Pages

Monday, February 9

Menghabiskan Cuti (3) ~BAHARIYA OASIS~

Winter break tahun ini, saya telah memilih trip ke Bahariya Oasis, memandangkan gagal mendaftar untuk ke Sinai kerana permintaan yang cukup tinggi (sedangkan selepas itu ramai pula yang menarik diri). Dapat ke Bahariya pun satu peluang yang kebetulan sahaja, trip kedua pulak tu.

Dan, semamangnya percutian ke Bahariya memang best. Percutian kami ke Bahariya diuruskan oleh FarahTOURS, dengan En. Emad dan En. Ahmed sebagai pemandu pelancong.

4 Feb, kami diminta berkumpul di ARMA pada jam 10.00 malam untuk taklimat, dan bertolak ke Bahariya keesokannya pada jam 6.00 pagi.

Dalam perjalanan, kami singgah di METRO, untuk membeli beberapa bekalan makanan.

Perjalanan ke Bahariya mengambil masa hampir 6 jam, agak panjang, namun keadaan jalan raya yang tidak sesak seperti di Cairo mengurangkan stress. Boleh dikatakan, sepanjang perjalanan, 80% pemandangan adalah kawasan padang pasir. Ya, walaupun kami telah lama berada di negara padang pasir (tiga bulan), namun kami belum pernah menemui the real desert. Sememangnya bandar Cairo adalah kawasan padang pasir yang telah disimbah air dan bertukar rupa menjadi bandar yang pesat dan sesat, bangunan tumbuh bak cendawan selepas padang pasir dijamu air, tanpa mengikut skala yang seharusnya.

Hampir jam 2 tengahari, bas yang kami naiki tiba di Western Desert Hotel, sebuah hotel yang agak sederhana, dan memuaskan. It is what a hotel in the desert should be, everything is just simple dan sederhana. Makanan tengahari kami, untuk hari pertama dan ketiga (dengan kuftah sebagai pilihan tambahan) dan sebagai makan malam pada hari pertama adalah nasi ini:
(gambar ini dicilok daripada album Bad di Dahab..memandangkan makanan itu nampak sama.. haha)








Next, our journey begin. Semua peserta bergerak dalam kumpulan, menaiki enam buah jip berasingan. And guess what, saya lupa menukar pakaian. Tak ku jangka the adventerous journey would begin that soon. Last-last, masuk jip dengan baju kurung..

Saya dalam jip nombor 1, dimusyrifkan oleh En. Emad sendiri, dan dipandu oleh En. Samir, General Manager of the Western Desert Hotel (Patutla he looks like the boss all the time.. uhuk~). Dalam jip tu, ada saya (Kelantan), Nieyna (Kelantan + Kedah), Amarlina (Kedah), Hamizah (Kedah), Kak Farhana Ibrahim (Kelantan + Kedah), Kak Izzah (Kelantan) dan Kak Wafaa (Kedah), dan Iman (Kelantan + Mesir). Maka jadilah perjalanan kami sepanjang tiga hari tersebut berloghat Kelantan dan Kedah, dengan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai medium.

Jadual pada hari itu, local visit di sekitar Bahariya Oasis. Mengikut description pada kertas penerangan package yang diberikan, kami sepatutnya telah melawat Temple of Ain El Muftella, Roman Water Spring, Tomb of Bannantiu, Temple of Alexender the Great (yang membuatkan saya terfikir, jika benarlah wujudnya temple, maksudnya, Alexender the Great bukanlah seorang Muslim, maka mustahillah Alexender the Great itu Iskandar Zulqarnain yang diagungkan dalam Al-Quran), Museum of Bahariya, di mana Golden Mummies ditemui. Tapi saya sendiri tak pasti yang mana satu kami lawati dan yang mana tidak, yang pasti seharian kami di padang pasir.

Sehingga saya terdampar.. (sape suruh rajin-rajin panjat sebelum orang lain panjat.. then kena turun, dan naik semula sekali ngan orang lain..)

Dan meneruskan semula perjuangan.. sebagai menyahut seruan Iman..












All the way down, it is actually quite HiGH
.. dan CURAM.. dan PASIR..








Inilah yang telah kami daki rupanya.. sebuah timbunan pasir, yang dianggap piramid oleh penduduk setempat, namun tidak diikitiraf sebagai piramid kerana tidak memenuhi beberapa kriteria, termasuklah tidak DIbina menggunakan batu-batan. Dikatakatan ini kesan letusan gunung berapi, dan benda yang kelihatan seperti kek lapis itu (puncak yang telah kami daki), sebenanrya terdiri daripada lapisan-lapisan logam yang berlainan berasal daripada kerak bumi, mungkin juga lapisan mantel.




Next, last destination of the day.. another climbing to the English Mountain, to have a watch on the sunset.. Wait a minute!! This means,.. we are in the west! O.. I.. C.. Patut la hotel tu namanya Western Desert. Kitorang kat Padang Pasir sebelah Barat Mesir rupanya.. So, di sempadan sana tu Libya, dan, patutlah Gunung ni dinamakan English Mountain, sebab penjajah seorang Inggeris dan datang dari BARAT.. Lain kali pay attention time pak cik tourist guide explain yer.. (Sape suh pak cik tu main citer je. Saya bukan mudah nak percaya, tambah lagi bila dia bagi tau pelancong Perancis tu, "i'm telling you what I know".. so, saya deduce dia sendiri pun tak yakin dengan apa yang dia ceritakan..)



Ini dikatakan kubu (mungkin rumah) Sir William, salah seorang pengepala tentera Eropah itu.













When we are watching sunset from here, this could mean, this mountain is the highest spot. Maka logiklah bagi tentera itu untuk mempunyai kubu di sini memandangkan mereka boleh mengawal dan memerhati keadaan sekeliling.

Sunset = Maghrib.. Jom kita pulang ke hotel!

Malamnya, program bertaaruf dan keluar merayau di sekitar hotel, melilau di kedai-kedai berhampiran, dan zzzzzzzzzzzzzzz..

Hari kedua, asbaha nafturu bi al-aisy.. ngehss23.. Makanlah kami roti 3isy dengan sosej, dan masuk ke dalam jip semula. Beg pakaian kami ditinggalkan di hotel itu, dan kami diminta membawa pakaian dan makanan yang perlu sahaja, memandangkan kami akan menghabiskan hari tersebut dalam jip, di padang pasir, dan kemudian ke tapak perkhemahan di White Desert.

Dalam perjalanan ke tapak perkhemahan, kami singgah di Sand Dunes. Nikmatnya berada di atas timbunan pasir setinggi hampir 3 meter yang sungguh halus, jauh lagi halus dan kering berbanding pasir di pantai. Dan sejuk. Beberapa orang rakan mengambil peluang berguling dari puncak timbunan pasir ke bawah, mungkin sebagai ganti kepada aktiviti snorkelling (luncur pasir).. Argghh, rasa macam tak nak balik. Huhu.. Sand Dunes yang tertinggi di kawasan ini mungkin mencapai 50 meter.

Sand Dunes tidak akan kekal pada satu-satu tempat. Kedudukannya boleh berubah setiap hari, bergantung kepada pergerakan bulan, seperti fenomena pasang dan surut air lautan.

Kami kemudian melalui kawasan Black Desert, yang secara umumnya merupakan kawasan Gunung Berapi, sama ada aktif mahupun telah mati. Kesan daripada letusan gunung berapi inilah yang telah meninggalkan kesan batuan dan debu-debu hitam sehingga kawasan itu digelar Black Desert. Tak pernah saya sangka akan tiba di kawasan Gunung Berapi. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik Perancang.

Perjalanan diteruskan menghala ke El Heiz Oasis, di mana kami bersolat dan dijamu dengan isy bersama tuna dan salatah sebagai makanan tengahari. Agak memualkan namun masih sedap. Pengalaman buat pertama kalinya bersolat di atas padang pasir, dengan angin yang kencang, dan bersujud juga di atas pasir, sehingga mulut dimasuki pasir. Huhu..

Akhirnya, setelah memberi salam, saya menyapu muka dan dahi, teringat pula pada perbincangan bersama abi, tok che (datuk) dan mak (nenek), berkisar perbuatan menyapu muka selepas solat. Abi merumuskan perbuatan itu yang tiada dalam sunah solat mungkin diwarisi daripada perbuatan menghilangkan debu di muka oleh orang Arab dan dahulu kala yang bersujud tanpa lapik atau sejadah.

Seterusnya, kami memasuki kawasan Farafra, yang saya kira sebagai permulaan kepada kawasan Taman Negara Mesir, dan lokasi pertama kami adalah Crystal Mountain. Tak banyak kesan peninggalan yang dapat kami lihat, kerana menurut En. Emad, banyak kristal telah hilang dan dikutip pelancong. Sekarang, hanya kristal di kawasan luar pagar sahaja yang boleh dikutip.

Next, kami bergerak ke El-Ekabat. Juga sebuah kawasan bergunung ganang. Dikatakan, kawasan ini dahulunya merupakan lautan. Dan El-Ekabat merupakan kawasan di bumi yang merupai permukaan di bulan. Sejauh mana kebenaranya, Wallahu A'lam. Yang pasti... S.U.N.G.G.U.H. C.A.N.T.I.K.!! SubhanaLLAH!

Mendekati waktu Maghrib, kami tiba di White Desert. Kawasan ini digelar White Desert kerana wujudnya batu-batuan putih yang terbentuk daripada pelbagai logam, anataranya kalsium. Dan batuan ini, hasil daripada hakisan angin dan air, serta turut dikaitkan dengan cahaya, telah terbentuk menjadi pelbagai bentuk, termasuklah menyerupai ayam, cendawan, arnab, teko Aladdin dan sebagainya. Bentuk ini boleh berubah setiap tahun, bergantung kepada tahap hakisan yang dialami.

Kami tiba di tapak perkhemahan, memasang khemah dan sebagainya. Di sini, kami berpeluang ke "tandas" yang dibina dengan dilikungi oleh beberapa teman, di "tapak-tapak yang sesuai" di atas padang pasir, di celah-celah batuan putih. Berjimat-cermat menggunakan air untuk beristinjak dan berwudhu', memberi makna pentingnya AIR.

Malamnya, program tazkirah dijalankan, dan kami kemudian dijamu dengan nasi berlaukkan ayam BBQ cara Bedouine (well, nothing seem to be special.. haha). Kemudian, acara unggun api pula dijalankan. Kami duduk mengelilingi unggun api, dalam keadaan cuaca yang sungguh sejuk, sehingga badan saya menggeletar (i think it is among the causes why i got fever). Pak cik-pak cik pemandu jip yang serba boleh tadi kemudiannya memainkan musik Arab Bedouine dan salah seorang daripada mereka mula menari. Akhirnya, kesemua enam orang Musyrif yang mengiringi kami turut sama menari. Tahniah diucapkan! hahaha..

Kemudian, kami bermain permainan mencipta ayat daripada perkataan terakhir ayat rakan sebelumnya, sehingga akhirnya kami kepenatan, membaca surah Al-Mulk dan masuk ke dalam khemah.

Menanti pagi, hanya Allah yang tahu betapa sengsara. Dengan kesejukan yang amat, saya langsung tidak dapat melelapkan mata. Beberapa kali badan saya menggeletar.

Paginya, kami telah bertayammum untuk solat Subuh. Kemudian, setiap peserta bergerak bebas di sekitar tapak perkhemahan. Ramai yang memilih untuk memanjat batuan-batuan berhampiran untuk bergambar sambil menyaksikan matahari terbit.

Ada juga yang telah memanaskan badan dengan menari tarian ponco-ponco dan Chicken Dance.

Kami kemudian dihidangkan dengan 'isy sebagai sarapan, dan hanya pada pagi itu, bekalan roti yang telah saya bawa dibuka untuk mengalas perut.

Kami kemudian berjalan merentas padang pasir untuk ke Rabbit Mountain, sebuah gunung batu yang kelihatan seperti arnab, di mana dari situ kami dapat melihat sebuah gua musang. Ok, fox cave. hooho...

Perjalanan merentas pasir sememangnya memenatkan, tambahan pula dengan matahari yang membahang. Sehingga saya beberapa kali mencari jalan alternatif melalui batuan, walau terpaksa mendaki sedikit. Patutlah Hijrah telah menjadi satu perjalanan yang cukup hebat. Para sahabat bukan sahaja telah meninggalkan segala kehidupan dan harta di Makkah, malah mereka menumpahkan keringat di sepanjang perjalanan merentasi padang pasir. Kalau kami yang menaiki jip mengaku penat.. Apakah istilah yang boleh menggambarkan perjalanan Hijratu Ar-Rasul.

Kami kemudiannya menaiki jip semula untuk pulang ke hotel. Kami singgah di sebuah lagi gunung, yang terdapat batuan hitam, dan kalau bernasib baik, anda mungkin akan berjumpa dengan batuan berbentuk ros. Batuan hitam tadi, sesetengahnya, kalau dipecahkan, boleh ditemui perak di dalamnya. Dan, saya telah berjaya memecahkan sebuah batu yang mengandungi perak. Malangnya, batuan di kawasan tersebut adalah dilarang untuk diambil.

Tiba di hotel, khidmat diri dan pulang semula kepada kehidupan hiruk pikuk bandar Cairo.

Perjalanan pulang yang juga memakan masa hampir 7 jam, tambah menyeksakan kerana kami seramai 6 orang terpaksa berkongsi kerusi untuk 5 orang di tempat duduk paling belakang. Hati yang agak panas akhirnya berjaya dipujuk. hahaha.. Takkanlah sebab masalah sekecil itu semua keseronokan hendak digadaikan. Betapa manusia sememangnya mudah lupa, mudah kufur pada nikmat. NauzubiLLAH min dzalik..

Alhamdulillah, syukran ya ALLAH kerana memberiku peluang mengenali-Mu dengan lebih dekat melalui alam ini!




Notes:
  • Trip ini memakan belanja LE500
  • Gambar di atas hanyalah daripada kamera telefon saya, insyaALLAH kalau ada rezeki gambar dari kamera telefon Aisyah boleh saya masukkan sekali
  • Maaf kerana menggunakan Bahasa Rojak (Oh, rojak buah + keropok!!! bestnyeerr)

3 comments:

  1. eheheh..ni dah tinggalkan jejak nie..

    hurm,..bestnye g jalan2..
    mengenal ciptaan Pencipta, yg xkn dpt kita tandingi..
    from ur writing i can imagine how greatful it is even without the picture..

    ble agaknye aku boleh g jugak?kalo desert kat aussie pon jadi ar..boleh gak jumpe kangaroo..hihi

    ReplyDelete
  2. wah.. klu gitu tak yah buh gambar la.. merangsang daya imaginasi.. huhu.

    desert in aussie? dok syok ah,.. ada macam2 binatang BERBAHAYA.. kan crocodile hunter tu kat Aussie? kan2?? jgn wooo.. haha.. meh sinih!

    ReplyDelete
  3. haha..xsyok gop xdok gmbr lasum..gmbr tu menambahkan syok..:D

    ye ek?xhau la ambo..aloss kalu xdok desert, kito g disneyland kat sydney jadi doh..:))
    klu ado duit len kali plop ar jaley2 kat mesir..

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^