Pages

Monday, February 25

Usul Bantahan untuk MAK, Wajarkah ke MAT-9?

Dokumen ini sebenarnya telah saya sediakan sebagai Usul Bantahan sempena Mesyuarat Agung Khas kali Pertama (MAK-1) pada 30 November yang lepas.

Namun, percaya atau tidak, pada saat saya ingin menghantar dokumen ini (5 jam sebelum waktu tamat untuk penghantaran), semua connection internet (pada waktu itu kami masing-masing menggunakan broadband), saya dan rakan-rakan serumah tidak berfungsi.

Saya cuba menghantarnya melalui smartphone dan Android rakan-rakan saya, tetap juga fail gagal untuk dimuat naik.

Terfikir juga, logikkah untuk saya memohon khidmat musyrif semata-mata untuk ke rumah seseorang yang mempunyai talian internet.

Jadi begitulah kisahnya, saya papar di sini kali ini, kalau-kalau anda semua mempunyai idea dan pemikiran yang serupa dengan saya, untuk dibawa ke MAT-9. (I am a little bit exhausted now, tak boleh berfikir elok pasal usul dan ya, hantar usul dan melalui sesi pembentangan, perbahasan adalah sesuatu yang agak memenatkan). Jadi, basically, saya masih berkira-kira sama ada untuk membawa usul-usul ini (dengan beberapa perubahan) atau tidak.

Maka, kalau anda punya idea yang sama dengan saya, saya alu-alukan untuk anda bawakannya. :D


Jujurnya, saya sudah sedikit "berputus asa", namun setelah meneliti hasil MTC keempat-empat Cawangan, saya merasakan seolah-olah satu pertanggungjawaban untuk saya memperjuangkan kembali pindaan perlembagaan ini.

Saya amat merasai semangat kesatuan dan usaha ke arah "membulatkan" suara pada perlembagaan lama, yang amat-amat meraikan suara ahli.

Saya perlukan sokongan yang mapan untuk saya membawa usul-usul ini. Haha

PENAT.

2 comments:

  1. bil 2: hujah dia tidak relevan utk memaksa ahli menyertai aktiviti

    persoalan: kenapa tak guna perkataan digalakkan?

    nota: setuju je sebab ada sesetengah aktiviti yang kita memang wajibkan hadir macam PSMB, LIFE dll so kalau persoalan tu tak relevan, abaikan

    yang lain2, setuju seratus peratus.

    ReplyDelete
  2. bil 4 bukan kak ctk dah bantah ke haritu?

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^