Pages

Friday, June 22

"Can You Be My Imam?" (?)

Salam Syaaban semua. ^^

Hari ini nak buat post troll sikit :D
Atau mungkin bagi sesetengah orang dianggap geli. Tapi, bersabar ya, kerana ini hakikat yang harus difahami.

Mula-mula, mari lihat gambar di bawah ini:


Saya kira ini poster terbaru bagi versi yang seumpamanya, "Can you be Imam?", "Sudikah anda menjadi imam saya?" dan pelbagai versi lagi.

Jadi persoalan saya, adakah kemampuan menjadi imam dalam solat itu sudah dikira cukup syarat? Kalau begitu, adik saya yang berumur 12 tahun itu juga sudah mampu jadi imam kami di rumah. Asal sahaja bacaan Al-Fatihahnya cukup, jelas bab At-Toharah, sempurna wudhu'nya, maka layaklah dia menjadi imam. Kalau begitu, cukuplah tinggal dengan rakan-rakan sesama jantina yang diyakini sempurna pengetahuan dan praktikal solatnya.

(Nampaknya akibat terlalu lama tidak menulis, saya gagal menyampaikan mesej sebenar dengan ayat yang cantik) Maka, frankly speaking, mesej yang ingin saya sampaikan adalah, kemampuan untuk menjadi Imam solat itu seharusnya hanyalah Indikator Minimum. Syarat Wajib yang pertama dan sekadar "screening test".

Kalaulah kemampuan menjadi imam sudah dikira sempurna syarat, maka seolah-olah nilai kualiti Muslim yang Mukmin itu dijatuhkan. Maka target seseorang individu bagi meraikan fitrah mahu menjalin hubungan pernikahan hanya akan difokuskan kepada kemampuan mengimamkan solat. Walhasil, jadilah masyarakat kita memfokuskan pembinaan karakter Muslim dalam keluarga itu hanyalah sekadar memenuhi yang wajib cuma.

Tanpa menafikan, solat berjemaah adalah nukleus dalam kekuatan hubungan sesama ahli rumah, baik keluarga mahupun rakan serumah. Dari nukleus inilah terjalinnya ikatan yang kukuh. Dari ikatan ini pula, kita harapkan ada kualiti lain yang boleh dibina, yang akhirnya memberi impak yang baik kepada perkembangan akal, kematangan berfikir dan matlamat yang melihat akhirat, bukan sekadar melepaskan tuntutan fitrah insani semata.

Malah, solat itu sendiri tiang agama. Jika solatnya terpelihara, maka yang lain juga inshaAllah sejahtera.

Tapi, dunia kita pada hari ini, tidak sekadar memerlukan Muslim yang sempurna fardhu ainnya, tapi bergerak ke hadapan dalam menyambung risalah Nubuwwah.

Wallahu a3lam.


(is it because i'm not really  good at cooking so i write such a thing? hahaa. then i cant ask for an imam lah~ saje je, it is just this is what always come across my mind.)

3 comments:

  1. mungkin yang nak disampaikan tu ialah jika seorang lelaki mampu menjadi imam yang baik, maka insyaallah benda lain pun baik sebab solat tu tiang agama, maka jika teguhnya tiang, maka teguhlah sesuatu binaan tersebut.
    kriteria lain tu mungkin sampingan sahaja, walau kadang-kadang ada orang kafir sangat baik hati dan sorang lagi muslim tapi macam kera sumbang je, tapi siapa yang boleh jadi imam seorang wanita muslim kalau bukan lelaki muslim yg kera sumbang tu..
    mamcana kalau seorang lelaki muslim yg baik hati, baik budi pekerti tapi bab solat dia lengah-lengahkan dan malas ke masjid? walau dia boleh jadi imam yang baik.......keh keh

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^