Pages

Sunday, August 30

Kak Ngah Kata Kakak Cakap ngan Kak Chik...

Hari ni Adibah tak pergi sekolah, demam katanya, tapi entahlah kenapa Adibah yang rajin ke sekolah tiba-tiba tidak mahu pergi. Paginya, berbagai adegan dipersembahkan dengan kerjasama Hafizi, dari babak mengejar hamster yang terlepas, makan setupperware Milo dalam bilik Ummi, sinki bilik Ummi hampir-hampir limpah, sehinggalah adegan Milo dan cawan-cawan dipunggah ke bilik air. Huh, penat!

Dalam lebih kurang jam 12 tengahari, Hafizi tidur. Mengambil peluang itu, saya turut cuba melelapkan mata. Semalam dah berjaga sampai lewat malam akibat tengok TV. Hampir terlelap, tiba-tiba Achik telefon, mahu bercakap dengan Jiji katanya. "Jiji tidur, kakak ada la," Jawabku. "Nak kecek ngan kakak, tepon mula," pinta Achik. Okes.

"Kakak, meh kecek ngan Kak Chik," Saya memanggil Adibah setelah mendial nombor telefon. Gagang telefon terus diserahkan kepada Adibah tanpa menunggu Achik menjawab panggilan. Saya kemudian membuka laptop. Pasti takkan berjaya kalau cuba tidur semula. Kakak bersembang dengan Achik. Riuh juga bunyinya. Gagang diletakkan.

Ada satu mesej masuk.
"Lambat weyh, nk gi basuh baju dulu la" -Achik

Gulp, aku dial nombor sape tadi? Rancak je kakak bercakap.

"Kakak, kakak kecek ngan sapo takdi?" Tanyaku sambil tangan kembali mendial nombor Achik.

"Kak Ngah kata Kak Chik..."

"Takdi tak kecek lagi ko ngan Kakak?" Tanyaku pada Achik.

"Mano ado, tak tepon pon.."

"Pastu kakak kecek ngan sapo takdi?? Aku salah dial.." Akibat masih rasa mengantuk, tanpa banyak cakap, gagang diberi kepada kakak semula. Bila memandu kereta tengahari tadi, baru teringat balik. Malunya!!!! Haha.

Moral of the story, jangan lakukan sebarang aktiviti dengan keadaan separa sedar. T_T

Sebelum ni selalu berhati-hati dial nombor telefon, sebab dah tak biasa sangat dengan kedudukan nombor-nombor telefon seperti di zaman kecil dulu, pejam mata pun boleh dial. Sekarang asyik guna handset aci bukak phonebook tak pun speed dial. Huh, teknologi yang melemahkan daku!

3 comments:

  1. hehe.. itu dinamakan kemama.. (tok kaba baru bangun tido :) ) kalu pucat nervous 'kenalin' kih kih :) orang yang didail pun layan jugak yea.. mungkin sedara mare..hehe

    ReplyDelete
  2. ish3,..len kali nak dail tu kelih molek dulu..XP

    ReplyDelete
  3. @ tetamu:
    hehe, janganla guna perkataan kemama.. malu seyh.. haha.. benanyo mata x brapa segar time tuh, blur sket time tekan nombor.

    mustahil sdara mare, mmg silap terus. haha.. adik baru oyak plok, dio kata kak ngan tepon ore lain. dio tnya sapa ni, kakak kata dibah3x, dia tak pehey.. huhu


    @ cik jah:
    wakaka.. yolo dah, tgn kawe tak pro mano tekan nombor tepon loni, pro tekan keypad laptop jah. haha

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^