Pages

Showing posts with label Karutan. Show all posts
Showing posts with label Karutan. Show all posts

Friday, June 22

"Can You Be My Imam?" (?)

Salam Syaaban semua. ^^

Hari ini nak buat post troll sikit :D
Atau mungkin bagi sesetengah orang dianggap geli. Tapi, bersabar ya, kerana ini hakikat yang harus difahami.

Mula-mula, mari lihat gambar di bawah ini:


Saya kira ini poster terbaru bagi versi yang seumpamanya, "Can you be Imam?", "Sudikah anda menjadi imam saya?" dan pelbagai versi lagi.

Jadi persoalan saya, adakah kemampuan menjadi imam dalam solat itu sudah dikira cukup syarat? Kalau begitu, adik saya yang berumur 12 tahun itu juga sudah mampu jadi imam kami di rumah. Asal sahaja bacaan Al-Fatihahnya cukup, jelas bab At-Toharah, sempurna wudhu'nya, maka layaklah dia menjadi imam. Kalau begitu, cukuplah tinggal dengan rakan-rakan sesama jantina yang diyakini sempurna pengetahuan dan praktikal solatnya.

(Nampaknya akibat terlalu lama tidak menulis, saya gagal menyampaikan mesej sebenar dengan ayat yang cantik) Maka, frankly speaking, mesej yang ingin saya sampaikan adalah, kemampuan untuk menjadi Imam solat itu seharusnya hanyalah Indikator Minimum. Syarat Wajib yang pertama dan sekadar "screening test".

Kalaulah kemampuan menjadi imam sudah dikira sempurna syarat, maka seolah-olah nilai kualiti Muslim yang Mukmin itu dijatuhkan. Maka target seseorang individu bagi meraikan fitrah mahu menjalin hubungan pernikahan hanya akan difokuskan kepada kemampuan mengimamkan solat. Walhasil, jadilah masyarakat kita memfokuskan pembinaan karakter Muslim dalam keluarga itu hanyalah sekadar memenuhi yang wajib cuma.

Tanpa menafikan, solat berjemaah adalah nukleus dalam kekuatan hubungan sesama ahli rumah, baik keluarga mahupun rakan serumah. Dari nukleus inilah terjalinnya ikatan yang kukuh. Dari ikatan ini pula, kita harapkan ada kualiti lain yang boleh dibina, yang akhirnya memberi impak yang baik kepada perkembangan akal, kematangan berfikir dan matlamat yang melihat akhirat, bukan sekadar melepaskan tuntutan fitrah insani semata.

Malah, solat itu sendiri tiang agama. Jika solatnya terpelihara, maka yang lain juga inshaAllah sejahtera.

Tapi, dunia kita pada hari ini, tidak sekadar memerlukan Muslim yang sempurna fardhu ainnya, tapi bergerak ke hadapan dalam menyambung risalah Nubuwwah.

Wallahu a3lam.


(is it because i'm not really  good at cooking so i write such a thing? hahaa. then i cant ask for an imam lah~ saje je, it is just this is what always come across my mind.)

Friday, June 17

Ramai dan Eksklusif

"Jangan generalize orang"

"Don't judge a book by its cover"

Common, right?

Kata orang, jangan meng'group'kan manusia.

Grouping yang bagaimana?

Mengklasifikasikan mengikut:
  1. Jemaah
  2. Pegangan Politik
  3. Sekolah Menengah
  4. Bidang pengajian - Perubatan, Perguruan, Agama, Seni Bina, Teologi, Psikologi, Kejuruteraan
  5. Status kewangan keluarga
  6. Kampung dan negeri asal
  7. Dll - you name it!


Ok, jom main quote-quote.
  • Tak semua budak sekolah agama baik.
  • Tak semua budak sekolah biasa tak tahu hukum.
  • Budak medic ni nerd lah!
  • Budak engin sempoi je.
  • Budak TESL social lebih~ [tetttttt sila jangan sound saya, just quoting]
  • Bakal cikgu pandai bergaya, comey-comey
  • Budak Maahad suka cakap politik
  • Budak KL rock
  • Budak Kedah bahasa dia cam kasar sket (keh4)
  • Budak Terengganu muka ala-ala Cina
  • Perempuan Johor hebat memasak
  • Anak sulung ni suka mengarah
  • Anak bongsu manja
  • Anak kedua mengada-ngada (hahahahahahha)
  • Budak Kelantan ramah dengan geng diorang je
  • Budak Kelantan tak boleh tukar dialek diorang
  • Budak Kelantan lawa-lawa (teeeettttttttt)
  • Ok, YOU! yes YOU. Help me making up this list.
Wait, am i actually making a point here?

My point is, katakan, anda seorang doktor. Ada pesakit datang, dan untuk merawatnya, anda memberikannya penicillin. Berdasarkan andaian pesakit itu bukanlah dari 3-10% populasi manusia yang mempunyai genetik yang alah kepada penicillin. Anda mengandaikan pesakit itu dari golongan majoriti.

Konklusi: Kita tetap akan menjalankan sesuatu berdasarkan GENERALIZATION.

Dan kes-kes unik, kekal sebagai kes unik.

"Dia budak sekolah agama, tapi perangai macam apa~"

General: Budak sekolah agama adalah budak baik sopan santun berakhlaq mulia.

"Dia budak sekolah biasa tapi hafal Quran dah 28 Juzu'"

Eksklusif: Keluarganya memang mementingkan pendidikan agama tapi dia tak ditawarkan ke sekolah agama sebab baru balik dari oversea.

Kesimpulannya, anda boleh kata itu semua bergantung kepada diri. Tapi keadaan sekeliling andalah yang akan membentuk karakter anda. Dengan siapa anda bergaul, dan dengan cara bagaimana anda diajarkan untuk menghadapi sesuatu keadaan, seterusnya lihat pula pada bagaimana anda bertindak, maka itulah anda.



Melalui bidang pengajian pun orang boleh generalize kan sikap kita. Budak medik perangainya begini-begini. Ada pulak subspecies. Budak medik Mesir tsiqqah, wara', belajar ilmu agama dah memang boleh jadi protaz (orang kata, bukan saya kata, saya cuma kata aminn, insyaAllah). Budak medik kat Russia kurang klinikal skill (haha i assume takde dari Russia baca ini)

Serological classification plak, budak medic kat Sayyeda Zainab selalu buat program, budak medic kat Alex mantap akademik. [Contoh].

Kalau bidang pengajian pun jadi kriteria, apatah lagi tarbiah yang diterima, kan?
Ohho, saya alergik sikit kalau orang yang sekadar tahu quote kata-kata naqibah/naqib nya tanpa meletakkan akal dan tidak dibenarkan mempersoal. Keh3. Sayangilah akal anda, gunakan anugerah Allah itu untuk berfikir secara lebih kritikal.

Maka, latar belakang itu tetap penting. Kerana itu yang menjadikan anda, anda. Kerana itu yang membuatkan anda sama ada sama seperti latar belakang anda atau anda terlebih unik yang berubah (making a turning point daripada suasana yang membentuk anda.



Ok sekian dahulu.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)

Renung-renungkan. Semoga sama-sama dapat membentuk jati diri yang kuat. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.




_______________________________________________
Musim exam ni bahasa teruk dan tak reti nak point out benda dalam kepala. Asal2 tulis dalam BI, pastu tercampur last2 mengarut je jadinya. Huhu~

Beliau budak maahad yang jadi dhobitah tapi tak skema macam dhobitoh lain, dia budak kelantan tapi kalau tak cakap kelantan orang tak tahu dia kelantan, dia budak medik tapi dia tak nerd, dia kat Mesir tapi buat gaya cam hidup kat Malaysia. Haha. Unikkah beliau?


Saya perlu pertimbangkan untuk menutup blog ini, asyik merepek je. huhu~

Thursday, May 5

Girls, Jom Elak Gangguan :)

Bila tengok status2 FB dan Y!M, serta pautan-pautan kepada video, audio dan juga artikel yang dikongsi kawan-kawan, tiba-tiba satu ayat muncul di benak hati. "Aku dah masuk zon orang dewasa. Semua orang dah mula mengatur langkah membuat persiapan membina keluarga. Semua orang dah berminat dan tak segan-segan bincang soal ini. Dah dewasa kawan-kawan aku. Eh, diri sendiri sekali la! Jangan jadi budak retarded!"

Pastu teringat pulak bila rakan chat bercakap soal ini.

"Isk, asyik2 bab kahwin, macam ni la kalau sembang ngan orang tua", komen saya.

"Eleh, bajet dia tu sweet 18, entah2 dapat kad dari dia dulu", sampuk beliau.

Haha, tertampar. Tak sedar diri dah masuk usia dewasa menurut hukum budaya.

Bila bercakap soal ini, maka yang tak lepas dari diuji sementelah menjadi seorang berkromosom XX adalah, di'add', ditegur, diajak chatting dan seumpamanya dari kaum lawan jantina. Isk isk. Ye lah, dalam fatrah "mencari", mencari diri dan mencari ____________ (isi sendiri).

Kerek la. Ye, maka saya akui, yang berkromosom XY pun tak lepas dari diuji sedemikian, malahan mungkin lagi kuat godaannya. Orang perempuan datang menyerah diri, kalau tebal iman, bolehlah dibuat barrier. Ceh, tahu-tahu je. Haha. Tahulah, yang buat hal kawan-kawan saya juga. Pilih jejaka-jejaka mantap. Kalau ambik Medic tu dah boleh masuk golongan mantap terus. Haih, tak tahu nak kata apa. Menyerah diri~

Sebenarnya tujuan buat post ni nak berkongsi cara melarikan diri dari gangguan. Kah3. Macam expert. Expert tak expert, sejak lepas SPM bergelumang dengan alam maya, jadi moderator dan author website ternama (saat itu), dan menyertai chatroom yang pelbagai mendedahkan diri kepada bermacam-macam jenis orang. SERONOK. Ya, SERONOK amat sebab time tu baru nak kenal dunia. Ehem2, website dan chatroom tu suci bersih ye. Cuma diakui chatroom tu terlagha la sket, sebab sembang kosong dan kenal-kenal orang. Korek2 maklumat orang-orang kat luar negara, seantero dunia.. Yang mana tahu saya baru lepas SPM mula la kongsi macam2 tips. Haha.

Nak dipendekkan cerita, sekali tu (zaman tahun 1) ada la sorang Encik ni add Y!M. Haih, serabut. Soalan beliau yang paling saya ingat kerana saya paling benci adalah "dah mamam?" Retarded ke?

Sila right click, --> "open image in new tab" [sorry main paste je gambar]

Satu masa, saya meletakkan kata-kata popular dari Imam Nawawi di status Y!M. Status berbunyi :

Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Respon yang saya dapat:

ZWX: siapa tu.. :)
Humaici: :)
ZWX: semoga bahagia
Humaici: insyaALLAH


Selepas itu, langsung tak pernah ditegur. Sampai sekarang rasa nak tergelak, benda sekecil itu tanpa disangka boleh menyelesaikan satu hal.

Kenapa saya tidak delete dari contact dan mark as spam sahaja?

Entah, ego tidak membenarkan. Saya kira itu cara pengecut. Bukan saya yang bersalah. Dan saya masih perlu membuat dia dan mereka tahu, bukan semua perempuan boleh dipermainkan! Dan sila jangan permainkan mana-mana perempuan. Isk isk. Kalau adik perempuan saya atau sahabat saya yang kena, macam mana la agaknya.. So baik cegah sebelum terlambat.

Di facebook chat, macam biasa. Tak yah layan. Kui3.

Bila ditanya pasal soal ini, Ustaz Azhar Idrus menjawab atau seperti yang dijawab:

Sila right click, --> "open image in new tab"

Mudah je Islam nih. Hati anda boleh bagi fatwa. Agak-agak dah melarat tu hentikanlah.

Oh, ke-2. Gangguan telefon oleh Arab. CUKUP MENYAMPAH. Argh. Tak reti bahasa. Cakap Kelantan pun dia layan je.

Baru-baru ini terfikir satu cara. Kalau sebelum ni ada akhawat yang divertkan aja ke nombor ikhwah, kesian ikhwah kena layan. Haha. Apa yang saya buat, saya divertkan call dari Arab yang mengacau saya ke nombor Arab yang mengacau kawan saya.

Best kan. Hari tu terlintas idea nak buat satu pusat pengumpulan nombor-nombor Arab Pengacau. Cam best je. Keh3.

Teringat pulak cerita Doktor Faisal mengajar anak perempuannya cara mengelak gangguan lelaki. Tendang kat lutut, reflex kedudukan melutut, tendang kat tengah. Confirm dapat hematocele. Sila berlatih akhawat sekalian, terutama di musim panas ini. Hoho.

Okes lah, sekian perkongsian sementara tunggu Maghrib. Nak study otak dah penat.

Huh~ Sampai point ni sapa rasa dia bertuah sebab jelita? Saya rasa bertuah sebab saya tak jelita. Kurang gangguan, aman hidup. Adeh, tak boleh bayang gangguan-gangguan yang diterima si jelita. Kesian kalian~~ Jangan bimbang, Allah maha Adil. Jaga Allah, Allah jaga kamu. *wink wink*

Sunday, November 7

Hapuskan Ananiyyah!

Hye. Selamat Petang waktu Mesir. Sekarang 3.11. Asar masuk sekitar 2.40.

Haha. Takde benda nak tulis.

Begini2. Mari saya cerita satu kisah.

Suatu hari saya ke kelas Praktikal Pharma. Setelah kelas berakhir dengan kuiz (dan saya tak tahu tajuk apa akan masuk kuiz walhal orang lain tahu. patutla orang lain ramai dapat markah penuh 10. isk4. apa nak jadi la budak ni sorang. isk3 lagi. kesian.)

Pada sekitar jam 8.40 pagi, kami pun beranjaklah ke kelas untuk syarahan pula. Masuk sahaja kelas, phewwwwwww.... angin sepoi2 bahasa bertiup. Huh. Dah nak masuk musim sejuk la ni. (Lihaf tak hantar dobi lagi. Isk. Nak berhibernasi camne nih..) Kemudian, masuk la pak cik technician di department pharma. Ammu Said namanya. Beliau membuka suis kipas. Eh, maksud saya, beliau memusing speed controller kipas itu supaya kipas berpusing. Ha! Kipas kat Mesir suisnya pakai speed controller itu. (Yer.. bahasa saya sangat teruk kan. Tak reti nk meluaikan bahasa, klu Kelantan straight insyaAllah boleh. Ini hasil kempen bercakap bahasa kelantan, sampai rosak bahasa luai)

Maka, spontan, kami yg di kerusi paling belakang (mengaku pun selalu duduk belakang) berganjak ke satu sudut dan Idayu ke depan mematikan kipas. Sejuk weh! Beberapa minit kemudian datanglah seorang sahabat, duduk di tepiku. Spontan, beliau minta kipas dipasang kembali. Adeh. Tolonglah.

Kami diam.

"Kalau nak kipas duduk la kat tempat lain." Kata seorang teman. Oh, sila baca dengan lenggok bahasa sopan. Sungguh.

"Emm.. Kitorang duduk sini dari tadi lagi. Sejuk la." Saya cuba minta difahami. Maksud saya, mungkin kerana dia masih penat berjalan, atau baru sahaja tiba di situ, dia masih terasa panas. Bertenang sedikit, metabolisma turun, mesti sejuk lah!

Diam lagi. Dia kelihatan makin gelisah.

"Erm, sejuk la. Angin masuk ikut tingkap ni," Saya menunjuk ke arah tingkap. Saya memang suka duduk di tepi. 

Diam beberapa detik.

"Ala, tak boleh ke nak bukak nombor 1?" Dia bersuara tiba-tiba.

Saya diam tidak menjawab. Takkan demi seorang harus diabaikan yang lain. Lagi pula, kami dahulu yang duduk di situ. Beramai-ramai. Dan keputusan tidak harus saya seorang yang putuskan.

Lama kemudian, dia berdiri. Tahu apa yang dia buat?

Menanggalkan baju sejuknya!

Ini saya punya lah. Beliau pakai yg begini juga.
Saya tak tahu apa nama spesifiknya utk baju spesis ini.
Pakai baju ini di musim sejuk sangat seronok.
Oh, maksud saya sungguh memanaskan.
Bila nak iron baju atau ke dapur sah2 kena tanggalkan. Panas.


Adoi. Saya berpaling ke kawan di tepi.

"Dia pakai baju sejuk ke??" Adoi.. saya tertawa tergeleng-geleng.
"Ho lah..!" Jawab rakan saya.
Adoi.. Sekian terima kasih. Marilah memikirkan maslahah ammah melebihi kepentingan diri.

Adeih. Tak tercapai akalku nak pikir.
Oh, inilah update dari saya. wink3*

Oh, saya tahu tajuknya satu exagerasi. Banteras dari kecil, biar tak membarah.

Thursday, March 4

Mari Menaip dengan Kemas

Menaip. Padam. Menaip. Naik atas. Turun bawah. Mencelah di perenggan. Padam. Sungguhlah saya sudah kehilangan fokus.

Straight to the point, tujuan post kali ini adalah untuk membebel tentang penggunaan bahasa yang sangat teruk oleh mereka yang ber"iq" tinggi. (Ya, saya akui bahasa saya di Facebook dan di ruangan komen juga sangat teruk, namun saya masih mampu menjaga bahasa saya di tempat rasmi. Hehe)

Di bawah ini saya senaraikan beberapa tatacara menaip yang perlu diambil perhatian (baca: yang saya ambil perhatian) dalam kerja-kerja menaip yang rasmi. Sesungguhnya tata penaipan yang buruk itu sangat menjengkelkan dan sangat memualkan.

1) Pastikan penggunaan huruf kecil yang tidak bercampur dengan huruf besar. Huruf besar hendaklah digunakan di awal perkataan sahaja. Bagi kata hubung, pengawalan dengan huruf besar adalah tidak diperlukan. Sila elakkan penggunaan semua huruf besar.
  • Pemergian yang Abadi [betul]
  • Pemergian Yang Abadi [salah]
  • PeMeRGiAn yAnG AbAdi [sangat salah]

2) Gunakan fungsi huruf tebal (bold), garis bawah (underline) dan huruf serong (italic) pada tempat sepatutnya. Fungsi huruf tebal dan garis bawah adalah untuk menekankan satu-satu perkataan atau isi penting. Perlu diambil perhatian, kedua-dua formatting ini hendaklah tidak digunakan sekaligus. Bermakna, gunakan salah satu daripa keduanya.
  • Nama saya Humairah. [betul]
  • Nama saya Humairah [salah]
  • Nama saya Humairah. [betul]

Memandangkan Bahasa Melayu sering tidak terlepas daripada digunakan bersama-sama istilah daripada Bahasa Asing, maka penggunaan istilah ini juga perlu diambil perhatian. Kebiasaannya, penggunaan huruf serong adalah bagi menunjukkan penggunaan bahasa asing. Walaubagaimanapun, penggunaan pengikat kata juga adalah disarankan.
  • Contoh 1: Saya perlu menggunakan formatting yang betul.
  • Contoh 2: Beliau menaip menggunakan "formatting" yang salah.
3) Penggunaan tanda baca
Perlu difahami fungsi penanda bacaan adalah memudahkan kefahaman pembaca untuk menyelarikan tulisan dengan nada bacaan. Dalam cara menaip, selepas menggunakan tanda baca seperti noktah [.], koma [,], tanda seru [!], tanda soal [?] dan sebagainya, hendaklah diiringi dengan [jarak] terlebih dahulu sebelum ditaip perkataan seterusnya.

Selain itu, perlu diingat, huruf pertama selepas noktah adalah huruf besar.
  • Oleh itu, beliau sangat rajin [salah]
  • Oleh itu,beliau sangat malas [salah]
  • Beliau tidak makan nasi.sebab nasi ada kanji. [salah]
Perlu diambil perhatian juga, penggunaan tanda baca yang melebihi satu adalah tidak diperlukan, walaupun anda mahu menggambarkan emosi anda. Cara yang tepat untuk menggambarkan emosi adalah menggambarkannya dalam bentuk ayat, bukan tanda baca yang melebihi keperluan kerana itulah tujuan utama menulis. Memahamkan pembaca tentang apa yang ingin anda sampaikan melalui perkataan. Kan?

4) Penggunaan kependekan
Sila jangan gunakan sebarang kependekan dalam taipan rasmi. Laman internet, e-mel dan blog tidak menghadkan aksara yang boleh dihantar. Tiada alasan kenapa anda perlu menggunakan kependekan seperti "yg", "x", "tp", "nk", "u", "jk" dan seangkatan dengannya. Sungguh saya serabut melihat "x" digunakan sebagai lambang penafian. Melambangkan betapa pemalasnya anda.

5) Penggunaan warna yang berbeza.
Seperti fungsi huruf tebal, penggunaan warna yang berbeza bagi menghasilkan kontra hendaklah digunakan pada tempat yang perlu bagi menekankan satu-satu perkataan.

6) Penggunaan font.
Font yang digunakan seharusnya tidak berubah-ubah secara drastik tanpa keperluan.
Begitu juga dengan saiz.


Saya bukanlah pembaca tegar blog Ustaz Hasrizal. Tapi kekemasan yang dijaga Ustaz Hasrizal dalam cara penaipan beliau sangat mengujakan saya dan cukup untuk membuatkan saya menghormati beliau. Saya percaya, itulah antara kunci kejayaan blog beliau.

Sila baca kupasan beliau yang sangat tepat tentang penggunaan bahasa yang bukan lagi bahasa itu.


______________________________________________________________
Di bawah ini adalah repekan semata.

Sila rujuk di sini untuk ulasan saya tentang penggunaan bahasa yang cantik.

Saya bukanlah seorang yang mahir dalam bahasa. Jauh sekalilah mencapai tahap ahli bahasa. Namun begitu, saya sering kali digelar sebagai "Pakar Bahasa" oleh rakan-rakan dan sering juga dinobatkan sebagai "otak sastera". Berikutan tulisan saya dalam risalah terbitan BPI PERUBATAN baru-baru ini yang dikatakan menggunakan Bahasa yang agak tinggi, para senior juga sudah mula melihat saya sebagai "ahli bahasa". Ya, "ahli bahasa" bukan istilahnya, tapi saya tidak tahu apa istilah yang sesuai.

Saya tertarik dengan pendekatan PTS Publication yang menekankan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam buku-buku terbitan mereka. Bahasa Melayu Tinggi benar-benar menaikkan imej Bahasa Melayu dan penutur serta penggunanya sendiri. Bandingkan sahaja dengan lambakan novel-novel di pasaran sekarang yang menggunakan Bahasa yang sangat rendah mutunya.

Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah penggunaan Bahasa yang baik yang boleh menjaga imej dan standard maklumat yang kita persembahkan.

Untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, saya rasakan agak sukar buat saya. Mungkin kerana persekitaran yang menggunakan Bahasa Rojak serta kurangnya bahan bacaan dalam Bahasa Melayu Tinggi memburukkan lagi penguasaan saya dalam Bahasa.

Yang menjadi persoalan, tahap bahasa saya yang sebegitu teruk sudah dipandang orang-orang sebagai baik. Maka, yang langsung tidak menjaga harus dikategorikan apa?

Sunday, August 30

Kak Ngah Kata Kakak Cakap ngan Kak Chik...

Hari ni Adibah tak pergi sekolah, demam katanya, tapi entahlah kenapa Adibah yang rajin ke sekolah tiba-tiba tidak mahu pergi. Paginya, berbagai adegan dipersembahkan dengan kerjasama Hafizi, dari babak mengejar hamster yang terlepas, makan setupperware Milo dalam bilik Ummi, sinki bilik Ummi hampir-hampir limpah, sehinggalah adegan Milo dan cawan-cawan dipunggah ke bilik air. Huh, penat!

Dalam lebih kurang jam 12 tengahari, Hafizi tidur. Mengambil peluang itu, saya turut cuba melelapkan mata. Semalam dah berjaga sampai lewat malam akibat tengok TV. Hampir terlelap, tiba-tiba Achik telefon, mahu bercakap dengan Jiji katanya. "Jiji tidur, kakak ada la," Jawabku. "Nak kecek ngan kakak, tepon mula," pinta Achik. Okes.

"Kakak, meh kecek ngan Kak Chik," Saya memanggil Adibah setelah mendial nombor telefon. Gagang telefon terus diserahkan kepada Adibah tanpa menunggu Achik menjawab panggilan. Saya kemudian membuka laptop. Pasti takkan berjaya kalau cuba tidur semula. Kakak bersembang dengan Achik. Riuh juga bunyinya. Gagang diletakkan.

Ada satu mesej masuk.
"Lambat weyh, nk gi basuh baju dulu la" -Achik

Gulp, aku dial nombor sape tadi? Rancak je kakak bercakap.

"Kakak, kakak kecek ngan sapo takdi?" Tanyaku sambil tangan kembali mendial nombor Achik.

"Kak Ngah kata Kak Chik..."

"Takdi tak kecek lagi ko ngan Kakak?" Tanyaku pada Achik.

"Mano ado, tak tepon pon.."

"Pastu kakak kecek ngan sapo takdi?? Aku salah dial.." Akibat masih rasa mengantuk, tanpa banyak cakap, gagang diberi kepada kakak semula. Bila memandu kereta tengahari tadi, baru teringat balik. Malunya!!!! Haha.

Moral of the story, jangan lakukan sebarang aktiviti dengan keadaan separa sedar. T_T

Sebelum ni selalu berhati-hati dial nombor telefon, sebab dah tak biasa sangat dengan kedudukan nombor-nombor telefon seperti di zaman kecil dulu, pejam mata pun boleh dial. Sekarang asyik guna handset aci bukak phonebook tak pun speed dial. Huh, teknologi yang melemahkan daku!

Monday, July 27

Dekak Sebuley doh Ambo Kelik Kalu Gitu Nyohs..

Hoho. Sedar tak sedar (lebih kurang tak sedar la) dah hampir sebulan sampai kat rumah. Fikir-fikir balik, apa aku dah buat dalam 4 minggu nih? Hoho, rasa cam takde buat pape pun. Tapi still tak rasa boring.. Kerana cuti itu menggumbirakan! (Being diagnosed as break deficiency syndrome like Izzah).

Bila Ummi tanya Han Too Qih aka Amir Faqehuddin, kenapa suka sangat- main mesin urut.. Dia jawab..
Tak tahu kenapa.. Orang rasa, macam rasa gembira.. Rasa dekat hati ni rasa gembira. Ummi tahu tak. Rasa macam kalau Ummi nak pergi jalan mana-mana, rasa macam tu lah.
Fuh, tinggi sungguh ayat perasaan kanak-kanak darjah 5 nih. Buat karangan UPSR boleh blah. Haha.. Jadi definisi gembira bagi dia bila nak keluar jalan-jalan, mentang-mentang la baru balik ikut Abi pergi Kedah mandi sungai sakan. Heh! Senangnya gembira seorang budak.

Gembira Han Too Ji aka Amir Hafizi pulak bila tak pergi nursery dan menempel kat rumah, susun kusyen atau bantal keliling dia. Heh, pastu aku gak yang kena kemas. Suh pi nursery, dia cakap;

Ji occey gi oloh, Ji nok gi U
Banyak cantek.. Hoho..

Yang paling best, iklan MAP (Motivasi Alihan Pelajar) dalam IKIM.fm yang tak berubah-ubah lagi, sejak dulu sampai sekarang. Haha. Dah naik hafal dah. Jambatan kedua depan umah aku yang dari projek RMK 8 sejak berzaman pun dah nak start buat, iklan dia tak ubah-ubah lagi. Boleh fail sungguh motivasi cam tu, ngehs334..

Hari tu pergi jalan-jalan sekolah, nampaknya semua cikgu still ingat saya.. wuhhhuu.. Padahal musti la cikgu layan je.. Dah budak pergi mesti la bekas pelajar situ, ngehhe.. .. And then, jumpa lak ngan Ust Hairul Azizi, jeles Izzah,.. Huk2.. Punya la dia post kat blog jumpa ngan Ustaz kat sekolah hari tuh.. Hehe, tu lah namanya takdir kan Jah?

Then Ust Azmi plak boleh tak ingat nama aku, tapi bila cakap "Humairah", direct ustaz sambung, Humairah Che Ibrahim. Huhu.. Dan berkisahlah tentang Sayyeda Zainab kawasan pasar ikan. Ada plak kena gelak duduk kawasan pasar ikan. Kuang3.. Tapi still ada beberapa orang cikgu yang tak sempat jumpa. Kalau ada masa lain kali la plak. Kalau dah ALLAH takdirkan, tetap jadi kan2?? Macam kes jumpa Ust Hairul la.. Kan Izzah kan? Haha..

Then Teacher Rohaiza tanya, what is your opinion, for those yang score tak tinggi mana, is it good for them to go study there? Hallamak, ayat teacher musti la kelas.. ayat kawe sejak kelik kelate tunggey langgey, ingat bahasa ibundo jah.. Then, I said, it depend on how much they're willing to struggle and study hard. Result SPM takkan jadi penentu untuk kejayaan anda setelah berjaya masuk ke lapangan pengajian seterusnya. Semuanya pada usaha dan ketekunan plus kehendak DIA.

Ok, end of the story. Ops, lupa. Ingat nak publish gambar budak-budak kalah lawan bowling yang tak bagi aku nak snap screen scoreboard tuh. Payah la plak. Len kali la. Jom, sape free, meh kita lawan bowling lagi! Kui23..

Sunday, June 14

Day Out: Bazar Khan El-Khalili aka Hussein

Hehehe, seperti mana yang dimaklumi, menjelang saatnya kepulangan kita yang dinanti mereka yang dichentai dan pastinya terchenta juga di Malaysia sana.. Berbagai-bagai gerak langkah membeli-belah diatur dan dirancang serta dilaksanakan bagi memastikan mereka yang tersayang di Malaysia mendapat buah tangan masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya selaku pelajar yang agak kerap kiranya keluar ber'shopping' dibandingkan dengan zaman di Malaysia yang tahap kemalasan adalah maksimum untuk keluar ke kedai..

Lokasi: Bazar Khan El-Khalili (saper cakap camni confirm dapat tambang teksi paling murah pun LE20) aka Hussein, tepi Jamie' Hussein, yang menempatkan maqam Sayyeda Hussein (cucu Nabi Muhammad S.A.W.)

Mula-mula masuk, Bad cakap dia nak cari jubah satu lagi.. Alang-alang dah memang pergi untuk teman dia ngan Aisyah shopping, ikut ler sekali walaupun rasa sangat malas sebab sangat panas. Kat kedai tuh, mula-mula dia pamer yang kain kurang elok, sangat nipis dan jahitan pun tak elok, dah la harganya mahal.

"Tak de yang tebal ke pak cik?"
"Ada2, tunggu jap nak gi ambik"

Pastu dia pun pergilah mengambilkan sebagaimana yang saya minta, alang-alang Aisyah ngan Bad kata kainnya tebal dan jahitannya elok, maka saya terfikir, baik beli dua, boleh dapat murah sket kot..

Jubah untuk Along.. Erk.. cam besar je nih.. Sorry long, long time no see, tak leh nak budget size ar.. Hehe, LE 130 untuk 2 pasang, ok lah tu, drpd harga asal 75 satu. Tak larat nak bargain la tengah2 panas terik..

Next, sampai ke kedai jubah perempuan pulak. Hehe.. Daripada LE 48 satu, akhirnya dapat LE 35 satu. Then, dari jumlah keseluruhan dipotong lagi LE5. Ok la tuh.. Katanya dia bagi murah sebab kami nak bawa balik ke Malaysia.

Plus, unta yang besar ni, dapat LE20 seekor. Nyesal la plak ambik besar sekor kecik sekor.. Dah la Fathi cakap nak bukak ladang ternak unta..

Hehe, Pak cik yang memula tu jual LE30 sekor.. Ok la nih.. Kak Qilah pun dapat LE20 sekor, kecik lagi.. Hehe.. Tapi Fathi nak 9 ekor.. Baru ada 7 ekor, masalah nih. Hahaha..


Caranya, kerey pak cik tuh.. Haha.. Ni yang paling penat sebenarnya, sambil sengeh2.. Dah la aku ni jenis tak berapa reti nak senyum.. Pak cik tu plak ramah.. Dia tanya kita jawab.

"Tibb?"
"Aiwah"
"Dari Mansurah?"
"Tak, dari Universiti Kaherah"
"Oh, semalam ada yang datang dari Mansurah, hari ini dari Kaherah"

Sambil-sambil Bad pilih jubah, dia pun sibuk. Dalam dia belek-belek cari baju tuh, mulut dia akan cakap, "Malizia, Malizia".. Memikirkan design yang sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Pastu dia tarik satu jubah yang berkilat dan tanya:
"Mungkin tak orang Malaysia pakai yang ni?"

Hahaha.. Kami ketawa dan geleng.. Dan dia juga tergelak. Apa yang bagusnya, dalam mencari itu, mulutnya sentiasa menyebut Bismillahirahmanirrahim..

Dan dia juga bertanya tentang peperiksaan, bila saya katakan hanya Syafawi yang masih belum selesai, dengan ramahnya dia mengatakan:

"Saya dari kuliah kejuruteraan, dan dia dari kuliah pertanian (rakannya)"

Entah betul entah tidak, tapi tak mustahil..

Siap ditanya lagi nak kerja kat Malaysia ke kat Mesir..

Akhirnya, sebelum meninggalkan kedai itu, dia mendoakan kejayaan kami. Inilah kelebihan Arab, mulut yang tak lekang dari doa.. Saya didoakan supaya jadi Pakar Psikologi (dah dua kali kena pakar psikologi nih..), Bad jadi pakar mata, Aisyah pakar apa ntah.. Haha..

Tambahnya lagi, saya doakan semoga kalian berjaya, sebab nanti kalian boleh datang beli banyak-banyak lagi..

SANDY, sape-sape tak reti nak pakai stokin aku nak bagi hadiah ni kat dia.. Heehe.. Yang ni paling tak puas hati, habis cara guna harga dia tetap LE17. Redha je la..

Kurma dengan badam. LE21. Kak Qilah dapat LE20. Tapi sebab Bad ngan Aisyah dah memang sanggup nak beli ngan harga tuh, follow je la, ikut syura.. Hehe.. Pak cik kat depan tu plak jual LE 25.. Huh! Takder harapan~

Mula-mula, mak cik kat depan tu jual LE12. 12 geneh!! Mahal tuh! Masuk dalam lagi, tawar-menawar ngan pak cik tuh, then dia bagi satu LE5. Huhu.. Ingat lagi first time gi Hussein, dapat key chain lambang Egypt dengan harga LE7, pak cik tu siap kena marah lagi ngan anak dia pasal bagi dengan harga tuh.. Nyesal plak..

LE1.. LE 0.60, LE 0.50..
Ok, Bad ambik. 100 x LE 0.50 = LE 50.00

LE 0.49, LE 0.45, LE 0.43.. La'!

Ok, ok.. Kerana kamu saya bagi LE 0.40..

Hehehe.. Ok la tuh.. LE 0.40 x 100 = LE 40.00, dah jimat LE 10 daripada Bad.. Lepas tambang teksi.. Huhu.. Takper la pak cik, saya tak nak.. Hahaha.. Nanti kalau saya nak saya datang len kali yer..

Papyrus yang besar tu plak, dari harga asal dia bagi LE4.. tawar-menawar yang hebat akan memungkinkan anda mendapatkannya dengan harga LE1.50.. :D

Beg dengan dispersed kurma.. (not mine ok)

Ladang unta kecil.. Wahha..

Ok lah, sekian dahulu.. Hehehe.. Pasti Ateh akan mereport kepada Ummi. Ngehss23.. Sebenarnya dah ketandusan idea tak tau nak beli barang apa.. Teh ARUSSAH tu pun terbeli kat SPINNEY baru ni, sedangkan kat dapur banyak lagi Teh, maka masuk beg. Hehe..

Angah: Chu nak suh ore beli gapo?
Chu : Ikut la Kak Ngah.. Takpo belako
Angah: Ore tak reti nak bawak kelik gapo ni Chu..
Chu : Bawak kelik benda pelik-pelik la..
Angah: Erm., gapo hok pelik... Sinih hok pelik gak.. Arab la..
Chu : Eh, jange wak kelik Tok Arab, kejut Ummi kea..
Angah: Hahahaha..

Kesimpulan, time nak beli, cakap harga yang tak masuk akal, sangat-sangat murah.. Pastu jangan tunjuk sangat nak benda tuh.. Then, kalau nak jugak baru lah naikkan sket demi sket. Hanya dapat dipraktiskan dalam mood yang baik. Bak kata Kak Qilah, buat muka comel.. (tahun depan takde la Kak Qilah nak teman aku gi beli barang-barang letrik sambil buat muka comel dia..T_T) Hoho.. Selamat membeli-belah untuk yang tersayang.


Konklusi: Banyakkan berjalan, banyakkan berbual dengan Arab untuk memantapkan bahasa Arab kita. Kesannya memang sangat jelas. Bila Arab tu banyak modal, kita pun dapat banyak vocab untuk terus berbual, hasilnya dapat harga murah, tak pun tambang teksi yang murah. Inilah yang saya suka time shopping sebenarnya, boleh praktis Bahasa Arab.. ^_^