Pages

Thursday, September 3

Kak Ngah pun Pakai Seluar!

AMARAN : Tulisan ini dihasilkan dalam rangka fikir seorang Muslimah. Mungkin tidak sesuai untuk Muslimin. Read on your own risk! =P

Jubah - Jubah Arab, jubah moden, jubah berseluar
Baju tradisional - Baju kurung, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah, kebaya dll
Moden - T-shirt (labuh / singkat), blause, skirt, slack dan jeans.
Tudung - Telekung labuh, tudung bidang 60, tudung Turki, tudung bawal, tudung singkat, labuh, tebal dan nipis.

Wah! Banyak sungguh genre pemakaian muslimah kini. Dan baru-baru ini, saya dapati di Kota Bharu ini telah bertambah beberapa butik busana Muslimah termasuklah Al-Hamra Collection di Kota Bharu dan Humairah's Collection di Pasir Pekan =) . Gedung khas untuk tudung juga bercambah dengan pantas, Tursab semakin melebarkan sayap perniagaan dengan cawangan-cawangan yang semakin banyak, dan dimeriahkan dengan pembukaan Ariani.

Namun, sejauh manakah kemunculan butik-butik dan Gedung Busana Muslimah ini mampu menyiapkan dan menyediakan pakaian-pakaian yang benar-benar menutup aurat?

Atau masyarakat kita terutamanya golongan celik agama masih lagi berpegang teguh dengan prinsip memakai pakaian yang dikategorikan sebagai jubah mahupun baju kurung itu, dilengkapi dengan tudung yang sesuai, maka sempurnalah tuntutan menutup aurat?

Perlu diingat, peribahasa Melayu ada mengatakan, "ukur baju di badan sendiri". Mari kita lihat maksud peribahasa ini dengan takrifan, sesuaikan pakaian dengan diri anda. Memakai jubah belum bermakna aurat sudah tertutup sepenuhnya. Misal saja jubah itu dijahit mengikut potongan bentuk badan seperti kebanyakan jubah-jubah yang berada di pasaran, maka syarat menutup aurat di situ sudah tergadai.

Saya kembali terfikir akan perihal ini bila ibu saudara saya meminta saya menemani sepupu saya yang berada di Tingkatan 2 untuk mendapatkan jubah berseluar. Pada hari itu, ibu saudara saya menyebut bahawa sepupu saya meminta dibelikan pakaian berseluar untuknya. Ini kerana, sepupu saya ini terikut-ikut dengan sepupu kami yang seringkali berseluar jeans dan memakai blause. Ibu saudara saya tadi melarang anaknya memakai seluar, dan akhirnya sepupu saya itu menjawab: "Kak Ngah pun pakai seluar juga!"

Agak terkejut kerana saya yang dijadikan sandaran. Ibu saudara saya menambah, kalau pakai seluar dengan jubah macam Kak Ngah, ok la. Saya memang memilih untuk berseluar dalam keadaan tertentu, untuk memudahkan pergerakan, tambahan pula kalau menggunakan kenderaan awam di Mesir. Namun terfikir kembali, rupa-rupanya setiap tindakan kita bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi juga kepada mereka di sekeliling. Lihat sahaja sepupu saya yang telah menjadikan tatacara pemakaian saya sebagai contoh.

Kita mungkin tidak sedar, kita diperhatikan sebenarnya. Mungkin kita ambil mudah, sebagai contoh ketika keluar ke rumah saudara rapat, mungkin pemakaian tidak dijaga dengan sempurna. Saya contohnya, kalau ke rumah bapa saudara dan tiada sepupu lelaki, saya akan mengabaikan stokin, dan pakaian juga mungkin hanya blause dan skirt. Begitu juga ketika keluar sekadar untuk memandu kereta, dan tidak turun ke mana-mana. Mungkin saya hanya akan mengenakan tudung-ala-kadar, berseluar slack atau apa-apa sahaja genrenya seperti yang dipakai di rumah, dan t-shirt atau blause. Mereka yang melihat dari luar, mungkin akan terfikir, wah, begini sahaja pemakaiannya, cukuplah dikira menutup aurat. Saya bayangkan pula andai saya pernah terserempak dengan sepupu saya atau sesiapa yang melihat saya sebagai seorang yang "baik" dalam keadaan berpakaian begitu. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa pada fikiran pemakai, pakaian sebegitu sudah cukup untuk menutup aurat dalam kondisi sewaktu itu SAHAJA.

Ibu saudara saya juga mengatakan, ada baiknya sepupu saya itu mempunyai susuk tubuh yang agak gempal. Paling kurang pemakaian akan lebih terjaga/ Kalau tidak, apa-apa sahaja jenis pakaian akan disarungnya. Benar sekali!

Waktu kecil, saya juga begitu. Pernah di usia 8 tahun, saya hampir dirotan ayah saya kerana keluar dengan berseluar kerana terikut dengan rakan, sedangkan ayah saya telah melarang dari awal. Walhal adik saya yang cuma muda setahun tidak pula dimarahi. Memang waktu itu, saya tidak pernah memakai skirt, baju kurung hanya ketika mahu keluar. Sedangkan adik saya sangat feminis. Akhirnya, saya terfikir, mungkin kerana saya selalu keluar bermain bersama abang saya dan rakan-rakannya, maka ayah saya bimbang saya akan bersikap dan berpakaian seperti lelaki.

Asas pada syarat berpakaian adalah menutup aurat, tidak menampakkan susuk bentuk badan dan tidak menarik perhatian (tabarruj). Namakan sahaja pakaian itu, jubah atau telekung labuh, andai tiga syarat ini gagal dipenuhi, maka gagallah matlamat menutup aurat itu.

Namun tidak pula bermakna memakai t-shirt dan jeans yang lebih menutup aurat daripada jubah yang tidak cukup syarat itu sentiasa lebih baik. Minda masyarakat kita ada stigmanya yang tersendiri. Pasti segan kalau ke Majlis Ilmu, atau contoh mudahnya bagi pelajar perubatan di Mesir, untuk ke Rumah Negeri yang dipenuhi ustaz ustazah dengan pakaian sebegini. Maka, jelaslah bahawa kita sendiri menganggap pakaian sebegini kurang sopan.

Menjadi Muslimah itu mencabar, kerana iman memang akan sering diuji. You choose Your Choice..

8 comments:

  1. ye ko abi marah masa kecik dulu?
    x ingat pom.....

    ReplyDelete
  2. abi marah oghe la.. ish, dio tak keno maroh.. oghe dekat2 nk kena rotan doh.. haha.. ingat lg time tu kelik gendong sika nga saem,. pastu abi pggl suh masuk umah beley2 pegey rotan.. then oghe nusuk blakey keto.. haha

    ReplyDelete
  3. pekatnyo klate dio weh..

    ReplyDelete
  4. @ anon: huhu, nok wak gano.. ambo anok jati klate.. ambik kuiz kat fb jah tak lulus lah mano.. hak3.. btw, post ni mano ado guno lahjah klate.. *musyekil*

    ReplyDelete
  5. SALAM , sebuah perkongsian yang menarik,

    jika seperti saudari cakap itu banyak tafsiran daripada keadaaan sekeliling.

    Cadangan saya, pilihlah satu pakaian yang betul2 bagus, dan pakaian itulah yang akan dipakai kemana sahaja, x kira kerumah pakcik yang tiada sepupu lelaki atau dalam keadaaan seperti itu kerana

    kita sekarang hidup dizamana fitnah, adalah elok kita berhati hati, kerana keadaan sekeliling macam2 bileh terjadi.

    Lagipun golongan ber back ground agama menjadi rujukan masyarakat, mungkin bagi mereka, sekadar melihat pemakaian kita, itu sudah cukup menjadikan mereka dalil, sedangkan mereka tidak tahu ape tujuan sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Wslm wbt.,

    Saya suka memerhati keadaan sekeliling, sebab itulah yang perlu kita biasakan dgn diri kita.

    Cadangan saudara sememangnya sangat baik, cuma untuk membawanya ke dalam realiti itu mungkin agak berat pada sesetengah ketika.

    Namun, masih, itulah yang terbaik. Terima kasih atas perkongsian pandangan yang baik.


    [i]ada jugak muslimin yang baca dan berani tinggalkan komen.. mabruk2..[/i]

    ReplyDelete
  7. em....patut la blog ni xdek muslimin komen..

    ....

    bagi saya, selagi mende tu x salah untuk dilontar pandangan, saya akan lontar, setepat man yg boleh saya lontar.

    ReplyDelete
  8. err, setakat ni rasanya ada, what i meant is specifically for this post, berdasarkan cara sy olah post, sy pilih golongan pmbaca.

    and i do appreciate yr comment, ikhlas.
    keep it up.

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^