Pages

Friday, February 13

Menghabiskan Cuti (4) ~The End~



Akhirnya, selepas pulang dari Bahariya.. terus demam sehinggalah ke saat ini. Sakit tekak dan batuk-batuk pada hari pertama dan kedua, disambung pula dengan selsema yang syadid, sehingga saya hampir lupa nikmatnya bernafas melalui hidung. :D

Akibatnya, terdampar di rumah. Perancangan untuk ke Mansurah dan Zaqaziq terbatal secara automatik. Undangan (ala-ala rayuan) Mek Ti untuk ke Alex juga terpaksa ditolak.

Sebab dah tak tahan dengan tahap kesihatan yang tak menunujukkan kemajuan dan memikirkan kelas akan bermula semula, akhirnya selepas 4 hari, saya membeli ubat selesema. Biasanya ubat selsema akan memberi kesan rasa mengantuk, tapi bagi saya.. Kalau makan makin tak dapat tidur.. Haha.. Nampaknya bolehlah diambil di waktu pagi sebelum kelas.

Nikmat, kalau tak dihilangkan daripada diri, agak mustahil untuk kita hargai kan? Maka, wajarlah kita diuji. Oleh itu, ingatlah waktu sihat sebelum sakit..

Sama juga dengan mereka yang tersayang. Bila jauh dari keluarga, baru reti R.I.N.D.U..

Bila jauh dari tanah air, baru tahu erti HUBBUL WATAN.

Bila tiada lagi masa untuk bercuti, baru tahu nikmatnya WAKTU SENANG.

Esok, kembali meneruskan rutin harian, pergi kuliah, balik, masak, makan and so on.. Kembali sebagai manusia yang hidup dalam sistem. Moga sistem tak menjadikan kita robot.

Dan untuk kali pertama, ke kuliah dengan kesihatan yang tak seberapa. We'll see, sejauh mana dapat bertahan.

Ini baru demam selesema, belum lagi ditarik nikmat kesihatan yang lainnya (na3uzubiLLAHI min dzalik). Hanya dengan selesema, ALLAH mampu membuatkan kita hampir kehilangan pelbagai daya. Tak perlu difikir untuk menguasai diri, yang penting kenali DIA.


Ok, BACK TO MEDICAL SCHOOL~
Life as a Student,
Not a Tourist anymore..

2 comments:

  1. ptot la demam..
    debu kuat masuk..hehe

    adat idup memg begitu..manusia kan selalu alpa akn nikmat..selagi mne x d uji, kita x akn menghargai..

    time ade depan mata, x hargai..ble dah tiada baru tercari2..uhuk3(this is 4 mysef)

    erm,..semoga cepat segar deh..mkn je la ubat selsema tu, bia xleh tido pom..mkn b4 g kls..haha

    ReplyDelete
  2. begitulah hidup...

    ketahuilah bahawa saya seorang yg malas makan ubat.. kui23.. ~terpaksa merelakan diri demi kuliah~

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^