Antara dilema yang kerap dialami seorang doktor / jururawat adalah apabila berhadapan dengan pesakit berlainan jantina. Persoalan tentang sentuhan kulit kerap menjadi tanda tanya.
Round Ophthalmology sudah hampir ke penghujungnya. Inilah round pertama buat saya, yang memerlukan komunikasi dan pemeriksaan ke atas pesakit.
Kalau dapat pesakit wanita, beruntunglah. Boleh minta izin, dan sentuh untuk "belek" kelopak matanya. Kalau pesakit lelaki, saya memilih untuk sekadar melihat dari luaran sahaja.
Semalam, kami mendapat seorang pesakit lelaki yang berumur 63 tahun. Pesakit ini datang setelah menjalani pembedahan untuk cataract di kedua-dua belah matanya. Bertambah menarik (bagi seorang ahli bidang perubatan), Atuk ini juga pernah menjalani keratoplasty, pembedahan pemindahan kornea di kedua-dua belah matanya. Dan ini bermakna, kedua-dua matanya sedang melihat menggunakan kornea milik orang lain!
Mata kananya, mempuyai kanta palsu, sementara mata kirinya tidak mempunyai kanta.
Selesai Doktor bertugas menerangkan kes, kami disuruh melihat sendiri pesakit. Antara penemuan lain yang perlu kami lihat adalah entropion (kelopak mata terlipat ke dalam - ke arah mata) dan triachiasis.
Trichiasis - beberapa helai bulu mata menghala ke arah permukaan mata, menyebabkan gangguan pada mata. Kesannya, permukaan mata akan berubah, menjejaskan keadaan asalnya yang lutsinar. |
Buat pertama kali, saya menyentuh mata pak cik ini. Ya, kasihan sungguh para pesakit, "dibelek" oleh 30 orang pelajar dalam masa beberapa minit. Sebelum itu sudah dibelek oleh beberapa orang doktor. Inilah antara penyebab yang menggagalkan saya untuk membelek pesakit dengan sepenuhnya.
Namun, kesan "belekan" ini, saya dapat melihat dengan jelas trichiasis yang dikatakan. Kewujudan lapisan kelopak tambahan pada mata pesakit ini membuatkan bulu mata yang tersalah arah (maldirected) ini agak terlindung dan tidak kelihatan dari luar.
Saya hanya menyedarinya setelah rakan-rakan lain berteka-teki di manakah trichiasis yang dikatakan.
Hasilnya, saya bersyukur kerana buat pertama kali menyentuh pesakit lelaki, saya dapat melihat sesuatu yang tidak dilihat orang lain!
Pengajaran buat diri, rajin-rajinlah sentuh pesakit. Seperti pesanan Prof Dr Omar, jangan takut untuk belajar, jangan takut untuk berbuat salah.
p/s:
- Hanya kerana pesakit adalah seorang warga emas :)
- Hanya kerana pesakit adalah seorang warga emas :)