Pages

Saturday, October 10

Kisah Almari Kayu~

Hari ini hari Sabtu. Sabtu lepas saya tiba di Kaherah dengan selamat untuk menyambung pengajian di Tahun ke-2. Moga selamat juga menamatkan Tahun 2.

Sekarang tak dapat internet di rumah, masalah apekah juga tidak diketahui sedangkan bayaran telah dilunaskan, mahu menyelesaikan bagaimana juga tidak diketahui setelah setiap hari pak cik bawwab yang menjadi perantara dengan pembekal internet kami tanyai. Masalah utama tanpa internet adalah untuk menghubungi keluarga di Malaysia.. *sob sob sob*

Back in Cairo, semua masalah pasal rumah, perabot, kecil dan besar, semua perlu diuruskan sendiri.. Waaaa... Nasib baik ada senior yang tak pernah lokek dengan bantuan berterusan, jazakumuLLAHU khairan jaza'. Tak lupa kawan-kawan yang selalu beri dorongan dan bantuan.

Kalau nak cerita bab rumah, terlalu panjang kisahnya, lagipun sebolehnya saya mahu lupakan masalah itu, mahu buka lembaran baru.

Akan saya kongsikan di sini satu kisah. Kisah pengalaman, untuk rujukan di waktu muka.

Pada hari Isnin, senior tahun 3 menghubungi saya untuk membawa junior tahun 1 ke kedai perabot bagi meminta papan para dan kayu penyangkut bagi almari mereka. Dua buah almari terpakai yang mereka beli dihantar tanpa kayu-kayu tersebut. Pertama kali ke kedai tersebut, merentasi gerai-gerai ikan, pekedai tersebut sememangnya tahu akan ketidak-wujudan kayu-kayan itu, namun dek kerana ke-araban mereka, semua itu diambil enteng.

Setelah saya khabarkan tentang almari itu, mereka memang tahu, dan berjanji akan menghantarnya jam 5 keesokan hari (Selasa). Kebetulan pada hari Selasa, semua pelajar tajaan diwajibkan menghadirkan diri ke DMAK, untuk Majlis Ramah Mesra bersama Dato' Mustapa Mohamed. Senior tadi kembali ke kedai untuk meminta penghantaran diawalkan. Seperti biasa, ikatan janji dengan mudahnya termeterai.

Dan seperti biasa juga, mudahlah ikatan janji itu dikhianati. Kemudian dijanjikan pada hari Rabu pula. Setelah menunggu kunjungan yang tak tiba, memandangkan telah hampir waktu Maghrib, dan kami yang perlu pulang ke Mouniera memerlukan Musyrif, kami menghubungi musyrif dan meminta mereka menemani kami ke kedai tersebut terlebih dahulu. Di kedai itu, pekedai itu berjanji lagi mereka akan memberinya esok, dan kami perlu datang lagi. Namun menurutnya, almarinya hanya satu, yang sebuah lagi tidak diketahui pemiliknya. Sedang saya mendapatkan penjelasan dan berbincang bersama adik-adik, ikhwah yang menemani kami telah bergerak ke kedai hadapan. Pekedai itu bertanyakan mereka, mahu apa, namun tidak dijawab. Dia bertanya lagi, ada masalahkah?

Terus dilaung dan dipanggil seorang rakannya yang lebih muda, yang datang, lalu mengeluarkan rokok, dan menyalakkannya dengan penuh gaya. Dia bertanya, ada masalah?

Melihat keadaan itu, saya putuskan untuk bertanya tentang almari kedua itu keesokan hari sambil mengambil kayu untuk almari pertama. Ketika kami mengatur langkah untuk keluar, Arab tadi menunjukkan lengannya sambil menggosok-gosok bulu tangan, lambang bersedia untuk pergaduhan.

Hari Khamis, sekali lagi saya ke kedai itu bersama juniors. Tanpa banyak bicara, terus dihulurkan papan-papan dan batang kayu, dan diarahkan seorang rakannya mengikut kami ke imarah untuk memasangkan kayu itu. Dan dia juga menyediakan kayu-kayu untuk almari kedua (tahu pula dia tentang kewujudan almari kedua). Saya memberitahu mereka kayu-kayu itu tidak akan cukup, namun dijawabnya, dia ini tukang kayu, dia tahu.

Seperti dijangka, kayu itu tidak cukup. Kayu untuk rak adik-adik seharusnya lebih lebar. Namun setelah difikirkan untuk mendapatkan ini sahaja sudah mengambil masa lima hari, saya minta adik-adik redha. Akhirnya, satu almari gagal mendapat rak yang penuh, dan kekurangan satu kayu penyangkut, dijanjikan hari Jumaat pula.

Memandangkan semalam saya ke Hayyu Ashir, saya minta adik-adik pergi sendiri, dan hasilnya, mereka diminta untuk datang lagi hari ini.

Untuk mendapatkan kayu itu sahaja begitu sukar, sehingga 6 hari berturut-turut terpaksa kami kunjungi itu. Nasib baik hanya berjalan kaki.

Bukanlah tidak boleh untuk saya cadangkan kepada adik-adik supaya menempah kayu itu daripada tukang kayu yang lain, namun selain daripada mereka perlu mengeluarkan wang yang lebih, tindakan ini akan memberi tanda kepada Arab bahawa pelajar Malaysia menerima dengan redha apa sahaja tindakan mereka. Dan ini akan memberi impak kepada semua pelajar Malaysia lain. Cukuplah Arab mula melabel pelajar Malaysia sebagai golongan kaya dan melihat kami sebagai sumber duit mereka,. dengan menaikkan sewa rumah dan meletakkan pelbagai bayaran lain.. :((

Sekian kisah almari kayu~ Doakan kami tabah di sini.

2 comments:

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^