Pages

Wednesday, February 4

Menghabiskan Cuti (2)

CutIsnin
Pergerakan ke luar bermula pada jam 2.45 ptg.. :D
Lokasi: Rumah Kak Fatin.
Rancangan awal utk ke Tahrir bersama Kak Atin dibatalkan kerana bimbang tidak sempat utk pulang sebelum Maghrib.
Makan tengahari di rumah Kak Atin bersama Kak Lin dan Kak Efa. Kemudian lepak-lepak bersama Kak Atin dan Kak Lin, sambil-sambil meng'copy' beberapa buah drama.

Selepas solat isya', bergerak ke Restoran Makanan Laut di Sayyeda Zainab bersama Aisyah dan Nadie. Kak Qilah, 'Izzah, Bad dan Kak Sadanah telah tiba terlebih dahulu.

Makan-makan di restoran tersebut, agak sedap. Namun agak memuakkan kerana penggunaan beras basmathi dan nasi dlm kuantiti yg agak banyak.

Dalam perjalanan pulang, singgah di kedai-kedai pakaian sekitar Sayyeda Zainab. Huh, fesyen Arab memang tak mengikut selera. Besar di pinggang, ketat di bawahnya.. Seluar slack juga begitu.. Besar di pinggang, kecil di shaft, dan besar kembali di bahagian kaki. Jeans straight cut juga tidak ditemui.

Akhirnya, bertemu juga dengan seluar slack straight cut, dengan harga Le45.99. Agak okey..

Rupa-rupanya, ramai juga rakan-rakan sekelas dari imarah 11 sedang "berkeliaran" di sekitar pasar Sayyeda, membeli barangan untuk persiapan ke Sinai.

Dan, pada malam itu juga, seorang rakan saya telah kehilangan telefon bimbit yang diletakkan dalam pokett sweater. Ini kes kedua yang terjadi kepada pelajar kelas kami.

Singgah di imarah 9, kemudian terus berjalan pulang ke rumah. Tiba di rumah pada jam 10.25 p.m..



Selasa
Keluar selepas Zohor, destinasi kami ke Hussein. Kali ini hanya keluar berempat dengan Kak Aqilah, Kak Sadanah dan 'Aisyah. Rakan serumah dan teman-teman yang lain telah bertolak ke Sinai.

Di Hussein, kami membeli dan meninjau beberapa barangan, seperti biasa, untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Kali ini, terasa ingin bercakap pula, huhu.. Lantas proses tawar-menawar berlaku dengan agak rancak. Jubah yang diletakkan pada harga LE 25, kemudian LE22, dapat kami beli dengan LE20.

Pekedai itu kemudiannya menunjuk kepada saya dan berkata sesuatu kepada anak perempuannya, yang agak pendek. Kurang jelas pada pendengaran saya apa yang diperkatakan. Tapi terdengar juga perkataan Malizi Sughoyyara (Malaysians kecil).

Kemudian saya terdengar pekedai itu memberitahu anaknya, "kahwinlah dengan seorang Malaysia dan pergilah ke sana.", hahah..

Acara tawar-menawar agak hambar dalam kebanyakan barangan lain kerana harga yang diberikan seoalah-olah harga tetap dan sememangnya berbaloi.

Akhirnya, adegan tawar-menawar berlaku lagi di belian terakhir, iaitu T-shirt. Pada mulanya, dia meletakkan LE15 untuk satu T-Shirt bersaiz M, kemudian LE 13, dan akhirnya LE12. Akhirnya, untuk tiga T-shirt, kami membayar LE35. Pekedai itu bertanyakan nama kami. Dan dia menggunakan dhomir anta sebagai isim mutakallim.

Kemudian, dia bertanyakan nama kami, ternyata agak sukar untuk dia menyebut nama saya, berbanding dengan nama 'Aisyah, memandangkan setiap kali memasuki lorong itu, bila ternampak pelajar Malaysia, mereka akan memanggil "Ya 'Aisyah!". Mungkin selepas ini mereka akan memanggil pelajar Malaysia dengan nama Humaira' pula.. Hoho..



Rabu
Ke ma3radh buat kali ke dua bersama Aisyah. Plannya, nak beli beberapa buah buku berkisar tentang Sirah, Syarah Matan Arba3in dan beberapa buah buku yang dikirim oleh rakan-rakan.

Booth pertama yang kami kunjungi, booth Dar As-Salam, yang menjual kitab-kitab agama. Di gerai pertama dalam booth tersebut, petugas gerai tersebut memberitahu saya dalam Bahasa Inggeris:

"There is no English book here"


Wau! Great! Haha..

"Yeah I know, i'm looking for Arabic books."

Ok, now even the Egyptians start to discriminate Malaysians according to their dressing style, huh?

Hoho.. takper la. Nak buat camne. Walaupun kami bukan secara rasminya sedang mendalami ilmu agama, tapi itu tidak bermakna kami harus memberhentikan proses pembelajaran syariah, tauhid dan tasawuf setakat di sekolah sahaja kan? Walaupun Bahasa Arab kami tidak bertambah baik, tidak seharusnya untuk menyebabkan ia makin teruk kan?? (by reading it should improve)..

Tambah pula, pembacaan kitab agama yang ditulis dalam Bahasa Arab lebih "menyeronokkan", masyuuk sket. Bak kata Aisyah tambah zuq.

Meninggalkan booth Dar As-Salam, kami bergerak untuk solat zohor, dalam keadaan yang zahmah awi.

Usai solat, bergerak masuk ke Booth Saudi, mencari buku yang dipesan oleh Kak Atin. Malangnya buku tersebut maujud, namun bukan untuk dijual. Rupa-rupanya booth tersebut lebih kepada pameran universiti-universiti di Arab Saudi, kegiatan cari gali minyak dan sebagainya. Tuah kami pada hari tersebut, poster tiga masjid utama di Saudi diedarkan secara percuma.

Usai meronda dan membelek-belek kitab-kitab agama di Hall No. 4, kami bergerak pulang menaiki teksi. Pemandu teksi itu meminta bayaran LE15 untuk ke Sayyeda. Kerana kepenatan, kami bersetuju. Selang beberapa meter, seorang warga Sudan menahan teksi yang kami naiki, dan dia ingin ke Giza. Warga Sudan tersebut memberitahu dia akan membayar LE10 untuk ke Giza, dan pemandu teksi tadi hampir-hampir memberhentikan teksi supaya warga Sudan tadi turun. Setelah agak lama ber'deal', pemandu teksi itu meminta Le15, dan warga Sudan ini memberitahu "3ala Tuul".

Maka berlakulah dialog seterusnya:

Pemandu Teksi: Mereka membayar LE15 untuk ke Sayyeda
Sudani : Ya, kerana mereka tidak tahu berbahasa Arab.
Pemandu Teksi: Tidak, mereka tahu.
(dan saya cuma tersenyum)
(Aisyah yang khusyu' membaca buku yang dibeli bertanya, apa yang mereka bualkan, maka saya menjelaskan)
Sudani: Malizi?
Saya: Aiwah
Sudani: Darastum hina fi Al-Azhar?
Saya: La', fi al-gamiah Al-Qahirah
Sudani: Kuliyyatu as-Syariah?
Saya: La', tibbu al-basyari.
Sudani: Masya Allah!

Dan beliau terus bercerita tentang universiti-universiti dan Sudan yang mempunyai pelajar-pelajar Malaysia, dan tentang cawangan Universiti Kaherah di Sudan, tentang tempoh masa pengajian di Sudan dan sebagainya.

Akhirnya, beliau dan pemandu teksi tadi sama-sama bercerita tentang sejarah pemerintahan Kerajaan Uthmaniah yang merangkumi beberapa buah negara Arab, dan terpisah setelah kejatuhan kerajaan Uthmaniah, sehingga kekallah sempadan-sempadan negara Arab seperti yang wujud pada hari ini.

Kami kemudian turun di Ragab Sons, untuk membeli beberapa keperluan ke Bahariya. Yang menyakitkan hati, pemandu teksi ini menurunkan kami agak jauh dari Ragab Sons, memandangkan beliau mahu membuat U-Turn untk ke Giza menghantar warga Sudan tadi.

Memandangkan waktu yang sudah lewat, kami memutuskan untuk ke ARMA selepas solat Isya' dengan menaiki teksi, memandangkan barangan untuk ke Baharya belum siap dipack. Oleh kerana selepas Isya' itu agak lewat, maka kami memutuskan untuk mencari musyrif, bimbang juga, mungkin teksi yang kami naiki nanti akan dinaiki juga oleh orang lain, dan kemungkinan seterusnya tidak mahu saya tuliskan.. Hahaha.. Akhirnya............. kerana menggunakan khidmat musyrif, kami bergegas ke ARMA selepas Maghrib dengan menaiki bas. Huh! What a tiring day.

~3 days off to Baharya~

2 comments:

  1. seddak dio cuti..derrak nak2 ari dess..hhihi

    fullammak..ore sudan tabek tuh kat kuliyyah at-tibb..huuhu

    xsyok mno baco formal..seddak kot klate lg..:D

    ReplyDelete
  2. buat kot kelate kang ado hok ngango. jange khawawtir, mugo kito jiwo kelate.. haha.. tambah lg dgn bantuan kak ma.. kuang2..

    ala, memang almost all of them, Misriyyun kana wa ghairu Misriyyun, klu cakap kuliah tibb basyari diorg cakap masyaALLAH. Klu bukan Muslim diore oyak wow! ngahs23..

    ~dan nahu ku mula berterabur~

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^