Pages

Friday, September 4

Musafir, Subuh Tergadai

Tadi ada iklan Sani Express dalam MHI di TV3. Saya tengok dengan ralit. Kenangan pulang ke KB menaiki Sani Express dari Shah Alam takkan saya lupa.

Malam itu, bas bertolak lewat sejam dari waktu yang sepatutnya. Kemudian, bas 2 tingkat itu berhenti pula untuk mengisi bahan bakar. Alhamdulillah perjalanan lancar.

Hampir jam 6 pagi, saya bangun. Dari pukul 5 pagi lagi Ummi menghantar SMS bertanyakan bila akan sampai, kerana biasanya bas dari KL akan sampai di KB sekitar jam 5 pagi. Abi tiada di rumah. Pukul 6 pagi, saya menelefon rumah. Ummi tanya, solat Subuh macam mana? Saya yang tidak biasa menaiki bas berpendapat pemandu bas akan berhenti di mana-mana untuk solat Subuh. Waktu itu masih yakin, tambahan pula masih ada waktu. Jam terus beranjak. Tepat 6.30, Ummi menelefon. Bas tidak berhenti. Ummi kata pergi tanya pemandu bas. Memang agak berat untuk bergerak ke bawah, tambahan pula di sekeliling saya ada pelajar-pelajar lelaki dari UIA dan pak cik-pak cik yang sudah berumur.

Pada fikiran saya, takkanlah mereka tak fikir pasal solat. Kebetulan pula ketiga-tiga rakan yang pulang bersama saya pada hari itu uzur syarie. Mahu tak mahu, saya menggagahkan langkah bertanya pemandu itu. Dengan nada kalut dan seperti tahu salahnya, pemandu itu memberitahu: "Yer lah, saya pun tak solat lagi ni, tak boleh nk berhenti, kita dah lewat. Memang lah kena solat, saya pun tak solat lagi.."

"Pastu macam mana ni pak cik?"

"Takpe lah, nanti kita berhenti kat musolla kat depan tu, dalam 15 minit lagi. Duduk kat sini dulu la," Ujarnya sambil meminta saya duduk di tangga bas berkenaan.

15 minit, maksudnya 6.45. Fuhhh, Subuh cap gajah.

Saya naik semula ke tempat duduk untuk mengambil sweater dan stokin untuk solat. Telefon dan barang-barang lain ditinggalkan di tempat duduk bersama rakan-rakan.

Jam 6.50, bas itu berhenti, saya melintas ke masjid di seberang jalan. Hanya saya seorang yang turun daripada bas dua tingkat yang boleh memuatkan lebih kurang 70 orang dan hampir 90% penumpang pada malam itu lelaki. Sampai di tangga masjid, terdengar kuliah subuh sedang diberikan. Saya terus ke bilik air dan berwudhu', dan terus bersolat dengan memakai sweater, tanpa menghiraukan pandangan pelik orang kampung. Dah lewat, tak pakai telekung, pedulikan. Kebetulan waktu itu kuliah Subuh baru sahaja tamat.

Usai solat, saya melihat masih ada dua orang mak cik yang sedang melihat ke arah saya dengan hairan. Saya senyum cuma.

"Bas tak berhenti untuk solat Subuh," Jelas saya. Kami sembang-sembang sambil berjalan ke luar. Saya meminta diri dan bersalaman dengan mak cik tersebut sebelum menyeberang jalan. Waktu itu baru saya perasan, bas tadi sudah tidak ada. Kelu. Tidak tahu apa harus dilakukan. Yang tinggal sekarang hanya jemaah lelaki dan mak cik tadi yang hampir pulang. Saya lihat mak cik itu kembali.

"Bas dah takder.." Senyum kelat.

Mak cik itu mula kalut dan memberitahu jemaah lelaki yang masih berbaki tentang perkara itu. Mahu menelefon, telefon tidak dibawa. Seorang jemaah yang dipanggil Cikgu meminjamkan telefonnya kepada saya. Kelu kembali bila panggilan ke telefon rakan dan telefon saya sendiri, semua tidak berjawab. Jemaah mula kalut. Seorang pak cik meminta cikgu tersebut menghantar saya ke stesen bas berhampiran. Bayangkan, sehelai sepinggang, tiada telefon atau duit. Kelu. Namun saya percaya rakan-rakan saya pasti akan melakukan sesuatu.

Rungutan dari jemaah mula kedengaran. "Tadi saya nampak la ada bas dua tingkat berhenti, ingatkan nak berhenti solat Subuh, tapi nampak sorang je yang turun."

"Nak kena report macam ni, tinggal orang yang turun solat" Saya juga hampir percaya saya sudah ditinggalkan bila mereka asyik menyebut begitu.

Diringkaskan cerita, akhirnya bas datang kembali, rupa-rupanya bas itu ke stesen menghantar penumpang terlebih dahulu.

Naik sahaja ke dalam bas, pemandu itu bertanya: "Dah siap solat?" Seakan memuji sambil cuba menunjukkan rasa kurang senang tidak bersolat.

Selesai cerita hari itu. Saya geram bukan kerana ditinggalkan terpinga-pinga. Tapi saya geram dan benci dengan sikap masyarakat Islam di Malaysia yang langsung tidak mengambil berat tentang solat. Mereka boleh tidur dengan lena tanpa bersolat. Saya bimbang kerana saya sekapal dengan mereka dalam bas itu. Kalau dari awal pemandu itu memutuskan untuk berhenti, mungkin kejadian ini tidak berlaku. Saya rasa bersalah kepada jemaah masjid. Mereka sangat-sangat membantu.

Namun tidak dinafikan, ada satu masa yang lain, saya juga pulang menaiki Sani Express. Walaupun fobia, namun teman saya telahpun membelikan tiket dan tiket-tiket bas ekspress lain telah kehabisan. Alhamdulillah perjalanan kali ke-2 itu tidak bermasalah. Berhenti di masjid awal waktu.

Bapa saudara saya ada bercerita, sewaktu Pilihan Raya, ada satu rombongan pemuda untuk parti yang menjadikan Islam sebagai syiar. Daripada berbijik-bijik bas yang ada, hanya beberapa orang yang bersolat Subuh.

Inilah nilai solat, Subuh terutamanya dalam masyarakat kita.

12 comments:

  1. aduhhh.. penah juga kena tinggal bas di R&R masa dulu..huhu... kesian.... tapi solat maghrib.. siap je solat, cari bus dah takde.. pastu tahan keta tepi highway dan mitak mereka suh kejar bas di depan dalam 10km,huhu...seb baik ada org kesian.. kijam tul la drebar itu.. mujur ingat nombor plat bas..kalo tak entah nak cari bas mana, barang2 ada dalam bas semua.. huee

    ReplyDelete
  2. woo, tu sedak ugok tuh.. nasaboh debar bas tak cek dulu ckp oghe ko dok.. pashtu tak tnya dio bakpo tggl? huhu. seb baik oghe tu baik.. oghe jatey buleh la aci sekat jah keto.. kalu oghe puey, tak brani kaklohs.. huhu

    aish, ganah tu hapa nombor plate bus.. sy seb baik ada saem atas bas, tak bimbey sgt la brg2 tuh..

    ReplyDelete
  3. em.. betul tu..mcm tula sikap masyarakat hr ni.. ingat lg nek trian hr tu bila tiba waktu subuh hanya bape org je yg solat mgkn jg disebabkan x de pndedahan cara solat di atas kenderaan n apa yang perlu dilakukan jika bas x mau berhenti gak seperti solat menghormati waktu.. mungkin ramai y kurang pgetahuan dan juz amek sikap x pe.. qadaa' je solat lepas ni lagipun camner nk solat atas bas atau atas train..em sedih tgk sikap umat islam hr ni.. [~~]

    ReplyDelete
  4. Salam.sebenarnya,perkara sebegini bukan sahaja berlaku di Malaysia,malah di Mesir,sebuah negara yang penuh dengan para ulama.Hal ni berlaku semasa saya menaiki bas ekspress bersama beberapa rakan dari stesen bas Abbasiyah ke Pelabuhan Nuweiba'.Amat malang apabila bas itu langsung tak berhenti untuk solat Subuh sebaliknya hanya di Pelabuhan Nuweiba yang merupakan destinasi terakhir bas berkenaan.Bayangkan pada waktu itu sudah masuk pukul 8 pagi.Tidak kelihatan mana-mana orang Arab yang bersungut.Oleh itu,banyak yang perlu kita semua buat untuk membetulkan keadaan ini dan masalah umat yang lain bukan sekadar melontarkan permasalahan ini di dalam blog.

    Saya ingin memetik dari komen Anis Humaira,menurut ilmu yang saya ada,tiada solat yang dinamai solat hormat waktu.Solat ini menurut pandangan rata-rata masyarakat Malaysia hanya untuk menghormati waktu ketika mana tidak dapat bersolat secara sempurna contohnya ketika musafir di dalam kapal terbang,tren dan bas.Dan kita semua mestilah mengqadha'kannya balik.

    Bermakna jikalau solat itu kena diqadha'kan balik,solat itu sebenarnya tidak sah.Maka mengapa kita buat solat yang kita tahu ianya tidak sah?

    Maka,kesimpulannya solat hormat waktu tiada dalam Islam.Yang ada solat atas kenderaan.Apa-apa masalah,marilah kita kembali rujukan kita yang asal iaitu al-Quran dan as-Sunnah.Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. @ anis:
    Syukran berkongsi pendapat yer.. Saya rasa Marzuki dah jelaskan.. Sbnrnya takde nas pun pasal solat hormat waktu nih. Yg ada solat musafir, jama' qasar, dan solat atas kenderaan solat sunat. Bila berada dlm kenderaan yg tak berhenti mcm kapal terbang, kita mampu lg berikhtiar shgga boleh solat mcm biasa. Mintak ngan pramugari, insyaALLAH beres.

    Klu kenderaan darat plak, rasanya insyaALLAH takde masalah kot nk berhenti solat kat mana2 pun.. Tepi jalan pun blh je.. Huhu.. Klu nk naik bas plak, kena pandai2 la budget time.. jama' solat awal2 ke camne.. tak pun sekeh je kpala pck tu klu x nk berhenti sgt.. hak2..

    Persoalan qadha' tu sndiri, dlm sesi liqa' nuqaba' kami prnh bincang soal ni. Tiada nas pun pasal qadha' solat, yg dibuat skrg disandarkan pd dalil qadha' puasa.


    @ marzuki : Syukran atas perkongsian yg baik. Skrg sy lebih cenderung utk melontarkan persoalan, dan melihat respon dari rakan2.. Krn pd pandangan sy sndiri, solusinya boleh difikirkan sndiri bila ada kisah2 contoh sbegini. Masalah utama adlh tahap kesedaran dlm diri Muslim tu sndiri.

    Klu tgk Arab, kadang2 tak berani nk tegur mereka, maklumlah takut mazhab diorg ada pendapat lain. Tp klu Arab, mereka akan dgn beraninya menghentam kita klu tak sama dgn apa yg mereka buat.. Hurm, ini persoalan sikap juga sbnrnya. Klu tgk contoh pak cik bas yg sy cakap ni, dia tahu dia salah, cuma tunggu orang lain bersuara dulu..

    ReplyDelete
  6. Mungkin pemandu bas tu solat menghormati waktu, dan, dia tak sempat nak ajar kat penumpang, macam mana solat menghormati waktu yang dia buat tu. hehe.

    ReplyDelete
  7. Tok, you've never failed to make such joke.. Isk~ Husnu zon terlebih.. Solat menghormati waktu sambil drive sampai lupa smua penumpang tak solat lg? Ish2~

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum:ni sy copy dpd iluvislam-mod al-amin daud
    Jika solat yang dilakukan di dalam bas cukup syarat dan rukunnya seperti menghadap kiblat drpd awal sehingga akhir, dalam keadaan berwudhuk, berdiri dan lain2 rukun maka solatnya sah..

    Jika tidak sempurna segala rukun dan syarat maka solatnya tidak sah dan perlu diqada'..

    Solat di atas kenderaan berbeza hukumnya dengan rukhsah solat bagi orang yang musafir seperti jamak dan qasar..

    Sebagai orang muslim yang mukmin, waktu perjalanan perlu dirancang supaya kita tidak tertinggal waktu solat dan menjadikan alasan boleh solat di mana-mana walaupun dalam keadaan tidak cukup syarat dan rukun..

    Jika kita tidak terdaya untuk mengelaknya seperti perjalanan yang panjang dan driver tidak mahu berhenti setelah dipaksa dan jika kita turun solat maka bas akan meninggalkan kita maka dibolehkan solat tanpa wudhuk dan menghadap kiblat tetapi ia hanya sekadar meraikan waktu dan solatnya wajib diqada' setelah sampai ke destinasi yang dituju..

    Tidak ada hadis yang menyatakan Nabi SAW melakukan solat wajib di atas kenderaan yang ada hanya solat sunat dan Imam Syafie Rahimahullah Ta'ala menggunakan kaedah al-Istiqra' untuk mengtatabu' perbuatan Nabi SAW di dalam permasalah solat wajib di atas kenderaan..maka apabila dikaji daripada keadaan Rasulullah secara menyeluruh maka tidak ada satu pun hadis yang menyatakan Nabi SAW melakukan solat wajib di atas kenderaan. yang ada solat sunat sahaja.

    ReplyDelete
  9. @ anon:
    Thanks ya, sy pun pernah baca.. :D

    Lengkap la tuh, cuma mungkin contrast dgn apa yg marzuki sebut, dan perbezaan ini boleh kita raikan sbgi perbezaan pendapat. Ada yg mengambilnya dgn lebih sense, dan pelbagai lg. Manusia kan diciptakan bervariasi. :)

    Peace~
    Btw, klu blh voice out what you want to say dgn identiti sndiri.. huhu.. Itu menunjukkan sense of responsibility, dan bertanggungjawab di atas setiap perkataan dan perbuatan adlh dituntut bagi Muslim yg Mukmin. Nice share though, myb yg ditulis kat atas ni x clear.

    ReplyDelete
  10. kenangan tu tersemat di ingatan~ kalau mairah nak tau, kitaorg kalut time tuh atas bus... dlm pikiran, pak cik bus nih nak p mana? nape mairah je turun... try tepon, tp tu lah ko xbawak phone... aduh~ org kat sebelah aku ( dak laki tuh) sedap je tdo, aih xsolat ke cik abg oi huhuhu... kalau ko kena tggl, aku dah p marah dah pak cik tuh hek3... xkira-kira, patah balik amek kwn saya :P

    ReplyDelete
  11. haha.. buat apa aku nk bawak fon,, aku turun smaye.. aku ingat nk smaye je... pukul 7 doh time tuh.. heh, bdk2 UIA tok leh pakai.. wakaka.. some of them la.. bila la Islam nk naik, smayang subuh pun dok, sahkan nk sembahyang subuh berjemaah sama ramai mcm solat jumaat.. aduish,, malaysiaku~

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^