Kenapa Saya Pulang Mengundi?
Persoalan ini asasnya tiada sesiapa pun pernah tanyakan kpd saya. Saya kira ini bermaksud masyarakat di sekeliling saya benar-benar faham kepentingannya, namun mereka masih memilih utk berpegang bahawa "Itu pegangan dan keutamaan bagi awak, tapi saya memilih utk berbeza."
Persoalan yang lebih sering dibangkitkan adalah tentang negara Islam atau negara bagaimana yang ingin saya lihat. Seperti yang pernah saya coretkan di FB sebelum ini, saya boleh menunggu untuk sebuah negara Islam. Allah takkan mudah-mudah naikkan taraf kita andai kita sendiri belum bersedia. Rakyat Malaysia yang Muslim, yang membentuk majoriti 60% pun masih ramai yang menolak untuk berpegang kepada Islam, bagaimana mungkin kita mengharapkan masyarakat bukan Islam untuk mampu menerima pentadbiran Islam?
Perubahan yang lebih besar yang saya ingin lihat di Malaysia adalah perubahan pada pengurusan, terutamanya pengurusan kewangan. Ketirisan wang, rasuah, kroni, monopoli dan pelbagai lagi istilah ekonomi yang saya juga kurang arif, membuatkan saya yakin bahawa negara kita akan terus berundur ke belakang dalam suasana pengurusan kewangan sedemikian rupa.
Tiada amanah langsung pada diri yang diberi amanah. Rakyat dilayan seperti hamba. Diugut, ditakutkan, disemat keyakinan bahawa hanya mereka yg boleh menjamin keamanan dan rezeki buat warga.
Ketepikan sebentar isu negara Islam. "Restore the country", baiki negara dari segala penyelewengan adalah perkara yg saya lihat sebagai keutamaan. Secara tidak langsung, ini bermaksud, install dahulu nilai-nilai Islam, atau dengan istilah yang lebih popular, Good Governance.
Common Sense yang Hilang
Apa yang berlaku, kes-kes yang didedahkan terbukti menunjukkan penguasa sudah hilang common sense dalam mengatur hidup marhaen. Mereka boleh tanpa rasa bersalah mengaut kekayaan negara untuk diri, keluarga dan orang terdekat. Bagaimana boleh mereka berbangga dengan bantuan Badan Kebajikan Masyarakat bernilai RM 300 sebulan, sedangkan yang masuk dalam poket orang yang tidak berhak adalah berjuta kali ganda nilai bantuan bg yang berhak?
Saya mahu pemimpin yang mempunyai nilai common sense, sekalipun beliau jahil tentang Islam. Kejahilan terhadap agama adalah satu pernyataan masalah yang akan dibalikkan persoalannya kepada tugas pendakwah. Namun kehilangan common sense, adalah perkara yang membuatkan manusia itu hilang manusiawi. Bagaimana mungkin seorang yang kehilangan manusiawi kita lantik jadi pimpinan?
Saya boleh menghormati mereka yang menyokong dan mendokong UMNO, namun pada masa yang sama masih mengekalkan common sense serta kewarasan, dengan mengenali batas dalam setiap perlakuan. Ya, hidup ini ada batasnya!
Oh, belum masuk isu permainan kotor. Belum masuk kisah strategi-strategi luar alam, luar tabiat manusiawi yang berakal yang dilaksanakan bagi mengekalkan kuasa. Belum masuk kisah video seks meruntuh peribadi yang dibuat lantas menjadi tatapan dan hebahan umum. (Mungkin kerana saya kurang berminat membaca dan melihat isu ini, kerana tektik kotor dan mereka berpisah tiada).
UMNO Harusnya Masih Boleh Berkuasa
Pernah juga saya coretkan, kerajaan yang diteraju UMNO-BN sekarang masih boleh berkuasa sekiranya mereka mahu berubah, "regain the trust of the society". Yang mereka perlukan hanya sebuah perubahan, untuk mula melihat dari kacamata rakyat yang sudah muak dengan pembawaan 55 tahun.
Kenapa tidak mereka menjadikan diri mereka boleh dihormati? Kenapa tidak mereka cuba berubah untuk tidak lagi pecah amanah? Kenapa tidak mereka menunjukkan usaha bahawa kebajikan rakyat adalah keutamaan? Kenapa tidak mereka hentikan strategi-strategi kotor dan mula bertindak seperti ahli politik matang dan waras? Kenapa dan kenapa, senarai ini boleh bertambah, namun jawabnya, kerana mereka adalah mereka! 55 tahun dibelai kuasa.
Alangkah baiknya kalau lebih ramai tokoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah dalam UMNO, yang jelas lebih matang dan menilai sebelum berpendirian, seterusnya menjadikan dirinya boleh dihormati.
Ini Kalilah!
Apa kata kita beri mereka sepenggal masa untuk berehat dan bermuhasabah? Atau mungkin juga merancang dengan lebih baik untuk pembawaan pada penggal akan datang? ;)
Tak main-main ni, lepas turun dari jawatan, kita akan boleh melihat dengan lebih objektif, sebab tu Tun Dr M banyak bersuara lepas dah turun.
Buat rakyat Malaysia, ini Kalilah, kita Ubah!
No comments:
Post a Comment
Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^