Pages

Wednesday, June 10

Mereka juga Saudara Kita!


Berita yang dipaparkan sejak semalam di Laman-laman berita online sangat menyayat hati, terutama dengan gambar-gambar mangsa yang terbunuh di dalam masjid yang dikelilingi darah.

Masjid, mendengarnya perkataan pertama yang terbayang di minda adalah ketenangan, namun ini situasi yang benar-benar kontra.

Haruskah iktibarnya begini:
"Masjid sudah lagi tidak selamat, kita patut bersembahyang secara jemaah di rumah sahaja."

Atau begini:
"Kalau kita tak dapat mati di Tanah Suci, sekurang-kurangnya mati ketika menunaikan ibadah di masjid, sungguh mulia keadaan itu."

Wilayah Narathiwat, satu daripada tiga wilayah yang majoriti penduduknya Islam. Mereka sangat dekat dengan kita. Terutama dari negeri Kelantan.

Kita berkongsi bahasa, berkongsi menu makanan, berkongsi budaya malahan mungkin berkongsi keturunan. Paling tidak, ya, kita berkongsi agama dan aqidah. Hanya sempadan negara, passport dan visa yang memisahkan kita. Malahan untuk menyeberang ke Selatan Thai itu bukan susah, jika mahu pergi secara halal, sekadar border pass juga sudah mencukupi.

Mungkin sahaja ada di kalangan yang terbunuh itu kaum keluarga sahabat karib kita. Mungkin sahaja yang terkorban itu saudara-saudara mereka.

Berbalik pada persoalan iktibar. Masjid Al-Furqan bukanlah masjid yang tersergam indah, besar dan berkilat seindah senibina Masjid Kristal atau mana-mana masjid kebanggaan rakyat Malaysia.

Dalam serba kekurangan, rakyat Narathiwat tetap membangunkan sebuah masjid, dan yang paling penting, mengimarahkannya. Dikira dari angka kematian yang berjumlah 11 orang dan dua mangsa yang terselamat, jumlah jemaah semuanya 13 orang. Kalau diselidik di masjid-masjid di Malaysia, mampukah bilangan jemaah mencapai angka ini? Kalau ya, Alhamdulillah.

Dalam keadaan bergolak, mereka tetap melangkah ke masjid untuk solat berjemaah. Di situlah sebenarnya punca kekuatan umat Islam.

Yahudi akan mampu dikalahkan bilamana bilangan umat Islam yang turun solat Subuh berjemaah sepertimana ramainya bilangan yang turun untuk solat Jumaat.

Ini antara quote yang popular. Tapi kini, bukan sekadar Yahudi dan Nasrani memusuhi Islam, bahkan golongan Buddha itu juga.

Dan saudara se-Islam kita, bukan sekadar di Palestin, bukan sekadar di Iraq, bukan hanya di Tanah-tanah Arab. Masih ramai lagi saudara se-Islam kita yang sedang berjuang, di Thailand, di China, Filipina, Russia, Indonesia, dan berbagai lagi tempat yang minoriti Islam. Mereka juga ditindas.


Ditembak ketika bersolat di dalam masjid

Mukmin itu bersaudara, mereka umpama satu jasad. Bila sakit satu anggota, sakitlah seluruh jasadnya.

10 comments:

  1. kesiamnye.. rifle ni kena ada lesen nak guna.hmm.. maybe pihak berkuasa Thai tahu arahan sape ni..
    idea sy..lepas ni kena ada pak guard jaga masjid, jika ada musuh, tekan bagi amaran awal2, semua jemaah dapat bertindak.. jika tak.. orang nak solat jadi tak khusyuk..intai kiri kanan takut musuh..
    biasanya akan ada statement dari kerajaan malaysia mengutuk kekejaman tersebut..

    ReplyDelete
  2. Penyelesaian dr akar umbi prlu yg diperlukan. pak guard tu mesti la nk smbhyg jemaah skali. Tp klu dah musuh masuk terus tembak camtu, pakai riffle plak tuh.. hadeih.. guard is not the best one, ia perlukan kerjasama peringkat nasional.

    Entahla, biasanya klu dgr dr mulut org sana sdiri, diorg akan kata tu puak2 tentera. Tp x tahu la skrg camne, lama tak sembang ngan kawan2 dr sana.

    ReplyDelete
  3. kalu enti dok sana, pastu diminta buat keputusan..
    Org kampung: YB Hamra, macamane ni.. kita nak solat pun risau..
    Hamra : ok,"ia perlukan kerjasama peringkat nasional". nantila, biar kerajaan settle dulu (tambahan).
    ok ke lagu tu? .. berapa lama? sebulan? 3 bulan? ketakutan selama tempoh tu?
    -------------------------------------------------
    kalo sy:
    Org kg: Awe,lagu mano ni?..org takuk nak gi maye.. (lorat patani)
    Huhu : ok, kita minta beberapa org jemaah berjaga/guard.. jika ada aper2..diorang cepat2 bg amaran, nanti lepas jemaah lain siap solat mereka solat la pulak berjemaah.
    -----------
    hmm..mana satu lebih praktikal? keadaan darurat.. jika malaysia hantar askar kesana pon ok..but it is the same concept, the guard must be there to protect org kampung. so?

    haha.. dah kalah ke? bagila hujah anda.. hahaha...

    ReplyDelete
  4. Mksd saya penyelesaian scr keseluruhan. Penyelesaian letak guard ni mmg praktikal utk jangka waktu yg pendek. Utk bgtahu buat shift, gilir2 sembahnyang berjemaah, tak perlukan seorang YB.

    Rakyat setempat pun blh fikir mcm tu. Andai anda seorang YB yg punya kuasa utk bawa suara rakyat spy didengari pihak lbh tinggi, gunakan kuasa itu, bertindak dgn tegas dan cepat, serta mantap. Kesungguhan itu yg pntg. Buat sidang media, bahas di parlimen. Tunjukkan kesungguhan nk selesaikan isu ni scr total.

    Mslhnya kat sana, penoreh2 getah pun dah takut nk keluar menoreh. Orang bersenjata ada di mana2. Ini yg saya katakan sbgi penyelesaian peringkat nasional. Takkan di sini pun kita perlukan pak guard yg mengawasi?

    Berbalik kpd persoalan mereka yg bersolat, mampukah dan sempatkah guard itu melawan atau skdr memberi amaran, dlm kes ini cthnya. Penyerang (utusan menyatakan ada 6 orang penyerang manakala dlm bharian menyatakan 2 org) dtg dgn tiba2, terus melalui pintu masjid dan terus menembak. Tembakan pula dihalakan kpd jemaah scr rambang. Dgn pantas skali. Dikira-kira mengikut perkiraan awal, org pertama yg akan dibunuh adlh guard itu sndiri.

    Matlamat scr jangka pendeknya, amat moleklah andai YB itu mampu menjalinkan hubungan kerjasama dgn baik dgn pihak tentera sndiri, gunakan kuasanya sbgi wakil kerajaan, minta pihak tentera sndiri berjaga. Benar2 bawakan hak rakyat yg diwakilinya ke atas, alang2 PM Thai jg m'beri respon awal mengutuk serangan itu.

    ~hah, kan dah panjang~ haha.. cabar lg ^_^

    ReplyDelete
  5. i think u should change the url of this blog to:
    cabarhamradebat.blogspot.com

    haha

    mesti lagi ramai datang cabar awk suh debat cni...hehe..gura jahs

    ReplyDelete
  6. kalaulah ummat islam bersatu..kita mungkin tidak dipijak begini..

    ReplyDelete
  7. @ jijah:
    heheh.. dok kot....x trlayan nnt..haha


    @ kak na:
    bkn mungkin, malah mustahil. Hehe.. Tp kesatuan tu la yg sukar..

    ReplyDelete
  8. haish.. apa kena mengena dgn YB pulak..? sape kata ada kaitan dgn YB? YB tu Yabedabedooo Flinstone ker? haha..(tergelak sambil tergolek atas lantai)
    huh, hujah bajet power..haha.. siap ada contoh penoreh getah..(bukan Gettah, Gettah tu sejenis makanan ringan)
    Tujuan pembunuhan ni, pd pendapat saya yang tak bijak ni, lebih kepada nak 'mengugut' masyarakat islam Thai. kalo mereka berani, tentu mereka serang waktu soalt jumaat.
    Kalo dah penoreh takut, umum darurat la senang.. tapi takde kan? haha..jawab jawab.. cabar ni.. haha..

    ReplyDelete
  9. ooo, kiranya yabadebedooo Hamra la??? Ish~
    golek tu brhati2 sket. takut tepuh tiey..

    Oh, gettah.. gettah... lama x makan.. tp x sedap mano pun... haha

    Bkn kawasan tu mmg kawasan darurat ko? Hehe.. Tak tahu gok tuh.. Benda ni, masalah fil usul nya memey dgn kerajaan atas kea.. kironyo antara penduduk Islam dgn pemimpin kerajaan persekutuan yg buddha itu.. bab nk ngugut gapo tuh ambo tak pasti lah, mugo ambo pun xdok la bijjok jugok.. tmbh plak dekat2 ghorib ni otak kurey jalley sket.. hehe..

    klu pok yo serang time jumaat, confirm ar ramai ore,.. tok dea kot nga peluru, tmbh plok mesti pok yo pun kena ramai2.. nnt senang dikesan mahu menyerang, dan senang dikesan siapa yg trlibat. Sekodar itulah dahulu.. :D

    ReplyDelete
  10. i got a friend,
    hok dok sano..
    dia cuma cakap,
    benda ni memang dh x boleh diselesaikan..
    mmg akan kekal gitu..
    mati pun,
    jgn mati katak..

    yg 12 org 2,
    ramai tabligh,
    bkn org kampung tu..

    2 hari lpas pon ada 2 org ust kna tembak,
    petang,
    on da way nk g main bola,
    ust tu dok atas moto,
    kna tembak gitu je..

    dia kata lg,
    jgn mati sia2,
    sume org ada senapang dlm umah,
    x yah lesen ape2..

    tp bila sorang mninggal,
    ahli waris dapat rm50 ribu mlaysia,
    katanya la..

    dan dia kata,
    x takut pun mati,
    bla ajal 2 ajal la..
    sbb dh lma diorg hidop gitu..
    bertahan n melawan..

    tgok..
    aku ade connecting kat sana 2...
    ngeh3..

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^