"Nak berdakwah di atas permaidani merah."
Ummi pernah menyebutkan istilah ini sewaktu cuti musim panas. Ummi memberi perumpamaan badan-badan yang katanya mahu berdakwah, tapi pilih cara mudah. Saya kurang ambil perhatian. Sebab kata-kata ini Ummi sebutkan hasil daripada bebelan saya sendiri.
Berbincang dan mengikuti sesi perkongsian dengan orang-orang berpengalaman dalam medan dakwah, saya sedikit demi sedikit mula memahami maksud kata-kata itu. Akhirnya saya sedar, bukan hanya golongan yang selalu kita sebutkan itu yang suka berdakwah di atas hamparan permaidani merah, namun sikap dan situasi ini sudah menular dan merebak dalam satu persatuan yang mengwar-warkan wala', sam3u wa at-tho3ah, dan pengorbanan.
Mari saya rungkaikan maksud kalimah-kalimah di atas. Bagaimana yang dikatakan berdakwah atau berjuang di atas hamparan permaidani merah itu?
إن من أعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
“Sesungguhnya jihad yang besar adalah kalimat ‘adil (benar) yang disampaikan di sisi penguasa yang zalim/jahat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 8/83, no. 2100. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Jami’ ash-Shoghir, Shohih Sunan at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Berapa ramaikah dalam kalangan kita yang mengaku diri sebagai pejuang agama Allah mampu melakukan ini? Usahkan menegur pemimpin yang zalim, menegur masyarakat di sekeliling yang melakukan maksiat kepada Pencipta sahaja sudah longlai dan lari! Kenapa? Kerana tidak dididik dengan ketegasan. Hanya dengan kemanjaan. Hanya dengan menyempitkan tarbiah kepada UKHUWWAH berkelompok, menjaga hanya sesama ahli jemaah. Inikah bakal Khalifah yang kita harapkan? Kononnya mahu menguasai dunia, membentuk ustaziatul alam. Ah, usah terus bermimpi, bangkitlah dari lenamu!
Terusan bermimpi, menghebahkan gaya hidup untuk tidak menjadi robot, hadam segala maratib amal, usul isyrin dan muasafat tarbiah tidak menjamin kualiti dakwah. Istilah paling tepat adalah SYOK SENDIRI. Syok, asyik, dzuq. Rasanya sudah cukup amal, cukup mantap ukhuwwah dan cukup usrah untuk membina fardu Muslim. Mari kita menganjak ke Beit Muslim. Oh, sudah punya anak. Kita kumpulkan semua kita dalam satu jemaah kita. Inilah Mujtama' Muslim. Semudah itukah?? Adakah cukup untuk menegakkan khilafah dengan menjaga hanya sebahagian 1% daripada bilangan kaum Muslimin?
Cukup lah dengan egomu. Hapuskan riak dan ujubmu. Itu hanya idealistik! Kembalilah kepada realiti. Turunlah dari permaidani itu. Selami masyarakat di sekelilingmu. Lupakan kepentingan dunia dalam sebenar-benar makna. Biar terancam jawatan dan kedudukan.
Dalam mengajak kepada kebenaran, semua orang berkobar-kobar. Habis semua orang diajaknya untuk berusrah. Oh, usrah bunyinya berat. Takpe, kita buat sharing. Kita berkongsi sesama kita. Kita kan orang hebat.
Dalam menganjurkan sharing-sharing tersebut, kepada siapakah pula ilmu-ilmu yang akan diperbincangkan dirujuk? Dari manakah sumber ilmu-ilmu tersebut? Wahyu dari langit mungkin?
Barangkali selepas ini kedai-kedai kitab boleh gulung tikar. Semua ilmu boleh didapati di internet. Barangkali selepas ini kitab-kitab tafsir boleh dibakar. Tiada nilainya perbahasan-perbahasan ulama, kerana kita punya akal yang hebat! Hebat, boleh mentafsir maksud kalam Allah.
A: Kita baca ayat dari surah sekian-sekian. [Selesai baca]. Ok adik-adik, apa yang boleh kita dapat dari ayat ni? Ada sape-sape yang nk kongsikan apa yang dia dapat?B: "Bila saya baca ayat ni.. Saya rasa macam Allah nak tunjukkan kat kita, kita ni tak pernah pun jaga sahabat kita dengan cinta yang besar. Macam ada sorang ukhti ni.. Dia menangis baca ayat ni.. Nak katanya kita ni jauh lagi dengan tahap ukhuwah yang tertinggi."C: "Bagi saya kan akak.. Ayat ni.. macam Allah nk tunjuk kita.. bla3. sedangkan Nabi pun begini2. "
Ah! Mudahnya kalian mengenepikan perbahasan ulama dengan mencipta perbahasan sendiri! Paling kurang pun, rujuklah dahulu sabab nuzul ayatnya. Cukup-cukuplah dengan syok sendiri. Bila mampu membuat satu ulasan tentang ayat, terasa diri hebat! Hebat! Dhollu wa adhollu. Inikah yang kalian sebutkan sebagai kembali kepada Al-Quran dan Sunnah? Oh, hadis junjungan s.a.w. bukan sekadar matan Arba3in. Dan ada juga hadis yang fungsinya bagi menerangkan ayat-ayat Al-Quran. Sudah kalian lumati semua itu?
Cukup-cukuplah mengkaderkan golongan syok sendiri. Cukuplah. Dunia sudah tua. Tak larat lagi menanggung pelbagai kerosakan.
Turunlah dari karpet merah itu. Rendahkan egomu. Hapuskan riak dan ujubmu. Belajarlah dari yang ahli. Biarlah kita bina kekuatan menyampaikan hasil daripada ilmu. Bukan ilmu yang dibina atas hasil kelantangan suara dalam menyampaikan.
Saya juga sayang kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya. Bukan kita tidak melakukan kesilapan. Tapi kita juga syok sendiri. Jiwa tarbiah itu kurang dihayati. Berpersatuan hanya kerana kita mampu bekerjakah? Berpersatuan kerana hanya dengan itu kita akan mampu berjuang untuk Islam? Sempit.
Benar, menguruskan dan mempermudahkan urusan orang lain melalui jalan persatuan adalah satu tarbiah yang sangat berkesan. Namun, jika tembok keegoanmu tidak dapat diruntuhkan, itu bukti kekurangan tarbiah. Tidak tahu beza tempat untuk serius dan bergurau mesra. Boleh tergelak mengekek ketika sahabat meluahkan beban yang ditanggung. Boleh mempersendakan idea orang lain secara mentah hanya kerana kita punya kepetahan berkata-kata? Kerana kita punya kehebatan dalam pengurusan dan perancangan?
Lebih malang lagi apabila tidak pernah serius dalam tarbiah. Tidak boleh menjatuhkan ego menerima kritikan. Seolah-olah semuanya akan dapat diatasi sendiri.
Jauhkanlah dirimu dari karpet merah itu. Hindarkanlah sahabat. Di sini kita tidak menerima tohmahan dan ancaman. Sepulangnya ke Malaysia, pelbagai ancaman menanti. Mudah saja jalannya untuk futur. Sehebat mana pun kita dalam merencana dan menguruskan aktiviti persatuan, tanpa jiwa tarbiah yang mapan, tanpa hati yang mampu tunduk kepada arahan, tanpa jiwa yang mampu menerima dan menghadam kritikan, tanpa rohani yang tawadhu', insyaAllah futur akan menyertaimu.
Jalan dakwah tak akan direntangi permaidani merah
nak berjalan atas red carpet blh?
ReplyDeletehua3...
~mc't. ijau~
akk suka!!hehe..
ReplyDeletewhat a piece of mind..
ReplyDeletesangat teliti penulisan dan pemerhatian.
like it.
yup kita perlu turun and mix around dengan semua orang, tetapi pendirian tentang islam dalam diri juga di jaga.
bukan hanya berkawan dengan orang yang di zon selesa sahaja
saya nak sgt kenal apa itu 'tarbiyah'. sebab saya seolah-olah pening dengan istilah ni lately. saya pening, dilemma segala bagai.
ReplyDeletebetul, sangat betul apa hok awak oyak tu.. tp sy masih ada beberapa persoalan..
lepas baca semua, saya rasa cam telah buat kesilapan besar, tp taknak menyesal..semoga Allah redha..
tulisan ini membuka minda saya. saya still ingat awk oyak ayat ni ko saya mulo..pasal golongan2 ni..hmm..
thumbs up!!
ReplyDelete@ mek ti: bentang sendiri pastu jalan la... isk. org sufi takkan naik karpet merah.. nnt ujub. hihi
ReplyDelete@ kak nah: alamak.. nama short sgt. kak nah mana ni??? thanks kak nah!
@ ariff haikal: bagus2.. mix up with people. endure the pain.
@ ijah: hok ni la x tau nk oyak gano.. huhu. i love u jah. i know u're searching for the tarbiah. tarbiah yg bkn sekadar dr alam maya. tujuan tarbiah adlh bg membentuk insan rabbani. kunu rabbaniyyin. namun tarbiah bg golongan2 yg tertentu adlh bg menjadikan orang pengikut mereka. atas sbb ni lah kita blh lihat wujud pelbagai jemaah. sbb tak nk tunduk pd satu kepimpinan, tp nk suh orang ikut mereka. sbb tu la dia pentingkan nama. kat mana2 pun mesti nk guna nama organisasi tu. lupa pd pokok pangkal, apa yg pntg adlh dakwah Islam yg syumul.
uhibbuki fiLLAH Jah.. sy pun x sey awk nyesal. tp sy tahu masalah awak. i'm sorry i cant provide the solution for u. sorry dear.
@ kak tem: thanks. :)
Napok gayo dah kembali ke mode sediakala..mode berdakwah.. sebelum ni mode karutan kot..hehe
ReplyDeleteنتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه" - Qaedah terbaik ISHAB
ReplyDeleteKenapa mahu mencari perbezaan jg walau ada byk persamaan (salah satu cnth, matlamat) yg blh dilihat utk dijalin kerjasama?
Pelik jg situasi2 yg brlaku. hatta sesama Islam blh brlaku pemboikotan. barang2 milik amerika dan yahudi blh pula dicari alasan utk tidak diboikot.
Dakwah milik semua. perbezaan itu rahmat. setiap jemaah ada identiti trsendiri dan orientasi tersendiri dlm menegakkan Islam berdasarkan kefahaman terhadap alQuran dan sunnah.
Last sekali Allah akan tanya apa sumbangan kita pd Islam. tepuk dada tanya diri. adakah selama ni aku telah berusaha mmberi sumbangan pada Islam? atau hanya banyak kata2 dari amal?
Apa itu tarbiyah?
Tarbiyah ialah keluar dr kebiasaan.-ISHAB
sekian.
wallahu'alam bissawab.
@ tetamu: buleh ruh tarbiah semula doh.
ReplyDelete@ anon: hye yang. kalau pengecut nk tulis nama sendiri tak yah la susah2 nk ngaku jd pejuang islam. cakap berdegar, baling batu sorok tangan. PENGECUTNYA BAKAL KHALIFAH.
mengaku je la klu dr ISMA mahupun KONSIS mahupun JIM atau apa2 sahaja seangkatan dgnnya. MALUKAH, atau TAKUTKAH???
Last sekali Allah tnya apa sumbangan kita pd Islam. lah, pikir kepentingan diri rupanya. nk sediakan skema jawapan je? Yg penting BUAT. Inilah masalahnya. Cara salah tak peduli. YANG PENTING BUAT. Sampai ke mati dok berbuat x tahu apa benda. Asalkan buat.
Lahirlah plak aku tidak pedulisme. Asalkan buat. Asalkan boleh jawab aku ada sumbangan utk Islam. Lantaklah walaupun yg aku buat ni nyusahkan org lain. Lantaklah klu yg aku buat ni buat org lain jd pening. Lantaklah dan lantaklah. Pekakkan telinga.
Dah la guna SUMBANGAN. Nampak sgt riak. Islam x perlukan SUMBANGAN anda la! Klu nk buat sesuatu utk Islam, tu namanya tanggungjawab.
Anda hanya melambatkan kemenangan Islam dgn kedegilan, kesombongan, keegoan dan kebongkakan anda. Kemuncup dlm perjuangan, tahu?
Setiap jemaah ada instituisi dan orientasi tersendiri. Oh. silakanlah. Saya nk bersama gerakan Islam. Tahu apa beza keduanya?
Tujuan tarbiyah yang saya faham adlh utk membina insan rabbani. Kunu rabbaniyyin.
-kan dah jd panjang. layang pengecut ni best jugak sekali sekala-
baiklah.
ReplyDeleteantara konklusinya :
saya brsifat sgt riak,tidak pedulisme,fikir kepentingan diri,degil,sombong,ego,bongkak,kemuncup dlm prjuangan dll sifat mazmumah.
anda brsifat tawadhu',terpuji dll sifat2 mahmudah.
tidak mengapalah. yg penting harapnya kita dpt sama2 berfikir ats realiti situasi masyarakat skrg dan bersungguh2 dlm usaha mgembalikan Islam ke kedudukan yg tinggi.
(pastinya dgn ilmu sblm mmbuat amal)
ingatan pd diri saya khususnya,kita menjadi qudwah dlm msyarakat.jd moga kata2, akhlak,muamalat dan adab2 kita sntiasa terjaga.
terima kasih ats nasihat mahupun kritikan tersebut dan respon yg diberi.
moga dlm redha Allah.
sekian.
wallahu'alam bissawab.
post yg mntap~penuh dgn penelitian dlm mnghurai serta mmbahas..
ReplyDeletemasa kni plbagai prtbuhn yg tmbuh bgaikn cndwn tmbh slps hujn yg mngaku mreke 1 JAMAAH,ye ke?
kte dtgglkn 2 wasiat bsr drpd Rasulullah iaitu AQ dan Hadith..
tugas kita??
perlu sntiasa rjuk kpd kdua-duanya, apkh konsep jmaah Islam yg sbnr brdsrkn hadith sahih yg biasa kita bncgkn dlm usrh2,apa tfsirn ulama hadith tntg 'jamaah Islam' itu?
apa kata AQ cri2 jmaah Islam?
mnurut sirah apkh cri2 jmaah Islam yg sbnr?
smua itu prlu kita KAJI serta teliti sblm sewenang2nya kita berintima' kdp satu2 jmaah yg kita promosikn sbagai jamaah Islam..
sekadar renungan bersama..selamat beramal.. (^_^)
secara umunya, Islam tidak menggalakkan kita menyebarkan kebaikan yang dibuat. namun, apabila kita melibatkan diri dalam urusan penulisan, kita perlu menyatakan nama, itulah adab menulis. sepertimana para ulama yang menulis nama mereka pada kitab yang ditulis. dalam kata lain, bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.
ReplyDeletejika Allah akan bertanya dan memberi ganjaran atas apa yang kita buat untuk tegakkan Islam, adakah Allah tidak akan bertanya atau menghukum atas apa yang kita buat sehingga menjejaskan usaha menegakkan Islam?
wallahu'alam...
.