Pages

Sunday, December 16

CP: The One Who Pays the Price


Hari ini dalam kelas Klinikal bagi Paediatrics, kami ditemukan dengan pesakit berusia setahun dua bulan yang mengalami masalah Cerebral Palsy, atau nama yang sering diguna, CP. Selama ini saya banyak terbaca blog kegigihan ibu bapa yang mempunyai anak-anak CP yang berkongsi pengalaman dan usaha mereka memastikan physiotherapy anak-anak istimewa ini tetap berjalan. Sedikit perkembangan adalah satu khabar yang sungguh menggembirakan.

CP, didefiniskan sebagai penyakit berkaitan saraf motor (membabitkan pergerakan dan cara kerja), diakibatkan oleh masalah sewaktu kehamilan, atau semasa proses bersalin, atau sejurus selepas kelahiran. Antara masalah sewaktu kehamilan adalah jangkitan dalam rahim. Manakala, semasa kelahiran adalah kerana proses bersalin yang lama, seterusnya menyebabkan bayi mengalami kekurangan oksigen dan kerosakan pada otak.


Keseriusan penyakit ini adalah bergantung kepada peratusan saraf yang rosak. Untuk itu, rawatan bagi penyakit ini adalah bagi memastikan saraf yang masih elok tidak rosak akibat tidak digunakan, atau istilahnya disuse atrophy. Maka physiotherapy akan memastikan pemulihan cara kerja dan otot-otot akan dikuatkan dengan saraf yang masih berbaki akan mengimbal kekurangan saraf yang telah mati.



Kes yang kami lihat tadi, CP yang disebabkan oleh kecuaian doktor. Ya, kecuaian doktor yang menyebabkan kecacatan seumur hidup bagi bayi tersebut. Proses kelahiran bayi itu mengambil masa 2 jam, dan setelah agak lama, barulah Doktor yang menguruskan proses bersalin membuat keputusan untuk melakukan C-section. Selepas kelahiran, bayi itu juga agak lewat dihantar ke NICU.

Profesor Mervat yang mengajar kami, berpesan bersungguh-sungguh, sekiranya ada dalam kalangan kami yang bakal menjadi Pakar Perbidanan, hendaklah tidak teragak-agak untuk melakukan C-section bila keadaan memerlukan. Kes yang pernah beliau lihat, sepasang kembar dilahirkan dalam keadaan kedua-duanya mendapat CP. Di Mesir, kandungan melebihi satu adalah indikasi untuk kelahiran melalui pembedahan.

Tambah Prof lagi, rakan setugas beliau, oleh kerana banyak kali melihat kes CP, mengkehendaki semua proses kelahiran anaknya adalah melalui C-section walaupun keadaan tidak memerlukan.

Berkali-kali kepala saya tergeleng-geleng mendengar Prof menceritakan history pesakit tadi. Kerana kesilapan doktor, berapa ramai bayi yang perlu melalui proses tumbesaran yang sukar. Dan pastinya keadaan ini akan memberi kesan kepada keseluruhan keluarga. Dari segi jagaan, dari segi kewangan, dan dari segi emosi. Serta kesannya kepada adik beradik yang lain. The baby will pay the price~

Adik saya menghidap Prader-Willi syndrome. Walaupun diagnosisnya dibuat lambat (umur 8 tahun), dan proses tumbesarannya banyak yang terlewat, namun keadaan penyakit yang tidak diakibatkan oleh misconduct, penerimaan dalam keluarga pasti berlainan. Sewaktu adik saya belum cukup sebulan, jururawat dari Klinik Kesihatan yang bertugas datang ke rumah, ummi saya menyuarakan kebimbangan tentang berat badan adik saya yang tidak naik. Dia memberitahu ibu saya tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa ketika, ummi membawa adik saya ke klinik swasta untuk imunisasi. Doktor terus membuat referral ke HUSM. Kesannya, adik saya ditahan di NICU kembali, dan dipasangkan nasogastric tube (indicating malnutrition and anorexia). Sungguh, nasihat yang salah daripada jururawat itu kami masih ingat sampai sekarang! Kalau tak tahu, katakan sahaja tak tahu, tak jatuh kredibiliti kita kalau minta dibawa untuk mendapat nasihat Doktor.

Sungguh, semuanya aturan Qadha dan Qadar Allah. Tapi sebagai manusia, menjauhi kesilapan kerana masalah disipin dan amanah diri adalah kewajipan.



Saya berpesan kepada diri saya, dan sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang sains kesihatan, worst case scenario perlu sentiasa ada dalam bayangan. Jangan keyakinan atas kejayaan dan keyakinan terhadap ilmu kita membuatkan kita salah dalam membuat keputusan. Kita berurusan dengan nyawa yang menjadi amanah, dan well-being state hamba Allah, yang juga amanah. 

Buat pembaca, doakan kami sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah, dan doakan saya mampu menjadi pegawai perubatan yang cemerlang (tapi jangan cemerlang yang membawa kepada keangkuhan), serta dijauhkan daripada kesilapan dalam memberi rawatan.


Thursday, December 13

JPP 2012 : Calon-calon Terpilih

Satu kelainan pada tahun ini, pada saat kaunter pencalonan ditutup, bila tiba-tiba perasaan lega dan *takde lah happy sangat* bercampur baur. Pada masa sama memuhasabah diri yang tak betah duduk lama-lama di kerusi AJKt. Namun perasaan sama berulang, bila senarai calon-calon keluar.

Kenapa? 

Kerana, di saat saya membentangkan usul penubuhan MTP dalam MAT-8, soalan yang kerap diulang tanya adalah, adakah kita cukup tenaga untuk membentuk tiga cawangan di Kaherah? Sedangkan pencarian AJK program sahaja sudah cukup bermasalah.

Sehinggakan, pada saat menggulung usul, entah dari mana emosi yang terpendam akibat perbahasan tiba-tiba diluah sahaja, sehinggakan dewan tergamam. Walhasil, walaupun ramai perwakilan berbahas untuk meminda usul, akhirnya hanya 3 daripada 500 perwakilan yang mengangkat tangan menolak usul (itupun ada sorang budak tu angkat tangan saje-saje sebab takde orang nak bantah :p)

Maka, keyakinan saya memang berasas. Kehendak dan keperluan akan akhirnya 'mengeluarkan' permata-permata yang bersorok di sebalik tirai.

Maka, di bawah ini saya mempersembahkan calon-calon Pilihan saya untuk JPP (di Kaherah sahaja). Untung juga sebagai Timbalan Setiausaha Agung, saya kerap dihubungi AJK Pelaksana Program untuk rujukan pengurusan program, dan etika-etika yang berkaitan.  

Dan sebagai MT Pusat, judgement saya juga akan meliputi universiti-universiti lain :)

Universiti Kaherah


Tak sangka Rahim sanggup bertanding lagi sekali. Dari tahun 2 budak (?) ni bertanding. Saya sendiri mengusulkan beliaulah orang paling layak dari Universiti Kaherah untuk ke MTP, hatta sebagai Presiden PERUBATAN. Tapi cadangan saya ditolak rakan-rakan sebatch, kerana beban akademik kami. Tapi dah Tuan badan sanggup berkorban... Maka jangan ragu untuk undi beliau. Nescaya mesyuarat anda tak akan tension dan boleh buat kerja dengan lebih tenang.


Baru kenal rapat dengan Sabiha sesi pentadbiran ini. Tapi semangat, dan pengorbanan dia sungguh buat saya terkesan. Jauh sungguh nak dibandingkan dengan diri saya. Cakapnya tidak banyak, tapi kerja sungguh cemerlang. Apa yang lagi penting, dia ingat semua pesanan kakak-kakak, yang diambil mudah sesetengah AJKt lain. Pendek kata, memang Sabiha mendalami dan menghayati apa itu PERUBATAN.


Tengok manifesto dia sahaja~


Kan dah kata saya fanatik Sabiha~ =P


Aha, yang ni cukup dengan tengok nama penyokong ye. Waktu Wahdaty tahun 1, dia serumah dengan kami (saya, Aisyah TP II dan Jijah JAKSI). Memang seawal tahun 1 sikapnya yang tidak lokek membantu telah kami perhatikan. 


Saya kenal Dayah sewaktu baru pegang BPP. Minta nama seseorang yang sanggup berkorban untuk Jabatan Cetak yang baru nk ditubuhkan. Jabatan ini perlukan orang yang komitmen, rajin, tapi satu syarat lain adalah, tak berkira dalam kerja. Ye lah kan, kerja cetak bahan edaran, edar kat cawangan, kerja-kerja yang sering dipandang enteng 'orang-orang hebat'. Tapi Dayah terbukti lain, saya terharu dengan kerja yang dilakukan tanpa dipersoal, walhal banyak juga tanggungjawab lain yang dia pegang waktu itu.


Yang ni aci menang sebab lawa pun takpe dah. Haha. Timbalan Ketua Jabatan Pharmacomics sewaktu saya menerajui BPP. Seorang yang mempunyai banyak idea yang inovatif, cara berfikir lain dari yang lain, dan bersama ketuanya di Pharmacomics, memang kerja mereka membuatkan saya merasakan inilah Jabatan terbaik waktu itu. Ayat yang sering saya ajukan kepada beliau: "Kau ni, CAKAPPP!! Idea kau hebat, tapi kenapa asyik simpan sorang-sorang? Sharelah dengan orang lain!"


Adik rumah kami juga, sedari Aina di tahun 1 hingga sekarang. Memang tak berbelah bahagi kalau dah diamanahkan untuk buat sesuatu.


Jejaka-jejak pula. Bukan apa, yang lain kurang kenal. Tapi sedari Haniz (ke Iqbal? haha) tahun 1 saya sudah mendengar nama beliau sebagai adik yang paling baik untuk jadi musyrif. Tahun ini pula saya kenal Haniz (ke Iqbal) sebagai ahli panel akademik Seminar PERUBATAN kali ke-5, dan saya merasakan kelegaan kerana ada pelapis dalam PERUBATAN yang mempunyai gaya berfikir di luar apa yang disuap senior-senior. Pendek kata, bagi saya, Haniz (ke Iqbal) dah mengesan cara terbaik untuk membawa agenda PERUBATAN melalui penambahbaikan dan pengubahsuaian strategi.


Adik ni, saya kenal muka dia sahaja, tahun pengajian pun saya tak tahu, tapi saya ingat dia sebab dia salah seorang yang mengangkat barang waktu kami berpindah rumah. Jadi kerajinannya dalam membantu orang memang tak dapat dipertikai, walaupun kami serumah tak kenal pun beliau. So here goes one credit for him.


Universiti Al-Azhar

Hah, Al-Azhar, yang paling hot. Perwakilan Al-Azhar lah yang paling banyak menyebut tentang kekuatan yang mereka tidak punya. Padahal... calon-calon ramai kot ni~ Tapi disebabkan coding gambar-gambar dari wordpress tak boleh nk embed kat sini, maka saya tulis nama je lah ye ^_^

Dua orang yang saya nk lobi, dua junior dari MMP. :)

  1. Asiah Rosedi - orang pertama dari Al-Azhar yang saya approach untuk menjadi wakil BPP dan memperkasakan hebahan PERUBATAN di Universiti Al-Azhar.
  2. Madihah Hj Mat Ali

Untuk Banin nya pulak, beberapa nama yang saya kenal:

  1. Arif Rukaini - BSAL pada tahun ini bagi saya amat cemerlang. Arif berani dengan perancangan baru.
  2. Hamzah Marwan - Exco yang cemerlang dengan idea-idea mapan dan perancangan yang jelas, tahu target yang spesifik dalam memulihkan BiKON.
  3. Imran Kasran - AJK Makanan bagi MAK 2012. Pendek kata, prestasinya juga cemerlang. Seperti Dayah tadi, saya suka orang yang buat kerja belakang tapi dengan cemerlang.


Universiti Ain Shams

  1. Siti Hajar Ahmad Azhar - tanpa ragu la kan, selain daripada comel dan innocent, Exco BiKON yang cemerlang pada zamannya.
         (ops, yang lain nama hampir sama, dan saya kurang kenal... huhuhu sorry)

Ikhwah:
  1. Faiz Mujahid - ahli 'kabinet' AJKt semasa. 
  2. Alfatani - idea segar dan 'pelik'. Kekuatan lain pada pengaruh.
  3. Imran Nasaruddin - anak kawan mak saya. Haha. 
  4. Zulkifli Abdul Rahim - AJK YAHOO! @ KB. Komitmen yang sangat mengujakan dan prestasinya yang melihat perjalan seluruh program walaupun dari sudut AJK Makanan (kalau tak silap). Dan masih mengekalkan reason yang sama, saya suka orang yang once diamanahkan kerja belakang, masih dibuat sepenuh hati.



Okay, penat juga kerja melobi ini. Pilihlah calon yang terbaik bagi mengemudi bahtera Universiti anda. Kemampuan pimpinan anda untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah di peringkat universiti, menambah baik aspek-aspek kebajikan dan menggerakkan PERUBATAN ke arah yang lebih dinamik, pastinya akan memberi saham, kebaikan pada diri anda dan komuniti seluruhnya.

Contoh mudah, pengundi-pengundi yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua AJK Program perlu menyelaraskan format kertas kerja mereka. Dalam BPP dulu, orang-orang yang telah mengundi saya telah menyebabkan semua anak-anak blog di PO ditutup dan permohonan pembukaan page baru di FB adalah sangat ketat. :D Bukan nak take credit or debit, hakikatnya semuanya telah dibawa berbincang dan diputuskan secara bersama. Tapi hanya ketegasan yang akan memastikan orang ikut apa yang telah diputuskan. *bunyi sorak sinis tanda pengakuan jujur*

Selain itu, AJKt kalianlah yang akan menentukan apa perancangan tahunan, dan apa program yang bakal kalian lalui untuk tempoh setahun. Yang lebih 'teruk' lagi, teraju setahun mereka akan beri kesan kepada teraju selepasnya. Maka, anda sedang berdepan dengan keputusan yang penting! *hehehe*


Selamat mengundi semua :)






Tuesday, December 4

Anda Boleh Dengar Apa yang Anda Mahu, Tapi Tidak Mendapat Apa yang Anda Mahu

Malam ini tiba-tiba teringat BTN pada tahun 2008. Waktu itu kami dalam program persediaan ke luar negara di INTEC, UiTM Kampus Seksyen 17, Shah Alam.





Babak 1

Kebetulan, saya terpilih untuk menjadi salah seorang pengerusi slot ceramah. Maka seperti biasalah, saya harus menemu bual Tuan Penceramah terlebih dahulu sebelum sesi bermula. Persepsi saya terhadap golongan imigran (Bangsa Cina dan India) ditanya awal-awal.

Memandangkan soalannya adalah "apa yang Humairah faham", maka saya mentakwilkan maksud beliau adalah apa yang telah saya faham sepanjang mengikuti BTN itu. Maka skema jawapan saya, ala-ala mahu masuk exam, sebiji-biji saya nukilkan berdasarkan Intended Learning Output yang diletakkan pihak BTN.

Namun, untuk memulakan majlis itu, saya memulakan ucapan aluan dengan membaca doa.

Allahumma arina al-haqqa haqqan, wardzuqna at-tiba'ah, wa arina al-bathila bathilan, wardzuqna ijtinabah

Penutup bagi majlis pula, kerana penceramah membincangkan tentang media arus perdana yang wajib dipercayai, dan media pembangkang yang menipu, dan juga setelah habis semua pemimpin pembangkang terutamanya DSAI diburukkan, saya memberikan satu lagi kalam hikmah daripada Sayyidina Ali KWH:

Lihatlah pada apa yang dikata, bukan pada siapa yang berkata 

Moral of the story, anda boleh buat saya memperdengarkan apa yang anda ingin dengar, tapi anda tidak boleh menyekat pemikiran saya. Anda boleh buat saya akur di masa sedemikian, tapi tidak selalu.

Malah, kalau di gelanggang BTN pun saya berani melawan yang salah, lagi-lagilah untuk sebuah kesatuan yang saya cintai. *Peace*


Babak 2

Saya akui, assesment fikrah yang dibuat dalam BTN adalah sangat teliti.

Pertama kali aktiviti LDK diadakan, soalan pertama yang ditanya dua fasilitator yang bertugas mengendali kumpulan kecil seramai 8-10 orang itu memulakan perbincangan dengan ice breaking dan soalan tambahan, siapakah pemimpin yang paling anda tidak selesa? 

Maka, jawapan saya mudah. DSAI. Kebetulan ketika itu fikiran saya tengah keliru, apa sebenarnya yang diperjuangkan PKR setelah DSAI dibebaskan daripada rejim ISA. Kemudian saya tambahkan Samy Vellu. Legalah mereka dengan dua jawapan ini. Samy Vellu kerana bangsanya yang bukan Melayu.

Apa yang gagal fasilitator saya kesan adalah, sebenarnya nama DSAI keluar kerana saya tidak mengenali pimpinan BN, dan nama mereka cukup tidak menonjol untuk membuatkan saya merasakan mereka figure yang prominent untuk diteliti ideologinya.

Kedua, mesejnya adalah, Samy Vellu waktu itu ditelanjangkan di media arus perdana dengan pelbagai "kebodohan". Mesej saya adalah, itu standard pimpinan BN. Dan Samy Vellu menjadi tokoh untuk diwar-warkan, justeru mendapat perhatian saya.

Moral of the story, bukan semua teknik assesment anda berkesan untuk semua orang :)