Pages

Monday, May 23

A Forever Goodbye, Bersediakah Kita?


Tahukah anda gambar apakah di atas ini? Oh, inilah soalan pertama yang saya dapat tadi. Spirochaetes, Fontana Stain jawapannya.


Arwah bapa saudara saya, iaitu adik kepada ibu saya yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, meninggal dunia hampir setahun lalu (waktu itu saya sedang menduduki peperiksaan final untuk tahun 2). Meninggal kerana severe sepsis (jangkitan teruk). Doktor yang merawat tidak dapat mengesahkan apakah jangkitannya. Namun telahan yang paling tinggi adalah leptospirosis (penyakit kencing tikus). Leptosira, merupakan antara organisma yang berbemtuk spiral, dalam keluarga Spirochaetes.



Keadaan arwah bapa saudara saya yang saya panggil Che Il, menunjukkan prognosis yang membimbangkan. Masih saya ingat, hari itu hari Rabu, beliau ke klinik ditemani isterinya untuk mendapatkan MC. Sebelumnya beliau telah ke hospital kerana demam, namun dibenarkan pulang oleh doktor yang merawat. Dalam perjalanan pulang, arwah yang memandu tiba-tiba hilang kawalan dan berlaku kemalangan kecil. Isteri arwah yang saya panggil Cik Pah, mengambil alih pemanduan walaupun Cik Pah tidak pernah memandu, sekalipun memiliki lesen. Che Il tidak yakin untuk membenarkan Cik Pah memandu.

Tiba di rumah, Che Il terus terlantar, separa sedar. Cepat-cepat Tok Wan ke rumah Che Il. Ambulans dipanggil, Che Il dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Ummi waktu itu sedang mengikuti kursus. Hari Khamis, kursus ummi berakhir. Hanya pada hari Jumaat, barulah ummi berkesempatan ke hospital. Rabu malam, Che Il dipindahkan ke ICU.

Saya cuma mengetahui keadaan Che Il melalui status FB anak sepupu ummi yang agak rapat dengan keluarga kami. Setelah itu barulah saya menelefon rumah. Terkejut, kerana status itu membayangkan Che Il dalam keadaan kritikal, sedangkan adik beradik saya tidak memaklumkan apa-apa.

Khamis itu, kata ummi, Che Il sudah makin stabil. Jumaat esoknya, Che Il mula menunjukkan jangkitan sudah menular ke hati. Liver failure, disusuli renal failure. Pantas. Amat pantas. Apa pun yang menjangkiti Che Il telah menular dengan sangat pantas, dan telah turut menjejaskan otak.

Hari Jumaat itu, Doktor meminta keluarga bersedia dengan sebarang kemungkinan. Antibiotik telah sampai ke tahap maksimum. Petangnya, Abi memberitahu, tiada apa yang boleh dilakukan memandangkan hati dan buah pinggang sudah gagal berfungsi.

Doktor memberi pilihan, sekiranya berlaku cardiac arrest buat kali ke-2, adakah resuscitation perlu dilakukan? Cik Pah meminta Ummi membuat keputusan.

"Biarlah dia pergi dalam kerehatan, cukuplah." Begitu keputusan Ummi.

Gambar hiasan


Sabtu malam Ahaf, Che Il pergi menghadap Ilahi. Diamnya pada Rabu itu adalah diam untuk terakhir kali.

Khabar itu saya terima sewaktu sedang berada dalam Usrah untuk Naqibat. Air mata mengalir laju walaupun khabar itu memang sudah dijangka. Pertama kali menangis di hadapan orang ramai.

Dan tangisan itu, berlarutan. Sehingga seminggu kemudian, hati masih terasa pedih. Mengenangkan sepupu-sepupu yang masih kecil. Mengenangkan betapa saya tidak pernah berbuat baik kepada arwah sewaktu hayatnya.

Apa yang ada dalam memori saya adalah, Che Il pernah bertanya bilakah saya akan pulang ke Mesir. Ketika itu Che Il sekeluarga datang berkunjung ke rumah kami. Setelah saya menjawab, Che Il berkata: "Oh, sempat lagi la Che Il datang semula sebelum Kak Ngah balik Mesir."

Memori selepas itu kabur. Kabur dan pudar.

Hakikatnya, bila meninggalkan bumi Malaysia, we have to prepare for a forever Goodbye.

Itulah yang dapat saya rumuskan. Sama ada mereka, atau kita, hanya Dia yang tahu.

Entah, kuatkah saya untuk menerima berita-berita sebegini lagi.

Aisyah, rakan serumah saya pada malam itu yang cuba memujuk saya berkata: "Mesti Humairah rapat sangat dengan arwah kan."

Che Il bukanlah bapa saudara yang rapat dengan saya. Namun kehilanggannya sungguh terasa. Mungkin, kalau ditanya apakah peristiwa yang paling sedih yang pernah terjadi, inilah jawapan saya.

Allah, peliharalah keluargaku, Abi, Ummi, Along, adik-adikku. Mok, Che, Tok Wan, ibu-ibu dan bapa-bapa saudaraku, sepupuku, dan semua sahabat, hamba-hamba-MU yang ku kenal dan ku sayang.
_________________________________________________________________



Teringat dalam sesi Revision untuk Subjek Mikrobiologi, Dr. Marwa menekankan cara jangkita Leptospirosis, mestilah dikaitkan dengan contact with water. Golongan yang berisiko tinggi adalah pesawah, nelayan dan tentera yang terlibat dengan hutan. Tapi Arwah Che Il bukanlah adventerous orangnya. Beliau seorang guru. Last time i checked, di rumahnya tiada tikus. Sampai ke hari ini saya tidak dapat mengaitkan bagaimana mungkin Che Il dijangkiti Leptospira. Pihak hospital juga sampai ke hari ini tidak dapat memberikan diagnosis yang tepat.

Dalam buku juga membayangkan seolah-olah penyakit itu dapat dirawat dengan mudah. Oh, teori dan ilmu manusia, kuasa tadbir itu takkan mampu mengatasi kuasa Takdir.

Doktor sehebat Gregory House sekalipun wujud, belum tentu dapat memberi diagnosis yang tepat kalau bukan dengan kehendak-Nya.

"Apabila sampai ajalnya, tidak akan dilewatkan walau sesaat, (dan) tidak akan diawalkan"

Semoga, ilmu yang cuba kita gali, selari dengan kehendak-Nya, berkebetulan dengan iradah-Nya, bagi menjamin kualiti hidup hamba-hamba, bagi meneruskan ibadah kepada-Nya.

__________________________________________________________________

Alhamdulillah, hari ini, dengan bermulanya peperiksaan praktikal untuk subjek Mikrobiologi, menandakan bermulalah sesi peperiksaan akhir tahun bagi tahun ini. Tahun 3 dikatakan tahun paling mencabar bagi pelajar-pelajar kuliah perubatan di Mesir.

Moga bermula dengan baik, dan berakhir dengan baik juga. Mahu saya ucapkan Selamat tinggal kepada tahun 3 dengan senyuman dan kesyukuran, serta meneroka alam Tahun 4 dengan kegilaan yang tinggi terhadap ilmu.

Doakan kami. :)


"Ya Allah, berikanlah kejayaan yang cemerlang buat Nur Humairah Che Ibrahim dan sahabat-sahabatnya, moga kejayaan mereka menjadi kejayaan buat ummah, permudahkanlah urusan mereka dalam meneroka ilmu-Mu yang luas, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

:)

"Ya Allah yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada jalan ini. Kuatkanlah kami dalam menempuh ujian dunia ini"



Guna keyword doa kalau tak keluar gambar ni tak sah,
-Selingan kena letak kecik-kecik je-
Tapi ustazah pesan kena doa dari awal. :)

Thursday, May 5

Girls, Jom Elak Gangguan :)

Bila tengok status2 FB dan Y!M, serta pautan-pautan kepada video, audio dan juga artikel yang dikongsi kawan-kawan, tiba-tiba satu ayat muncul di benak hati. "Aku dah masuk zon orang dewasa. Semua orang dah mula mengatur langkah membuat persiapan membina keluarga. Semua orang dah berminat dan tak segan-segan bincang soal ini. Dah dewasa kawan-kawan aku. Eh, diri sendiri sekali la! Jangan jadi budak retarded!"

Pastu teringat pulak bila rakan chat bercakap soal ini.

"Isk, asyik2 bab kahwin, macam ni la kalau sembang ngan orang tua", komen saya.

"Eleh, bajet dia tu sweet 18, entah2 dapat kad dari dia dulu", sampuk beliau.

Haha, tertampar. Tak sedar diri dah masuk usia dewasa menurut hukum budaya.

Bila bercakap soal ini, maka yang tak lepas dari diuji sementelah menjadi seorang berkromosom XX adalah, di'add', ditegur, diajak chatting dan seumpamanya dari kaum lawan jantina. Isk isk. Ye lah, dalam fatrah "mencari", mencari diri dan mencari ____________ (isi sendiri).

Kerek la. Ye, maka saya akui, yang berkromosom XY pun tak lepas dari diuji sedemikian, malahan mungkin lagi kuat godaannya. Orang perempuan datang menyerah diri, kalau tebal iman, bolehlah dibuat barrier. Ceh, tahu-tahu je. Haha. Tahulah, yang buat hal kawan-kawan saya juga. Pilih jejaka-jejaka mantap. Kalau ambik Medic tu dah boleh masuk golongan mantap terus. Haih, tak tahu nak kata apa. Menyerah diri~

Sebenarnya tujuan buat post ni nak berkongsi cara melarikan diri dari gangguan. Kah3. Macam expert. Expert tak expert, sejak lepas SPM bergelumang dengan alam maya, jadi moderator dan author website ternama (saat itu), dan menyertai chatroom yang pelbagai mendedahkan diri kepada bermacam-macam jenis orang. SERONOK. Ya, SERONOK amat sebab time tu baru nak kenal dunia. Ehem2, website dan chatroom tu suci bersih ye. Cuma diakui chatroom tu terlagha la sket, sebab sembang kosong dan kenal-kenal orang. Korek2 maklumat orang-orang kat luar negara, seantero dunia.. Yang mana tahu saya baru lepas SPM mula la kongsi macam2 tips. Haha.

Nak dipendekkan cerita, sekali tu (zaman tahun 1) ada la sorang Encik ni add Y!M. Haih, serabut. Soalan beliau yang paling saya ingat kerana saya paling benci adalah "dah mamam?" Retarded ke?

Sila right click, --> "open image in new tab" [sorry main paste je gambar]

Satu masa, saya meletakkan kata-kata popular dari Imam Nawawi di status Y!M. Status berbunyi :

Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."

Respon yang saya dapat:

ZWX: siapa tu.. :)
Humaici: :)
ZWX: semoga bahagia
Humaici: insyaALLAH


Selepas itu, langsung tak pernah ditegur. Sampai sekarang rasa nak tergelak, benda sekecil itu tanpa disangka boleh menyelesaikan satu hal.

Kenapa saya tidak delete dari contact dan mark as spam sahaja?

Entah, ego tidak membenarkan. Saya kira itu cara pengecut. Bukan saya yang bersalah. Dan saya masih perlu membuat dia dan mereka tahu, bukan semua perempuan boleh dipermainkan! Dan sila jangan permainkan mana-mana perempuan. Isk isk. Kalau adik perempuan saya atau sahabat saya yang kena, macam mana la agaknya.. So baik cegah sebelum terlambat.

Di facebook chat, macam biasa. Tak yah layan. Kui3.

Bila ditanya pasal soal ini, Ustaz Azhar Idrus menjawab atau seperti yang dijawab:

Sila right click, --> "open image in new tab"

Mudah je Islam nih. Hati anda boleh bagi fatwa. Agak-agak dah melarat tu hentikanlah.

Oh, ke-2. Gangguan telefon oleh Arab. CUKUP MENYAMPAH. Argh. Tak reti bahasa. Cakap Kelantan pun dia layan je.

Baru-baru ini terfikir satu cara. Kalau sebelum ni ada akhawat yang divertkan aja ke nombor ikhwah, kesian ikhwah kena layan. Haha. Apa yang saya buat, saya divertkan call dari Arab yang mengacau saya ke nombor Arab yang mengacau kawan saya.

Best kan. Hari tu terlintas idea nak buat satu pusat pengumpulan nombor-nombor Arab Pengacau. Cam best je. Keh3.

Teringat pulak cerita Doktor Faisal mengajar anak perempuannya cara mengelak gangguan lelaki. Tendang kat lutut, reflex kedudukan melutut, tendang kat tengah. Confirm dapat hematocele. Sila berlatih akhawat sekalian, terutama di musim panas ini. Hoho.

Okes lah, sekian perkongsian sementara tunggu Maghrib. Nak study otak dah penat.

Huh~ Sampai point ni sapa rasa dia bertuah sebab jelita? Saya rasa bertuah sebab saya tak jelita. Kurang gangguan, aman hidup. Adeh, tak boleh bayang gangguan-gangguan yang diterima si jelita. Kesian kalian~~ Jangan bimbang, Allah maha Adil. Jaga Allah, Allah jaga kamu. *wink wink*