Pages

Tuesday, November 25

Visa: Kenapa Harus Jadi Begini??

Pagi ini, kami semua diminta berkumpul seawal jam 7.45 pagi di Mahattah Utubis Abu Risy, untuk urusan memperbaharui visa. Sekitar jam 8.00 pagi, kami bertolak dari stesen Metro Sayyeda Zainab menuju ke Sadat. Hari ini 24 November, dan visa kami akan tamat pada 28 November. Kami telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin timbul daripada kerenah pegawai di mugamma' tersebut. Dokumen telah disediakan selengkapnya, malahan ada bersama kami surat daripada JPA.

Pertamanya, dua orang pelajar akhawat masuk dahulu, membawa bersama mereka kesemua passport dan dokumen pelajar-pelajar perubatan tahun satu Universiti Kaherah. Akhirnya, mereka keluar semula, tidak berjaya memperbaharui visa dengan alasan tiada terjemahan dokumen ke dalam Bahasa Arab, dan tuan punya passport tidak hadir bersama.

Seterusnya, senior yang mengiringi membuat keputusan supaya semua pelajar yang hadir (ketua rumah) menyelesaikan urusan visa kami terlebih dahulu, dan datang kemudian bersama ahli bait untuk menyelesaikan visa mereka pula. Masuklah kami ke dalam bangunan mugamma' tersebut, beratur menunggu giliran,. ibarat anak itik yang beratur mendengar arahan dari pegawai di situ. Kemudian, sekali lagi kami dikhabarkan, kami tidak dibenarkan mendapat visa melainkan membawa bersama iktizar dari kedutaan. Sungguh tidak logik! Visa kami belum lagi tamat.

Maka kami semua turun dengan kekecewaan dan kehampaan dan kegeraman. Turun ke bawah, senior yang setia menemani kami tadi berjanji akan berusaha mempercepatkan urusan iktizar dan akan memohon daripada Dr. Nadia (Dekan / Timbalan Dekan => not sure) supaya kernih kami dipercepatkan prosesnya.

Pada waktu tersebut, saya dan Aisyah Zahirah (yang ingin ikut sama ke Tahrir kerana tidak mahu saya bersendirian,, apa yang ditakutinya..Wallahu a3lam..) , membuat keputusan akan masuk sendirian, untuk mencuba sendiri, kerana alasan yang diberikan pegawai tadi terlalu tidak logik! Alang-alang sudah memonteng kelas, biar ada hasilnya. Senyap-senyap, kami masuk semula ke dalam bangunan mugamma'. Kebetulan, kami terjumpa dengan Kak Afifah, senior MMP yang merupakan pelajar tahun 4 perubatan Ain Shams, yang sedang menguruskan visa pelajar tahun satu Ain Shams. Kami menjelaskan situasi tersebut kepada Kak Afifah dan Kak Afifah minta kami ikut bersamanya.

Tiba di kaunter urusan, rupa-rupanya ada beberapa orang pelajar lelaki telah berada di situ, mencuba nasib. Kak Afifah seterusnya menyerahkan borang yang telah siap kami isi kepada seorang pegawai berpangkat kapten di situ untuk memulakan urusan. Kapten tersebut memeriksa borang saya, dan kemudian cuba mengenal pemilik passport. Ok, ini logik. Yes, it is me. Terus disemak dan ditandatanganinya borang tersebut. Alangkah!

Urusan seterusnya di kaunter nombor 30 (kalau tak silap..). Pegawai di situ, memeriksa passport (sambil memegang dan menyuap roti ke mulutnya) dan terus meminta kami merujuk kepada kaunter 40, atas alasan tiada cop lapangan terbang. Selain itu, kami dikatakan perlu membayar denda sebanyak LE 150 kerana telah lewat. Apa yang lewat, tidak dapat kami fikirkan. Di kaunter 40, pegawai tersebut enggan berbuat apa-apa. Kami disuruh kembali ke kaunter 30. Hampir lima kali kami berulang-alik di antara dua kaunter tersebut. Doa terus-terusan kami panjatkan.

Akhirnya, kami terduduk. Membelek semula passport, kami dapati passport Aisyah tiada cop lapangan terbang. Allah! Mana mungkin, Aisyah berada di depan saya sewaktu masuk ke Cairo International Airport. Kami sama-sama beratur, dan sama-sama mendapatkan cop pengesahan daripada Pegawai Imegresen di lapangan terbang. Lantas kami mencuba sekali lagi dengan menggunakan passport saya, memikirkan kemungkinan passport yang dilihat pegawai tadi adalah passport Aisyah. Kak Afifah menasihatkan kami supaya ke kaunter 31, untuk mengelakkan daripada berurusan dengan pegawai di kaunter 30. Kak Afifah seterusnya meminta kami menyelesaikan sendiri, bagi mengelakkan daripada pegawai tadi mengecam muka Kak Afifah.

Dengan lafaz Bismillah, saya menyerahkan borang, passport serta semua dokumen yang diperlukan kepada pegawai di kaunter 30. Borang dan passport saya disemak. Subhanallah!

"Enti muta-akhirah"

Hah? Lewat? Visa kami sebagai pelancong belum tamat.

"La', 3asyan ana 'ndi talatah syuhur", saya cuba menjelaskan, agak sukar memandangkan Bahasa Arab Ammi masih terlalu lemah.

"It is three, yakni talatah", saya menjelaskan dengan menuding kepada perkataan THREE yang tercatat pada perincian Period Of Stay di Passport. Kemudian passport itu disuanya kepada pegawai di kaunter 30. Allah! Janganlah mak cik ni buat hal lagi, detik hati saya. Rupanya pegawai tadi cuba memastikan bahawa perkataan three bermaksud visa kami sah untuk tiga bulan.

Akhirnya pegawai tersebut angguk mengiakan. Borang saya disemak dan diproses. Subhanallah, semua dokumen yang diperlukan sememangnya sudah lengkap, itu cuma kerenah mereka. Terkejut sungguh melihat borang saya disemak. Akhirnya, selesai, nombor siri siap ditulis dan saya diminta datang sepuluh hari kemudian. Alhamdulillah! Tidaklah terlalu rugi rasanya meninggalkan kelas fisiologi.

Tiba giliran Aisyah, semua dokumen diserahkan. Pegawai tadi menyemak dan kemudiannya mencari cop di lapangan terbang. Telaah saya, Aisyah telah bersedia menjelaskan. Sebaik beliau menyoal, cop tersebut ditemui di muka surat paling belakang passport. Syukur! Aisyah diminta memfotostat semula cop tersebut sebagai salinan.

Alhamdulillah, urusan kami selesai, keluar dari mugamma', kami dapati semua rakan kami telah pulang, yang ada hanya pelajar-pelajar lelaki. Rupa-rupanya tiada seorang pun daripada pelajar lelaki yang berjaya mengemukakan permohonan pagi ini. Aisyah berpesan kepada mereka supaya panjatkan doa sebanyak mungkin. Saya pasti, Aisyah telah berdoa dan bermohon sekuat hati.

Petang tadi, sehabis kuliah anatomi, saya menemani beberapa orang rakan sekali lagi ke Tahrir. Kali ini, kami gagal mendapatkan tandatangan daripada pegawai polis. Sebabnya? Semua tinggal di Sayyeda Zainab. Sekali lagi kami disuruh pulang. Kami diminta datang pagi esok. Terasa air mata mula bergenangn di kelopaknya. Bosan! Akhirnya, sibuk mencuba mendapatkan tandatangan kapten tersebut, semua pegawai di kaunter telah pulang. Dan, ketika itu baru pukul 2.20 petang.

Maka, kami pun bergerak pulang. Sehingga kini, urusan mendapatkan visa masih menjadi hantu.. :D

اللهم يسّر لنا امورنا ولا تعسّر علينا وتمّم بالخير


Permudahkanlah Ya ALLAH!

*Post ini ditulis semalam, namun tidak dapat dipublish kerana masalah internet connection, Namun, alhamdulillah, semua yang ke Tahrir pagi ini berjaya membuat permohonan visa.