Pagi semalam, bertemu adik2 yg memilih utk ke Mesir dlm bidang perubatan. Petangnya, bertemu calon2 SPM. Kedua2nya mengemukakan persoalan yg mengimbau 'kekacauan' fikiran 5 tahun lepas.
Seingat saya, hanya pada tahun ini saya bertemu 'cinta' utk dunia perubatan. Seni belajarnya. Keindahan dan hikmah yg blh diteroka. Ruang berfikir sendiri yg tidak sesempit sekadar menghafal seperti yg saya amalkan selama ini.
5 tahun lepas, saya perlu memilih antara STAM, Law School UIAM (Pilihan ke-8 yg juga tawaran yg sukar diperoleh, selari dgn minat saya terhadap akta dan perundangan, serta 'bakat'), atau terus mencari ruang utk ke bidang perubatan.
Saya ingat pada nasihat sahabat saya, kalau mampu dan minat, bolehlah teruskan dgn bidang perubatan. Katanya, minat boleh dipupuk, tp mampu itu bkn semua orang ada. Dia pula, langsung tidak berminat. Tawaran biasiswa MARA ditolaknya, dan dia memilih menjadi guru.
Pada saat itu, Saya membulatkan tekad, mengkaji sesuatu yg 'asli' dari ALLAH lebih berbaloi berbanding sesuatu yg disusun manusia.
Justeru, minat terhadap law td saya lupakan. Tambahan bg ummi dan abi, lawyer bukan kerjaya utk seorang wanita. Tambah lagi, tawaran JPA yg dipohon beribu2 orang, dibuka rezekinya utk saya...
Dan semalam, seakan bersalah pula rasanya mencabar adik2. Bidang perubatan takkan menjanjikan anda kerjaya sebagai doktor. Perjawatan kerajaan utk pegawai perubatan hampir penuh. Pengajian perubatan menjanjikan air mata yg bakal tumpah dgn silibusnya yg sarat. Belum lagi cerita bab HO atau bab cabaran dipandang sebagai 'bakal doktor' sehingga tertutup identiti individu.
The point is, dalam apa jua keputusan yg diambil, pastikan kita punya sebab kukuh tersendiri. Sebab itu lah yg akan akhirnya menjadi pegangan tatkala tekanan mengasak di sepanjang perjalanan. Istikharah dan istisyarah, bekal utk kuatkan azam. Sesudah berazam, maka bertawakallah.
# 3 kali baca syarat kelonggaran credit transfer ke malaysia.. baru faham
# tgh blur camne nk pastikan cuti tambahan sebulan ++ yg mendatang dimanfaatkan.