Pages

Tuesday, November 20

Kekuatan?

Kekuatan. Satu perkataan yang, banyak tafsiran. Sekurang-kurangnya bagi saya. Dan akhirnya, di sini ia tercatat. Tidak di medan mainstream facebook.

Akhirnya saya sedar, antara perkara yang saya tidak suka adalah "pretending to be strong". Ya, pretending. Pada masa diri ini rasa mahu jatuh sejatuh-jatuhnya. Diam sediam-diamnya.

Namun bersyukur juga Allah kurniakan kepada saya, kalau saya tidak senang hati dan mempunyai masalah dengan "seorang", emosi saya tidak akan terlampias kepada "seorang" yang lain.

Saya sendiri masih mencari apa punca saya masih bertahan sehingga ke hari ini.

Andai mindomo cuba diguna untuk melakar segala yang di dalam kepala ini, pasti gagal. Berserabut, berselirat mengalahkan timbunan wayar-wayar halus.

Rupa-rupanya equation penyelesaian masalah tidak semudah problem -> face it -> identifying reason -> listing out possible solution -> work them out.

Yang saya pasti, saya tidak mahu mencatat masalah. Tidak sesekali. Kerana yang dicatat, pasti akan dibelek semula suatu hari nanti. Yang pahit, yang perit, akan berlalu pergi.

Yang saya harapkan cuma, apabila inayah dan bantuan-Nya tiba tanpa semena, hanya senyum yang mampu terukir di bibir. Ya Allah, perbaikkanlah akibat urusan kami seluruhnya..

Ya Qawiyy, Ya 'Aziz...

1 comment:

  1. senyum :) insya Allah, semoga Allah beri kemudahan dalam apa jua urusan awak.. :)

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^