Pages

Monday, May 23

A Forever Goodbye, Bersediakah Kita?


Tahukah anda gambar apakah di atas ini? Oh, inilah soalan pertama yang saya dapat tadi. Spirochaetes, Fontana Stain jawapannya.


Arwah bapa saudara saya, iaitu adik kepada ibu saya yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, meninggal dunia hampir setahun lalu (waktu itu saya sedang menduduki peperiksaan final untuk tahun 2). Meninggal kerana severe sepsis (jangkitan teruk). Doktor yang merawat tidak dapat mengesahkan apakah jangkitannya. Namun telahan yang paling tinggi adalah leptospirosis (penyakit kencing tikus). Leptosira, merupakan antara organisma yang berbemtuk spiral, dalam keluarga Spirochaetes.



Keadaan arwah bapa saudara saya yang saya panggil Che Il, menunjukkan prognosis yang membimbangkan. Masih saya ingat, hari itu hari Rabu, beliau ke klinik ditemani isterinya untuk mendapatkan MC. Sebelumnya beliau telah ke hospital kerana demam, namun dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat. Dalam perjalanan pulang, arwah yang memandu tiba-tiba hilang kawalan dan berlaku kemalangan kecil. Isteri arwah yang saya panggil Cik Pah, mengambil alih pemanduan walaupun Cik Pah tidak pernah memandu, sekalipun memiliki lesen. Che Il tidak yakin untuk membenarkan Cik Pah memandu.

Tiba di rumah, Che Il terus terlantar, separa sedar. Cepat-cepat Tok Wan ke rumah Che Il. Ambulans dipanggil, Che Il dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ummi waktu itu sedang mengikuti kursus. Hari Khamis, kursus ummi berakhir. Hanya pada hari Jumaat, barulah ummi berkesempatan ke hospital. Rabu malam, Che Il dipindahkan ke ICU.

Saya cuma mengetahui keadaan Che Il melalui status FB anak sepupu ummi yang agak rapat dengan keluarga kami. Setelah itu barulah saya menelefon rumah. Terkejut, kerana status itu membayangkan Che Il dalam keadaan kritikal, sedangkan adik beradik saya tidak memaklumkan apa-apa.

Khamis itu, kata ummi, Che Il sudah makin stabil. Jumaat esoknya, Che Il mula menunjukkan jangkitan sudah menular ke hati. Liver failure, disusuli renal failure. Pantas. Amat pantas. Apa pun yang menjangkiti Che Il telah menular dengan sangat pantas, dan telah turut menjejaskan otak.

Hari Jumaat itu, Doktor meminta keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan. Antibiotik telah sampai ke tahap maksimum. Petangnya, Abi memberitahu, tiada apa yang boleh dilakukan memandangkan hati dan buah pinggang sudah gagal berfungsi.

Doktor memberi pilihan, sekiranya berlaku cardiac arrest buat kali ke-2, adakah resuscitation perlu dilakukan? Cik Pah meminta Ummi membuat keputusan.

"Biarlah dia pergi dalam kerehatan, cukuplah." Begitu keputusan Ummi.

Gambar hiasan


Sabtu malam Ahaf, Che Il pergi menghadap Ilahi. Diamnya pada Rabu itu adalah diam untuk terakhir kali.

Khabar itu saya terima sewaktu sedang berada dalam Usrah untuk Naqibat. Air mata mengalir laju walaupun khabar itu memang sudah dijangka. Pertama kali menangis di hadapan orang ramai.

Dan tangisan itu, berlarutan. Sehingga seminggu kemudian, hati masih terasa pedih. Mengenangkan sepupu-sepupu yang masih kecil. Mengenangkan betapa saya tidak pernah berbuat baik kepada arwah sewaktu hayatnya.

Apa yang ada dalam memori saya adalah, Che Il pernah bertanya bilakah saya akan pulang ke Mesir. Ketika itu Che Il sekeluarga datang berkunjung ke rumah kami. Setelah saya menjawab, Che Il berkata: "Oh, sempat lagi la Che Il datang semula sebelum Kak Ngah balik Mesir."

Memori selepas itu kabur. Kabur dan pudar.

Hakikatnya, bila meninggalkan bumi Malaysia, we have to prepare for a forever Goodbye.

Itulah yang dapat saya rumuskan. Sama ada mereka, atau kita, hanya Dia yang tahu.

Entah, kuatkah saya untuk menerima berita-berita sebegini lagi.

Aisyah, rakan serumah saya pada malam itu yang cuba memujuk saya berkata: "Mesti Humairah rapat sangat dengan arwah kan."

Che Il bukanlah bapa saudara yang rapat dengan saya. Namun kehilanggannya sungguh terasa. Mungkin, kalau ditanya apakah peristiwa yang paling sedih yang pernah terjadi, inilah jawapan saya.

Allah, peliharalah keluargaku, Abi, Ummi, Along, adik-adikku. Mok, Che, Tok Wan, ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, sepupuku, dan semua sahabat, hamba-hamba-MU yang ku kenal dan ku sayang.
_________________________________________________________________



Teringat dalam sesi Revision untuk Subjek Mikrobiologi, Dr. Marwa menekankan cara jangkita Leptospirosis, mestilah dikaitkan dengan contact with water. Golongan yang berisiko tinggi adalah pesawah, nelayan dan tentera yang terlibat dengan hutan. Tapi Arwah Che Il bukanlah adventerous orangnya. Beliau seorang guru. Last time i checked, di rumahnya tiada tikus. Sampai ke hari ini saya tidak dapat mengaitkan bagaimana mungkin Che Il dijangkiti Leptospira. Pihak hospital juga sampai ke hari ini tidak dapat memberikan diagnosis yang tepat.

Dalam buku juga membayangkan seolah-olah penyakit itu dapat dirawat dengan mudah. Oh, teori dan ilmu manusia, kuasa tadbir itu takkan mampu mengatasi kuasa Takdir.

Doktor sehebat Gregory House sekalipun wujud, belum tentu dapat memberi diagnosis yang tepat kalau bukan dengan kehendak-Nya.

"Apabila sampai ajalnya, tidak akan dilewatkan walau sesaat, (dan) tidak akan diawalkan"

Semoga, ilmu yang cuba kita gali, selari dengan kehendak-Nya, berkebetulan dengan iradah-Nya, bagi menjamin kualiti hidup hamba-hamba, bagi meneruskan ibadah kepada-Nya.

__________________________________________________________________

Alhamdulillah, hari ini, dengan bermulanya peperiksaan praktikal untuk subjek Mikrobiologi, menandakan bermulalah sesi peperiksaan akhir tahun bagi tahun ini. Tahun 3 dikatakan tahun paling mencabar bagi pelajar-pelajar kuliah perubatan di Mesir.

Moga bermula dengan baik, dan berakhir dengan baik juga. Mahu saya ucapkan Selamat tinggal kepada tahun 3 dengan senyuman dan kesyukuran, serta meneroka alam Tahun 4 dengan kegilaan yang tinggi terhadap ilmu.

Doakan kami. :)


"Ya Allah, berikanlah kejayaan yang cemerlang buat Nur Humairah Che Ibrahim dan sahabat-sahabatnya, moga kejayaan mereka menjadi kejayaan buat ummah, permudahkanlah urusan mereka dalam meneroka ilmu-Mu yang luas, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

:)

"Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada jalan ini. Kuatkanlah kami dalam menempuh ujian dunia ini"



Guna keyword doa kalau tak keluar gambar ni tak sah,
-Selingan kena letak kecik-kecik je-
Tapi ustazah pesan kena doa dari awal. :)

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya tahu awak kuat. Lebih kuat dari saya. Itu saya tahu.

    mum cerita benda ni, buat aku terkenang saat yg tahun lepas, time mum terima perkhabaran ni. Sabar eh, kita kena kuat.

    Aku pun, dah 2 insan yg dekat dengan aku pergi ketika aku kat sini, semuanya dlm exam.

    "Hakikatnya, bila meninggalkan bumi Malaysia, we have to prepare for a forever Goodbye."

    syg sokmo. (=

    ReplyDelete
  3. takuk ak baco post mu hokni huhu meme kne bersedia lah dih..

    ReplyDelete
  4. @ mc'T: insyaAllah.. Allah takkan uji kalau kita tak mampu. Aku gi umom mum tu kira after effects doh, huhu. Time kat Beit Rahmah tu hok dahsyat nyo.

    Kalau nk kira setiap thn ada je saudara mara dijemput Ilahi, tp bkn keluarga dekat. So x terasa sgt.

    Love u too~ :)


    @ mc'Na: ho la kak ma weh. tak dok guna takut, sebab mmg benda pasti, cuma masa jah hok kita x tahu. bersedialah. krn nyawa hanya pinjaman. bila DIA nk tarik balik gak, x leh nk wak gapo la kito.. huhu

    ReplyDelete
  5. mengalir...='(
    akak kuat ye. ajal ni mmg xleh jangka, org yg kelihatan sihat pun, tiba2 esok terima khabar dah pergi..
    suatu teka teki yg menuntut kita supaya sentiasa melakukan yg terbaik setiap hari..

    syg akak..=') *peluk*

    yela2, syg kak Zati juga, merajuk pulak kang~ =P, ehehehe..=') *peluk*

    ReplyDelete
  6. wah, penulis hebat datang komen, terharunya. :)

    akak suka sgt artikel rabiatul kat iluvislam tu. bagus dik, teruskan ye.

    akak dah x sedih pun. ni sekadar imbau memori. kebetulan belajar tajuk leptospira tuh.

    uhibbuki fillah, ya ukhti muslimah! :)

    ReplyDelete
  7. kenapa tiba-tiba.. T.T

    its sabtu malam ahad actually. may 29th. mimi's birthday.

    ateh.

    ReplyDelete
  8. Sedihkan bila ada orang hina agama sehingga begitu sekali...

    http://www.facebook.com/pages/Makcik-Hajjah-Sitt-Al-Wuzara/104312486322901

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^