Pages

Friday, July 13

Lambaian Haramain


Lama sudah aku menanggung rindu Wahai cahaya alam yang indahSerta aku menyeru wahai nabi,Wahai punca ilmu yang pemurah
Impianku setinggi-tinggi cita-citaMoga diberi tuah dapat melihatmuJuga melihat Bab as-Salam (di masjid nabawi)Wahai sesuci-suci insan 





Hari itu, sekadar mendengar qasidah-qasidah yang siap didownload. Tiba-tiba, pada rangkap yang menyebut Bab As-salam, hati bertambah sayu. Merasakan terpanggil untuk menziarahi Baginda Rasululllah SAW.


Selepas itu, terus saya memberitahu Aisyah perasaan saya. Biasanya kami travel bersama-sama. Namun Aisyah masih ada komitmen lain.

Sebelumnya, pernah berbincang dengan Ummi. Mahu ke Haramain bersama-sama. Sebolehnya tidak mahu menggunakan mahram tumpang. Mahu mahram yang benar-benar mahram. Kata Ummi, nak buat ibadah, seeloknya jaga semua benda. Jangan ada "main tipu-tipu".

Tapi, prosesnya mungkin agak sulit. Abi dan Ummi di Malaysia, saya di Mesir. Abi dan Ummi perlu mencari tarikh yang sesuai, cuti sekolah, adik-adik ada penjaga dan driver.

Kalau sudah Allah mentakdirkan sesuatu untuk terjadi, maka akan dipermudahkan jalannya. Saya sekadar berbual santai dengan beberapa teman, dan ternyata, ada Maryam Fadhilah juga Izzati yang menyimpan hasrat yang sama. Sebelumnya antara perkara yang membuatkan saya masih berkira-kira adalah kerana tiada teman rapat yang ingin pergi bersama. (Hehe, ye saya memilih teman sebelum jalan ^_^)

Lantas, atas semangat dua orang teman ini, saya mendaftar. Izin dipohon dari Ummi dan Abi.

Sepanjang proses menetapkan perjalanan, ada beberapa kali kami diuji. Masalahnya timbul apabila saya membuat keputusan untuk pulang terus ke Malaysia dari Saudi, tanpa kembali ke Mesir. Ummi yang menyarankan begitu. Biarpun kosnya jauh lebih mahal, tapi saya sanggup, semata-mata kerana Ummi memilih begitu.

Namun, tak semuanya berjalan bagai yang diimpi. Bila tiketnya mahal, maka kuranglah orang yang sanggup untuk bersama saya pulang terus dari Saudi. Nak dijadikan cerita, tarikh umrah kami berubah-ubah. 2-3 kali juga ke Tahrir untuk survey harga tiket Jeddah-KL. Cek online tak payah cerita la (macam setiap hari). Nak call dealer tiket malu juga. Banyak kali sangat berubah plan. Ujiannya lagi tiket pada tahun ini lain macam mahalnya. Jadi, saya pun tetap dengan keputusan mahu pulang terus dari Saudi, dengan bertemankan Fatima. Tapi takdir Allah menuliskan yang lain, beberapa masalah menyebabkan kami tidak boleh pulang terus dari Saudi. 

Perasan waktu itu agak tertekan. Tak pernah-pernah penat kerana masalah tiket dan perjalanan yang tak dapat dirancang dengan tepat tarikhnya. Selain itu masih perlu memikirkan komitmen untuk menyerahkan tugas, dan perlu balik dengan segera untuk pemantauan program. Dah lah di musim peperiksaan, kadang-kadang sampai rasa, haish, kalau tak pergi mungkin lagi baik. 

Sebelumnya terpaksa minta kelulusan Ummi kerana tarikh bercuti di Malaysia yang terpaksa dipendekkan dari biasa. 

"Kalau exam habis lewat gitu, gi tahun depan tok leh ko? Boleh balik lama sikit."

Rupa-rupanya, kami bertiga, semuanya dilanda perasaan yang sama. Mula-mula Maryam, saya orang kedua, dan orang ketiga Izzati. Akibat masalah yang berbeza. Namun Maryam yang paling awal "recover".

"Aku teringat B*d* dulu, dah sampai airport pun, tapi last-last cancel trip."
Kami belajar dari kisah ini. Ya, untuk menjadi tetamu Allah bukan mudah. Perlu betul-betul tekad dan nekad. Mudah menyerah, inshaAllah sampai bila pun tak akan dijemput.


Sehingga saat ini, prosedur yang perlu sudah sempurna. Tinggal lagi persiapan diri je. Nak beli beberapa barang, dan packing sahaja. Pastu nak gali ilmu biar makin dalam makna yang diraih dari perjalanan ini.

Doakan kami selamat sampai di sana, kita merancang, Allah juga merancang. Doakan juga kami dapat menunaikan ibadah dengan baik.

Saya juga ingin memohon maaf untuk segala kesalahan dan kesilapan saya pada kalian semua. Terlajak kata, terlebih bergurau, terkasar bahasa, terkurang mesra, termarah, ter-tidak layan atau ada tersepak di mana-mana.

Kiranya ada hutang, tolong maklumkan. :)



_________________________
moga ini yang pertama, dan bukan yang terakhir

1 comment:

  1. Salam.

    Baru perasan post ni.
    Alhamdulillah selamat semuanya. Alhamdulillah. ('=

    Terima kasih sahabat susah senang di sana,
    moga segalanya diterima olehNya. Amin.

    p/s : musafir ngan mum sokmo deh? =P

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^