Pages

Thursday, June 7

"Aku Heret Dia ke Neraka!"

"Kalau aku masuk neraka, aku heret dia sekali masuk neraka, sebab tak pandai tegur orang!" Ucapnya.

"Nak tegur orang bukan cara macam tu, kena ada cara sendiri." Tambah dia lagi.

Dialog ini sebenarnya sudah saya lupakan, diceritakan seorang teman, tentang seseorang yang masih saya anggap kawan. Yang dikatakan menegur salah cara itu, saya sendiri.

Ya, saya tahu, dengan menulis di sini, bermaksud saya bakal mengingati dialog ini kembali. Ini juga setelah diulang sebut seorang teman yang lain, yang sangat kecewa mencuba pelbagai cara dalam menegur, sehingga dirinya sendiri yang jadi sasaran fitnah.

Saya cuba juga bermuhasabah, di mana salahnya cara saya. Seingat saya, ucapan saya melalui tetingkap Y!M pada waktu itu sekadar berbasa-basi, melayan secara tidak bersungguh-sungguh. Di saat dia yang memulakan bicara, mencari teman meluah perasaan. Dari teman yang lain saya tahu apa sebenarnya yang melanda.

Cuba mengelak meluahkan apa sebenarnya yang berada dalam hati dan akal saya. Kalau saya nekad, pasti saya berterus-terang bahawa yang salah itu dia sendiri. Cuma bagi saya, mad'u saya yang seorang ini tahapnya belum mampu menerima teguran sebegitu.

Namun, DIA juga yang Maha Berkuasa. Sebaris ayat tanpa kesungguhan maksud, difahami pada jarak melangkaui apa yang diniatkan saya.

Tapi saya tidak terasa apa-apa. Bagi saya mungkin sudah ramai sebelum ini yang berbicara sedemikian, justeru membuatkan dia terlajak faham.

Tidak seperti dia, muka yang ditarik masam, perangai tantrum yang dihulur saya layan bersahaja juga. Dengan lagak tiada apa yang terjadi. Apa perlu bertukar aksi, saya tidak terasa hati, dan tidak berniat untuk mencipta sengketa. Senyuman dan teguran sambil lewa saya lemparkan seperti sedia kala, tanpa dirancang, tapi sekadar aksi kebiasaan.

Dua hari sahaja, dia sejuk kembali.

Tidak disangka, dari peristiwa itu, banyak cerita yang saya dengar seterusnya. Cukup membuatkan saya terlibat secara langsung menjadi pendengar luahan rasa hasil pelbagai sengketa yang diciptanya dengan orang lain.

Kawan, aku doakan kau diberi hidayah dan menerimanya. Aib orang kau reka, aibmu, orang yang kau lukai pegang dengan kemas. 

4 comments:

  1. Menjadi dai'e itu perlukan sabar.. i think u'r in the right direction kerana buat mcm x de ape2 terjadi.. biasalah manusia banyak ragam, ade jenis yang boleh tutup mulut, ade yg jenis reka cerita dan mcm2 lg.. yg kte bleh wat sabar, doa and teruskan usaha, jgn mengalah! =)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kan best, kalau...

    "Aku heret dia ke syurga!"

    Eh.

    Macam tak best perkataan heret tu.

    "Aku pimpin tangan dia ke syurga!"

    Allahurabbi, lagi indah kan? ('=

    ReplyDelete
  4. @ izzah : haha, sbb dah kenal perangai dia, so buat apa nk feeling hard. inshaAllah, will keep on my way, even kadang2 rasa malas layan langsung. huhu

    @ izzati: tiada yg indah melainkan itu :)

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^