Pages

Tuesday, January 5

Ignorant

Akhir-akhir ini kerap guna perkataan itu.
Ya, sejak memberitahu seorang teman tentang sikapnya yang ignorant.
Ignorant, bukan ignorance. Bezanya? Rujuk kamus.
Semasa menggunakannya, saya tidak merujuk kamus pun. Hanya menerbitkan masdar kepada ignore. Haha.

Seorang teman cuba memperbaik diri dari sikap ignorant yang berlebihan.
Seorang yang lain pula berbangga dengan kualiti ignorant yang ada padanya.
Sungguh lah mereka manusia.

Semalam, ada pergaduhan di tepi rumah. Lebih tepat, di tepi Masjid Bustan. Tidak dapat memastikan apa yang berlaku, cuma yang kedengaran hanyalah bunyi yang terlampau bising, bunyi tendang menendang dan tempikan. Salakan anjing terus-terusan menambah gamat. Yang kelihatan hanyalah bayang-bayang orang-orang yang bertolak-tolakan. Yang jelas, konsentrasi study terganggu sama sekali.

Pergaduhan berlaku hampir dua malam. Dua kali dalam semalaman. Semalam kemuncaknya, pergaduhan yang ke-5. Dari tingkap rumah, yang dapat kami lihat selepas siri ke ke-5 adalah 5 orang Arab dalam lingkungan usia 30-an membaling botol-botol kaca dan batu bata dari sutuh imarah bersebelahan masjid. Mereka naik ke atas seorang demi seorang. Yang memisahkan imarah kami dan imarah itu hanyalah masjid kecil dan lorong. Mahu merakamkan, tidak berani. Takut ada yang terlihat cahaya kamera.

Setelah yang berada di bawah bersurai kerana barang yang dibaling, mereka kekal di atas. Menghimpunkan barang-barang yang boleh dibaling di sekeliling tembok sutuh yang cuma setinggi satu lapisan bata. Kemudian, kelihatan yang di atas seakan-akan berlatih pergerakan menggunakan kayu. Berlatih untuk berlawan barang kali. Badan mereka bukan biasa-biasa. Tegap dan sasa. Sesuai sangat untuk sebarang aksi ngeri.

Apa punca pergaduhan, tidaklah kami ketahui. Pastinya agak besar kerana membabitkan orang dewasa. Jiran-jiran di sekeliling hanya memerhati dari beranda masing-masing.

Pagi tadi, lorong kecil itu dipenuhi pecahan-pecahan kaca. Tapi keadaan masih kami rasakan seperti biasa.

Bayangkan keadaan ini berlaku di Malaysia. Hoho.. Pasti semua terlibat sekali. Tapi tidak di Mesir. Tiada polis yang dipanggil. Ini bandar Kaherah, walaupun di ceruk Kampung Munira.

Teringat waktu di Tahun 1. Jiran sebelah bergaduh suami isteri seakan ada yang akan mati. Uh, suami isterikah mereka? Atau anak lelaki dan kakaknya? Atau ibu dan anak perempuan vs anak lelaki? Tidaklah kami pasti. Yang pasti, anak-anak kecil yang ada menangis dan menjerit bagai ada episod kematian bakal terjadi. Si ibu berteriak memanggil bawwab dalam tangisan.

Saya yang tersedar dari tidur, menikus cuma. Masih mamai. Mimpi ngerikah atau realiti? Setelah pasti itu benar terjadi, diam juga yang dipilih. Mengintai juga tidak berani. Esoknya, segalanya seakan tiada apa yang terjadi.

Itulah Mesir. Bergaduh bagai pembunuhan bakal terjadi, dan kesannya surut dalam jangka.

Persoalannya, cukup ignorant kah kita dengan keadaan sekeliling? Nilai kejiranan tiada sama sekali. Sedangkan hak sesama jiran Muslim tidak pernah terlepas dari taklifan. Hurm, ini yang ditanggung bila jiran berbeza bangsa walau persamaan agama itu lebih harus diambil kira.

Seakan-akan dunia kita hanya sesama bangsa. Ini yang lebih wajar dipanggil assabiyah, bukan? Hanya menjaga kepentingan sesama rakan senegara kita.

Tinggallah persoalan ini di sini, saya juga gagal dalam membawanya kepada tindakan. Kesedaran tinggal pada tulisan. Alhamdulillah ada Aisyah yang suka bertukar juadah dengan jiran. Merealisasikan pertanyaan yang saya sendiri kemukakan tanpa pelaksanaan.

5 comments:

  1. Siap bertukar mknn...fuhh

    ReplyDelete
  2. Yup.. Alhamdulillah, ada senior nasihatkan, buat baik kat jiran Arab sbgimana yg kamu oraktikkan kat jiran di Malaysia.. Manusia ni sama je..

    Budaya Arab berbeza, klu dia bg juadah dlm pinggan, kita tak blh balas balik dgn isi juadah dlm lain pinggan tuh. Biasanya klu kita bg something kat dia.. dia akan balas asing. Mcm hari tu dia balas dgn daging mentah..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas input tu. Rajin2 la citer keadaan arab di sana ye.. :)

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^