Pages

Tuesday, August 11

Mari Mencintai Bahasa

Bercuti memang boleh buat minda kita bercuti sama. Kesannya, hidup selalu santai, akal kurang cerna isu-isu, semuanya dilihat sebagai lumrah yang biasa. Paling tidak, update berita terkini melalui online newspaper, khabarkan kepada Ummi dan ulasannya Ummi yang buat. Haha. Makanya, blog ini juga terbiar.

Izinkan saya menulis dengan gaya perosak bahasa. Hehe. Golongan penchenta bahasa seperti Izzah perlu berhati2. Lewat waktu ini, isu bahasa sudah agak diam, cuma masih ada sedikit riak berkisar tentang isu PPSMI, penggunaan bahasa dan sebagainya.

Kalau dahulu, pengaruh bahasa rojak dan penulisan gaya SMS agak hangat dibicarakan. Kata mereka, bahasa SMS menggalakkan penggunaan bahasa rojak dan merosakkan Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia? aper2 lah..) yang terchenta.

Tapi isu bloggers yang menggunakan bahasa pasar sepasar2nya dalam penulisan blog tak pulak jadik heboh? Kenapakah? Sebenarnya saya sangat respek dengan mereka2 mereka yang mampu mengekalkan Bahasa Melayu yang betul dalam penulisan. Sekurang²nya, jangan diambil enteng sangat. Jujur, memang kadang2 penulisan santai ikut bahasa bercakap itu lagi mudah menarik pembaca, tapi kadang2 rasa sangat menyampah. Nampak seperti blog itu memang untuk meng"expose" keadaan diri penulis yang berada dalam emosi yang bangang tidak stabil juga.

Al-Quran diturunkan ALLAH dengan gaya bahasa yang sangat mantap sehingga mampu memukau para sasterawan Arab Jahiliyah, dan seterusnya menukar budaya syair dan nathar yang lagha; daripada memuji-muji kecantikan wanita, melakar pesona cinta berahi, kehebatan binatang tunggangan mereka dan kisah² alam lainnya ke pada prosa-prosa yang mengajak kepada cinta ALLAH dan sastera² Islami. Itulah kesan utama penurunan Al-Quran dan periwayatan hadith dalam sastera Arab Jahiliyah yang mengalami transformasi ke arah Sastera Islam (Al-Adab fi 3Asr Al-Islam). Cukuplah Quran dan hadith sebagai bukti peri pentingnya penjagaan Susur Bahasa. Sehinggakan Nahu (tatabahasa) Arab juga mengalami perubahan dan Si Bawaih mengambil gaya bahasa Al-Quran sebagai sumber penyusunan tatabahasa Arab[1]. ~Marilah kita mencintai Bahasa Arab.

Kalau setakat tulis blog peribadi yang memang dibina bertujuan untuk meluahkan segala rasa marah yang terpendam dan demi menghebahkan kepada masyarakat umum tentang setiap langkah gerak tulang-temulang anda dan perubahan hormon yang seterusnya mengakibatkan perubahan emosi yang ketara pada hari² tertentu, tak perlu la kot nak hebohkan kat semua orang kewujudan blog anda itu. Hehe. Sekadar menggalakkan kerosakan bahasa sahaja..

Yang menyakitkan hulu peda menjadi masalahnya, bila gaya penulisan begini terbawa-bawa sehingga ke dalam penulisan rasmi. Dalam kertas peperiksaan contohnya. Maka dengan itu, selamat tinggallah kepada penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan pelajar sekolah. Mahasiswa dan mahasiswi apatah lagi, subjek BM dah memang tak wajib. Sedangkan, golongan² ilmuwan biasanya menjadikan pena sebagai senjata mereka. Dengan bahasa yang rosak sebegitu, maka akan kuranglah daya intelek kita.

Contoh yang jelas, sila perhatikan berita-berita di laman web MMP. Sungguh saya terfikir, si penulis² berita ini berapakah markah kertas BM mereka? Apakah mereka tidak pernah belajar format karangan? Apakah mereka mengira laman ini juga seperti blog mereka? Apakah mereka sudah lupa cara penulisan rasmi? Konklusinya, InsyaALLAH gaya penulisan dalam peperiksaan juga sedemikian. Sekian. Harap korang baca. Haha. Dan sesungguhnya saya tidak mengetahui siapakah kalian yang berada di sebalik username Team IT, tetapi sesungguhnya saya sudah tidak larat meng"edit" bahasa-bahasa penulisan blog anda. [ceyh, meluah perasaan gak aku pun...]

Maka saya meneruskan bicara. Mari kita perhatikan novel-novel keluaran Jemari Seni. Gaya penulisan yang sangat tidak rasmi. Santai juga ada peraturannya. Pertama kali membaca novel terbitan JS, saya rasa sangat meluat. Pencemaran bahasa yang dibenarkan diterbitkan dalam bentuk novel. Baca sahaja karya penulis mereka, rata-ratanya gaya penulisan blog. Karya² Hlovate contohnya. Sememangnya penulisan blog yang dibukukan. Namun saya agak musyekil bila pihak JS menyatakan DBP telah meluluskan novel² tulisan Hlovate. Huh, heran2..

Masa kat Muda Osman hari tu, Izzah pun ada komen, bahasa dalam novel Hlovate sangatlah pasar. Lantas saya katakan, "Tuh, penchenta bahasa sila baca novel terbitan DBP".

Walaupun novel terbitan Alaf 21 kosong dan jarang² berisi, tapi bahasanya masih baik. Marilah kita mencontohi rakyat Indonesia. Andai rakyat jelata negara kita berbahasa seperti rakyat jelata dari negara jiran itu, sungguh, pasti kita akan tertanya², bilakah dia ini akan dianugerahi anugerah Sasterewan Negara. Sungguhlah tiada apa yang tinggal pada Bahasa Melayu di bibir² dan jari² sebahagian besar Melayu mudanya melainkan bahasa rojak. Tata..

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa cermin pekerti. Budi bahasa budaya kita.. Jadikan setiap kata-kata kita itu bermakna. :D


[1] Sila rujuk buku Adab Nusus SMU, silibus daripada YIK, ringkasan oleh Ust Su Azhar.. :D

10 comments:

  1. Kalau tulis dalam dialek "Kelate" agak-agak tak termasuk dalam senarai "penchenta bahasa" kah?

    ReplyDelete
  2. haha..
    terasa guwe..

    i dont like bahasa...semua bahasa..
    esp. bahasa melayu yg senantiasa berubah tatabahasa nya..

    fonim nk ingt..

    ReplyDelete
  3. @ Tok Selampit:
    Penchenta bahasa kelate bakali.. Yg ni x reti nk komen sbnrnya, sy bkn pakar bahasa pun. Cumanya, klu dibanding dgn bhs arab, arab fusha itu arab standard, tp Skrg yg pelihara penggunaan arab fusha, besar kemungkinan mereka adlh dr ikhwanul muslimin. Sprti mana bhs arab dialek mesir ada nahunya sndiri, applicable tak guna cth ni utk dialek klate?

    Xpo², jange bimbey..
    Dlm cito kartun payah nk temu bahasa yg dirosakkan. Bagus utk belajar bahasa.. Shin Chan byk bahasa baru apo? Hehe..

    Apa² hal pun, lot 701 bagus lah.. Tak rosak.. Al-maklumlah org ada prinsip perjuangan.. Cuma sekarang cam elemen perosak tu mcm dah nk mula menyelit.. terjangkit kot.. haha..


    @ Cik Jah:
    Hehe.. Banyok gok sebut namo awok sinih.. Ngeehe.. Bukankah anda dlm proses menjadi pemprosa [?] yg berjaya?

    Yeah, something different from me. I don't know why i love learning the structure of the language. It's some kind of uniqueness belong to every single language in this world. And that remind me of the quranic verses for "kami ciptakan kamu berbangsa², berkabilah² utk berkenal²an". For each nation a unique language. Remember how fun and excited it was when we were first introduced to the Malay Language Grammar in Form 3.. huhu..

    I hate memorising every single step in the grammar, but i love to know the rules. It's like mathematical formulae, isn't it? And i dont know why i can score well in English and Arabic but not Malay. Haha

    ReplyDelete
  4. lamo sungguh la tok nnulih nih...ko guano? :)
    kecek klate ok jah.. kadam-kadam ado jugok bahaso kelate di 'Kamus Dewan'kan, satu kaedah pengayaan bahaso.. ko guano?
    english pon ado dua versi.. UK dan American.. suppo jah..yang penting kito punyai caro untuk berkomunikasi.. ko guana? hehe..
    aih..poso dekat doh ni...:)

    ReplyDelete
  5. @ tetamu:
    nulih ugok... nulih kat ym.. haha

    pengayaan atau pengkayaan? haha

    pck nih memey la, kalu bab bhso klate gak dio la nombo 1.. tak ajin guna bahasa luai.. bahaso kelate sokmo.. som la 2-2 pck atah ni, anok klatey sngoti..

    dekat bena doh la buley poso nih.. mari la kito pakat2 gi sejid... sejid kg sireh, sejid muhammadi, sejid kbg kiey.. hebat2 blako tok imam..

    ReplyDelete
  6. pemprosa?
    is it a new word?i've never heard bout that b4..haha

    yeah..its really3 'fun' n 'exciting' to learn that tatabahasa thingy..cikgu murni ttere 3 kali pon xpehey2..(adakah ini di consider benok tatabahasa?)

    i've never understand the grammar..nahu ke, pape je la..
    that's y my english is really bad, until now..kui8

    it is even more hard to understand than maths or other subject..dont u think so?

    ReplyDelete
  7. ada apa dgn bangsa? perjuangan kita bukan perjuangan berasaskan bangsa, tapi baerasaskan agama..

    ReplyDelete
  8. @ cik jah:
    kinda.. haha
    haish.. last thing to do kalu tak pehey adlh menghafal sbutir2.. haha

    you want to name it benok tatabahasa? silakan. haha.. ala, dea tak minat gok~ demo temu add math baru sega.


    @ anon:
    You don't get my point there. Myb Izzah should explain it by another mean.. haha..

    well, apa yg saya kisahkan di atas adlh bertujuan utk mengajak ke arah menjaga bahasa, dan mengelakkan penggunaan bhs sms dlm penulisan blog, dan penulisan online yg rasmi yg lainnya, begitu.

    Bahasa itu jiwa bangsa. Antara faktor lemahnya bangsa Arab adlh bila mana Bahasa Arab Fusha telah dihapuskan dgn budaya lahjah yg dibawa masuk penjajah. Hilang Arab Fusha, hilanglah penghayatan kpd Al-Quran.

    Budaya Melayu rapat kaitannya dgn Islam. Spt budaya Arab, dr budaya Arab Jahiliyah dpt ditukar kpd budaya tempatan yg mendapat pengaruh Islam, begitulah juga budaya Melayu. Cuma atas masyarakat pula utk menapisnya.

    Sekian dahulu, insyaALLAH klu ada lg sbrg persoalan, kita bincang lg.. Thanks for the share.

    ReplyDelete
  9. betul3..

    tapi bukankah perjuangan agama itu memerlukan bahasa?
    bukankah?

    tanpa bahasa, mustahil sesuatu komunikasi antara dua pihak berkesan..

    untuk menghayati perjuangan juga memerlukan bahasa yang bagus...

    rasanya humairah dah jawap dgn jelas..

    ReplyDelete
  10. tapi bukankah perjuangan agama itu memerlukan bahasa?
    bukankah?


    ialah.. pandai saem aku! huhu

    Try tgk org yg berakhlaq mulia.. Aklaaqu al-kareemah bak kata Pak Harfan.. Pemilik akhlaq mahumudah ni bahasa yg diguna pun bahasa yg elok. Itu maksud saya. Adat Melayu itu kan berbudi bahasa. Maka tiada salahnya menggunakan adat kita di sini. Kalau adat Arab itu kasar pd bahasanya, maka itu yg harus dijauhi, begitu doong...

    Bahasa mencerminkan peribadi.. :)

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^