WHICH MATTERS; YOUR POSITION OR INFLUENCE?
Ketika bercakap dengan Timb. Ketua Panel Akademik, saya sering berbisik, "tajuk aku..". Sewaktu saya menjadi ahli Panel Akademik Seminar PERUBATAN kali ke-5 secara rasmi, skop untuk tajuk dengan tema leadership telah pun diputuskan. Namun, menyedari kelemahan saya sendiri dalam membina pengaruh, dan juga hal yang sama pada majoriti warga PERUBATAN, maka saya melihat pembinaan pengaruh adalah kriteria terpenting sebagai asas kepimpinan.
Saya berhujah. Saya fight untuk skop kepimpinan melalui pengaruh yang ditekankan. Bagaimana kita mahu jadi HO yang, kadang-kala ditakrifkan sebagai Hamba Orang, namun masuh mampu memimpin dan membina suasana yang lebih baik dalam keadaan sekitarnya.
Bagaimana untuk kita, menjadi seorang mahasiswa yang, sekalipun tiada jawatan, namun suara dan pandangan kita sangat dinanti.
Jawapannya terletak pada jati diri. Nilai akhlak dan peribadi, yang membina izzah dalam diri. Cara untuk membinanya, tak lain tak bukan, berhajat kepada ilmu yang dalam, sisi pandang yang tajam, serta keprihatinan dan minat kita kepada manusia.
Antara lain, saya turut teringat pengisian ceramah daripada Ustaz Hasrizal sewaktu kami di INTEC. Kata Ustaz, kenapa pelajar KISAS (no offense) sewaktu di sekolah sangat gah, namun apabila dia bersendirian, dia tida mampu membawa rakan-rakannya. Maka saya mendapat pengajaran yang sangat berharga malam itu, nilai kita adalah pada kekuatan jati diri yang membawa kepada pembinaan pengaruh, bukannya pada jawatan yang dipinjamkan.
FORUM : THE IMPENDING HEALTHCARE GRADUATES OVERSUPPLY; REALITY OR MYTH?
Tajuk ini juga merupakan tajuk yang mendapat perhatian khusus saya. Ketika membuat pembacaan dari pelbagai sumber internet bagi mengkaji isu ini dan seterusnya membina flow perbincangan forum, saya seakan-akan menemui jalan buntu bagi sebuah penyelesaian. Apa yang saya nampak hanyalah, masalahnya pada planning dan sistem. Complex system, bak kata Dr. Syed. Pada waktu itu, yang ada di kepala saya hanyalah pengangguran, tidak semua orang boleh ke bidang klinikal, masalah dalam merebut ruang membuat kepakaran, masalah tiada tenaga pengajar yang akan melatih HO dan sebagainya.
Saya memilih untuk meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menggesa kerajaan mengambil langkah yang lebih pragmatik dalam menyelesaikan isu latihan HO, dan seterusnya pembahagian doktor yang saksama di kawasan bandar dan luar bandar.
Dr. Omaima sendiri, memberitahu saya, secara peribadi, apabila tajuk ini dibawa kepada beliau, tajuk ini telah menarik perhatian beliau untuk membuat kajian yang lebih terperinci terhadap isu ini.
Justeru, saya sangat menyukai cara Dr. Omaima yang meninggalkan kita dengan persoalan-persoalan untuk kita fikirkan.
Secara kesimpulannya, dua perkara yang dapat saya gulungkan melalui tajuk ini:
1) Jurusan perubatan, seperti disiplin-disiplin ilmu yang lain, adalah satu ilmu. Ilmu yang akan menjadi bekalan kehidupan, bukan ilmu yang menjamin kerjaya sebagai Perawat, Pensyarah dan sebagainya.
2) Meningkatkan kualiti diri, dan berusaha bagi memastikan policy maker dalam negara adalah orang-orang yang membawa aspirasi agama, meletakkan kepentingan umum sebagai keutamaan, dan melaksanakan gerak kerja dengan dasar-dasar yang selari dengan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan sekadar profit-gain.
STUDENT ACTIVISM: THE NEXT GLOBAL PLAYER
Untuk tajuk ini, saya lebih berminat berkenaan dengan makna aktivisma itu sendiri. Sering istilah aktivisma kita bayangkan sebagai gerak kerja di luar negara. Di bumi Palestin, Syria, Kemboja dan sebagainya. Namun kita lupa, kadang kala jiran sebelah rumah kita ditimpa masalah, kita lebih memilih untuk sekadar bertanya khabar. Sahabat-sahabat kita ditindas pegawai yang zalim, kita memilih untuk sekadar like di FB. Kawan kita ditimpa musibah, kita lebih memilih untuk tunggu dengar berita. Kesimpulannya, aktivisma adalah keprihatinan kita terhadap masyarakat. Sensitiviti kita kepada perubahan di sekeliling dan keupayaan kita untuk memberi respon dengan cara terbaik, dengan tindakan yang akan merubah daripada bad prognosis kepada good prognosis.
"Each time a person stands up for an ideal, or acts to improve the lot of others, or strikes out against injustice, he sends forth a tiny ripple of hope, and crossing each other from a million different centers of energy and daring, these ripples build a current that can sweep down the mightiest walls of oppression and resistance."
~ Robert Kennedy
HEALTH INNOVATION, THE BLUE OCEAN STRATEGY
Slot ini sememangnya mencipta satu sudut pandang yang berbeza. Selama ini kita hanya didendangkan dengan berfikir secara kreatif. Bagi saya, orang sering memberi pesanan untuk berfikir di luar kotak. Tapi, alangkah lebih baik kalau kita terus buang kotak tersebut?
Slot ini memberi satu tamparan khusus buat saya, yang selama ini merasakan diri ini telah mempraktiskan idea think different (dare to be different, to be exact). Tapi rupanya saya masih belum cukup different.
PENGAJARAN
Ada beberapa perkara yang saya belajar, daripada seminar dan daripada pengalaman.
- Kita mempunyai kekurangan tenaga pemikir. Peringatan Dr. Azrin, betapa sewaktu kecil kita sangat kreatif, tapi akhirnya daya itu hilang, sangat benar. Masakan tidak, di sekolah dan di kampus, kita hanya perlu menghafal buku. Mengingati teknik-teknik menjawab soalan yang sudah diajar guru dan pensyarah. Kita tidak dilatih dengan baik untuk sentiasa berfikir dan mencari jalan bagi sesuatu yang tidak pernah diajar sebelum ini.
- Untuk menjadi orang hebat, selain kerajinan meneladani ilmu, berada dekat dengan orang hebat memainkan peranan yang sama penting. Terinspirasi melalui buku, sedikit berbeza dengan terinspirasi melalui perwatakan.
- Kita memerlukan figure atau tokoh sedari zaman mahasiswa. Penciptaan ikon-ikon dalam PERUBATAN adalah sesuatu yang penting.
Sungguh, terlalu banyak perkara yang saya masih perlu belajar. Untuk blend-in kan semua ciri-ciri yang perlu bagi menjadi seorang Muslim Profesional bertaraf 5 Bintang, bukan "semudah" memutuskan pengisian dan perkongsian yang mahu diperoleh dalam seminar.