Pages

Wednesday, March 2

Musim Pening



Bismillahirrahmanirrahim

Mood sekarang. Semua orang kepeningan. Tambah-tambah lagi budak-budak JPA (kot). Nak dapatkan hak kita, tapi urusannya, MasyaAllah.. PELBAGAI!

Masakan tidak. Bermula dari proses evakuasi yang berlangsung dengan pelbagai kerenah dan mehnah, hinggalah ura-ura perlu sambung belajar dan ambil peperiksaan di Malaysia, kemudian diberikan tarikh mula kuliah yang sentiasa berubah-ubah, ditambah dengan pakej "siapa yang akan menanggung tiket pulang ke Kaherah / mana nak cari duit untuk balik Mesir".

Tidak cukup dengan itu, kami dikehendaki melalui beberapa proses untuk memastikan kami mendapat tiket percuma.

Kadang-kadang terfikir, tiket itu memang hak kami, tapi dinafikan. Masakan tidak, ramai yang membuat keputusan untuk ke Jeddah kerana kami dijanjikan akan ditempatkan secara sementara di Jeddah. Sekiranya keadaan Mesir telah selamat, kami akan dihantar pulang ke Mesir dengan tanggungan kerajaan. Sekiranya keadaan di Mesir tidak pulih dalam masa sebulan, kami akan dihantar pulang ke Malaysia menggunakan kapal laut, di bawah tanggungan kerajaan. Dan hanya setelah itu urusan kepulangan ke Mesir adalah di bawah tanggungan sendiri.

Itu sebulan. Sedangkan kami di Jeddah hanya beberapa hari, kerana visa on arrival hanya sah untuk seminggu, malahan itu visa ehsan dari kerajaan Arab Saudi. Pelik juga bila keadaan sedemikan terjadi sedangkan kami diberitahu akan ditempatkan di Jeddah untuk tempoh sehingga sebulan, adakah hal tentang visa ini "terlepas pandang" atau ada masalah komunikasi?


Setibanya di Malaysia, persoalan-persoalan terus timbul. Apakah yang patut dibuat dalam cuti yang tidak cuti ini? Amankah Mesir buat kami? Bagaimana dengan kuliah-kuliah kami? Bagaimana dengan tarikh peperiksaan? Bagaimana dengan keadaan rumah yang ditinggalkan lintang-pukang, tidak ditutup gas dan elektrik? Bagaimana dengan buku-buku? Bilakah Mesir akan aman? Bilakah kami akan dibenarkan kembali ke Mesir?

1001 persoalan menerjah. Tanpa sedar, sebenarnya keadaan ini boleh menjadi satu tekanan.

Setelah KPT mengumumkan hasil rundingan, timbul pula persoalan seterusnya. Siapa akan menanggung tiket? Kerajaan negeri atau penaja? Bagaimana dengan keputusan MKN?

Memandangkan kerajaan negeri Kelantan dan Selangor membuka ruang untuk kami pelajar tajaan, maka segala program kerajaan negeri telah kami ikuti. Ok, saya ikut untuk ilmu. Tapi ada perjumpaan yang semata-mata untuk urusan tiket.

Pada masa yang sama, JPA masih berteka-teki. Pelajar-pelajar sekadar diberi arahan untuk ke Program Motivasi di Kem BTN dalam notis 2 atau 3 hari.

Lebih memeningkan saya kira bila mula terdapat suara yang mengatakan kerajaan negeri tidak akan menanggung tiket pelajar-pelajar tajaan.

Kedua-duanya tinggal samar.

Ah, saya benci kenyataan samar-samar! Sila buat kenyataan yang jelas dan nyata, boleh?

Akhirnya ibu bapa dan para pelajarlah yang cemas dan kepeningan.




Ibu saya cakap, tak payahlah ke BTN.

"Mana boleh, ada dalam perjanjian JPA"

"Kalau macam tu, tak payahlah ke taklimat di Balai Islam. Kalau JPA tak nak bayar, biar Ummi bayar."

Ah. Akhirnya ummi menyuarakan perasaan seorang ibu yang kesiankan anaknya kepeningan sejak di Mesir. Manakan tidak, sejak di Mesir menelefon Abi memberitahu kemungkinan mahu membeli tiket sendiri untuk pulang dari Jeddah. Kemudian tak jadi.

Begitulah nampaknya nasib kami. Digolek ke sana ke mari. Semata-mata kerana istilah "tiket free", kerajaan tanggung. Sedangkan itu hak kami bukan?

Tanpa istilah free pun, masalah tetap ada. Mahu beli tiket sendiri juga bukan mudah. Entah kenapa dan bagaimana, mungkin penjelasan ringkas hanyalah kerana telah ditempah kerajaan-kerajaan negeri. Masalah juga bagi mencari teman yang akan bermusafir bersama.


Belum masuk lagi soal harta kami sebagai rakyat yang dikhianati.

Ah, muak mudah sangat terasa. Muak dengan angin politik sempit. Muak dengan lidah lembut yang pandai memutar fakta. Golongan muda tindakannya terburu-buru kan? Tunggu sahaja natijahnya hasil apa yang telah terjadi terhadap kami golongan muda Malaysia dari bumi revolusi.

Sekian. Tamatkanlah kepeningan ini. Kalau mahu membantu dan menunaikan hak kami dengan baik, sila ikhlas. Dengan ikhlas, insyaAllah semuanya mudah.

Moga terang hikmah dari segala yang terjadi.

4 comments:

  1. salamalaik,
    wah, dengaq ko pi mcm2 kem and mjlis ilmu,
    jelesnya..ak di rumah berkulat sorang2..
    btui ka BTN,? seriesly tuk 2nd time ka?
    apa2, pun.. jgn pening2.. rabbuna yusahhilna..insyaAllah..^^

    ReplyDelete
  2. Air susu, jika kena ssumber air sirap setitik..tak jadi air susu dah.. mungkin air bandung..:P
    Tapi dengan pengalaman menghasilkan air bandung, kita boleh bercerita kat org mcmana proses-proses buat air bandung tu..
    air bandung, bila tambah susu balik..tambah lagi dan lagi..lama kelamaan akan jadi cerah sikit.. :P

    ReplyDelete
  3. jangan menyalahkan meraka semata2 kerana lambat...fahami kedudukan/kesulitan mereka...ada 600 lebih pelajar jpa...dan berbelas ribu pelajar mesir...

    ReplyDelete
  4. @ anon: bagus2. anda memang seorang melayu yg tulen. orang melayu mmg bagus. apa2 pun cuba fahami, cuba fahami. redha je. heheh. alhamdulillah, akhirnya kita akan kekal di takuk lama. orang tegur tak boleh. orang nk baiki sistem tak boleh. klu x blh nk complaint buat apa ada pusat khidmat pelanggan? klu x nk baiki buat apa suruh orang bg feedback??

    try la letak sket sikap "improve for better". ni asal orang tegur je negatif. ok, we can cope well. selamat je kami semua sampai walaupun ada yg dpt info pkl 6, pkl 10 kena kumpul kat KLIA. kami blh cope. tp kami nk sistem yg lebih baik. klu mcm ni penjawat awam buat kerja.. dan tak nak improve, nothing to say la.

    anda blh jd orang yg redha, tp bertempat. klu ada cacat cela kena baiki. website JPA ada. sila guna. dan kami komplen bersebab da berfakta.

    btw, pelajar kelantan dan selangor jauh lebih ramai. kelantan 1800. blh je maklumat sampai dgn baik. sms sorang2. semua maklumat sampai. ada bilik gerakan. ada no telefon peribadi yg blh dihubungi. ini soal keikhlasan membantu juga.

    fuh siap satu karangan baru. malas dah nk panjang2.

    @ tetamu: hehe. x paham anaologi.. explain please. bercerita proses buat tu je paham.

    @ amar : [balas gak padahal kau 3m away je] hehe.. ye la. BTN. motivasi, amende tah.

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^