Pulangnya saya ke rumah hari ni, tak sepuas dan segumbira kepulangan bilamana mampu menjawab peperiksaan praktikal untuk subjek Bio-Chemistry (Biar pun kena marah sebab rajin-rajin je tunggu lama-lama dalam makmal tu semata-mata nak tolong kawan.. Pastu bagitahu dia nak kena tulis apa lak.. "You've to be more honest", will remain in my mind..)
Apa yang saya tak puas hati sangat-sangat-sangat-sangat dan amat, bukanlah kerana kegagalan menjawab dengan baik, sebaliknya Alhamdulillah saya mampu menjawab dengan baik dalam kedua-dua makmal. (Erk,,tp makmal bawah tak sure dapat full mark ke tak..) :D
Tapi yang sangat-sangat-sangat amat tak puas hati adalah sebab di makmal atas, saya secara berpasangan dengan seorang rakan, dikehendaki melakukan ujian menguji Tekanan Darah (Measuring ABP). Sekali lagi, Alhamdulillah, walaupun menggunakan kedah auscaltatory tanpa didahului dengan palpitatory, saya mendapat bacaan dengan mudah dan baik.. Walaupun tak pernah dapat sebelum ini.. Sebagai memenuhi syarat @ precaution, cuff sphygmomanometer itu dikehendaki diletakkan secara terus di lengan, maksudnya kena singsing lengan baju.
Apa yang menjadi masalah, kebetulan sewaktu kami dikehendaki memulakan ksperimen itu, ada beberapa orang pelajar lelaki yang belum menyelesaikan eksperimen mereka masih berada di dalam makmal. Maka, memandangkan kedudukan kami yang agak dekat, saya tidak mahu menyinsing lengan baju sebelum mereka beredar. Dipendekkan cerita, situasi dijadikan "terpaksa", maka "terpaksa" jugalah saya menyinsing lengan baju. Nasib baik pakai tudung bulat hari ni.. Dah bersedia untuk pakai stethoscope.. Ngehs23.. ~harap2 terlindung~
Persoalannya, kenapa mudah sangat kita menerpaksakan keadaan? Sangat mudah untuk kita mengklasifikasikan keadaan sebagai dharurat.
"Yer la, dalam exam kan, takper je la.. Nak buat macam mana.."
"Ala, nanti tak dapat markah, nak buat macam mana"
Ini komen kawan-kawan aku.
Arghh!!!! Aku kecewa!!!!! Kenapa mudah sangat korang menganggap benda tu dharurat???
- Markah tadi hanya 10. Klu tak dapat pun, pastikah kita akan gagal? Aku sanggup hilang 10 markah daripada bergelumang dengan yang haram.
- Kalau minta dengan doktor, tunggu sekejap sehingga budak lelaki keluar, adakah bermasalah? Doktor pasti faham punya lah, atau sekurang-kurangnya kita cuba.
Mereka (Egyptians) menganggap kita (Malaysians) Ahsanu an-nas. Sebaik-baik pengamal Islam (the most polite Islam practitioners). Pasti mereka faham kalau kita jelaskan keadaan.
Jangan menggunakan qaedah ad-darurah tubihul mahdurat dengan melupakan kaedah feqh yang membataskannya.
Salah satu prinsip yang digunapakai fuqaha' dalam menghukum situasi dharurat adalah:
Adh-dharuratu tuqaddaru biqadriha
(dharurat itu dikira-kirakan menurut ukurannya)
Oleh kerana itu, setiap manusia sekalipun dia boleh tunduk kepada keadaan dharurat, tetapi dia tidak boleh menyerah begitu saja kepada keadaan tersebut, dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kepada keadaan dharurat itu dengan kendali nafsunya. Tetapi dia harus tetap mengikatkan diri kepada pangkal halal dengan terus berusaha mencarinya. Sehingga dengan demikian dia tidak akan tersentuh dengan haram atau mempermudah dharurat. (makluman: perenggan ini telah ini diciplak.. hehe)
Mari kita semak semula diri, jangan menghalalkan cara demi matlamat. Jangan mudah mengambil keadaan sebagai dharurat. Jangan senang hati dengan dosa. Jangan memperlekeh hukum yang thabat. Jangan mudah mengeluarkan fatwa sendiri. Pasakkan iman sebagai kayu ukur, apalah erti duniawi berbanding ukhrawi. Ayuh baiki diri! :)