Pages

Saturday, May 16

Aku Ingin jadi Mukmin yang Kuat

"المؤمن القوي خير واحبّ الى الله من المؤمن الضعيف"

"Mukmin yang kuat (bukan tafsiran fizikal semata) itu lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding Mukmin yang lemah"


Sepanjang-panjang teks khutbah Jumaat yang saya "terdengar" dari bilik saya sambil berbual dengan Ummi semalam, ayat yang paling melekat di minda ini adalah hadith di atas.

Entah kenapa, hadith ini bagai menjawab persoalan yang terlintas di fikiran setiap kali berdoa memohon agar ALLAH membrikan kejayaan kepada diri, keluarga, rakan, kenalan, wa man ausooni bi ad-du3a..

Setiap kali memohon agar ALLAH mengurniakan kejayaan, hati seolah-olah tertanya-tanya. Apa tujuan sebenar mahu beroleh jaya?

Minda yang hebat mencari alasan pasti akan memberi seribu satu jawapan.. Eh, tidak, paling banyak mungkin 20. :D

Antara jawapan yang mungkin terlintas:
  1. Membawa kepada kejayaan dan matlamat utama - berjaya sebagai seorang Pegawai Perubatan yang niat asal adalah mahu mengkaji keagungan ciptaan ALLAH, membantu manusia dan menambahkan golongan Proffesional terutama Doktor yang punya pengetahuan agama.
  2. Memberi kegembiraan buat Ummi dan Abi, kerana pada redha mereka letaknya Redha ALLAH
  3. Mampu menjadi nilai tambah dalam dakwah

Perhatikan semula hadith di atas. Mukmin yang kuat. Mukmin yang lemah.

Islam tidak datang hanya sekadar mahu kita mengucapkan dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Haji.

Lemahlah Muslim kiranya mereka hanya meletakkan dan mengambil Islam itu dari sudut ibadah khusus. Sedangkan Islam itu syumul, merangkupi semua aspek kehidupan.

Inilah aspek yang memperkasakan Mukmin. Menghayati kesyumulan Islam, lantas membawa ke dalam praktikaliti hidup di mana sahaja dia berada. Bukan manusia yang menjadi sandaran perbuatannya, namun konsep Ihsan menjadi pegawai dalam diri. Takrifan pada Muslim, seorang yang beragama Islam. Di Malaysia, semua Melayu adalah Muslim, namun berapa keratkah pula Melayu yang Mukmin?

Dalam bilangan itu, pengklasifikasian berjalan lagi. Mukmin yang kuat dan Mukmin yang lemah.

Sebagai Mukmin, Iman yang dimiliki pasti ada masanya bertambah dan berkurang. Bertambahnya Iman melorek kepada kekuatan Mukmin.

Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Berpendidikan, membawa Mukmin sedikit jauh daripada nilai kemiskinan. Lantas, mempunyai harta yang cukup mampu membawa kepada erti syukur. Ini salah satu punca kekuatan Mukmin.

Kejayaan, imma segulung ijazah pertama di zaman kini, mampu memberikan kita kedudukan dalam masyarakat. Kedudukan ini, bukanlah bererti tamakkan kuasa. Namun inilah yang menjadikan wadah dakwah itu mudah. Bukankah hadith mencegah kemungkaran juga dimulakan dengan pencegahan melalui kuasa? Cukuplah itu sebagai bukti perlunya kuasa.

Memperkasa Mukmin, tuntasnya, membawa pengertian "pemerkasaan" dari segenap aspek kehidupan, pulang kembali kepada kesyumulan Islam tadi. Perkasa dengan ilmu untuk dunia, merangkumi ilmu yang memperbaiki status sosial masyarakat, perkasa dengan kaedah dan langkah memobilisasi Ummah. Perkasa dengan ilmu untuk akhirat, yang akan memacu perjalanan hidup Mukmin ke arah destinasi persinggahan akhir yang dituju, dunia akhirat.

Perkasa dengan pengetahuan agamanya, hidup Mukmin akan punya matlamat. Setiap gerak kerja sebagai ibadah menuju Rabb. Sekaligus niat yang thabat. Dan itulah makna ibadah: Setiap perbuatan padanya wujud ketaatan kepada ALLAH. (العبادة: كل عمل فيه طاعة الله)

Semoga ini menjadi landasan baru dalam menggapai jaya, permudahkanlah Ya ALLAH!

2 comments:

  1. Ayuh perkemaskan diri menjadi mukmin profesional. Tidak menipu seperti sang kancil dan tidak ditipu seperti gajah. Jadilah yang bijak dan membijakkan :)

    ReplyDelete
  2. Fuh, ayat konklusi yg mantap! Erk.. gajah kena tipu dlm cerita gajah ngan semut tu ke? Hehe..

    Yg bijak dan membijakkan, yg dididik dan mendidik, yg menerima dan memberi. Indahnya konsep hidup sebegini. Syukran!

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^