Pages

Sunday, July 1

Oh Pensel!

Pernah guna pensel macam gambar yang kat bawah ni?


Saya tak ingat pernah atau tidak saya gunakannya. Tapi yang pasti saya pernah bermain-main dengan pensel ini. Idea asal penggunaan pensel ini, satu lead habis, tukar dengan yang lain. Macam enjit-enjit semut pula. Tapi saya yakin takde pun yang pernah berjaya habiskan semua lead ;)

Tapi seingat saya, saya amat memilih alat tulis. ;)

Sejak dari kecil, alat tulis adalah bahagian yang saya paling cerewet, dan ia kekal sehingga ke hari ini. :D

Hanya pensel tekan berjenama Pilot, dan lead berjenama Buncho. Hanya highlighter yang warnanya tidak gelap, dan tidak membasahkan kertas. Hanya pensel warna Luna. Hanya pemadam yang tidak merosakkan kertas. Hanya pen yang selesa dipegang lama, dan bergetah. Lagi elok pen tekan, kerana saya mempunyai kecendurangan untuk membuatkan tudung pen melompat dalam kelas akibat aktivti pusing-memusing.

Dalam banyak-banyak perkara, saya rasa saya sudah semakin fleksibel, pakaian, makanan, beg, kasut (yang ni susah jugak). Tapi bab alat tulis, susah betul mahu berubah! Setiap kali pulang ke Malaysia mesti membawa ke mari set alat tulis lengkap untuk setahun!


.........................................................................................................
p/s: lebih kurang dua minggu lagi inshaAllah saya akan ke Haramain. Mohon doakan perjalanan kami lancar seperti yang dirancang, semoga saya dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna. Segala hutang-piutang bolehlah dituntut. 

Friday, June 22

"Can You Be My Imam?" (?)

Salam Syaaban semua. ^^

Hari ini nak buat post troll sikit :D
Atau mungkin bagi sesetengah orang dianggap geli. Tapi, bersabar ya, kerana ini hakikat yang harus difahami.

Mula-mula, mari lihat gambar di bawah ini:


Saya kira ini poster terbaru bagi versi yang seumpamanya, "Can you be Imam?", "Sudikah anda menjadi imam saya?" dan pelbagai versi lagi.

Jadi persoalan saya, adakah kemampuan menjadi imam dalam solat itu sudah dikira cukup syarat? Kalau begitu, adik saya yang berumur 12 tahun itu juga sudah mampu jadi imam kami di rumah. Asal sahaja bacaan Al-Fatihahnya cukup, jelas bab At-Toharah, sempurna wudhu'nya, maka layaklah dia menjadi imam. Kalau begitu, cukuplah tinggal dengan rakan-rakan sesama jantina yang diyakini sempurna pengetahuan dan praktikal solatnya.

(Nampaknya akibat terlalu lama tidak menulis, saya gagal menyampaikan mesej sebenar dengan ayat yang cantik) Maka, frankly speaking, mesej yang ingin saya sampaikan adalah, kemampuan untuk menjadi Imam solat itu seharusnya hanyalah Indikator Minimum. Syarat Wajib yang pertama dan sekadar "screening test".

Kalaulah kemampuan menjadi imam sudah dikira sempurna syarat, maka seolah-olah nilai kualiti Muslim yang Mukmin itu dijatuhkan. Maka target seseorang individu bagi meraikan fitrah mahu menjalin hubungan pernikahan hanya akan difokuskan kepada kemampuan mengimamkan solat. Walhasil, jadilah masyarakat kita memfokuskan pembinaan karakter Muslim dalam keluarga itu hanyalah sekadar memenuhi yang wajib cuma.

Tanpa menafikan, solat berjemaah adalah nukleus dalam kekuatan hubungan sesama ahli rumah, baik keluarga mahupun rakan serumah. Dari nukleus inilah terjalinnya ikatan yang kukuh. Dari ikatan ini pula, kita harapkan ada kualiti lain yang boleh dibina, yang akhirnya memberi impak yang baik kepada perkembangan akal, kematangan berfikir dan matlamat yang melihat akhirat, bukan sekadar melepaskan tuntutan fitrah insani semata.

Malah, solat itu sendiri tiang agama. Jika solatnya terpelihara, maka yang lain juga inshaAllah sejahtera.

Tapi, dunia kita pada hari ini, tidak sekadar memerlukan Muslim yang sempurna fardhu ainnya, tapi bergerak ke hadapan dalam menyambung risalah Nubuwwah.

Wallahu a3lam.


(is it because i'm not really  good at cooking so i write such a thing? hahaa. then i cant ask for an imam lah~ saje je, it is just this is what always come across my mind.)

Thursday, June 7

"Aku Heret Dia ke Neraka!"

"Kalau aku masuk neraka, aku heret dia sekali masuk neraka, sebab tak pandai tegur orang!" Ucapnya.

"Nak tegur orang bukan cara macam tu, kena ada cara sendiri." Tambah dia lagi.

Dialog ini sebenarnya sudah saya lupakan, diceritakan seorang teman, tentang seseorang yang masih saya anggap kawan. Yang dikatakan menegur salah cara itu, saya sendiri.

Ya, saya tahu, dengan menulis di sini, bermaksud saya bakal mengingati dialog ini kembali. Ini juga setelah diulang sebut seorang teman yang lain, yang sangat kecewa mencuba pelbagai cara dalam menegur, sehingga dirinya sendiri yang jadi sasaran fitnah.

Saya cuba juga bermuhasabah, di mana salahnya cara saya. Seingat saya, ucapan saya melalui tetingkap Y!M pada waktu itu sekadar berbasa-basi, melayan secara tidak bersungguh-sungguh. Di saat dia yang memulakan bicara, mencari teman meluah perasaan. Dari teman yang lain saya tahu apa sebenarnya yang melanda.

Cuba mengelak meluahkan apa sebenarnya yang berada dalam hati dan akal saya. Kalau saya nekad, pasti saya berterus-terang bahawa yang salah itu dia sendiri. Cuma bagi saya, mad'u saya yang seorang ini tahapnya belum mampu menerima teguran sebegitu.

Namun, DIA juga yang Maha Berkuasa. Sebaris ayat tanpa kesungguhan maksud, difahami pada jarak melangkaui apa yang diniatkan saya.

Tapi saya tidak terasa apa-apa. Bagi saya mungkin sudah ramai sebelum ini yang berbicara sedemikian, justeru membuatkan dia terlajak faham.

Tidak seperti dia, muka yang ditarik masam, perangai tantrum yang dihulur saya layan bersahaja juga. Dengan lagak tiada apa yang terjadi. Apa perlu bertukar aksi, saya tidak terasa hati, dan tidak berniat untuk mencipta sengketa. Senyuman dan teguran sambil lewa saya lemparkan seperti sedia kala, tanpa dirancang, tapi sekadar aksi kebiasaan.

Dua hari sahaja, dia sejuk kembali.

Tidak disangka, dari peristiwa itu, banyak cerita yang saya dengar seterusnya. Cukup membuatkan saya terlibat secara langsung menjadi pendengar luahan rasa hasil pelbagai sengketa yang diciptanya dengan orang lain.

Kawan, aku doakan kau diberi hidayah dan menerimanya. Aib orang kau reka, aibmu, orang yang kau lukai pegang dengan kemas. 

Thursday, May 24

Budak Medic?


Posterior view, liver, gall bladder, pancreas, splenic artery, duodenum, kidney.
Ok i hoped i didnt  screw up my anatomy :D


Hari itu, hari pertama ditinggalkan di rumah selepas lebih kurang dua hari tiba dari Kaherah. Ummi ke sekolah seperti biasa.

Tapi ada kerja rumah yang ditinggalkan, bersihkan dan potongkan daging yang sudah Ummi keluarkan dari peti sejuk. Yang lebih menarik, adalah apabila bungkusan itu dibuka!

Ada liver dan gall bladder, ada pancreas, ada kidney.

Jadi, saya yang baru lepas belajar pasal organ-organ ni, seronok bukan mainlah. Satu-satu dibelek, terutamanya pancreas, yang tiada spesimen dalam makmal anatomi. :D

Yang pasti, tentulah saya tidak tahu bagaimana menyediakan organ-organ ini untuk dimasak. Di Malaysia kalau masuk dapur pun sekadar tolong potong-potongkan bahan. Nasib baik belajar di Mesir, nak tak nak kena masak jugak. Tapi di Mesir tak pernah la pulak jumpa organ dalaman.

Akhirnya, saya capai telefon.

"Ummi, gano nak buat nih.. Ni bukan daging.. Ada liver, pancreas, kidney bla3.."

Di hujung talian, Ummi kedengaran sedang tertawa.

Setelah Ummi pulang, Ummi masih tertawa. "Budak medic ni sorang. Orang suruh hiris daging dia dok bilang ni pancreas ni kidney ni liver!"

Saturday, May 12

Kerencatan dalam Membuat Keputusan

1

"Ummi, ore tak tahu nak balik terus ke tak dari Jeddah, harga tiket naik, beza USD 100.

Kalau balik Mesir dulu, harga tiket murah sikit"


2

"Ummi, saeng ore ajak buat attachment, tak tahu nak buat ke tak"


...............

Semua benda pun nak tanya ummi lagi. Dari dulu sampai sekarang memang tak reti buat keputusan sendiri. Dengar jawatan dalam persatuan macam besar, bagi arahan dan panduan kat AJK bawah pandai... Tapi kalau bab diri sendiri dan keluarga.. Haih~ Buku 7 Habits kata saya family-centered ;)


Okay so if you wanna be my close friend or company ;) , just be prepared to be asked to discuss every single thing. :D


Kak Ngah lagi dengar Ummi daripada Nana tau!

Monday, April 23

Masa Depan?

Penghujung April. Sekira-kira, peperiksaan akhir tahun bakal menjelang lagi. Menamatkan pengajian tahun 4, bermakna tinggal lebih kurang 2 tahun setengah sahaja lagi masa berbaki untuk saya di bumi Anbiya' ini.

Mengimbas, apa yang telah diperoleh selama 4 tahun di sini. Di bumi asing, benua asing dari tanah kelahiran. "Belajar di luar negara", yang jadi impian ramai.

Kalau dipandang-pandang, pertama kali berbicara tentang mahu ke luar negara adalah selepas mendapat kelulusan cemerlang dalam PMR.

Sebelumnya, ummi berkali-kali menyebut "anak perempuan tak perlu ke luar negara". Hanya beberapa tahun kemudian larangan itu sedikit demi sedikit melonggar. Terima kasih kepada murid-murid ummi yang telah ke luar negara, dan pulang berziarah ke sekolah lama mereka, mungkin?

Maka, PMR itu 7 tahun yang lepas. Agaknya apa yang akan berlaku 7 tahun selepas ini? 


Berubah

Kata sahabat saya, saya telah banyak berubah dari pertama kali beliau mengenali saya di Tahun 1.

Kata sahabat saya yang seorang itu, yang di Malaysia itu, sama juga. Saya telah banyak berubah. Tapi saya tetap saya pada beberapa "perangai".

Januari 2015, jika diizinkan Tuhan, kami akan bergraduasi. Kemudian diteruskan langkah dengan housemanship di tanah air. Perancangan dalam memilih kepakaran akan bergantung kepada pengalaman sebagai House Officer (Doktor Pelatih). Jadi Doktor Pakar kah, jadi pensyarahkah.. Kita tengok nanti ya~

Hurm, perlu merancang bagaimana untuk menghabiskan dua tahun yang berbaki supaya tidak menyesal apabila pulang nanti.

Pengalaman yang pelbagai perlu diraih dan digali. Isi dengan lebih banyak menghadiri kelaskah, lebih banyak melancong kah, atau lebih banyak membaca dan menghadirkan diri ke klinik dan hospital? Atau... fokus untuk lebih kukuhkan persatuan supaya dapat meninggalkan tapak yang utuh buat adik-adik?

The key is, the biggest room is the room for improvement!


Monday, April 2

Nikmat Air Mata

Kadang-kadang menangis itu baik. Kalau selalu, hilang pula nilainya.

Tapi kenapa mata ini sukar mengalirkan air mata di kala dugaan bertimpa-timpa?

Rasa rindu pula pada nikmatnya sebuah kelegaan selepas air mata mengalir.

Terlalu pandai mencari distraction, mungkin. :)

Doakan saya, pembaca budiman sekalian.