkan peranan bagi membantu pelajar belajar dalam keadaan terbaik, dan seterusnya cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
____________________
Ruginya tak dapat jumpa Datin Rosmah live, biasanya kalau Majlis Ramah Mesra isteri pimpinan ada sekali :)
terbaik kak humairah...!! =)
ReplyDeleteSy xnmpak seorg yg singgah gaza just for 30min tu sgt berani. Not to mention rafah crossing trpaksa ditutup in order nak bagi beliau masuk..
ReplyDeleteBut let's put that aside..
Di malaysia, berita pemergian PM ke gaza mndapat liputan yg sangat hebat. Sehinggakan pemimpin2 umno ada yg mengatakan apa yg pm buat ini lagi xda pemimpin pembangkang yg berani buat or pemimpin pembangkang semua takut nak masuk gaza. Walhal kalau rujuk harakahdaily last week, Dr rani dan rombongan yayasan amal dah ada di sana utk projek mereka di gaza.
Situasi dan liputan yg sgt berlebih2an di malaysia mnyebabkn sy rasa tindakan beliau tidak lebih dari hanya gimik politik. Ulama muda umno yg sebelum ini mngatakan tiada jihad di falastin berebut2 memuji sikap berani PM kita.
So, kenapa beliau ke gaza? Kita serahkan persoalan niat itu kepada Allah.
Ada lagi nak tulis, myb later on bila dah rsa rajin sikit.. ;)