Pages

Wednesday, August 19

Mesir dalam 30 Minit

Dah seminggu sejak post yang terakhir. Entry kali ini, rasanya mahu menulis pengalaman yang sangat mengajar erti kehidupan yang saya dapat ketika dalam perjalanan pulang dari City Star. Rasanya, kalau tidak dinukilkan di sini, suatu hari nanti saya sendiri mungkin lupa. Selain itu, Aisyah Zahirah juga pernah meminta saya catatkan pengalaman kami itu. Pada mulanya, saya fikir hanya mahu masukkan gambar-gambar sahaja. Mereka kata, a photo can tell 100o stories. Tapi memandangkan stok foto tak banyak, hanya diambil menggunakan kamera telefon bimbit milik Aisyah dan shotnya juga tidak menarik, wajarlah kiranya saya menulis sahaja.

Kisahnya, pada 8 Jun 2009, selesai menduduki peperiksaan bertulis untuk kertas Anatomi, kami bersetuju untuk ke City Star, terutama Spinney. Kami bertolak lebih kurang jam 1 tengahari, memandangkan Aisyah dan Bad mahu memasak terlebih dahulu. Hari itu cukup bermakna, rasanya terlalu banyak yang dapat kami pelajari, dan sememangnya kehidupan di Mesir memang banyak mendidik kami, sehinggakan saya sendiri kurang ingat setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sana yang tidak mungkin dapat dilihat berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia.

Selesai membeli-belah di Spinney, kami bergerak untuk pulang. Waktu itu belum masuk waktu solat fardhu Asar. Kami menahan beberapa buah teksi untuk pulang. Sebolehnya, kami mahu tambang sekitar LE 15, memandangkan perjalanan kami dari Mouniera ke Spinney dengan menaiki teksi baru, hanya dengan bayaran LE 15. Maksudnya, harga tersebut pastilah berpatutan.

Ketika menunggu teksi di luar City Star, terdapat sebuah teksi yang berhenti secara mengejut di belakang sebuah kereta Honda. Tidak salah pemandu teksi itu, memandangkan jarak cukup jauh. Tiba-tiba, kereta Honda tadi mengundur ke belakang dengan laju, maka berlakulah perlanggaran dengan bahagian hadapan teksi itu tadi. Kirannya, momentum yang terhasil adalah dari jenis elastic collision telah terjadi. Kami tergamam, namun sempat memikirkan itu. Haha. Kereta Honda itu pula, tertolak ke hadapan semula. Yang mengejutkan kami, tiada sebarang kesan calar, apatah kemek pada kereta Honda tersebut. Malahan Arab di situ hanya melihatnya dengan biasa. Akhirnya Aisyah memutuskan: "Nati kijo Aisyah nok paka keto Honda!"

Teksi itu juga meminta bayaran LE 20, seperti teksi-teksi lain sebelum ini. Kerana kepenatan, akhirnya, kami bersetuju. Sebelum itu, terdapat sebuah teksi lain yang berhenti dan dengan ramahnya menjemput kami naik, siap dengan membuka ruang bonet kereta untuk memasukkan barang-barang kami (Ya, perlu diakui barang kami sangat banyak). Saya bertanya berapakah tambangnya. Jawab pemandu itu, naik sahaja, tambangnya sangat murah. Melihatkan dia yang bersungguh-sungguh, Aisyah hampir menerimanya. Saya mendesak lagi, berapa tambangnya? Akhirnya dia menjawab, Le 50 sahaja (?!!!!). Terus saya menolaknya. Mungkin kerana beg besar yang baru dibeli Bad, pemandu itu memikirkan kami baru sampai ke Mesir.

Di tengah perjalanan, beberapa kali enjin teksi itu mati. Akhirnya pemandunya memberhentikan teksi di tepi jalan dan meminta supaya kami menunggu di dalam teksi itu sementara dia pergi membeli minyak di stesen berhampiran. Saya bertanya, berapa masa maksimum kami perlu menunggu? Jawabnya, 5 minit sahaja. Teksi itu sememangnya sangat uzur. Saya percaya, pemandu tersebut tidak mengetahui berapa lama masa yang akan diambilnya untuk ke stesen petrol itu memandangkan dia telah bertanya pemandu lain di mana letaknya stesen petrol tersebut.

Waktu itu lebih kurang 5.20 petang. Solat Asar belum ditunaikan lagi. Melihatkan keadaan trafik yang sesak teruk, kami mungkin memerlukan sejam setengah untuk sampai ke rumah. Di hadapan tempat teksi kami berhenti, kami melihat ada seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di atas hamparan kotak, dengan tisu. Di Mesir, tisu itu tandanya mereka sedang meminta sedekah atau derma. Paling kurang, derma yang perlu diberikan untuk sepaket tisu itu adalah LE 0.50. Di tepi kanak-kanak itu, kami lihat ada seorang wanita yang sedang berbaring dalam selimut buruk. Mungkin ibunya. Tidak mustahil kalau itulah tempat berteduh mereka. Di bawah sepohon pokok di tepi jalan raya yang penuh sesak, dengan hamparan kotak dan dikelilingi kotak juga. Itulah realiti hidup di Mesir, ramai golongan miskin yang tidak mempunyai rumah, dan memiliki anak-anak kecil.


Kanak-kanak itu. Lorong ini lorong sehala. Perhatikan laluan di sebelah kiri, sangat sesak.

Dalam kesesakan itu, sebuah lori berhenti dan seorang lelaki turun dengan cepat. Lelaki tadi membaling tayar kereta terpakai yang sangat buruk (dalam gambar) dan mengambil sepaket tisu sebagai ganti. Apakah nilai tayar itu buat kanak-kanak tadi, kami juga tidak pasti. Saya juga memerhatikan sepasang kasut buruk bersama budak itu. Mungkin sebagai tukaran juga.

Tidak tercapai oleh akal rasanya mahu memikirkan bagaimanakah keluarga ini meneruskan hidup tanpa rumah, tanpa pendapatan, dan mempunyai anak-anak yang kecil. Di Mesir, biasanya golongan wanita akan berjalan meminta sedekah dengan bayi-bayi kecil dalam dukungan dan anak-anak yang lain. Musykil. Ke manakah bapa kanak-kanak ini? Kenapa hanya dibiarkan si wanita mengemis dengan anak-anak kecil tadi? Bukankah untuk berkahwin di Mesir ini memerlukan yang lelaki siap memiliki rumah dan kereta? Persoalan yang belum saya temui jawabnya.

Jam menunjukkan 5.45 petang. Bimbang tidak sempat bersolat Asar di rumah dan tidak betah menunggu, saya menyarankan kami turun menahan teksi lain. Bad dan Aisyah bagaimanapun tidak bersetuju. Aisyah kasihankan pemandu tadi yang sedang berusaha mendapatkan petrol. Tunggu dan terus menunggu. Akhirnya, lebih kurang jam 6 petang (menjadikan rekod penungguan saya yang paling lama), pemandu tadi tiba. Saya perhatikan tin yang digunakan untuk mengisi petrol di tangannya. Tin itu berlubang dua. Petrol tumpah di sepanjang jalan. Bayangkan, di sepanjang perjalannya dari stesen minyak itu, berapa banyak petrol yang telah tumpah. Namun pemandu ini wajar mendapat pujian. Dia tidaklah mudah marah seperti Arab yang lain.

The rest, biar gambar berbicara.

Kata Pak Cik ini, kalau ke depan pun kita tak dapat bergerak juga, marilah kita menikmati pemandangan di sebelah sini. (Yang tak tahannya sempat lagi tengok time Bad snap gambar). Perhatikan Kelendan (beginikah ejaannya?) Tremco (Mini Bus) yang sememangnya gemar bertenggek di pintu Tremco yang padat mengalahkan tin sardin.


Menunggu, tak nak tukar teksi sebab kasihankan pemandu itu. Ouh, Bad telah selamat memiliki sebuah beg baru, yang telah kami muatkan dengan pelbagai belian dari Spinney.

Mentadabbur jalan~


Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 20Katakanlah, "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al-Ankabut; 19-20
Dan perjalanan hari itu, kami tutupi dengan perasaan, SubhanaLLAH! Sungguh besar makna perjalanan kita kali ini. Mungkin kalian tidak dapat merasai ertinya seperti yang kami rasai, mungkin silap pada cara saya memerihalkan, dan besar kemungkinan kerana saya telah mula lupa gambaran hari itu.

11 comments:

  1. sesungguhnya apakah jenis khot di dinding gambar pertama itu? adkah ianya dinamakan 'khot sir' (koksey).... tapi ia demikiannya menyerupai khot rik'ah
    :)

    ReplyDelete
  2. Betul ke nak kahwin di Mesir kena siap memiliki kereta dan rumah?

    Seksa tul, nak kahwin kena ada semua tu dulu.

    ReplyDelete
  3. @ ijah:
    speechless is not a speech. haha.. =P


    @ tetamu:
    erk.. pastinya bkn khat nasakh la.. kih23.. ambo pun tak tahu la khat ni.. imla' khat buleh B zaman PMRU mulo.. mari kita tanya Pengerusi Persatuan Seni Khat MMP bg tahun 2007.. hak2..


    @ Tok Selampit:
    Setakat hok sy dgr tu gitu lah.. Sebab tu org Arab kahwin lewat. Dan sebab tu jugak la, menjadikan masalah sosial dan keselamatan di Mesir berada di tahap yg agak bahaya. Biasanya pasangan Arab yg dah kahwin, suami tua, tp isteri muda lg.

    ReplyDelete
  4. ehem3..
    agak2nye sapo lah pengkerusi khat mmp 2007 tuh?
    x ingt dh ambo...haha

    bukan ke khat raka'ah?
    yolo2..napok supo dh tuh..

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan,

    Semoga beroleh keberkatan ibadah dan ilmu di bulan yang mulia ini.

    ReplyDelete
  6. nice.. salam ramadhan dari pelajar di bumi eire.. blog hopping.. rajin2, meh laa lompat2 ke blog hamba.. :)

    ReplyDelete
  7. gambar kedua tu..nak ambil gambar 'Jejaka Arab Hensem' yang naik Vespa ker tue? hue hue... :)

    ReplyDelete
  8. @ cik jah:
    yolo doh bakali.. haha.. pengerusi kito declare nyo jadi la.. kih3..

    @ kak yana:
    syukran kathir kak.. rindu berbuka dan bertarawih di rumah akak.. :)

    @ jhazkitaro:
    Thanks, salam ramadhan juga. Dah melompat tadi. :)

    @ guest:
    ada hensem kaa??? aiseh.. hahha..

    ReplyDelete
  9. betul ckap saudari tu....teringat kembali masa belajar2 dulu......rasa macam nak pegi balik kat mesir...

    ReplyDelete
  10. mesir memang byk mengajar ttg kehidupan. berbagai lapis masyarakat yg sgt ketara, sikap mereka yg tak masuk diakal. Dan memberi ruang menilai diri sndiri, yg terlebih suka menilai Arab.

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^