Pages

Monday, April 23

Masa Depan?

Penghujung April. Sekira-kira, peperiksaan akhir tahun bakal menjelang lagi. Menamatkan pengajian tahun 4, bermakna tinggal lebih kurang 2 tahun setengah sahaja lagi masa berbaki untuk saya di bumi Anbiya' ini.

Mengimbas, apa yang telah diperoleh selama 4 tahun di sini. Di bumi asing, benua asing dari tanah kelahiran. "Belajar di luar negara", yang jadi impian ramai.

Kalau dipandang-pandang, pertama kali berbicara tentang mahu ke luar negara adalah selepas mendapat kelulusan cemerlang dalam PMR.

Sebelumnya, ummi berkali-kali menyebut "anak perempuan tak perlu ke luar negara". Hanya beberapa tahun kemudian larangan itu sedikit demi sedikit melonggar. Terima kasih kepada murid-murid ummi yang telah ke luar negara, dan pulang berziarah ke sekolah lama mereka, mungkin?

Maka, PMR itu 7 tahun yang lepas. Agaknya apa yang akan berlaku 7 tahun selepas ini? 


Berubah

Kata sahabat saya, saya telah banyak berubah dari pertama kali beliau mengenali saya di Tahun 1.

Kata sahabat saya yang seorang itu, yang di Malaysia itu, sama juga. Saya telah banyak berubah. Tapi saya tetap saya pada beberapa "perangai".

Januari 2015, jika diizinkan Tuhan, kami akan bergraduasi. Kemudian diteruskan langkah dengan housemanship di tanah air. Perancangan dalam memilih kepakaran akan bergantung kepada pengalaman sebagai House Officer (Doktor Pelatih). Jadi Doktor Pakar kah, jadi pensyarahkah.. Kita tengok nanti ya~

Hurm, perlu merancang bagaimana untuk menghabiskan dua tahun yang berbaki supaya tidak menyesal apabila pulang nanti.

Pengalaman yang pelbagai perlu diraih dan digali. Isi dengan lebih banyak menghadiri kelaskah, lebih banyak melancong kah, atau lebih banyak membaca dan menghadirkan diri ke klinik dan hospital? Atau... fokus untuk lebih kukuhkan persatuan supaya dapat meninggalkan tapak yang utuh buat adik-adik?

The key is, the biggest room is the room for improvement!


Monday, April 2

Nikmat Air Mata

Kadang-kadang menangis itu baik. Kalau selalu, hilang pula nilainya.

Tapi kenapa mata ini sukar mengalirkan air mata di kala dugaan bertimpa-timpa?

Rasa rindu pula pada nikmatnya sebuah kelegaan selepas air mata mengalir.

Terlalu pandai mencari distraction, mungkin. :)

Doakan saya, pembaca budiman sekalian.