Pages

Tuesday, June 30

Qayyidu Al-ilma bi Al-kitabah

Langsung tak pernah tulis tentang exam kat sini. Tapi exam oral Physio baru ni sangat-sangat menarik dan sangat-sangat di luar jangkaan, dan oleh itu, saya mengambil keputusan untuk catatkannya di sini, supaya boleh dibaca kembali di waktu yang diperlukan nanti.

Gap seminggu antara exam oral Histo dan Physio adalah satu jangka waktu yang cukup kiranya saya gunakan untuk mentelaah dan menghafal kembali semua ketiga-tiga buku Physio. Gap itu perlu saya gunakan sebaiknya kerana Physio adalah subjek yang paling susah, dan soalan oralnya juga mungkin sangat susah, memerlukan kefahaman dan ingatan yang total. Tapi mungkin kerana sudah terlalu penat, letih dan perasaan ingin pulang ke rumah, fokus pada Physio itu sangat sukar dicapai. Tambahan pula dengan keadaan rakan-rakan yang begitu juga, sudah berada pada tahap kemalasan yang maksima dan lebih menumpukan kepada persiapan untuk pulang. Pada dua hari pertama, Alhamdulillah, target dapat dicapai. Namun, hari-hari seterusnya, saya membuat keputusan, kalau dapat habiskan membaca sepintas lalu pun jadi la. Memang tahap tak boleh tumpu langsung.

Hari Jumaat, dihabiskan dengan membaca tajuk bahagian Cardiology. Sampai ke tajuk ECG, rasa wajar ditinggalkan kerana ECG adalah untuk peperiksaan praktikal.

"Kak Qilah, ECG kena baca dok?"

Geleng. Muka berfikir dan berkira-kira.

"Erm. Dok koot.. ECG untuk praktikal.."

"Ha'a, ore pun sero gitu.. Tinggal lah."

Satu tajuk ditinggalkan, bahagia. Sebelum pukul 11 malam dah selesai habiskan baca kesemua tiga buku.

Pergi ke universiti dengan sepenuh tawakkal, setakat tu je yang boleh aku buat. Aku dah usaha, sebelum-sebelum ni mana pernah aku ambil masa prepare untuk peperiksaan oral sebaik sahaja tamat peperiksaan sebelumnya.

Menunggu dan menunggu, Dr Hani aka Dr House (kalau betul begini ejaan nama beliau) memanggil. "Lagnah 15, number 30XX to 30XX"

Tiada yang bergerak. Aku group berapa?? Hadoila, tak tahu la plak..

Akhirnya ada yang mula bergerak.

"Mairah, mung group sekali ngan aku, group 15. Dari nombor 30xx sapa 30xx.." Ujar Mek Ti.

"Oh, nombor aku lagi last sekali.. Penunggu yang paling berjaya la.."

Hadeih, Dr Hani.. Camne ni. Prof ni mantap. Tapi tak biasa dengan dia. Mati la. Biasanya Prof yang mantap-mantap nih soalan dia semua payah-payah. Huh.

"Senior cakap, Dokor ni payoh. Soalang-soalang die payah belake. Killing questions. Suddoh la."
Begitulah lebih kurang yang diriwayatkan wakil tunggal kaum Adam dalam group kami.

Aku seakan-akan dah lali dengan ayat payah itu. Tawakkal. Itu aje yang boleh aku buat. Selawat. Baca hingga ke saat-saat akhir.

Iema dipanggil masuk. Lama juga dia di dalam. Keluar dengan muka cuak. Aku jadi bimbang. Tapi pasrah. Iema ceritakan pengalamannya. COP, Ejection Fraction, Hypoxia, Cyanosis. Dan kini dia menunggu seorang doktor lagi. Huh, payah jugak soalan Iema. Tapi semua tu tak boleh dijangka. Membaca dan terus membaca. Doa dan terus berdoa.

Semua yang masuk selepas Iema turut mendapat soalan yang sama. Ok, maksudnya prepare tajuk itu sahaja untuk Dr Hani.

"Dr Hani ok, masalahnya pada pemeriksa kedua yang tidak dapat dijangka soalannya, hatta mencakupi arterial baroreceptor dan sebagainya, bersedia untuk pemeriksa kedua," Kata mereka. Sebenarnya soalan-soalan yang mereka tak dapat jawab, jawapannya ada di mindaku, dan soalan-soalan yang mereka dapat jawab pula tiada di mindaku. Itulah manusia, berbeza-beza. Ada rezeki masing-masing.

Pasrah lagi. Kalau soalan pemeriksa kedua tidak dapat dijangka, kita seharusnya bersedia dengan mantap untuk soalan-soalan Dr Hani. Itu yang paling mungkin dapat kita score.

"Rai kena soal, kamu tahu tak nama Raihaana ni ada dalam Quran, pastu Dr Hani mintak Rai bacakan ayat mana. Tapi kemudian Dr Hani yang bacakan." Ujar seseorang.

"Izzah kena baca Quran weih.." Ujar seseorang yang lain.

Semua keluar dengan air muka bercampur baur.. Gembira. Soalan Dr Hani yang dapat dijawab. Diminta baca ayat Quran, tak dijangka langsung. Sedih. Soalan pemeriksa kedua yang payah.

"30xx.." Panggil Dr Hani sendiri, memandangkan aku pelajar Malaysia terakhir.

"Allahuma adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waja3alni min ladunka waliyyan naseera" Doaku sambil menutup pintu.

"Assalamualaikum". Duduk.

"Waalaikumussalam. What's your name?

"Humairah"

"Eih?"

"Humairah"

"Ok, write your name here," Kad dihulurkan.

Tangan terketar-ketar menulis, kenapa aku takut sangat nih? Sebelum ni tak sedahsyat ini. Tulisan sangatlah buruk.

"Humaira'?"

Angguk.

Dr Hani semacam berfikir.

"You know who is called Humaira'?"

"Yes, Sayyidatina Aisyah"

"Masya Allah!! Allahu Yubarik Fiik.. Malaysians student are really good, you are really.. Allahu Yubariik Fiik.." Doa-doa dan pujian yang berterusan keluar dari mulutnya. Mungkin sebab aku pelajar yang terakhir, semua pujian aku yang dengar. Mampu sekadar tersengih cuma.

"Hamdalah, syukran," Berkali-kali aku mengulangnya.

"Can you recite some Quran?"

Angguk. "InsyaALLAH"

"What surah?"

Blank, akal seperi kosong. Berdebar-debar. Kekuatan dikumpul semula.

"We, Malaysian students usually memorise part of the Baqarah which we recite as doa everytime."

Nak sebut ma'thurat nanti jadi cerita lain pula.

Dr seakan tidak faham.

"Nahnu nuhafizu ba3dhu al-ayat al-lati naqrauha fi ad-dua ba3da solah."

Entah dari mana tiba-tiba terasa mahu bercakap Arab. Mungkin kerana merasakan beliau sukar menangkap Bahasa Inggeris saya.

"Ok, which ayah?"

"Hurm, usually the 1st page and the last page"

Hanya itu yang singgah di mindaku.

"Ok, recite it, either the first page or the last page."

Hurm, kalau tak silap mereka sebelum ini semua baca muka 1. Baca muka last la.

"A3uzubiLLAHI min asy-syaitaani ar-rajim.." Aku bacakan ayat amana ar-rasul.

"Dr Hani, apa yang kamu buat? Ini peperiksaan apa?" Tanya pemeriksa kedua di tengah-tengah pembacaanku. Lama saya terhenti. Doktor kedua itu tidak berpuas hati kerana Dr Hani minta kami bacakan Al-Quran.

Melihat reaksi Dr Hani, aku membaca sampai habis, beliau pula setia menadah telinga dengan tersenyum.

"Sadaqallahhu al-azim," Saya menutup bacaan.

"Allahu Yuftah Alaik!" Pujian demi pujian lagi, aku tersengih cuma. Lama.

"Ok, tell me Nur, what is Cardiac Output?"

"The amount of blood ejected by ventricle in one minute"

"What time what?"

"SV times Heart Rate"

"Ejection Fraction?"

"Percentange of blood ejected in each beat.." Tak sempat menghabiskan ayat.

"Ok, tell me about Hypoxia"

"The decrease of Oxygen...." Tak sempat habis juga.

"Types of Hypoxia"

"Anemic, Hypoxic, Stagnant..."

"Ok!"

"And, Histotoxic"

"Ok, Cyanosis?"

"The bluish colouration of skin and mucous membrane due to.." Ayat seterusnya di sambung di dalam hati sahaja.

"Full mark, Nur! Masya ALLAH.."

"Syukran, thanks Doctor. Assalamualaikum," Sengih, lega.

"Assalamualaikum," kad diberikan kepada pemeriksa kedua. Intrapleural, ECG, Immunoglobulin. Tulis beliau.

ECG???? Wow! Pasrah lagi.

"What cause the lung to coil inward?"

"The tendency of the lung to coil inward while the chest wall tend to coil outward..." Tak sempat habis.

"No, the lung itself. Why it coil inward?"

"Oh, the elasticity and.."

Fikir. Haduih, apa istilah dia, kaitan, RDS, lung surfactant, liquid, attraction of water molecules. Aduih, apa istilah dia... Fikir-fikir sampai ke Biochemistry, tajuk Introduction.

"Surface Tension!" Alhamdulillah, nasib baik baca jugak tajuk 1 Biochem walaupun tak diperlukan untuk peperiksaan. Ada hikmahnya.

"What is pneumothorax?"

Aduh, apa dah. Lupa. Berdebar-debar memang tak memungkinkan kita berfikir waras.

"The present of blood (???? Blooooddddd???????) in the pleural cavity"

"Ok, draw the normal ECG here."

Alamak. Aku cuba. Alhamdulillah, masih utuh di minda.

"Ok, name the wave"

"P, Q, R, S, T" tulisku. Alhamdulillah.

"What does each wave represent?"

"P, atrial depolarization. QRS, ventricular depolarization. T, ventricular repolarization"

"Ok, what is this?" Tanya beliau sambil menggariskan P-R interval.

"PQ segment"

Jawabku, dengan perasaan bahawa jawapan itu salah yang tinggi. Loqlaq sekali.

"Ok, it is also (also????) called PR interval"

Mana sama PR interval ngan PQ segment.. Nasiblah... Rezeki.. Huhu..

"What does it represent?

"Atrial depolarization and conduction through AV Node"

"Ok, tell me about the types of Immunoglobulin"

"Immunoglobin A, IgM, IgG, IgE, IgD"

"Ok, if we take one molecule of IgM dan IgG, which is more powerful?"

Powerful? Mesti la IgG. 2ndary immune response. (Dan setakat ini semua kawan-kawan aku pun jawab IgG)

"IgG"

"No, if we take one molecule only.."

Ok, dah salah, hanya IgM yang tinggal. One molecule, mesti pasal molecular weight ni.

"IgM," Jawabku.

"Ok, you may go."

"Assalamualaikum"

Keluar, aku rasa muka aku berseri-seri. Hehe, tak sepayah yang disangka. Inilah ardhul-kinanah, yang kita rasa payah, itu yang mudah. Berbagai-bagai kemungkinan boleh terjadi. Sangat bahagia kerana peperiksaan ini sangat mudah berbanding yang disangka. Ceria sungguh aku di hari itu.

Buat kawan-kawan sekumpulan denganku, fikirku, yang kalian gagal jawab dengan Doktor kedua itu adalah kerana masalah Bahasa. Seperti kisahku ini. Jawapan ada dalam kepala, tapi ayat soalan itu tidak menjuruskan kita kepada jawapan yang beliau kehendaki.

Apa pun, ma3a at-taufiq wa an-najah buat semua. Jangan lupa terus berdoa!

2 comments:

  1. don't be too excited to be in medical school, sometimes, all the terms that u used (what i mean here is medical term) won't be understood by others. unless if u expect that all the readers of this blog are medical staffs.what i noticed here, u r proned to be over excited and try to show that u are the best or in other more understood word is-riak. try to avoid that.

    ReplyDelete
  2. urm..
    kadang-kadang..
    as what u said,
    pengalaman itu perlu di catat,
    untuk dijadikan panduan masa hadapan..
    so that suatu masa nanti, bila kita melihat ke belakang, ada sesuatu yg boleh dijadikan sandaran..
    dan takde salahnya awk menulis medical terms tu..xkan nk explain 1-1 istilah tu sume..3 hari 4 malam pon x habis tulih nnti..hehe
    sy ingt AV node jah..tu pon ingt term jah..gapo bndo pon tatau dh..

    p/s: u should post this under (Medical student only) category..haha..so that xde plak timbul isu org xpaham...lgpon ni blog peribadi..everyone has the right to write whatever u want to..

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^