"Jangan generalize orang"
"Don't judge a book by its cover"
Common, right?
Kata orang, jangan meng'group'kan manusia.
Grouping yang bagaimana?
Mengklasifikasikan mengikut:
Grouping yang bagaimana?
Mengklasifikasikan mengikut:
- Jemaah
- Pegangan Politik
- Sekolah Menengah
- Bidang pengajian - Perubatan, Perguruan, Agama, Seni Bina, Teologi, Psikologi, Kejuruteraan
- Status kewangan keluarga
- Kampung dan negeri asal
- Dll - you name it!
Ok, jom main quote-quote.
- Tak semua budak sekolah agama baik.
- Tak semua budak sekolah biasa tak tahu hukum.
- Budak medic ni nerd lah!
- Budak engin sempoi je.
- Budak TESL social lebih~ [tetttttt sila jangan sound saya, just quoting]
- Bakal cikgu pandai bergaya, comey-comey
- Budak Maahad suka cakap politik
- Budak KL rock
- Budak Kedah bahasa dia cam kasar sket (keh4)
- Budak Terengganu muka ala-ala Cina
- Perempuan Johor hebat memasak
- Anak sulung ni suka mengarah
- Anak bongsu manja
- Anak kedua mengada-ngada (hahahahahahha)
- Budak Kelantan ramah dengan geng diorang je
- Budak Kelantan tak boleh tukar dialek diorang
- Budak Kelantan lawa-lawa (teeeettttttttt)
- Ok, YOU! yes YOU. Help me making up this list.
Wait, am i actually making a point here?
My point is, katakan, anda seorang doktor. Ada pesakit datang, dan untuk merawatnya, anda memberikannya penicillin. Berdasarkan andaian pesakit itu bukanlah dari 3-10% populasi manusia yang mempunyai genetik yang alah kepada penicillin. Anda mengandaikan pesakit itu dari golongan majoriti.
Konklusi: Kita tetap akan menjalankan sesuatu berdasarkan GENERALIZATION.
Dan kes-kes unik, kekal sebagai kes unik.
"Dia budak sekolah agama, tapi perangai macam apa~"
General: Budak sekolah agama adalah budak baik sopan santun berakhlaq mulia.
"Dia budak sekolah biasa tapi hafal Quran dah 28 Juzu'"
Eksklusif: Keluarganya memang mementingkan pendidikan agama tapi dia tak ditawarkan ke sekolah agama sebab baru balik dari oversea.
Kesimpulannya, anda boleh kata itu semua bergantung kepada diri. Tapi keadaan sekeliling andalah yang akan membentuk karakter anda. Dengan siapa anda bergaul, dan dengan cara bagaimana anda diajarkan untuk menghadapi sesuatu keadaan, seterusnya lihat pula pada bagaimana anda bertindak, maka itulah anda.
Melalui bidang pengajian pun orang boleh generalize kan sikap kita. Budak medik perangainya begini-begini. Ada pulak subspecies. Budak medik Mesir tsiqqah, wara', belajar ilmu agama dah memang boleh jadi protaz (orang kata, bukan saya kata, saya cuma kata aminn, insyaAllah). Budak medik kat Russia kurang klinikal skill (haha i assume takde dari Russia baca ini)
Serological classification plak, budak medic kat Sayyeda Zainab selalu buat program, budak medic kat Alex mantap akademik. [Contoh].
Kalau bidang pengajian pun jadi kriteria, apatah lagi tarbiah yang diterima, kan?
Ohho, saya alergik sikit kalau orang yang sekadar tahu quote kata-kata naqibah/naqib nya tanpa meletakkan akal dan tidak dibenarkan mempersoal. Keh3. Sayangilah akal anda, gunakan anugerah Allah itu untuk berfikir secara lebih kritikal.
Maka, latar belakang itu tetap penting. Kerana itu yang menjadikan anda, anda. Kerana itu yang membuatkan anda sama ada sama seperti latar belakang anda atau anda terlebih unik yang berubah (making a turning point daripada suasana yang membentuk anda.
Ok sekian dahulu.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".(H.R. Muslim)
Renung-renungkan. Semoga sama-sama dapat membentuk jati diri yang kuat. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.
_______________________________________________
Musim exam ni bahasa teruk dan tak reti nak point out benda dalam kepala. Asal2 tulis dalam BI, pastu tercampur last2 mengarut je jadinya. Huhu~
Beliau budak maahad yang jadi dhobitah tapi tak skema macam dhobitoh lain, dia budak kelantan tapi kalau tak cakap kelantan orang tak tahu dia kelantan, dia budak medik tapi dia tak nerd, dia kat Mesir tapi buat gaya cam hidup kat Malaysia. Haha. Unikkah beliau?
Saya perlu pertimbangkan untuk menutup blog ini, asyik merepek je. huhu~
"kes unik" yang positif cool ape.. :)
ReplyDeletesupperrrrr coooll
ReplyDeletesbnrnya setiap manusia pun unik. saje nk point out bahawa this world works by generalizing. pastu taaruf lah yg akan mainkan peranan.
-alamak, segan lah penulis blog unik, sarat dgn hikmah dan atur bahasa yang tinggi adab komen kat post mengarut nih. XD-
faham.setuju2..
ReplyDeleteoh, selambe je kutuk -_-"
selamat studi,peace~
-anyway, tulis untuk sendiri tapi dapat difahami ramai orang adalah bonus..-