Pages

Sunday, August 7

Menerima Rawatan dari Doktor Lelaki?

Harus seorang doktor melihat kepada wanita asing di tempat-tempat dia mahu mengubatinya. Dalilnya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ummu Salamah r.a. bahawa beliau meminta izin kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbekam, maka baginda telah menyuruh Abu Taibah untuk membekamnya.

Pengubatan doktor kepada seorang wanita asing itu tiada harus melainkan dengan beberapa syarat:

  • Hendaklah doktor itu seorang yang salih, boleh dipercayai, kelakuannya terkenal baik, dan mempunyai ilmu tentang penyakit yang akan diubati serta mahir padanya.
  • Hendaklah dia tiada membuka dari anggota wanita pesakit itu, melainkan sekadar yang perlu sahaja, itu pun jika perlu untuk dilihat.
  • Hendaklah pada ketika itu, tiada seorang doktor wanita yang sama pengalamannya, yang boleh mengambil tempat doktor lelaki dari segi ilmunya dan kemahirannya.
  • Hendaklah pemeriksaan itu disaksikan oleh seorang mahram, atau suami wanita itu, ataupun wanita lain yang boleh dipercayai, seperti ibunya, atau saudara perempuannya, atau tetangganya.
  • Hendaklah doktor itu bukan seorang yang kafir, selama masih ada doktor yang Muslim.
Apabila cukup semua syarat-syarat ini, maka haruslah seorang doktor itu melihat, atau menyentuh anggota yang terdapat padanya penyakit, sebab Islam adalah agama yang memelihara manusia dari dosa, serta mendatangkan bagi mereka maslahat dan kemudahan.

Dasarnya adalah firman ini:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكمْ فِى الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

Dan tiadalah Dia (Allah) menjadikan di dalam agama itu kesempitan.
[Al-Hajj: 78]



Dan firman-Nya yang lain:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Allah inginkan bagi kamu kemudahan, dan tiada inginkan bagi kamu kesusahan.
[Al-Baqarah: 185]


____________________________________________
Petikan daripada : Pendidikan Anak-anak dalam Islam, Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

p/s: simpan dalam blog biar mudah cari di masa hadapan. Maaf dah sebulan tak update~

6 comments:

  1. nak buku tu~!
    dah lama mencari, x jumpa ag =='

    ReplyDelete
  2. kalau nak belajar,mcmana pulak ???

    ReplyDelete
  3. realitinya..bila keadaan urgent.. hmmmm... tgk doktor yang mana ada jela..

    ReplyDelete
  4. @ izzati: blh didapati di Jaafar Rawas. :)

    @ backturn : hukum utk belajar yg disebut dlm buku tu tak spesifik pasal belajar perubatan, sekadar membolehkan perempuan belajar dari guru lelaki dan sebaliknya.

    cuma klu kita lihat, utk berubat pun ada syarat ketat, apatah lg klu sekadar belajar yg blm dhoruri. mksd aku, klu utk belajar pun sekadar keperluan je la, insyaAllah nnt nk rujuk balik.

    @ saya sarah: yerp. begitu hukum menetapkan, ikut turutan.

    @ anon: realitinya, bergantung kpd kekuatan iman dan sejauh mana mahu berpegang kpd hukum :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas info ini.

    Sudah lama teringin nak beli kitab tu, insya-Allah, moga-moga dapatlah beli nanti :)

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^