Sebagai seorang pekerja, sebagai seorang pimpinan, ataupun sebagai seorang Timbalan Pengarah program, saya sangat cerewet dalam pemilihan AJK. Orang-orang yang akan berkerja dengan saya, saya akan pilih yang betul-betul boleh buat kerja dengan cemerlang. Dengan kemas. Dengan teliti. Oh, sungguh memilih.
Sehinggakan, seorang sahabat memujuk dengan berkata: "Takpe, AJK tak mantap pun, Ketuanya hebat, boleh cover kelemahan AJK".
Hati saya memberontak. Tak nak! (Tapi ambil juga. Heheheh)
Bukan setakat ini, malahan bila orang lain memilih AJK, saya pula yang ragu-ragu. "Boleh ke dia ni buat kerja ni?"
Mungkin terpengaruh dengan agenda cerita Jepun. "I only work with the best". Slogan yang sangat femes dalam pemilihan anggota kerja berpasukan.
Namun, akhirnya saya tersedar. Terbangkit dari mimpi. Melihat orang-orang yang tidak disangka-sangka mampu membuahkan hasil kerja yang cemerlang, meruntuhkan tembok diskriminasi saya.
Hakikatnya, zaman sekolah, hatta di zaman mahasiswa ini, ini zaman untuk kita belajar.
Ya, untuk belajar. Dan dalam belajar, TERsalah itu satu keharusanlah!
Ini medan latihan. Berlatih, berhujah, mencuba yang baru, menerima tohmahan, melihat hasil percubaan. Dapatannya, segala respon dan kritikan, akan jadi kenangan dan pengalaman yang tiada harga gantinya bila bekerja di medan hakiki.
Di sinilah ruangnya untuk yang kuat, membantu yang lemah pada kelemahannya. Yang kuat juga, pasti ada kelemahan yang perlu ditampung orang lain. Hidup ini, perjuangan ini, kita akan saling memerlukan.
Jangan sekali-kali pinggirkan mereka yang punya "mahu" tapi tiada "tahu". Yang "tahu", tapi tidak "mahu", perlulah diasah kesedaran dan "mahu"nya.
Rugilah juga bagi sesiapa yang tidak mengambil kesempatan atas peluang ini. Di Malaysia kelak, bila benar-benar digalaskan dengan "jawatan", maka tanggungjawabnya 100% atas bahu sendiri.
Ambillah peluang dan ruang yang dibuka luas dalam persatuan, untuk sama-sama kita mengasah soft-skill, communication skill, management skill, memanfaatkan bakat dan kelebihan yang Allah bagi untuk sama-sama menyampaikan agama-Nya, meneruskan kelangsungan kerja dakwah para Nabi.
Dengan ruang ini, self-esteem dapat dipupuk, idea kritis akan dapat disalurkan, di samping belajar bagaimana cara untuk menyampaikan dan mengubah idea ke dalam bentuk yang solid.
Mentarbiah dan ditarbiah, Melatih dan dilatih, beginilah caranya kekuatan ummah dapat dijana!
No comments:
Post a Comment
Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^