Selesema paling teruk pernah dialami.
Dua hari meninggalkan kuliah Ophthal (Sabtu, dan Selasa), sesuatu yang cukup menyedihkan hati.
(Rekod tahun ini, baru sekali tertinggal kelas, Lecture Community Medicine, juga akibat selesema).
Semalam, tidak dapat tidur, gara-gara hidung yang boleh dikatakan completely blocked. Melayan fb sehingga hampir ke jam 2 pagi. Cuba untuk melelapkan mata, gagal juga, sehinggalah jam 3 pagi. Memaksa diri untuk tidur, walau bernafas dengan mengeluarkan bunyi, bagai orang nazak. Hanya pertolongan dari-Nya yang boleh dipinta.
Betapa... Berharap seandainya sebelah sahaja hidung yang berfungsi.. Rasanya seolah mahu bersujud syukur. Rekah dan kering bibir mulut, akibat bernafas melaluinya. Kekembungan perut, kerana menerima sebahagian saham udara yang menggunakan laluan alternatif dalam perjalanannya ke peparu.
Sehinggakan, berkira-kira untuk ke hospital sekiranya keadaan masih sama. Membasuh muka dengan air suam,berjalan-jalan, mendongak kepala, mengiring... Semuanya tidak merubah keadaan.
Hurm, orang seperti saya yang tidak akan terlepas dari terkena selesema setiap kali musimnya, perlu membuat kajian lebih terperinci mengenai ini barangkali.
(Menulis blog gara-gara otak penat, tapi pernafasan yang tersekat menggagalkan diri untuk lelap)

Selsema ke Selesema? Huhuhu
ReplyDelete