Pages

Wednesday, April 24

Adakah Saya Mengundi untuk Negara Islam?


Kenapa Saya Pulang Mengundi?

Persoalan ini asasnya tiada sesiapa pun pernah tanyakan kpd saya. Saya kira ini bermaksud masyarakat di sekeliling saya benar-benar faham kepentingannya, namun mereka masih memilih utk berpegang bahawa "Itu pegangan dan keutamaan bagi awak, tapi saya memilih utk berbeza."

Persoalan yang lebih sering dibangkitkan adalah tentang negara Islam atau negara bagaimana yang ingin saya lihat. Seperti yang pernah saya coretkan di FB sebelum ini, saya boleh menunggu untuk sebuah negara Islam. Allah takkan mudah-mudah naikkan taraf kita andai kita sendiri belum bersedia. Rakyat Malaysia yang Muslim, yang membentuk majoriti 60% pun masih ramai yang menolak untuk berpegang kepada Islam, bagaimana mungkin kita mengharapkan masyarakat bukan Islam untuk mampu menerima pentadbiran Islam?

Perubahan yang lebih besar yang saya ingin lihat di Malaysia adalah perubahan pada pengurusan, terutamanya pengurusan kewangan. Ketirisan wang, rasuah, kroni, monopoli dan pelbagai lagi istilah ekonomi yang saya juga kurang arif, membuatkan saya yakin bahawa negara kita akan terus berundur ke belakang dalam suasana pengurusan kewangan sedemikian rupa.



Tiada amanah langsung pada diri yang diberi amanah. Rakyat dilayan seperti hamba. Diugut, ditakutkan, disemat keyakinan bahawa hanya mereka yg boleh menjamin keamanan dan rezeki buat warga.

Ketepikan sebentar isu negara Islam. "Restore the country", baiki negara dari segala penyelewengan adalah perkara yg saya lihat sebagai keutamaan. Secara tidak langsung, ini bermaksud, install dahulu nilai-nilai Islam, atau dengan istilah yang lebih popular, Good Governance.

Common Sense yang Hilang


Apa yang berlaku, kes-kes yang didedahkan terbukti menunjukkan penguasa sudah hilang common sense dalam mengatur hidup marhaen. Mereka boleh tanpa rasa bersalah mengaut kekayaan negara untuk diri, keluarga dan orang terdekat. Bagaimana boleh mereka berbangga dengan bantuan Badan Kebajikan Masyarakat bernilai RM 300 sebulan, sedangkan yang masuk dalam poket orang yang tidak berhak adalah berjuta kali ganda nilai bantuan bg yang berhak?

Saya mahu pemimpin yang mempunyai nilai common sense, sekalipun beliau jahil tentang Islam. Kejahilan terhadap agama adalah satu pernyataan masalah yang akan dibalikkan persoalannya kepada tugas pendakwah. Namun kehilangan common sense, adalah perkara yang membuatkan manusia itu hilang manusiawi. Bagaimana mungkin seorang yang kehilangan manusiawi kita lantik jadi pimpinan?

Saya boleh menghormati mereka yang menyokong dan mendokong UMNO, namun pada masa yang sama masih mengekalkan common sense serta kewarasan, dengan mengenali batas dalam setiap perlakuan. Ya, hidup ini ada batasnya!

Oh, belum masuk isu permainan kotor. Belum masuk kisah strategi-strategi luar alam, luar tabiat manusiawi yang berakal yang dilaksanakan bagi mengekalkan kuasa. Belum masuk kisah video seks meruntuh peribadi yang dibuat lantas menjadi tatapan dan hebahan umum. (Mungkin kerana saya kurang berminat membaca dan melihat isu ini, kerana tektik kotor dan mereka berpisah tiada).


UMNO Harusnya Masih Boleh Berkuasa

Pernah juga saya coretkan, kerajaan yang diteraju UMNO-BN sekarang masih boleh berkuasa sekiranya mereka mahu berubah, "regain the trust of the society". Yang mereka perlukan hanya sebuah perubahan, untuk mula melihat dari kacamata rakyat yang sudah muak dengan pembawaan 55 tahun.

Kenapa tidak mereka menjadikan diri mereka boleh dihormati? Kenapa tidak mereka cuba berubah untuk tidak lagi pecah amanah? Kenapa tidak mereka menunjukkan usaha bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan? Kenapa tidak mereka hentikan strategi-strategi kotor dan mula bertindak seperti ahli politik matang dan waras? Kenapa dan kenapa, senarai ini boleh bertambah, namun jawabnya, kerana mereka adalah mereka! 55 tahun dibelai kuasa.

Alangkah baiknya kalau lebih ramai tokoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam UMNO, yang jelas lebih matang dan menilai sebelum berpendirian, seterusnya menjadikan dirinya boleh dihormati.


Ini Kalilah!

Apa kata kita beri mereka sepenggal masa untuk berehat dan bermuhasabah? Atau mungkin juga merancang dengan lebih baik untuk pembawaan pada penggal akan datang? ;)



Tak main-main ni, lepas turun dari jawatan, kita akan boleh melihat dengan lebih objektif, sebab tu Tun Dr M banyak bersuara lepas dah turun. 

Buat rakyat Malaysia, ini Kalilah, kita Ubah!



Monday, February 25

Usul Bantahan untuk MAK, Wajarkah ke MAT-9?

Dokumen ini sebenarnya telah saya sediakan sebagai Usul Bantahan sempena Mesyuarat Agung Khas kali Pertama (MAK-1) pada 30 November yang lepas.

Namun, percaya atau tidak, pada saat saya ingin menghantar dokumen ini (5 jam sebelum waktu tamat untuk penghantaran), semua connection internet (pada waktu itu kami masing-masing menggunakan broadband), saya dan rakan-rakan serumah tidak berfungsi.

Saya cuba menghantarnya melalui smartphone dan Android rakan-rakan saya, tetap juga fail gagal untuk dimuat naik.

Terfikir juga, logikkah untuk saya memohon khidmat musyrif semata-mata untuk ke rumah seseorang yang mempunyai talian internet.

Jadi begitulah kisahnya, saya papar di sini kali ini, kalau-kalau anda semua mempunyai idea dan pemikiran yang serupa dengan saya, untuk dibawa ke MAT-9. (I am a little bit exhausted now, tak boleh berfikir elok pasal usul dan ya, hantar usul dan melalui sesi pembentangan, perbahasan adalah sesuatu yang agak memenatkan). Jadi, basically, saya masih berkira-kira sama ada untuk membawa usul-usul ini (dengan beberapa perubahan) atau tidak.

Maka, kalau anda punya idea yang sama dengan saya, saya alu-alukan untuk anda bawakannya. :D


Jujurnya, saya sudah sedikit "berputus asa", namun setelah meneliti hasil MTC keempat-empat Cawangan, saya merasakan seolah-olah satu pertanggungjawaban untuk saya memperjuangkan kembali pindaan perlembagaan ini.

Saya amat merasai semangat kesatuan dan usaha ke arah "membulatkan" suara pada perlembagaan lama, yang amat-amat meraikan suara ahli.

Saya perlukan sokongan yang mapan untuk saya membawa usul-usul ini. Haha

PENAT.

Monday, January 28

Profesional 5 Bintang, Perkongsian Saya

WHICH MATTERS; YOUR POSITION OR INFLUENCE?

Barisan Panel Akademik bersama Doktor. Panel ini bertanggungjawab menetapkan tema, tajuk pengisian, pemilihan pengisi, dan format pengisian. Pendek kata, seluruh agenda dalam seminar dipertanggungjawabkan kepada panel ini. (3 ahli Panel ikhwah tiada dalam gambar)
Ketika bercakap dengan Timb. Ketua Panel Akademik, saya sering berbisik, "tajuk aku..". Sewaktu saya menjadi ahli Panel Akademik Seminar PERUBATAN kali ke-5 secara rasmi, skop untuk tajuk dengan tema leadership telah pun diputuskan. Namun, menyedari kelemahan saya sendiri dalam membina pengaruh, dan juga hal yang sama pada majoriti warga PERUBATAN, maka saya melihat pembinaan pengaruh adalah kriteria terpenting sebagai asas kepimpinan.

Saya berhujah. Saya fight untuk skop kepimpinan melalui pengaruh yang ditekankan. Bagaimana kita mahu jadi HO yang, kadang-kala ditakrifkan sebagai Hamba Orang, namun masuh mampu memimpin dan membina suasana yang lebih baik dalam keadaan sekitarnya.

Bagaimana untuk kita, menjadi seorang mahasiswa yang, sekalipun tiada jawatan, namun suara dan pandangan kita sangat dinanti.

Jawapannya terletak pada jati diri. Nilai akhlak dan peribadi, yang membina izzah dalam diri. Cara untuk membinanya, tak lain tak bukan, berhajat kepada ilmu yang dalam, sisi pandang yang tajam, serta keprihatinan dan minat kita kepada manusia.

Antara lain, saya turut teringat pengisian ceramah daripada Ustaz Hasrizal sewaktu kami di INTEC. Kata Ustaz, kenapa pelajar KISAS (no offense) sewaktu di sekolah sangat gah, namun apabila dia bersendirian, dia tida mampu membawa rakan-rakannya. Maka saya mendapat pengajaran yang sangat berharga malam itu, nilai kita adalah pada kekuatan jati diri yang membawa kepada pembinaan pengaruh, bukannya pada jawatan yang dipinjamkan.


FORUM : THE IMPENDING HEALTHCARE GRADUATES OVERSUPPLY; REALITY OR MYTH?

Tajuk ini juga merupakan tajuk yang mendapat perhatian khusus saya. Ketika membuat pembacaan dari pelbagai sumber internet bagi mengkaji isu ini dan seterusnya membina flow perbincangan forum, saya seakan-akan menemui jalan buntu bagi sebuah penyelesaian. Apa yang saya nampak hanyalah, masalahnya pada planning dan sistem. Complex system, bak kata Dr. Syed. Pada waktu itu, yang ada di kepala saya hanyalah pengangguran, tidak semua orang boleh ke bidang klinikal, masalah dalam merebut ruang membuat kepakaran, masalah tiada tenaga pengajar yang akan melatih HO dan sebagainya. 

Saya memilih untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menggesa kerajaan mengambil langkah yang lebih pragmatik dalam menyelesaikan isu latihan HO, dan seterusnya pembahagian doktor yang saksama di kawasan bandar dan luar bandar. 

Dr. Omaima sendiri, memberitahu saya, secara peribadi, apabila tajuk ini dibawa kepada beliau, tajuk ini telah menarik perhatian beliau untuk membuat kajian yang lebih terperinci terhadap isu ini.

Justeru, saya sangat menyukai cara Dr. Omaima yang meninggalkan kita dengan persoalan-persoalan untuk kita fikirkan. 

Secara kesimpulannya, dua perkara yang dapat saya gulungkan melalui tajuk ini:
1) Jurusan perubatan, seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain, adalah satu ilmu. Ilmu yang akan menjadi bekalan kehidupan, bukan ilmu yang menjamin kerjaya sebagai Perawat, Pensyarah dan sebagainya. 

2) Meningkatkan kualiti diri, dan berusaha bagi memastikan policy maker dalam negara adalah orang-orang yang membawa aspirasi agama, meletakkan kepentingan umum sebagai keutamaan, dan melaksanakan gerak kerja dengan dasar-dasar yang selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar profit-gain.



STUDENT ACTIVISM: THE NEXT GLOBAL PLAYER


Untuk tajuk ini, saya lebih berminat berkenaan dengan makna aktivisma itu sendiri. Sering istilah aktivisma kita bayangkan sebagai gerak kerja di luar negara. Di bumi Palestin, Syria, Kemboja dan sebagainya. Namun kita lupa, kadang kala jiran sebelah rumah kita ditimpa masalah, kita lebih memilih untuk sekadar bertanya khabar. Sahabat-sahabat kita ditindas pegawai yang zalim, kita memilih untuk sekadar like di FB. Kawan kita ditimpa musibah, kita lebih memilih untuk tunggu dengar berita. Kesimpulannya, aktivisma adalah keprihatinan kita terhadap masyarakat. Sensitiviti kita kepada perubahan di sekeliling dan keupayaan kita untuk memberi respon dengan cara terbaik, dengan tindakan yang akan merubah daripada bad prognosis kepada good prognosis.


"Each time a person stands up for an ideal, or acts to improve the lot of others, or strikes out against injustice, he sends forth a tiny ripple of hope, and crossing each other from a million different centers of energy and daring, these ripples build a current that can sweep down the mightiest walls of oppression and resistance."
~ Robert Kennedy 



HEALTH INNOVATION, THE BLUE OCEAN STRATEGY

Slot ini sememangnya mencipta satu sudut pandang yang berbeza. Selama ini kita hanya didendangkan dengan berfikir secara kreatif. Bagi saya, orang sering memberi pesanan untuk berfikir di luar kotak. Tapi, alangkah lebih baik kalau kita terus buang kotak tersebut? 

Slot ini memberi satu tamparan khusus buat saya, yang selama ini merasakan diri ini telah mempraktiskan idea think different (dare to be different, to be exact). Tapi rupanya saya masih belum cukup different.


PENGAJARAN
Ada beberapa perkara yang saya belajar, daripada seminar dan daripada pengalaman.

  • Kita mempunyai kekurangan tenaga pemikir. Peringatan Dr. Azrin, betapa sewaktu kecil kita sangat kreatif, tapi akhirnya daya itu hilang, sangat benar. Masakan tidak, di sekolah dan di kampus, kita hanya perlu menghafal buku. Mengingati teknik-teknik menjawab soalan yang sudah diajar guru dan pensyarah. Kita tidak dilatih dengan baik untuk sentiasa berfikir dan mencari jalan bagi sesuatu yang tidak pernah diajar sebelum ini.
  • Untuk menjadi orang hebat, selain kerajinan meneladani ilmu, berada dekat dengan orang hebat memainkan peranan yang sama penting. Terinspirasi melalui buku, sedikit berbeza dengan terinspirasi melalui perwatakan.
  • Kita memerlukan figure atau tokoh sedari zaman mahasiswa. Penciptaan ikon-ikon dalam PERUBATAN adalah sesuatu yang penting.

Sungguh, terlalu banyak perkara yang saya masih perlu belajar. Untuk blend-in kan semua ciri-ciri yang perlu bagi menjadi seorang Muslim Profesional bertaraf 5 Bintang, bukan "semudah" memutuskan pengisian dan perkongsian yang mahu diperoleh dalam seminar. 


Thursday, January 24

2 Soalan bersama PM, Lunch Berasingan, dan 'Motivasi' bersama YB Zulkifli

Hari ini beru berkesempatan mencatat nota, kebetulan balik daripada Majlis semalam, terjumpa kata-kata 'pujangga' yang menyelar sikap malas menulis, tapi asyik berfacebook. 


Ceramah Kesedaran 

Peluang yang diberikan pengurusan majlis kepada YB Zulkifli Nordin untuk berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir saya kira sebagai satu langkah yang tidak cermat. Gusar teman-teman di sebelah menambahkan ketidak tenteraman pada perasaan saya. Nasib baik perkataan "What the hell" tidak terlintas di kepala ketika itu, maka saya kira saya masih mampu bersopan. ^_^ 

YB Zulkifli diberikan ruang berucap di pentas, dan peluang itu diambilnya bagi melontarkan segenap kritikan yang terlintas di fikiran beliau. Bagi saya, "membebel" bukanlah langkah paling bijak untuk diambil seorang YB yang berusia "ayah" dalam perjumpaan bersama mahasiswa. Apatah lagi, isu yang dikupas, langsung tidak mengena dengan hadirin yang hadir! 

Umum tahu, yang dijemput dalam majlis tersebut adalah majoritinya mahasiswa Sains Kesihatan, melalui agensi masing-masing. Melalui pengamatan saya, yang mendapat jemputan khas adalah ISMA, MedicMesir, Kelab UMNO, dan Kelab Peguam Muda (or anything that sounds like it, you know~), selain kami pelajar-pelajar Tajaan JPA. 


Isi Masa vs Bazir Masa

Sebagai mahasiswi yang aktif berpersatuan, saya merasa 'tembakan-tembakan' wajar ditujukan kepada saya. Masakan tidak, jika mahu dibandingkan dengan pimpinan-pimpinan pelajar yang hadir atas tiket jemputan, bagi saya, PERUBATAN lah persatuan yang paling aktif. Setiap minggu ada program. Kalau bukan program, urusan pengurusan dan perancangan yang juga menelan masa. 

Beliau mengulas dengan lanjut tentang mahasiswa Mesir dan politik. Mahasiswa Mesir dengan prestasi akademik yang lemah. Mahasiswa Mesir tidak mampu menguasai Bahasa Arab. Mahasiswa Mesir tidak menghadiri kelas. Kata beliau, itu adalah apa yang beliau dengar dari Syeikhul Azhar. Maka, saya persilakan kepada Pelajar Al-Azhar yang hadir - yang saya kira dari jurusan Sains Kesihatan dan majoritinya di bawah kelolaan MedicMesir - untuk mengambil ibrah. *wink2, kidding* 

Untuk pengetahuan beliau, kami meninggalkan kelas untuk menghadiri ramah mesra bersama PM. Namun kami telah memaklumkan pengurusan universiti berkaitan perkara ini kerana kelas adalah urusan hidup kami di sini. Berkaitan peperiksaan, walaupun untuk 20 markah daripada 300 atau 500 markah penuh, kami sanggup mengosongkan segala jadual kami 3-4 hari sebelum peperiksaan. 

Banyak bukti bagaimana golongan yang bergiat sebagai tulang belakang dalam persatuan (khususnya PERUBATAN sebagai sebuah persatuan yang bergerak aktif) menunjukkan pencapaian akademik yang membanggakan. Maka bagi saya, jika mahu dikaitkan masalah akademik dengan pengurusan masa, hendaklah kita turut berhasrat untuk membantu golongan-golongan yang tidak terlibat dengan komuniti, dan lebih memilih untuk membuang masa dengan aktiviti yang tidak mempunyai tujuan dan manfaat. 

Lawatan Presiden UMNO ke Gaza? 

Selain itu, YB Zulkifli turut menyelar pihak-pihak yang menuding jari bahawa tujuan PM membuat lawatan ke Gaza adalah untuk manfaat UMNO. Bagi saya, dalam dewan semalam, isu itu tidak timbul. Malahan ia adalah permintaan daripada kami, rakyat Malaysia yang mahu melihat partisipasi pemerintahan negara kami tercinta dalam isu Umat Islam. 

Seterusnya, pesanan terakhir YB Zul sejurus sebelum PM memasuki dewan, supaya para pelajar menerima PM sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia, dan menghapuskan segala sangka buruk kepada PM, saya kira sebagai satu manifestasi paranoid yang ada. Bagi saya, tiada hadirin dalam dewan ataupun mana-mana rakyat Malaysia yang tidak dapat menerima DS Najib sebagai PM Malaysia. Adapun pandangan terhadap karakter dan pentadbiran beliau, itu hak individu. 

Dalam memuji keberanian YAB PM melakukan ziarah ke Gaza bersama keluarga, satu perkara yang membuatkan saya agak terkilan juga adalah, beliau sebagai ahli Parlimen Malaysia, menyebut bahawa: "Isteri Dr. Mursi pun takut nak masuk Gaza". Bagi saya, ini adalah satu pertuduhan yang cukup berat dan dibuat dengan tidak cermat. Beliau juga memberi kami gambaran bahawa Presiden Mesir sendiri masih tidak berani menjejakkan kaki ke Gaza. 

Secara kesimpulan, saya merasakan YB Zul terlalu terbawa-bawa dengan ideologi politik "tukar parti" beliau sendiri sehingga mewujudkan satu suasana yang sangat defensif dan sukar dicerna oleh pendengar. 

UCAPAN YAB DS PERDANA MENTERI 


YAB PM memfokusan ucapan kepada pengalaman beliau di Gaza. Di samping itu, beliau menyelitkan tentang betapa kami perlu bersyukur. 

Dibandingkan dengan pemuda-pemuda Gaza, kami boleh merancang setelah 2 tahun berkerja, kami akan membeli kereta. Setalah itu, kami boleh memulakan down-payment untuk pemilikan rumah. Di situ peranan yang kerajaan mainkan, untuk mewujudkan ruang pekerjaan. Untuk itu, saya menyarankan kerajaan membuka lebih ruang dalam dunia penyelidikan dan akademik.

Namun bagi saya, pemuda-pemuda Gazalah yang jauh lebih beruntung. Mereka melihat akhirat dan syahid sebagai matlamat. Tumpuan hidup mereka adalah tentang kebahagiaan di alam yang tiada berkesudahan. Pekerjaan mereka adalah memelihara dan membebaskan tanah suci hak milik Ummat Islam. Tiada kepentingan individu yang perlu direbut, malah nyawa jadi taruhan. 


Kerajaan BN dan Hudud 

Satu perkara yang menarik minat saya, YAB PM menyebut bahawa pendirian Malaysia tentang hudud adalah "Keadaan masih belum sesuai untuk dilaksanakan". YAB menyebut stand ini dengan wajah yang berseri-seri dan dengan yakin. Maka, ini memberi harapan kepada saya, bahawa kerajaan Malaysia di bawah teraju BN juga ada dalam fikiran mereka bahawa hudud perlu juga mesti dilaksanakan

Cuma apa yang masih menjadi persoalan saya, apakah usaha-usaha kerajaan di bawah teraju BN bagi memastikan keadaan akan menjadi sesuai untuk hudud dilaksanakan? Dan apakah indikator bahawa keadaan sudah sesuai? Adakah implementasi hudud sebagai perundangan telah menjadi subjek kajian mana-mana Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri? Sungguh, tutur YAB PM memberi saya senyuman, kerana pelaksanaan hudud turut menjadi perhatian. ;)

Kerajaan, KBMK, EME dan Masalah Akademik Pelajar

YAB PM menyebut tentang pesanan PM Mesir, bahawa rakyat Malaysia di Mesir tidak harus menjadikan kehadiran kami di Mesir seperti memindahkan sekeping tanah dari Malaysia ke bumi Mesir. Bagi saya pesanan ini sangat tinggi nilainya.

Selain itu, merumuskan ucapan PM juga, beliau turut menyebut tentang masalah penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar, dan masalah pencapaian akademik yang merudum. Maka saya kira, selain memberi pesanan kepada pelajar, adalah teramat penting untuk YAB PM memberi peringatan kepada pihak EME untuk memberi perhatian dalam pembangunan akademik pelajar dengan sebarang usaha yang boleh. Setakat pemerhatian saya, EME setakat ini tidak langsung memainkan peranan bagi membantu pelajar belajar dalam keadaan terbaik, dan seterusnya cemerlang dalam pelajaran masing-masing.



____________________
Ruginya tak dapat jumpa Datin Rosmah live, biasanya kalau Majlis Ramah Mesra isteri pimpinan ada sekali :)

Sunday, December 16

CP: The One Who Pays the Price


Hari ini dalam kelas Klinikal bagi Paediatrics, kami ditemukan dengan pesakit berusia setahun dua bulan yang mengalami masalah Cerebral Palsy, atau nama yang sering diguna, CP. Selama ini saya banyak terbaca blog kegigihan ibu bapa yang mempunyai anak-anak CP yang berkongsi pengalaman dan usaha mereka memastikan physiotherapy anak-anak istimewa ini tetap berjalan. Sedikit perkembangan adalah satu khabar yang sungguh menggembirakan.

CP, didefiniskan sebagai penyakit berkaitan saraf motor (membabitkan pergerakan dan cara kerja), diakibatkan oleh masalah sewaktu kehamilan, atau semasa proses bersalin, atau sejurus selepas kelahiran. Antara masalah sewaktu kehamilan adalah jangkitan dalam rahim. Manakala, semasa kelahiran adalah kerana proses bersalin yang lama, seterusnya menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen dan kerosakan pada otak.


Keseriusan penyakit ini adalah bergantung kepada peratusan saraf yang rosak. Untuk itu, rawatan bagi penyakit ini adalah bagi memastikan saraf yang masih elok tidak rosak akibat tidak digunakan, atau istilahnya disuse atrophy. Maka physiotherapy akan memastikan pemulihan cara kerja dan otot-otot akan dikuatkan dengan saraf yang masih berbaki akan mengimbal kekurangan saraf yang telah mati.



Kes yang kami lihat tadi, CP yang disebabkan oleh kecuaian doktor. Ya, kecuaian doktor yang menyebabkan kecacatan seumur hidup bagi bayi tersebut. Proses kelahiran bayi itu mengambil masa 2 jam, dan setelah agak lama, barulah Doktor yang menguruskan proses bersalin membuat keputusan untuk melakukan C-section. Selepas kelahiran, bayi itu juga agak lewat dihantar ke NICU.

Profesor Mervat yang mengajar kami, berpesan bersungguh-sungguh, sekiranya ada dalam kalangan kami yang bakal menjadi Pakar Perbidanan, hendaklah tidak teragak-agak untuk melakukan C-section bila keadaan memerlukan. Kes yang pernah beliau lihat, sepasang kembar dilahirkan dalam keadaan kedua-duanya mendapat CP. Di Mesir, kandungan melebihi satu adalah indikasi untuk kelahiran melalui pembedahan.

Tambah Prof lagi, rakan setugas beliau, oleh kerana banyak kali melihat kes CP, mengkehendaki semua proses kelahiran anaknya adalah melalui C-section walaupun keadaan tidak memerlukan.

Berkali-kali kepala saya tergeleng-geleng mendengar Prof menceritakan history pesakit tadi. Kerana kesilapan doktor, berapa ramai bayi yang perlu melalui proses tumbesaran yang sukar. Dan pastinya keadaan ini akan memberi kesan kepada keseluruhan keluarga. Dari segi jagaan, dari segi kewangan, dan dari segi emosi. Serta kesannya kepada adik beradik yang lain. The baby will pay the price~

Adik saya menghidap Prader-Willi syndrome. Walaupun diagnosisnya dibuat lambat (umur 8 tahun), dan proses tumbesarannya banyak yang terlewat, namun keadaan penyakit yang tidak diakibatkan oleh misconduct, penerimaan dalam keluarga pasti berlainan. Sewaktu adik saya belum cukup sebulan, jururawat dari Klinik Kesihatan yang bertugas datang ke rumah, ummi saya menyuarakan kebimbangan tentang berat badan adik saya yang tidak naik. Dia memberitahu ibu saya tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa ketika, ummi membawa adik saya ke klinik swasta untuk imunisasi. Doktor terus membuat referral ke HUSM. Kesannya, adik saya ditahan di NICU kembali, dan dipasangkan nasogastric tube (indicating malnutrition and anorexia). Sungguh, nasihat yang salah daripada jururawat itu kami masih ingat sampai sekarang! Kalau tak tahu, katakan sahaja tak tahu, tak jatuh kredibiliti kita kalau minta dibawa untuk mendapat nasihat Doktor.

Sungguh, semuanya aturan Qadha dan Qadar Allah. Tapi sebagai manusia, menjauhi kesilapan kerana masalah disipin dan amanah diri adalah kewajipan.



Saya berpesan kepada diri saya, dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang sains kesihatan, worst case scenario perlu sentiasa ada dalam bayangan. Jangan keyakinan atas kejayaan dan keyakinan terhadap ilmu kita membuatkan kita salah dalam membuat keputusan. Kita berurusan dengan nyawa yang menjadi amanah, dan well-being state hamba Allah, yang juga amanah. 

Buat pembaca, doakan kami sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah, dan doakan saya mampu menjadi pegawai perubatan yang cemerlang (tapi jangan cemerlang yang membawa kepada keangkuhan), serta dijauhkan daripada kesilapan dalam memberi rawatan.


Thursday, December 13

JPP 2012 : Calon-calon Terpilih

Satu kelainan pada tahun ini, pada saat kaunter pencalonan ditutup, bila tiba-tiba perasaan lega dan *takde lah happy sangat* bercampur baur. Pada masa sama memuhasabah diri yang tak betah duduk lama-lama di kerusi AJKt. Namun perasaan sama berulang, bila senarai calon-calon keluar.

Kenapa? 

Kerana, di saat saya membentangkan usul penubuhan MTP dalam MAT-8, soalan yang kerap diulang tanya adalah, adakah kita cukup tenaga untuk membentuk tiga cawangan di Kaherah? Sedangkan pencarian AJK program sahaja sudah cukup bermasalah.

Sehinggakan, pada saat menggulung usul, entah dari mana emosi yang terpendam akibat perbahasan tiba-tiba diluah sahaja, sehinggakan dewan tergamam. Walhasil, walaupun ramai perwakilan berbahas untuk meminda usul, akhirnya hanya 3 daripada 500 perwakilan yang mengangkat tangan menolak usul (itupun ada sorang budak tu angkat tangan saje-saje sebab takde orang nak bantah :p)

Maka, keyakinan saya memang berasas. Kehendak dan keperluan akan akhirnya 'mengeluarkan' permata-permata yang bersorok di sebalik tirai.

Maka, di bawah ini saya mempersembahkan calon-calon Pilihan saya untuk JPP (di Kaherah sahaja). Untung juga sebagai Timbalan Setiausaha Agung, saya kerap dihubungi AJK Pelaksana Program untuk rujukan pengurusan program, dan etika-etika yang berkaitan.  

Dan sebagai MT Pusat, judgement saya juga akan meliputi universiti-universiti lain :)

Universiti Kaherah


Tak sangka Rahim sanggup bertanding lagi sekali. Dari tahun 2 budak (?) ni bertanding. Saya sendiri mengusulkan beliaulah orang paling layak dari Universiti Kaherah untuk ke MTP, hatta sebagai Presiden PERUBATAN. Tapi cadangan saya ditolak rakan-rakan sebatch, kerana beban akademik kami. Tapi dah Tuan badan sanggup berkorban... Maka jangan ragu untuk undi beliau. Nescaya mesyuarat anda tak akan tension dan boleh buat kerja dengan lebih tenang.


Baru kenal rapat dengan Sabiha sesi pentadbiran ini. Tapi semangat, dan pengorbanan dia sungguh buat saya terkesan. Jauh sungguh nak dibandingkan dengan diri saya. Cakapnya tidak banyak, tapi kerja sungguh cemerlang. Apa yang lagi penting, dia ingat semua pesanan kakak-kakak, yang diambil mudah sesetengah AJKt lain. Pendek kata, memang Sabiha mendalami dan menghayati apa itu PERUBATAN.


Tengok manifesto dia sahaja~


Kan dah kata saya fanatik Sabiha~ =P


Aha, yang ni cukup dengan tengok nama penyokong ye. Waktu Wahdaty tahun 1, dia serumah dengan kami (saya, Aisyah TP II dan Jijah JAKSI). Memang seawal tahun 1 sikapnya yang tidak lokek membantu telah kami perhatikan. 


Saya kenal Dayah sewaktu baru pegang BPP. Minta nama seseorang yang sanggup berkorban untuk Jabatan Cetak yang baru nk ditubuhkan. Jabatan ini perlukan orang yang komitmen, rajin, tapi satu syarat lain adalah, tak berkira dalam kerja. Ye lah kan, kerja cetak bahan edaran, edar kat cawangan, kerja-kerja yang sering dipandang enteng 'orang-orang hebat'. Tapi Dayah terbukti lain, saya terharu dengan kerja yang dilakukan tanpa dipersoal, walhal banyak juga tanggungjawab lain yang dia pegang waktu itu.


Yang ni aci menang sebab lawa pun takpe dah. Haha. Timbalan Ketua Jabatan Pharmacomics sewaktu saya menerajui BPP. Seorang yang mempunyai banyak idea yang inovatif, cara berfikir lain dari yang lain, dan bersama ketuanya di Pharmacomics, memang kerja mereka membuatkan saya merasakan inilah Jabatan terbaik waktu itu. Ayat yang sering saya ajukan kepada beliau: "Kau ni, CAKAPPP!! Idea kau hebat, tapi kenapa asyik simpan sorang-sorang? Sharelah dengan orang lain!"


Adik rumah kami juga, sedari Aina di tahun 1 hingga sekarang. Memang tak berbelah bahagi kalau dah diamanahkan untuk buat sesuatu.


Jejaka-jejak pula. Bukan apa, yang lain kurang kenal. Tapi sedari Haniz (ke Iqbal? haha) tahun 1 saya sudah mendengar nama beliau sebagai adik yang paling baik untuk jadi musyrif. Tahun ini pula saya kenal Haniz (ke Iqbal) sebagai ahli panel akademik Seminar PERUBATAN kali ke-5, dan saya merasakan kelegaan kerana ada pelapis dalam PERUBATAN yang mempunyai gaya berfikir di luar apa yang disuap senior-senior. Pendek kata, bagi saya, Haniz (ke Iqbal) dah mengesan cara terbaik untuk membawa agenda PERUBATAN melalui penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi.


Adik ni, saya kenal muka dia sahaja, tahun pengajian pun saya tak tahu, tapi saya ingat dia sebab dia salah seorang yang mengangkat barang waktu kami berpindah rumah. Jadi kerajinannya dalam membantu orang memang tak dapat dipertikai, walaupun kami serumah tak kenal pun beliau. So here goes one credit for him.


Universiti Al-Azhar

Hah, Al-Azhar, yang paling hot. Perwakilan Al-Azhar lah yang paling banyak menyebut tentang kekuatan yang mereka tidak punya. Padahal... calon-calon ramai kot ni~ Tapi disebabkan coding gambar-gambar dari wordpress tak boleh nk embed kat sini, maka saya tulis nama je lah ye ^_^

Dua orang yang saya nk lobi, dua junior dari MMP. :)

  1. Asiah Rosedi - orang pertama dari Al-Azhar yang saya approach untuk menjadi wakil BPP dan memperkasakan hebahan PERUBATAN di Universiti Al-Azhar.
  2. Madihah Hj Mat Ali

Untuk Banin nya pulak, beberapa nama yang saya kenal:

  1. Arif Rukaini - BSAL pada tahun ini bagi saya amat cemerlang. Arif berani dengan perancangan baru.
  2. Hamzah Marwan - Exco yang cemerlang dengan idea-idea mapan dan perancangan yang jelas, tahu target yang spesifik dalam memulihkan BiKON.
  3. Imran Kasran - AJK Makanan bagi MAK 2012. Pendek kata, prestasinya juga cemerlang. Seperti Dayah tadi, saya suka orang yang buat kerja belakang tapi dengan cemerlang.


Universiti Ain Shams

  1. Siti Hajar Ahmad Azhar - tanpa ragu la kan, selain daripada comel dan innocent, Exco BiKON yang cemerlang pada zamannya.
         (ops, yang lain nama hampir sama, dan saya kurang kenal... huhuhu sorry)

Ikhwah:
  1. Faiz Mujahid - ahli 'kabinet' AJKt semasa. 
  2. Alfatani - idea segar dan 'pelik'. Kekuatan lain pada pengaruh.
  3. Imran Nasaruddin - anak kawan mak saya. Haha. 
  4. Zulkifli Abdul Rahim - AJK YAHOO! @ KB. Komitmen yang sangat mengujakan dan prestasinya yang melihat perjalan seluruh program walaupun dari sudut AJK Makanan (kalau tak silap). Dan masih mengekalkan reason yang sama, saya suka orang yang once diamanahkan kerja belakang, masih dibuat sepenuh hati.



Okay, penat juga kerja melobi ini. Pilihlah calon yang terbaik bagi mengemudi bahtera Universiti anda. Kemampuan pimpinan anda untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat universiti, menambah baik aspek-aspek kebajikan dan menggerakkan PERUBATAN ke arah yang lebih dinamik, pastinya akan memberi saham, kebaikan pada diri anda dan komuniti seluruhnya.

Contoh mudah, pengundi-pengundi yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua AJK Program perlu menyelaraskan format kertas kerja mereka. Dalam BPP dulu, orang-orang yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua anak-anak blog di PO ditutup dan permohonan pembukaan page baru di FB adalah sangat ketat. :D Bukan nak take credit or debit, hakikatnya semuanya telah dibawa berbincang dan diputuskan secara bersama. Tapi hanya ketegasan yang akan memastikan orang ikut apa yang telah diputuskan. *bunyi sorak sinis tanda pengakuan jujur*

Selain itu, AJKt kalianlah yang akan menentukan apa perancangan tahunan, dan apa program yang bakal kalian lalui untuk tempoh setahun. Yang lebih 'teruk' lagi, teraju setahun mereka akan beri kesan kepada teraju selepasnya. Maka, anda sedang berdepan dengan keputusan yang penting! *hehehe*


Selamat mengundi semua :)






Tuesday, December 4

Anda Boleh Dengar Apa yang Anda Mahu, Tapi Tidak Mendapat Apa yang Anda Mahu

Malam ini tiba-tiba teringat BTN pada tahun 2008. Waktu itu kami dalam program persediaan ke luar negara di INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam.





Babak 1

Kebetulan, saya terpilih untuk menjadi salah seorang pengerusi slot ceramah. Maka seperti biasalah, saya harus menemu bual Tuan Penceramah terlebih dahulu sebelum sesi bermula. Persepsi saya terhadap golongan imigran (Bangsa Cina dan India) ditanya awal-awal.

Memandangkan soalannya adalah "apa yang Humairah faham", maka saya mentakwilkan maksud beliau adalah apa yang telah saya faham sepanjang mengikuti BTN itu. Maka skema jawapan saya, ala-ala mahu masuk exam, sebiji-biji saya nukilkan berdasarkan Intended Learning Output yang diletakkan pihak BTN.

Namun, untuk memulakan majlis itu, saya memulakan ucapan aluan dengan membaca doa.

Allahumma arina al-haqqa haqqan, wardzuqna at-tiba'ah, wa arina al-bathila bathilan, wardzuqna ijtinabah

Penutup bagi majlis pula, kerana penceramah membincangkan tentang media arus perdana yang wajib dipercayai, dan media pembangkang yang menipu, dan juga setelah habis semua pemimpin pembangkang terutamanya DSAI diburukkan, saya memberikan satu lagi kalam hikmah daripada Sayyidina Ali KWH:

Lihatlah pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata 

Moral of the story, anda boleh buat saya memperdengarkan apa yang anda ingin dengar, tapi anda tidak boleh menyekat pemikiran saya. Anda boleh buat saya akur di masa sedemikian, tapi tidak selalu.

Malah, kalau di gelanggang BTN pun saya berani melawan yang salah, lagi-lagilah untuk sebuah kesatuan yang saya cintai. *Peace*


Babak 2

Saya akui, assesment fikrah yang dibuat dalam BTN adalah sangat teliti.

Pertama kali aktiviti LDK diadakan, soalan pertama yang ditanya dua fasilitator yang bertugas mengendali kumpulan kecil seramai 8-10 orang itu memulakan perbincangan dengan ice breaking dan soalan tambahan, siapakah pemimpin yang paling anda tidak selesa? 

Maka, jawapan saya mudah. DSAI. Kebetulan ketika itu fikiran saya tengah keliru, apa sebenarnya yang diperjuangkan PKR setelah DSAI dibebaskan daripada rejim ISA. Kemudian saya tambahkan Samy Vellu. Legalah mereka dengan dua jawapan ini. Samy Vellu kerana bangsanya yang bukan Melayu.

Apa yang gagal fasilitator saya kesan adalah, sebenarnya nama DSAI keluar kerana saya tidak mengenali pimpinan BN, dan nama mereka cukup tidak menonjol untuk membuatkan saya merasakan mereka figure yang prominent untuk diteliti ideologinya.

Kedua, mesejnya adalah, Samy Vellu waktu itu ditelanjangkan di media arus perdana dengan pelbagai "kebodohan". Mesej saya adalah, itu standard pimpinan BN. Dan Samy Vellu menjadi tokoh untuk diwar-warkan, justeru mendapat perhatian saya.

Moral of the story, bukan semua teknik assesment anda berkesan untuk semua orang :)