Satu kelainan pada tahun ini, pada saat kaunter pencalonan ditutup, bila tiba-tiba perasaan lega dan *takde lah happy sangat* bercampur baur. Pada masa sama memuhasabah diri yang tak betah duduk lama-lama di kerusi AJKt. Namun perasaan sama berulang, bila senarai calon-calon keluar.
Kenapa?
Kerana, di saat saya membentangkan usul penubuhan MTP dalam MAT-8, soalan yang kerap diulang tanya adalah, adakah kita cukup tenaga untuk membentuk tiga cawangan di Kaherah? Sedangkan pencarian AJK program sahaja sudah cukup bermasalah.
Sehinggakan, pada saat menggulung usul, entah dari mana emosi yang terpendam akibat perbahasan tiba-tiba diluah sahaja, sehinggakan dewan tergamam. Walhasil, walaupun ramai perwakilan berbahas untuk meminda usul, akhirnya hanya 3 daripada 500 perwakilan yang mengangkat tangan menolak usul (itupun ada sorang budak tu angkat tangan saje-saje sebab takde orang nak bantah :p)
Maka, keyakinan saya memang berasas. Kehendak dan keperluan akan akhirnya 'mengeluarkan' permata-permata yang bersorok di sebalik tirai.
Maka, di bawah ini saya mempersembahkan calon-calon Pilihan saya untuk JPP (di Kaherah sahaja). Untung juga sebagai Timbalan Setiausaha Agung, saya kerap dihubungi AJK Pelaksana Program untuk rujukan pengurusan program, dan etika-etika yang berkaitan.
Dan sebagai MT Pusat, judgement saya juga akan meliputi universiti-universiti lain :)
Universiti Kaherah
Tak sangka Rahim sanggup bertanding lagi sekali. Dari tahun 2 budak (?) ni bertanding. Saya sendiri mengusulkan beliaulah orang paling layak dari Universiti Kaherah untuk ke MTP, hatta sebagai Presiden PERUBATAN. Tapi cadangan saya ditolak rakan-rakan sebatch, kerana beban akademik kami. Tapi dah Tuan badan sanggup berkorban... Maka jangan ragu untuk undi beliau. Nescaya mesyuarat anda tak akan tension dan boleh buat kerja dengan lebih tenang.
Baru kenal rapat dengan Sabiha sesi pentadbiran ini. Tapi semangat, dan pengorbanan dia sungguh buat saya terkesan. Jauh sungguh nak dibandingkan dengan diri saya. Cakapnya tidak banyak, tapi kerja sungguh cemerlang. Apa yang lagi penting, dia ingat semua pesanan kakak-kakak, yang diambil mudah sesetengah AJKt lain. Pendek kata, memang Sabiha mendalami dan menghayati apa itu PERUBATAN.
Tengok manifesto dia sahaja~
Kan dah kata saya fanatik Sabiha~ =P
Aha, yang ni cukup dengan tengok nama penyokong ye. Waktu Wahdaty tahun 1, dia serumah dengan kami (saya, Aisyah TP II dan Jijah JAKSI). Memang seawal tahun 1 sikapnya yang tidak lokek membantu telah kami perhatikan.
Saya kenal Dayah sewaktu baru pegang BPP. Minta nama seseorang yang sanggup berkorban untuk Jabatan Cetak yang baru nk ditubuhkan. Jabatan ini perlukan orang yang komitmen, rajin, tapi satu syarat lain adalah, tak berkira dalam kerja. Ye lah kan, kerja cetak bahan edaran, edar kat cawangan, kerja-kerja yang sering dipandang enteng 'orang-orang hebat'. Tapi Dayah terbukti lain, saya terharu dengan kerja yang dilakukan tanpa dipersoal, walhal banyak juga tanggungjawab lain yang dia pegang waktu itu.
Yang ni aci menang sebab lawa pun takpe dah. Haha. Timbalan Ketua Jabatan Pharmacomics sewaktu saya menerajui BPP. Seorang yang mempunyai banyak idea yang inovatif, cara berfikir lain dari yang lain, dan bersama ketuanya di Pharmacomics, memang kerja mereka membuatkan saya merasakan inilah Jabatan terbaik waktu itu. Ayat yang sering saya ajukan kepada beliau: "Kau ni, CAKAPPP!! Idea kau hebat, tapi kenapa asyik simpan sorang-sorang? Sharelah dengan orang lain!"
Adik rumah kami juga, sedari Aina di tahun 1 hingga sekarang. Memang tak berbelah bahagi kalau dah diamanahkan untuk buat sesuatu.
Jejaka-jejak pula. Bukan apa, yang lain kurang kenal. Tapi sedari Haniz (ke Iqbal? haha) tahun 1 saya sudah mendengar nama beliau sebagai adik yang paling baik untuk jadi musyrif. Tahun ini pula saya kenal Haniz (ke Iqbal) sebagai ahli panel akademik Seminar PERUBATAN kali ke-5, dan saya merasakan kelegaan kerana ada pelapis dalam PERUBATAN yang mempunyai gaya berfikir di luar apa yang disuap senior-senior. Pendek kata, bagi saya, Haniz (ke Iqbal) dah mengesan cara terbaik untuk membawa agenda PERUBATAN melalui penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi.
Adik ni, saya kenal muka dia sahaja, tahun pengajian pun saya tak tahu, tapi saya ingat dia sebab dia salah seorang yang mengangkat barang waktu kami berpindah rumah. Jadi kerajinannya dalam membantu orang memang tak dapat dipertikai, walaupun kami serumah tak kenal pun beliau. So here goes one credit for him.
Universiti Al-Azhar
Hah, Al-Azhar, yang paling hot. Perwakilan Al-Azhar lah yang paling banyak menyebut tentang kekuatan yang mereka tidak punya. Padahal... calon-calon ramai kot ni~ Tapi disebabkan coding gambar-gambar dari wordpress tak boleh nk embed kat sini, maka saya tulis nama je lah ye ^_^
Dua orang yang saya nk lobi, dua junior dari MMP. :)
- Asiah Rosedi - orang pertama dari Al-Azhar yang saya approach untuk menjadi wakil BPP dan memperkasakan hebahan PERUBATAN di Universiti Al-Azhar.
- Madihah Hj Mat Ali
Untuk Banin nya pulak, beberapa nama yang saya kenal:
- Arif Rukaini - BSAL pada tahun ini bagi saya amat cemerlang. Arif berani dengan perancangan baru.
- Hamzah Marwan - Exco yang cemerlang dengan idea-idea mapan dan perancangan yang jelas, tahu target yang spesifik dalam memulihkan BiKON.
- Imran Kasran - AJK Makanan bagi MAK 2012. Pendek kata, prestasinya juga cemerlang. Seperti Dayah tadi, saya suka orang yang buat kerja belakang tapi dengan cemerlang.
Universiti Ain Shams
- Siti Hajar Ahmad Azhar - tanpa ragu la kan, selain daripada comel dan innocent, Exco BiKON yang cemerlang pada zamannya.
(ops, yang lain nama hampir sama, dan saya kurang kenal... huhuhu sorry)
Ikhwah:
- Faiz Mujahid - ahli 'kabinet' AJKt semasa.
- Alfatani - idea segar dan 'pelik'. Kekuatan lain pada pengaruh.
- Imran Nasaruddin - anak kawan mak saya. Haha.
- Zulkifli Abdul Rahim - AJK YAHOO! @ KB. Komitmen yang sangat mengujakan dan prestasinya yang melihat perjalan seluruh program walaupun dari sudut AJK Makanan (kalau tak silap). Dan masih mengekalkan reason yang sama, saya suka orang yang once diamanahkan kerja belakang, masih dibuat sepenuh hati.
Okay, penat juga kerja melobi ini. Pilihlah calon yang terbaik bagi mengemudi bahtera Universiti anda. Kemampuan pimpinan anda untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat universiti, menambah baik aspek-aspek kebajikan dan menggerakkan PERUBATAN ke arah yang lebih dinamik, pastinya akan memberi saham, kebaikan pada diri anda dan komuniti seluruhnya.
Contoh mudah, pengundi-pengundi yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua AJK Program perlu menyelaraskan format kertas kerja mereka. Dalam BPP dulu, orang-orang yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua anak-anak blog di PO ditutup dan permohonan pembukaan page baru di FB adalah sangat ketat. :D Bukan nak take credit or debit, hakikatnya semuanya telah dibawa berbincang dan diputuskan secara bersama. Tapi hanya ketegasan yang akan memastikan orang ikut apa yang telah diputuskan. *bunyi sorak sinis tanda pengakuan jujur*
Selain itu, AJKt kalianlah yang akan menentukan apa perancangan tahunan, dan apa program yang bakal kalian lalui untuk tempoh setahun. Yang lebih 'teruk' lagi, teraju setahun mereka akan beri kesan kepada teraju selepasnya. Maka, anda sedang berdepan dengan keputusan yang penting! *hehehe*
Selamat mengundi semua :)
No comments:
Post a Comment
Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^