Pages

Sunday, May 10

Aku dan Ummi

Bila baca blog Mek Ti, rasa teringin nak buat post sempena hari ibu jugak. Hehe..

Walaupun pada asalnya, rasa tak perlu kot nak pamerkan sesuatu yang secara mutlaknya, fitrahnya, wujud dan tetap dalam diri manusia.

Orang kata, tiada kasih manusia yang lebih agung daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Aku terlalu menyayangi Ummi, orang yang paling aku sayang. Abi jadi orang ke-2 eh??? Haha.. Mana ada, Ummi dan Abi pastinya ada tempat tersendiri.

Makanya, jika mahu dibuat skala ukuran, apa measurement kasih Ummi buat kami? Kalau aku terlalu sangat amat menyayangi Ummi, kasih Ummi yang lebih besar itu bagaimanakah pula gambarannya???

Ummi... Ummi..... Ummi......... Ah.. RINDUNYA!!!!!!!!!!!!!!

Berjauhan dengan Ummi membuatkan aku bertambah2 menghargai Ummi. Manusia, bila tiada di sisi baru dirasai nilainya kan?

Kalau dulu,
Semua masalah aku sandarkan pada Ummi
Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besarnya
Pasti aku kongsikan dengan Ummi
~Dok sini pun kongsi gak~
Rasa kehilangan yang sangat bila berpisah dengan Ummi dan Abi dan adik-adik dan Along

Aku anak yang sangat degil
Tapi berapa kali sangat Ummi pernah marah aku
Pernah aku kena marah,
~ah, sebak nak tulis~
Angah banyak dosa ngan Ummi..

Nak berangkat ke sini, aku tak reti nak kemas beg, dengan barang yang sangat banyak.
Aku tarik muka. Bingung.

Ummi senyum, dan kata: "Nanti ummi buat.. Tinggallah, gi tidur.. tak yah buat muka tensen"
Aku tak nak susahkan ummi.. Tapi tertidur atas kerusi sambil tunggu Ummi. Ummi jugalah yang menyelesaikannya.

Kalau dulu, nak exam, sebab aku memang style study last minute, maka aku akan berkurung dalam bilik, turun untuk ambil wudhu', makan dan tengok TV sahaja, semua benda lain Ummi siapkan untuk aku. Breakfast pasti terhidang, walaupun aku sorang je yang perlu makan awal.

Kat sini, aku agak hilang punca.. Tanpa family di sisi. Time kipas menunjukkan gejala nak rosak pun, aku jadi takut. Kalau kat rumah, ada Ummi, ada Abi yang akan bereskan. Even kipas dalam bilik aku dah rosak pun, masih tak kisah. Aku pastikan kipas tu berdiri dengan bantuan hanger. Haha.. Tapi kat sini, aku jadi tak reti. Barulah tahu, sumber kekuatan dan keyakinan aku adalah dengan adanya Ummi dan Abi di sisi.

Aku hilang "ubat penenang" aku tanpa Ummi di sisi.
Aku hilang sumber motivasi terhebat.
Aku hilang pendengar dan penyelesai masalah terbaik.
Aku hilang pembantu dan pelicin semua urusan yang perlu aku buat.

Sembang kot telefon tak sama dengan duduk bersama Ummi.

Ummi orang yang paling aku kagumi. The best mother in the world. Ummi sangat kuat, kental, cekal dan tabah. Aku tak yakin aku boleh jadi sekuat Ummi. Aku sangat kagum dengan Ummi.




Video ni, just a sharing. Tapi yang pasti, InsyaALLAH aku akan luangkan masa untuk Ummi, orang terpenting dalam hidup aku. Even kat sini sekalipun, walaupun aku dahaga nak kejar ilmu, harapan dan rindu Ummi tak patut aku biarkan. ~Baliklah selagi boleh. Hehe.. Akan aku cuba maksimumkan masa untuk khidmat Ummi.

Ummi, tiada ganti untukmu di hati ini, akan ku cuba jadi anak yang solehah. Siapalah aku tanpa Ummi dan Abi.. Kalau bukan kerana apa yang Ummi selalu sebutkan tentang ajaran agama, pastilah aku bukan aku di hari ini. Selamat Hari Ibu Ummi. Summer Break di Malaysia nanti selamanya Hari Ibu dari Angah untuk Ummi. InsyaALLAH.

Dedikasi khas buat Ummi.. Che Siti Nor Asiah Binti Che Alias (lama tak tulis nama Ummi.. huhu)
Adik-adikku tukang report kepada Ummi sekalian, silalah bantu Ummi sementara Kak Ngah tak dok kat umah. Kalau boleh jangan bagi Ummi rasa ketiadaan Kak Ngah. End. ~time to cry~

16 comments:

  1. salam ziarah..

    tertarik nak baca dan komen bila mana nama Ummi a.k.a Ustazah Asiah diketengahkan..

    sy masih ingat,
    pernah satu hari Ustazah bercerita kpd sy dan beberapa teman yg lain, bhw betapa berbezanya antara anak lelaki (Saiful Amir, kan?) dan anak perempuan..

    kata Ustazah, anak perempuan lebih memahami berbanding abangnya..

    pada masa yg sama kami selaku 'abang-abang' dan 'anak-anak lelaki' sedikit sebanyak merasa terpukul.. (T_T)

    p/s: sedaya-upayalah untuk memahami hati seorang ibu~asif atas komen sebegini

    ReplyDelete
  2. amir saifullah la weh..
    hehe..
    nk jerit etek la..

    ReplyDelete
  3. @ sofi al-muqri:Erm,, kalau nama Ummi tak diketengahkan tak jadi menarik eh?? :-/

    Anak perempuan lg byk masa bersama mak. Skalipun kami sibuk di luar, tp Ummi juga lah yg mghantar dan menjemput kami, maka masa bersama Ummi masih ada, terutama bila jalan jam. Itulah kepentingan masa yg diluangkn bersama. Ada barakahnya. ~kempen balik malaysia~

    Anak lelaki sewajarnyalah lebih rapat dgn ibu. Kerana tanggungjawab tu takkan berkurang sampai bila2.

    Hati stiap yg bergelar ibu mgkn blh difahami dgn lumrah dan fitrah, tp ibu kita pasti punya perbezaan yg menjadikan beliau istimewa. Sangat34 istimewa. ~knp perlu meminta maaf, perkongsian yg baik, syukran, :)

    @ Achik:Thanks for the correction. Aih, sejak bila kembali ke alam maya? Bukan majuk ke?? Hahaha..

    Jgn m'jerit la wei, pecah umah kang. Ish~

    Ambik pengajaran, jaga hati ummi, tolong ummi and abi (khidmat abawain), bila tak duk kat umah nnt, takde peluang doh..

    Ambik nasihat atas ni:
    p/s: sedaya-upayalah untuk memahami hati seorang ibu~Masa yg berbaki kat umah tu, guna molek2.

    Do me a favor? Kiss Ummi for me. Will you? Muahhaha.. takkan nk suh ateh buat, gerenti tak buat..

    ReplyDelete
  4. ceyh,timw to cry kunun..
    ngumpat kok re dea lagi..
    yuckss...
    huh~

    ReplyDelete
  5. alam maya?
    ececeh...
    kita ngaju betar jah..
    i got the point, bec i love ummi.

    i had do 4 u a big favor,
    hoh,
    i give ummi her spect, then ask her to read urs.
    n ummi said..
    ur too much dalam memuji..
    hohoho..

    kiss ummi?
    always do,
    haih..
    macam perli je..
    macam kite je minah jiwang..
    hehe..

    n,
    sory sbb bhasa pasar tu : weh
    ummi marah dh,
    ummi said,
    kakak punyalah jiwang,
    kita ni g comment gitu plop.

    hehe..

    ore daftar 24hb..
    g ngan abi je,
    naik flight,,
    sedey..
    umi x larat nk g..
    isk3..

    ateh 2 bakpo ya g comment gitu 2?
    nanti i marah die ye sayam..

    love ya..
    mmmmuuuuwwweeeekkkkkk...

    ReplyDelete
  6. @ ateh::P ----> of course! (guna nada dlm 100 days with mr arrogant.. muahhahha..


    @ achik:hang buat post baru kat sini eh??? ish~
    hahhaha.. padan muka,, :P

    heh, ore tahu lama doh, baru nk oyak. kui2.. sedey dok tido sokmo time ore kecek nga ummi.

    you tak yah la marah dia, sekeh je sket yer sayam... oyap ko dio tak yoh la dok baca novel byk sgt, trlebih smgt sokmo budox tu.. love u too... uwex!

    ReplyDelete
  7. Adik-beradik dok balloh..hehe.. takpo2... sayo berambat smace dengan kakok dulu, memey macam anjing ngan kucing..hehehe.. gapo hok kakok suko sayo suko, last2 berebut..hehe..
    .
    .
    tapi air dicingcang takkan putus ore kato.. :)

    ReplyDelete
  8. anjing nga kucing berambat smace eh??? haha..

    sini sy tgk anjing nga kucing baik giler~ dok baddey garu.. hehe..

    kita baloh2 manja kan chik kan??? ateh lain kiro.. hahhaa.. tak buli adik sdiri nk buli sapo agi dih? hihi..

    ReplyDelete
  9. The children of that unfortunate old lady
    is disgusting don't u think?

    Let's pray that we will not emulate them in the
    future.

    ReplyDelete
  10. Gapo hok sedeyhnyo?? Hehehe..

    Hargai ibumu sementara ibumu masih di sisi.. :D

    *_*

    ReplyDelete
  11. PENGUMUMAN!!!

    kembar conan ni jumpe video tu lame dulu lg taw x....

    suda menghayatinya dulu lg taw x...

    tp masa 2 bukan dr utube agi..

    hoho,,
    bangga kerana suke mengobek..
    jeng3..

    ReplyDelete
  12. hehe..

    forgot already about the video..
    tp ingt penah tgk video tu..
    tp di mana ya?

    (^_^)

    ReplyDelete
  13. @ anon:
    Sapo kembar conan???
    Hehe.. Tahniah la lagu tuh gak.
    Eh, silap slang~
    Camne buat pengumuman kalau tak tahu wataknya?
    Haish,, pelik2 sungguh kanak2 zaman skrg..


    @ Izzah:
    Takper, as long as you dont forget the message. :)

    ReplyDelete
  14. @ kembar conan

    saye yg comeyy tu le...
    ala u ni..
    buat tataw la plop..
    kui3..

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^