Pages

Wednesday, June 24

Sebaik-baik Ciptaan, Setinggi-tinggi Ciptaan?

Ayat yang ramai orang guna untuk menambahkan keimanan tapi sebenarnya daliliahnya salah:

1) Learning the highest Creation of ALLAH is never easy..

Ayat ni, saya percaya bermula dari satu mesej motivasi yang diforward secara besar-besaran terutama dalam kalangan pelajar perubatan, kerana nilai motivasinya yang tinggi.

Time dapat mesej ni, memang lah saya sendiri pun rasa teruja dan bersemangat, tapi timbul jugak perasan tertanya-tanya benarkah manusia itu setinggi-tinggi ciptaan ALLAH? Yang biasa didengari adalah manusia itu telah diciptakan dalamn keadaan sebaik-baik kejadian.. Yang merujuk kepada penciptaan yang sempurna.

Kemudian, dengan izin-NYA, time baca Quran, saya terjumpa ayat daripada Surah Al-Ghafir atau Al-Mukmin, ayat ke 57, yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Maka, jelas. Penciptaan langit dan bumi, penciptaan alam semesta, cakerawala dan segenap unsur alam yang menakjubkan ini pastilah lagi agung daripada penciptaan manusia. Lihat sahaja berapa banyak bilangan Ayat Quran yang mengajak kita mentadabbur alam. Perhatikan sahaja bilangan ayat-ayat Quran yang mengajak merenung kekuasaan Allah melalui alam ciptaannya. Binatang, tumbuhan, langit dan bumi, siang dan malam, laut, bulan dan bintang, semuanya aspek alam yang disebut supaya diberi perhatian.

Sangatlah tidak wajar kita menilai keagungan dan kekuasaan ALLAH hanya pada satu juzu' yang kecil, iaitu pada penciptaan manusia, yang mana, jika dibandingkan dengan sistem solar sekalipun hanyalah ibarat satu titik, apatah lagi bila dibandingkan dengan galaksi bima sakti, dan seterusnya alam semester seluruhnya.. (Hehe, nak ambik astronomi tapi tak dapat..)


"Dan pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?"


Selain itu, kejadian manusia yang dicipta dalam sebaik-baik keadaan itu sebenarnya menjadi satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Pengkajian alam semesta adalah satu kajian yang sangat dalam. Namun yang menariknya, tanpa mengikuti pengajian khusus, proses mentadabbur alam masih mampu berjalan, kerana pada pertukaran siang dan malam, peralihan musim dan sebagainya cukup menjadi bukti kauniyyah akan kewujudan PENGATUR kepada semua ini.

Pada penciptaan manusia pula, sebagai makhluq yang kecil, maka proses mentadabbur itu pastinya lebih mudah. Beruntunglah bagi kita yang diberi peluang menekuni penciptaan manusia itu, kiranya dapat kita kaitkan dengan keagungan dan kehebatan PENCIPTA. Seterusnya, memanjangkan lagi pemerhatian kita pada unsur-unsur alam yang lainnya yang jauh lagi besar, hebat dan agung penciptaan serta pentadbirannya berbanding manusia sendiri.

Kalau fungsi fizikal manusia cukup teratur dengan 11 sistem (integumentary, skeletal, muscular, nervous, endocrine, cardiovascular, lymphatic, respiratory, digestive, urinary, reproductive) dan 8 organ utama, alam seluruhnya pastilah jauh lagi tinggi, jauh lagi hebat.. Dan apalah sangat penciptaan manusia dibandingkan dengan alam seluruhnya.. SUBHANALLAH! Dan di situ terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir..


2) "Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku"

Hadith ini sering diulang sebut setiap kali datangnya tiga bulan mulia ini. Dan saya mengingati hadith ini bukanlah kerana pengajian rasmi, tapi melalui ceramah-ceramah atau kuliah agama yang saya ikuti.

Tetapi, dengan izin-NYA juga, semalam terdetik hati untuk mencari matan sebenar hadith ini, dan terdapat beberapa laman web yang menjelaskan status hadith ini sebagai hadith maudhu'.

Antara huraian yang menarik boleh dilihat di sini.


Semoga kedatangan bulan Rejab ini menambahkan keberkatan dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita.

Allahumma Baarik Lana fi Rajab, wa fi Sya3ban, Wa Ballighna Ramadhan..

Kenapa hati ni meronta-ronta menyebut Ballighna Ramadhan.. Seolah-olah.............
Ballighna Ramadhan Ya ALLAH!!

7 comments:

  1. seolah-olah.....??
    ade smbungan dop??

    hurm...

    bagus3..
    membetulkan apa yg tersalah...

    ReplyDelete
  2. hehe., seolah-olah,, ntahla..

    kah2.. ntah la.. bakpo ler aku ni mdh sgt napok hok salohs.. ehehehe.. pastu tak puas hati slagi x m'btolkan.. rasa x sdp hati.. tmbh2 plak hok ada dalil hok jelas.. :P

    ReplyDelete
  3. Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum warahmatullah..
    Berkenaan pendapat atau fikiran saudari berkenaan penciptaan manusia dan keagungan ciptaan Allah SWT yang lainnya saya ingin beri sedikit buah fikiran. Maksud manusia merupakan sebaik-baik ciptaan adalah kerana manusia ini di kurniakan akal, dan dalam diri kita ada ruh, ada semangat ada hati ada nafsu ada rasa dan lain-lain lagi yang kita sendiri sebagai manusia kurang menyedarinya.Oleh itu kalimah SYUKUR adalah yang perlu ada dalam setiap kita kan.. bukannya merasa megah dengan title "sebaik-baik ciptaan" sehingga menjerumuskan kita kelembah yang lebih rendah dan hina daripada haiwan wanau'dzubillah.. malahan jika manusia itu baik "soleh" ia akan lebih tinggi darjatnya daripada malaikat..kan..manakala hebatnya ciptaan Alam Semesta ini adalah sebagai peringatan, panduan, contoh dan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT kepada manusia key... dan sampai bila-bila pun kita masih membongkar rahsia2 ciptaan Allah SWT bagi membuktikan yang Ilmu Allah SWT Maha Luas tidak terjangkau oleh akal manusia... kan setiap hari dan masa ada sahaja ciptaan baru, penemuan baru yang manusia jumpa Subhanallah.."sesungguhnya pencitaan manusia dan alam semesta itu hebat sebagai bukti Allah SWT MAHA hebat dari sekelian makhluknya kan..".. ikhlas dari saudara seIslammu..(Ummaralkhatob@live.com)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum ukhti humairah,
    mmg mudah utk kita klik di internet dan melihat serta membandingkan
    tpi kita ttp x tau apa yg kita bc itu bnr@tidak
    komen ttg hadis palsu tu,bdasarkan pengetahuan sy melalui pertanyaan kpd ahli ilmu hadis di mesir ini,darjat hadis ini yg plg rendah pun adlh dhoif..
    tpi ttg hadis ini rsnya xde guna jika diperdebatkan kerna ianya hanya berbicara ttg bulan.
    cuma berhati-hatilah dlm menilai sesuatu,lbh2 lagi yg diperoleh dgn senang,sbb skrg ini makin bnyak hadis yg tdk palsu dipalsukan..wallahua'lam,sejujurnya sy bukan ahli dlm hal ini..perbahasan ilmu sememangnya luas..hanya kepada Allah kita kembali.
    skrg pun bnyak kata2 ulama2 muktabar yg didustai dan diputarbelitkan,walaupun ia kelihatan kecil,namun kdg2 boleh mengundang fitnah dlm agama sndiri
    oleh itu,sy sarankan utk apa2 ilmu yg kita peroleh,kita perlu teliti,bertanyalah org yg benar2 ahli ttg perkara ini agr kita tdk mnjadi salah seorg dpd org menyebarkan perkara2 yg salah.lbh2 lagi,bila menyatakan hadis dhaif sbg hadis maudhu',boleh menggoyahkan org yg selama ini beramal dgn hadis tersebut..sdgkan kita tahu hadis dhoif boleh diambil utk diamalkan dan mestilah mengharapkan kesahihannya.
    dan utk pengetahuan ukhti humairah, ada ulamak yg tlh menjawab segala persoalan ulama wahabisme yg memaudhu'kan hadis2 dhoif..kitabnya sebanyak 6 jilid dlm bhs arab karangan seorg ulama mesir yg sy sndiri belum melihatnya lagi..maka sy x boleh nak kata apa2,tpi insyaAllah moga kita diberi kelapangan dan kemudahan utk memperolehinya.
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam wbt.

    Akhi fi al-Islam,

    Syukran atas perkongsian. Klu dilihat dr gaya penulisan, ketiga2 komen di atas ni penulis yg sama kan?

    Pastilah Al-Khaliq itu maha berkuasa dr sekalian mahkluqnya. Kata Fa-il dan Maf-ul di situ ckp utk menggambarkan perbezaan taraf kedua isim ini.. Saya teringat semasa di tngktn 2, seorang ust yg mengajar Tauhid, Ust Rosli nama beliau, menyoal sy apa tandanya ALLAH itu ada? Maka sy menjawab, kewujudan alam. Jawapan saya tidak diterima, kata ust, mungkin ada makhluq lain yg menciptanya.

    Kemudian saya terfikir semula, makhluq lain itu juga adlh makhluq, maka yg paling berkuasa utk mencipta kesemua makhluq ini hanyalah Al-Khaliq, wahua ALLAH.


    for anonymous response:
    Sebenarnya, blog itu blog seorang ust, kalau tak silap saya pensyarah di KIAS. Lg pula, ada beberapa sebab lain yg m'buatkan sy menerima ulasan beliau.

    Saya juga bknlh punya pengetahuan dlm perbahasan hadith, apatah mnjd seorang ahli. Sebab tu tulisan atas ni pun main aci link je, hehe.. Cumanya stigma dlm masyarakat kita nih, tarikh2 terntentu je nk puasa. Mcm esk lusa nih, pakat ramai la posa,, sdgkn dah makruh bg yg sebelum ni tak pernahnya nk buat posa sunat..

    Pendapat sy, yg mula goyah itu bahaya, sbb pd dasarnya mereka tak tahu apa sbnrnya fadhilat puasa dlm 3 bulan ni. Musti mereka hnya mendengarnya drpd ceramah, yg scr tak langsung membawa maksud ada pihak yg menggunakan hadith ini sbgi hujjah. Sdgkn hadith dhif tak blh dijadikan hujjah. Begitulah seadanya pandangan saya..

    Lagi pula, adkh tujuan buat amalan ni semata2 sbb nk dpatkn ganjaran tuh? Tidakkah itu mnghilangkan keikhlasan dlm diri? Biasanya keadaan inilah yg berlaku dlm masyarakat kita hari ni dan sebelum hari ni..

    Hurm, semoga kita diberi kelapangan, dan ruang utk terus menggali ilmu-NYA. Oh ya, siapa ya nama pengarang kitab tersebut?

    ReplyDelete
  6. wkmsalam wrhmatullah,
    sbtulnya sy bukan akhi yg memberi komen sebelum2 ni,sememangnya sy pengecut dan takut utk membicarakan hal2 ini.
    sememangnya tdk boleh berhujah dgn hadis dhoif,dan sy tdk berhujah dgn hadis tersebut,cuma sy tdk mahu kita mengambil lngkah mudah memaudhu'kan hadis dhoif..kerana sepakat ulama kita boleh beramal dgnnya.hinggakan ada ulama yg membukukan hadis2 dhoif ttg fadoilul a’mal ini.
    baiklah,berkisarkan tujuan amalan kita..betul,semua org akn cuba sedaya upaya melakukan sesuatu kerana Allah semata.tdk boleh ria' kerna Allah tdk akan menerima amal org yg beramal bukan keranaNya..ikhlas melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.tpi adkh kita org awam ini sudah smpai tahap iman seperti para sahabat tabi' tabi'in zaman dahulukala?setakat manakah boleh kita ikhlas dgn segala amal perbuatan kita sepertimana ikhlasnya mereka?adkh mereka tdk ikhlas apabila Rasulullah s.a.w menyebutkan ttg ganjaran,mereka jd lebih bersemangat utk beramal?ya ukhti, sy ingin menukilkan kata2 seorg imam besar,sy lupa namanya,lebih kurang begini katanya..'kami bermula dgn ria' dan kami akhiri dgn ikhlas'..kalaulah kita tdk mahu beramal semata-mata kerana tdk ikhlas pd masa itu,takut ria' dan sbgnya,bilakah kita akn beramal dgn amalan seorg muslim?sebetulnya,beramallah..insyaAllah ikhlas itu akan dtg kemudian jika kita benar2 mengharapkan ikhlas itu ..selain itu,hadis2 dhoif ini juga banyak digunakan oleh pendakwah utk menaikkan semangat saudara baru..adkh sggup kita menggoyahkan iman mereka dgn memalsukan hadis2 dhoif ini?
    perlu diingat,bukannya senang utk sesuatu hadis itu mendapat darjat hadis shohih..hatta seorg perawi itu memancing ikan pun,jatuhlah martabat hadis tersebut kpd dhoif..kenapa?sy berikan kesempatan utk ukhti berfikir
    sy sbenarnya masih belum memperoleh buku tersebut..tpi bolehlah sy memberitahu nama ulama' tersebut.. buku tersebut karangan syeikh mahmud said mamduh..buku belaiu menjawab persoalan2 ttg hadis2 yg dijatuhkan martabatnya oleh golongan tertentu.antaranya buku ttg hadis dhoif dan hadis palsu oleh albani.
    mohon petunjuk Allah..kdg2 sy sndiri terkeliru dgn perkara sebegini.di sisi Allah jualah kebenaran itu..sy tdk ingin taksub kepada mana2 pihak,dan tdk ingin mengikut emosi dlm menilai sesuatu.tpi biarlah kita semua berhujah berdasarkan manhaj ilmu,moga mendapat keberkatanNya.
    wallahua'lam
    wassalam

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^