Pages

Wednesday, February 22

Watak Novel dalam Hidup

Dulu-dulu, pernah terbaca satu novel terbitan DBP. Johan nama watak utamanya. Diceritakan, watak Johan ini, dalam melakukan pelbagai aktiviti, dia punya teman tertentu untuk setiap satunya. Untuk bersukan, ada teman, untuk memancing, teman yang lain pula.

Secara takdir (belajar dari kelas Syeikh Nuruddin sebentar tadi, tiada kebetulan dalam hidup ini, semuanya takdir), saya juga terjadi begitu.

Untuk bershopping, saya tahu siapa teman saya. Untuk bersukan, teman yang lain pula. Untuk ke kelas-kelas agama, ada juga teman tertentu. Begitu juga untuk aktiviti multimedia dan komputer, bidang penulisan, aktiviti bersifat Haraki, sembang politik, sembang aliran mazhab, sembang UBM, sembang facebook, sembang isu mahasiswa, berziarah maqam, membeli buku, mahupun melancong makan angin.

Berbuat sesuatu dengan orang yang mahir dalam bidangnya itu seronok. Banyak boleh belajar benda baru daripada mereka. :)

Di sekolah, saya memang mempunyai sahabat karib yang akan ke mana-mana sahaja bersama. Malahan, dia sanggup menemani saya walaupun untuk aktiviti yang dia tidak minat.

Dan di bumi ini, saya belajar untuk tidak mengganggu hidup orang. Susah rasanya mahu kekal dengan seorang teman yang boleh mengikut minat saya yang terlalu pelbagai. ;)

No comments:

Post a Comment

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^