Pages

Sunday, August 30

Kak Ngah Kata Kakak Cakap ngan Kak Chik...

Hari ni Adibah tak pergi sekolah, demam katanya, tapi entahlah kenapa Adibah yang rajin ke sekolah tiba-tiba tidak mahu pergi. Paginya, berbagai adegan dipersembahkan dengan kerjasama Hafizi, dari babak mengejar hamster yang terlepas, makan setupperware Milo dalam bilik Ummi, sinki bilik Ummi hampir-hampir limpah, sehinggalah adegan Milo dan cawan-cawan dipunggah ke bilik air. Huh, penat!

Dalam lebih kurang jam 12 tengahari, Hafizi tidur. Mengambil peluang itu, saya turut cuba melelapkan mata. Semalam dah berjaga sampai lewat malam akibat tengok TV. Hampir terlelap, tiba-tiba Achik telefon, mahu bercakap dengan Jiji katanya. "Jiji tidur, kakak ada la," Jawabku. "Nak kecek ngan kakak, tepon mula," pinta Achik. Okes.

"Kakak, meh kecek ngan Kak Chik," Saya memanggil Adibah setelah mendial nombor telefon. Gagang telefon terus diserahkan kepada Adibah tanpa menunggu Achik menjawab panggilan. Saya kemudian membuka laptop. Pasti takkan berjaya kalau cuba tidur semula. Kakak bersembang dengan Achik. Riuh juga bunyinya. Gagang diletakkan.

Ada satu mesej masuk.
"Lambat weyh, nk gi basuh baju dulu la" -Achik

Gulp, aku dial nombor sape tadi? Rancak je kakak bercakap.

"Kakak, kakak kecek ngan sapo takdi?" Tanyaku sambil tangan kembali mendial nombor Achik.

"Kak Ngah kata Kak Chik..."

"Takdi tak kecek lagi ko ngan Kakak?" Tanyaku pada Achik.

"Mano ado, tak tepon pon.."

"Pastu kakak kecek ngan sapo takdi?? Aku salah dial.." Akibat masih rasa mengantuk, tanpa banyak cakap, gagang diberi kepada kakak semula. Bila memandu kereta tengahari tadi, baru teringat balik. Malunya!!!! Haha.

Moral of the story, jangan lakukan sebarang aktiviti dengan keadaan separa sedar. T_T

Sebelum ni selalu berhati-hati dial nombor telefon, sebab dah tak biasa sangat dengan kedudukan nombor-nombor telefon seperti di zaman kecil dulu, pejam mata pun boleh dial. Sekarang asyik guna handset aci bukak phonebook tak pun speed dial. Huh, teknologi yang melemahkan daku!

Wednesday, August 19

Mesir dalam 30 Minit

Dah seminggu sejak post yang terakhir. Entry kali ini, rasanya mahu menulis pengalaman yang sangat mengajar erti kehidupan yang saya dapat ketika dalam perjalanan pulang dari City Star. Rasanya, kalau tidak dinukilkan di sini, suatu hari nanti saya sendiri mungkin lupa. Selain itu, Aisyah Zahirah juga pernah meminta saya catatkan pengalaman kami itu. Pada mulanya, saya fikir hanya mahu masukkan gambar-gambar sahaja. Mereka kata, a photo can tell 100o stories. Tapi memandangkan stok foto tak banyak, hanya diambil menggunakan kamera telefon bimbit milik Aisyah dan shotnya juga tidak menarik, wajarlah kiranya saya menulis sahaja.

Kisahnya, pada 8 Jun 2009, selesai menduduki peperiksaan bertulis untuk kertas Anatomi, kami bersetuju untuk ke City Star, terutama Spinney. Kami bertolak lebih kurang jam 1 tengahari, memandangkan Aisyah dan Bad mahu memasak terlebih dahulu. Hari itu cukup bermakna, rasanya terlalu banyak yang dapat kami pelajari, dan sememangnya kehidupan di Mesir memang banyak mendidik kami, sehinggakan saya sendiri kurang ingat setiap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sana yang tidak mungkin dapat dilihat berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia.

Selesai membeli-belah di Spinney, kami bergerak untuk pulang. Waktu itu belum masuk waktu solat fardhu Asar. Kami menahan beberapa buah teksi untuk pulang. Sebolehnya, kami mahu tambang sekitar LE 15, memandangkan perjalanan kami dari Mouniera ke Spinney dengan menaiki teksi baru, hanya dengan bayaran LE 15. Maksudnya, harga tersebut pastilah berpatutan.

Ketika menunggu teksi di luar City Star, terdapat sebuah teksi yang berhenti secara mengejut di belakang sebuah kereta Honda. Tidak salah pemandu teksi itu, memandangkan jarak cukup jauh. Tiba-tiba, kereta Honda tadi mengundur ke belakang dengan laju, maka berlakulah perlanggaran dengan bahagian hadapan teksi itu tadi. Kirannya, momentum yang terhasil adalah dari jenis elastic collision telah terjadi. Kami tergamam, namun sempat memikirkan itu. Haha. Kereta Honda itu pula, tertolak ke hadapan semula. Yang mengejutkan kami, tiada sebarang kesan calar, apatah kemek pada kereta Honda tersebut. Malahan Arab di situ hanya melihatnya dengan biasa. Akhirnya Aisyah memutuskan: "Nati kijo Aisyah nok paka keto Honda!"

Teksi itu juga meminta bayaran LE 20, seperti teksi-teksi lain sebelum ini. Kerana kepenatan, akhirnya, kami bersetuju. Sebelum itu, terdapat sebuah teksi lain yang berhenti dan dengan ramahnya menjemput kami naik, siap dengan membuka ruang bonet kereta untuk memasukkan barang-barang kami (Ya, perlu diakui barang kami sangat banyak). Saya bertanya berapakah tambangnya. Jawab pemandu itu, naik sahaja, tambangnya sangat murah. Melihatkan dia yang bersungguh-sungguh, Aisyah hampir menerimanya. Saya mendesak lagi, berapa tambangnya? Akhirnya dia menjawab, Le 50 sahaja (?!!!!). Terus saya menolaknya. Mungkin kerana beg besar yang baru dibeli Bad, pemandu itu memikirkan kami baru sampai ke Mesir.

Di tengah perjalanan, beberapa kali enjin teksi itu mati. Akhirnya pemandunya memberhentikan teksi di tepi jalan dan meminta supaya kami menunggu di dalam teksi itu sementara dia pergi membeli minyak di stesen berhampiran. Saya bertanya, berapa masa maksimum kami perlu menunggu? Jawabnya, 5 minit sahaja. Teksi itu sememangnya sangat uzur. Saya percaya, pemandu tersebut tidak mengetahui berapa lama masa yang akan diambilnya untuk ke stesen petrol itu memandangkan dia telah bertanya pemandu lain di mana letaknya stesen petrol tersebut.

Waktu itu lebih kurang 5.20 petang. Solat Asar belum ditunaikan lagi. Melihatkan keadaan trafik yang sesak teruk, kami mungkin memerlukan sejam setengah untuk sampai ke rumah. Di hadapan tempat teksi kami berhenti, kami melihat ada seorang kanak-kanak perempuan yang duduk di atas hamparan kotak, dengan tisu. Di Mesir, tisu itu tandanya mereka sedang meminta sedekah atau derma. Paling kurang, derma yang perlu diberikan untuk sepaket tisu itu adalah LE 0.50. Di tepi kanak-kanak itu, kami lihat ada seorang wanita yang sedang berbaring dalam selimut buruk. Mungkin ibunya. Tidak mustahil kalau itulah tempat berteduh mereka. Di bawah sepohon pokok di tepi jalan raya yang penuh sesak, dengan hamparan kotak dan dikelilingi kotak juga. Itulah realiti hidup di Mesir, ramai golongan miskin yang tidak mempunyai rumah, dan memiliki anak-anak kecil.


Kanak-kanak itu. Lorong ini lorong sehala. Perhatikan laluan di sebelah kiri, sangat sesak.

Dalam kesesakan itu, sebuah lori berhenti dan seorang lelaki turun dengan cepat. Lelaki tadi membaling tayar kereta terpakai yang sangat buruk (dalam gambar) dan mengambil sepaket tisu sebagai ganti. Apakah nilai tayar itu buat kanak-kanak tadi, kami juga tidak pasti. Saya juga memerhatikan sepasang kasut buruk bersama budak itu. Mungkin sebagai tukaran juga.

Tidak tercapai oleh akal rasanya mahu memikirkan bagaimanakah keluarga ini meneruskan hidup tanpa rumah, tanpa pendapatan, dan mempunyai anak-anak yang kecil. Di Mesir, biasanya golongan wanita akan berjalan meminta sedekah dengan bayi-bayi kecil dalam dukungan dan anak-anak yang lain. Musykil. Ke manakah bapa kanak-kanak ini? Kenapa hanya dibiarkan si wanita mengemis dengan anak-anak kecil tadi? Bukankah untuk berkahwin di Mesir ini memerlukan yang lelaki siap memiliki rumah dan kereta? Persoalan yang belum saya temui jawabnya.

Jam menunjukkan 5.45 petang. Bimbang tidak sempat bersolat Asar di rumah dan tidak betah menunggu, saya menyarankan kami turun menahan teksi lain. Bad dan Aisyah bagaimanapun tidak bersetuju. Aisyah kasihankan pemandu tadi yang sedang berusaha mendapatkan petrol. Tunggu dan terus menunggu. Akhirnya, lebih kurang jam 6 petang (menjadikan rekod penungguan saya yang paling lama), pemandu tadi tiba. Saya perhatikan tin yang digunakan untuk mengisi petrol di tangannya. Tin itu berlubang dua. Petrol tumpah di sepanjang jalan. Bayangkan, di sepanjang perjalannya dari stesen minyak itu, berapa banyak petrol yang telah tumpah. Namun pemandu ini wajar mendapat pujian. Dia tidaklah mudah marah seperti Arab yang lain.

The rest, biar gambar berbicara.

Kata Pak Cik ini, kalau ke depan pun kita tak dapat bergerak juga, marilah kita menikmati pemandangan di sebelah sini. (Yang tak tahannya sempat lagi tengok time Bad snap gambar). Perhatikan Kelendan (beginikah ejaannya?) Tremco (Mini Bus) yang sememangnya gemar bertenggek di pintu Tremco yang padat mengalahkan tin sardin.


Menunggu, tak nak tukar teksi sebab kasihankan pemandu itu. Ouh, Bad telah selamat memiliki sebuah beg baru, yang telah kami muatkan dengan pelbagai belian dari Spinney.

Mentadabbur jalan~


Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian mengulanginya (kembali). Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 20Katakanlah, "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Al-Ankabut; 19-20
Dan perjalanan hari itu, kami tutupi dengan perasaan, SubhanaLLAH! Sungguh besar makna perjalanan kita kali ini. Mungkin kalian tidak dapat merasai ertinya seperti yang kami rasai, mungkin silap pada cara saya memerihalkan, dan besar kemungkinan kerana saya telah mula lupa gambaran hari itu.

Tuesday, August 11

Mari Mencintai Bahasa

Bercuti memang boleh buat minda kita bercuti sama. Kesannya, hidup selalu santai, akal kurang cerna isu-isu, semuanya dilihat sebagai lumrah yang biasa. Paling tidak, update berita terkini melalui online newspaper, khabarkan kepada Ummi dan ulasannya Ummi yang buat. Haha. Makanya, blog ini juga terbiar.

Izinkan saya menulis dengan gaya perosak bahasa. Hehe. Golongan penchenta bahasa seperti Izzah perlu berhati2. Lewat waktu ini, isu bahasa sudah agak diam, cuma masih ada sedikit riak berkisar tentang isu PPSMI, penggunaan bahasa dan sebagainya.

Kalau dahulu, pengaruh bahasa rojak dan penulisan gaya SMS agak hangat dibicarakan. Kata mereka, bahasa SMS menggalakkan penggunaan bahasa rojak dan merosakkan Bahasa Melayu (ke Bahasa Malaysia? aper2 lah..) yang terchenta.

Tapi isu bloggers yang menggunakan bahasa pasar sepasar2nya dalam penulisan blog tak pulak jadik heboh? Kenapakah? Sebenarnya saya sangat respek dengan mereka2 mereka yang mampu mengekalkan Bahasa Melayu yang betul dalam penulisan. Sekurang²nya, jangan diambil enteng sangat. Jujur, memang kadang2 penulisan santai ikut bahasa bercakap itu lagi mudah menarik pembaca, tapi kadang2 rasa sangat menyampah. Nampak seperti blog itu memang untuk meng"expose" keadaan diri penulis yang berada dalam emosi yang bangang tidak stabil juga.

Al-Quran diturunkan ALLAH dengan gaya bahasa yang sangat mantap sehingga mampu memukau para sasterawan Arab Jahiliyah, dan seterusnya menukar budaya syair dan nathar yang lagha; daripada memuji-muji kecantikan wanita, melakar pesona cinta berahi, kehebatan binatang tunggangan mereka dan kisah² alam lainnya ke pada prosa-prosa yang mengajak kepada cinta ALLAH dan sastera² Islami. Itulah kesan utama penurunan Al-Quran dan periwayatan hadith dalam sastera Arab Jahiliyah yang mengalami transformasi ke arah Sastera Islam (Al-Adab fi 3Asr Al-Islam). Cukuplah Quran dan hadith sebagai bukti peri pentingnya penjagaan Susur Bahasa. Sehinggakan Nahu (tatabahasa) Arab juga mengalami perubahan dan Si Bawaih mengambil gaya bahasa Al-Quran sebagai sumber penyusunan tatabahasa Arab[1]. ~Marilah kita mencintai Bahasa Arab.

Kalau setakat tulis blog peribadi yang memang dibina bertujuan untuk meluahkan segala rasa marah yang terpendam dan demi menghebahkan kepada masyarakat umum tentang setiap langkah gerak tulang-temulang anda dan perubahan hormon yang seterusnya mengakibatkan perubahan emosi yang ketara pada hari² tertentu, tak perlu la kot nak hebohkan kat semua orang kewujudan blog anda itu. Hehe. Sekadar menggalakkan kerosakan bahasa sahaja..

Yang menyakitkan hulu peda menjadi masalahnya, bila gaya penulisan begini terbawa-bawa sehingga ke dalam penulisan rasmi. Dalam kertas peperiksaan contohnya. Maka dengan itu, selamat tinggallah kepada penguasaan bahasa yang baik dalam kalangan pelajar sekolah. Mahasiswa dan mahasiswi apatah lagi, subjek BM dah memang tak wajib. Sedangkan, golongan² ilmuwan biasanya menjadikan pena sebagai senjata mereka. Dengan bahasa yang rosak sebegitu, maka akan kuranglah daya intelek kita.

Contoh yang jelas, sila perhatikan berita-berita di laman web MMP. Sungguh saya terfikir, si penulis² berita ini berapakah markah kertas BM mereka? Apakah mereka tidak pernah belajar format karangan? Apakah mereka mengira laman ini juga seperti blog mereka? Apakah mereka sudah lupa cara penulisan rasmi? Konklusinya, InsyaALLAH gaya penulisan dalam peperiksaan juga sedemikian. Sekian. Harap korang baca. Haha. Dan sesungguhnya saya tidak mengetahui siapakah kalian yang berada di sebalik username Team IT, tetapi sesungguhnya saya sudah tidak larat meng"edit" bahasa-bahasa penulisan blog anda. [ceyh, meluah perasaan gak aku pun...]

Maka saya meneruskan bicara. Mari kita perhatikan novel-novel keluaran Jemari Seni. Gaya penulisan yang sangat tidak rasmi. Santai juga ada peraturannya. Pertama kali membaca novel terbitan JS, saya rasa sangat meluat. Pencemaran bahasa yang dibenarkan diterbitkan dalam bentuk novel. Baca sahaja karya penulis mereka, rata-ratanya gaya penulisan blog. Karya² Hlovate contohnya. Sememangnya penulisan blog yang dibukukan. Namun saya agak musyekil bila pihak JS menyatakan DBP telah meluluskan novel² tulisan Hlovate. Huh, heran2..

Masa kat Muda Osman hari tu, Izzah pun ada komen, bahasa dalam novel Hlovate sangatlah pasar. Lantas saya katakan, "Tuh, penchenta bahasa sila baca novel terbitan DBP".

Walaupun novel terbitan Alaf 21 kosong dan jarang² berisi, tapi bahasanya masih baik. Marilah kita mencontohi rakyat Indonesia. Andai rakyat jelata negara kita berbahasa seperti rakyat jelata dari negara jiran itu, sungguh, pasti kita akan tertanya², bilakah dia ini akan dianugerahi anugerah Sasterewan Negara. Sungguhlah tiada apa yang tinggal pada Bahasa Melayu di bibir² dan jari² sebahagian besar Melayu mudanya melainkan bahasa rojak. Tata..

Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa cermin pekerti. Budi bahasa budaya kita.. Jadikan setiap kata-kata kita itu bermakna. :D


[1] Sila rujuk buku Adab Nusus SMU, silibus daripada YIK, ringkasan oleh Ust Su Azhar.. :D

Monday, July 27

Dekak Sebuley doh Ambo Kelik Kalu Gitu Nyohs..

Hoho. Sedar tak sedar (lebih kurang tak sedar la) dah hampir sebulan sampai kat rumah. Fikir-fikir balik, apa aku dah buat dalam 4 minggu nih? Hoho, rasa cam takde buat pape pun. Tapi still tak rasa boring.. Kerana cuti itu menggumbirakan! (Being diagnosed as break deficiency syndrome like Izzah).

Bila Ummi tanya Han Too Qih aka Amir Faqehuddin, kenapa suka sangat- main mesin urut.. Dia jawab..
Tak tahu kenapa.. Orang rasa, macam rasa gembira.. Rasa dekat hati ni rasa gembira. Ummi tahu tak. Rasa macam kalau Ummi nak pergi jalan mana-mana, rasa macam tu lah.
Fuh, tinggi sungguh ayat perasaan kanak-kanak darjah 5 nih. Buat karangan UPSR boleh blah. Haha.. Jadi definisi gembira bagi dia bila nak keluar jalan-jalan, mentang-mentang la baru balik ikut Abi pergi Kedah mandi sungai sakan. Heh! Senangnya gembira seorang budak.

Gembira Han Too Ji aka Amir Hafizi pulak bila tak pergi nursery dan menempel kat rumah, susun kusyen atau bantal keliling dia. Heh, pastu aku gak yang kena kemas. Suh pi nursery, dia cakap;

Ji occey gi oloh, Ji nok gi U
Banyak cantek.. Hoho..

Yang paling best, iklan MAP (Motivasi Alihan Pelajar) dalam IKIM.fm yang tak berubah-ubah lagi, sejak dulu sampai sekarang. Haha. Dah naik hafal dah. Jambatan kedua depan umah aku yang dari projek RMK 8 sejak berzaman pun dah nak start buat, iklan dia tak ubah-ubah lagi. Boleh fail sungguh motivasi cam tu, ngehs334..

Hari tu pergi jalan-jalan sekolah, nampaknya semua cikgu still ingat saya.. wuhhhuu.. Padahal musti la cikgu layan je.. Dah budak pergi mesti la bekas pelajar situ, ngehhe.. .. And then, jumpa lak ngan Ust Hairul Azizi, jeles Izzah,.. Huk2.. Punya la dia post kat blog jumpa ngan Ustaz kat sekolah hari tuh.. Hehe, tu lah namanya takdir kan Jah?

Then Ust Azmi plak boleh tak ingat nama aku, tapi bila cakap "Humairah", direct ustaz sambung, Humairah Che Ibrahim. Huhu.. Dan berkisahlah tentang Sayyeda Zainab kawasan pasar ikan. Ada plak kena gelak duduk kawasan pasar ikan. Kuang3.. Tapi still ada beberapa orang cikgu yang tak sempat jumpa. Kalau ada masa lain kali la plak. Kalau dah ALLAH takdirkan, tetap jadi kan2?? Macam kes jumpa Ust Hairul la.. Kan Izzah kan? Haha..

Then Teacher Rohaiza tanya, what is your opinion, for those yang score tak tinggi mana, is it good for them to go study there? Hallamak, ayat teacher musti la kelas.. ayat kawe sejak kelik kelate tunggey langgey, ingat bahasa ibundo jah.. Then, I said, it depend on how much they're willing to struggle and study hard. Result SPM takkan jadi penentu untuk kejayaan anda setelah berjaya masuk ke lapangan pengajian seterusnya. Semuanya pada usaha dan ketekunan plus kehendak DIA.

Ok, end of the story. Ops, lupa. Ingat nak publish gambar budak-budak kalah lawan bowling yang tak bagi aku nak snap screen scoreboard tuh. Payah la plak. Len kali la. Jom, sape free, meh kita lawan bowling lagi! Kui23..

Tuesday, June 30

Qayyidu Al-ilma bi Al-kitabah

Langsung tak pernah tulis tentang exam kat sini. Tapi exam oral Physio baru ni sangat-sangat menarik dan sangat-sangat di luar jangkaan, dan oleh itu, saya mengambil keputusan untuk catatkannya di sini, supaya boleh dibaca kembali di waktu yang diperlukan nanti.

Gap seminggu antara exam oral Histo dan Physio adalah satu jangka waktu yang cukup kiranya saya gunakan untuk mentelaah dan menghafal kembali semua ketiga-tiga buku Physio. Gap itu perlu saya gunakan sebaiknya kerana Physio adalah subjek yang paling susah, dan soalan oralnya juga mungkin sangat susah, memerlukan kefahaman dan ingatan yang total. Tapi mungkin kerana sudah terlalu penat, letih dan perasaan ingin pulang ke rumah, fokus pada Physio itu sangat sukar dicapai. Tambahan pula dengan keadaan rakan-rakan yang begitu juga, sudah berada pada tahap kemalasan yang maksima dan lebih menumpukan kepada persiapan untuk pulang. Pada dua hari pertama, Alhamdulillah, target dapat dicapai. Namun, hari-hari seterusnya, saya membuat keputusan, kalau dapat habiskan membaca sepintas lalu pun jadi la. Memang tahap tak boleh tumpu langsung.

Hari Jumaat, dihabiskan dengan membaca tajuk bahagian Cardiology. Sampai ke tajuk ECG, rasa wajar ditinggalkan kerana ECG adalah untuk peperiksaan praktikal.

"Kak Qilah, ECG kena baca dok?"

Geleng. Muka berfikir dan berkira-kira.

"Erm. Dok koot.. ECG untuk praktikal.."

"Ha'a, ore pun sero gitu.. Tinggal lah."

Satu tajuk ditinggalkan, bahagia. Sebelum pukul 11 malam dah selesai habiskan baca kesemua tiga buku.

Pergi ke universiti dengan sepenuh tawakkal, setakat tu je yang boleh aku buat. Aku dah usaha, sebelum-sebelum ni mana pernah aku ambil masa prepare untuk peperiksaan oral sebaik sahaja tamat peperiksaan sebelumnya.

Menunggu dan menunggu, Dr Hani aka Dr House (kalau betul begini ejaan nama beliau) memanggil. "Lagnah 15, number 30XX to 30XX"

Tiada yang bergerak. Aku group berapa?? Hadoila, tak tahu la plak..

Akhirnya ada yang mula bergerak.

"Mairah, mung group sekali ngan aku, group 15. Dari nombor 30xx sapa 30xx.." Ujar Mek Ti.

"Oh, nombor aku lagi last sekali.. Penunggu yang paling berjaya la.."

Hadeih, Dr Hani.. Camne ni. Prof ni mantap. Tapi tak biasa dengan dia. Mati la. Biasanya Prof yang mantap-mantap nih soalan dia semua payah-payah. Huh.

"Senior cakap, Dokor ni payoh. Soalang-soalang die payah belake. Killing questions. Suddoh la."
Begitulah lebih kurang yang diriwayatkan wakil tunggal kaum Adam dalam group kami.

Aku seakan-akan dah lali dengan ayat payah itu. Tawakkal. Itu aje yang boleh aku buat. Selawat. Baca hingga ke saat-saat akhir.

Iema dipanggil masuk. Lama juga dia di dalam. Keluar dengan muka cuak. Aku jadi bimbang. Tapi pasrah. Iema ceritakan pengalamannya. COP, Ejection Fraction, Hypoxia, Cyanosis. Dan kini dia menunggu seorang doktor lagi. Huh, payah jugak soalan Iema. Tapi semua tu tak boleh dijangka. Membaca dan terus membaca. Doa dan terus berdoa.

Semua yang masuk selepas Iema turut mendapat soalan yang sama. Ok, maksudnya prepare tajuk itu sahaja untuk Dr Hani.

"Dr Hani ok, masalahnya pada pemeriksa kedua yang tidak dapat dijangka soalannya, hatta mencakupi arterial baroreceptor dan sebagainya, bersedia untuk pemeriksa kedua," Kata mereka. Sebenarnya soalan-soalan yang mereka tak dapat jawab, jawapannya ada di mindaku, dan soalan-soalan yang mereka dapat jawab pula tiada di mindaku. Itulah manusia, berbeza-beza. Ada rezeki masing-masing.

Pasrah lagi. Kalau soalan pemeriksa kedua tidak dapat dijangka, kita seharusnya bersedia dengan mantap untuk soalan-soalan Dr Hani. Itu yang paling mungkin dapat kita score.

"Rai kena soal, kamu tahu tak nama Raihaana ni ada dalam Quran, pastu Dr Hani mintak Rai bacakan ayat mana. Tapi kemudian Dr Hani yang bacakan." Ujar seseorang.

"Izzah kena baca Quran weih.." Ujar seseorang yang lain.

Semua keluar dengan air muka bercampur baur.. Gembira. Soalan Dr Hani yang dapat dijawab. Diminta baca ayat Quran, tak dijangka langsung. Sedih. Soalan pemeriksa kedua yang payah.

"30xx.." Panggil Dr Hani sendiri, memandangkan aku pelajar Malaysia terakhir.

"Allahuma adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waja3alni min ladunka waliyyan naseera" Doaku sambil menutup pintu.

"Assalamualaikum". Duduk.

"Waalaikumussalam. What's your name?

"Humairah"

"Eih?"

"Humairah"

"Ok, write your name here," Kad dihulurkan.

Tangan terketar-ketar menulis, kenapa aku takut sangat nih? Sebelum ni tak sedahsyat ini. Tulisan sangatlah buruk.

"Humaira'?"

Angguk.

Dr Hani semacam berfikir.

"You know who is called Humaira'?"

"Yes, Sayyidatina Aisyah"

"Masya Allah!! Allahu Yubarik Fiik.. Malaysians student are really good, you are really.. Allahu Yubariik Fiik.." Doa-doa dan pujian yang berterusan keluar dari mulutnya. Mungkin sebab aku pelajar yang terakhir, semua pujian aku yang dengar. Mampu sekadar tersengih cuma.

"Hamdalah, syukran," Berkali-kali aku mengulangnya.

"Can you recite some Quran?"

Angguk. "InsyaALLAH"

"What surah?"

Blank, akal seperi kosong. Berdebar-debar. Kekuatan dikumpul semula.

"We, Malaysian students usually memorise part of the Baqarah which we recite as doa everytime."

Nak sebut ma'thurat nanti jadi cerita lain pula.

Dr seakan tidak faham.

"Nahnu nuhafizu ba3dhu al-ayat al-lati naqrauha fi ad-dua ba3da solah."

Entah dari mana tiba-tiba terasa mahu bercakap Arab. Mungkin kerana merasakan beliau sukar menangkap Bahasa Inggeris saya.

"Ok, which ayah?"

"Hurm, usually the 1st page and the last page"

Hanya itu yang singgah di mindaku.

"Ok, recite it, either the first page or the last page."

Hurm, kalau tak silap mereka sebelum ini semua baca muka 1. Baca muka last la.

"A3uzubiLLAHI min asy-syaitaani ar-rajim.." Aku bacakan ayat amana ar-rasul.

"Dr Hani, apa yang kamu buat? Ini peperiksaan apa?" Tanya pemeriksa kedua di tengah-tengah pembacaanku. Lama saya terhenti. Doktor kedua itu tidak berpuas hati kerana Dr Hani minta kami bacakan Al-Quran.

Melihat reaksi Dr Hani, aku membaca sampai habis, beliau pula setia menadah telinga dengan tersenyum.

"Sadaqallahhu al-azim," Saya menutup bacaan.

"Allahu Yuftah Alaik!" Pujian demi pujian lagi, aku tersengih cuma. Lama.

"Ok, tell me Nur, what is Cardiac Output?"

"The amount of blood ejected by ventricle in one minute"

"What time what?"

"SV times Heart Rate"

"Ejection Fraction?"

"Percentange of blood ejected in each beat.." Tak sempat menghabiskan ayat.

"Ok, tell me about Hypoxia"

"The decrease of Oxygen...." Tak sempat habis juga.

"Types of Hypoxia"

"Anemic, Hypoxic, Stagnant..."

"Ok!"

"And, Histotoxic"

"Ok, Cyanosis?"

"The bluish colouration of skin and mucous membrane due to.." Ayat seterusnya di sambung di dalam hati sahaja.

"Full mark, Nur! Masya ALLAH.."

"Syukran, thanks Doctor. Assalamualaikum," Sengih, lega.

"Assalamualaikum," kad diberikan kepada pemeriksa kedua. Intrapleural, ECG, Immunoglobulin. Tulis beliau.

ECG???? Wow! Pasrah lagi.

"What cause the lung to coil inward?"

"The tendency of the lung to coil inward while the chest wall tend to coil outward..." Tak sempat habis.

"No, the lung itself. Why it coil inward?"

"Oh, the elasticity and.."

Fikir. Haduih, apa istilah dia, kaitan, RDS, lung surfactant, liquid, attraction of water molecules. Aduih, apa istilah dia... Fikir-fikir sampai ke Biochemistry, tajuk Introduction.

"Surface Tension!" Alhamdulillah, nasib baik baca jugak tajuk 1 Biochem walaupun tak diperlukan untuk peperiksaan. Ada hikmahnya.

"What is pneumothorax?"

Aduh, apa dah. Lupa. Berdebar-debar memang tak memungkinkan kita berfikir waras.

"The present of blood (???? Blooooddddd???????) in the pleural cavity"

"Ok, draw the normal ECG here."

Alamak. Aku cuba. Alhamdulillah, masih utuh di minda.

"Ok, name the wave"

"P, Q, R, S, T" tulisku. Alhamdulillah.

"What does each wave represent?"

"P, atrial depolarization. QRS, ventricular depolarization. T, ventricular repolarization"

"Ok, what is this?" Tanya beliau sambil menggariskan P-R interval.

"PQ segment"

Jawabku, dengan perasaan bahawa jawapan itu salah yang tinggi. Loqlaq sekali.

"Ok, it is also (also????) called PR interval"

Mana sama PR interval ngan PQ segment.. Nasiblah... Rezeki.. Huhu..

"What does it represent?

"Atrial depolarization and conduction through AV Node"

"Ok, tell me about the types of Immunoglobulin"

"Immunoglobin A, IgM, IgG, IgE, IgD"

"Ok, if we take one molecule of IgM dan IgG, which is more powerful?"

Powerful? Mesti la IgG. 2ndary immune response. (Dan setakat ini semua kawan-kawan aku pun jawab IgG)

"IgG"

"No, if we take one molecule only.."

Ok, dah salah, hanya IgM yang tinggal. One molecule, mesti pasal molecular weight ni.

"IgM," Jawabku.

"Ok, you may go."

"Assalamualaikum"

Keluar, aku rasa muka aku berseri-seri. Hehe, tak sepayah yang disangka. Inilah ardhul-kinanah, yang kita rasa payah, itu yang mudah. Berbagai-bagai kemungkinan boleh terjadi. Sangat bahagia kerana peperiksaan ini sangat mudah berbanding yang disangka. Ceria sungguh aku di hari itu.

Buat kawan-kawan sekumpulan denganku, fikirku, yang kalian gagal jawab dengan Doktor kedua itu adalah kerana masalah Bahasa. Seperti kisahku ini. Jawapan ada dalam kepala, tapi ayat soalan itu tidak menjuruskan kita kepada jawapan yang beliau kehendaki.

Apa pun, ma3a at-taufiq wa an-najah buat semua. Jangan lupa terus berdoa!

Wednesday, June 24

Sebaik-baik Ciptaan, Setinggi-tinggi Ciptaan?

Ayat yang ramai orang guna untuk menambahkan keimanan tapi sebenarnya daliliahnya salah:

1) Learning the highest Creation of ALLAH is never easy..

Ayat ni, saya percaya bermula dari satu mesej motivasi yang diforward secara besar-besaran terutama dalam kalangan pelajar perubatan, kerana nilai motivasinya yang tinggi.

Time dapat mesej ni, memang lah saya sendiri pun rasa teruja dan bersemangat, tapi timbul jugak perasan tertanya-tanya benarkah manusia itu setinggi-tinggi ciptaan ALLAH? Yang biasa didengari adalah manusia itu telah diciptakan dalamn keadaan sebaik-baik kejadian.. Yang merujuk kepada penciptaan yang sempurna.

Kemudian, dengan izin-NYA, time baca Quran, saya terjumpa ayat daripada Surah Al-Ghafir atau Al-Mukmin, ayat ke 57, yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Maka, jelas. Penciptaan langit dan bumi, penciptaan alam semesta, cakerawala dan segenap unsur alam yang menakjubkan ini pastilah lagi agung daripada penciptaan manusia. Lihat sahaja berapa banyak bilangan Ayat Quran yang mengajak kita mentadabbur alam. Perhatikan sahaja bilangan ayat-ayat Quran yang mengajak merenung kekuasaan Allah melalui alam ciptaannya. Binatang, tumbuhan, langit dan bumi, siang dan malam, laut, bulan dan bintang, semuanya aspek alam yang disebut supaya diberi perhatian.

Sangatlah tidak wajar kita menilai keagungan dan kekuasaan ALLAH hanya pada satu juzu' yang kecil, iaitu pada penciptaan manusia, yang mana, jika dibandingkan dengan sistem solar sekalipun hanyalah ibarat satu titik, apatah lagi bila dibandingkan dengan galaksi bima sakti, dan seterusnya alam semester seluruhnya.. (Hehe, nak ambik astronomi tapi tak dapat..)


"Dan pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?"


Selain itu, kejadian manusia yang dicipta dalam sebaik-baik keadaan itu sebenarnya menjadi satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Pengkajian alam semesta adalah satu kajian yang sangat dalam. Namun yang menariknya, tanpa mengikuti pengajian khusus, proses mentadabbur alam masih mampu berjalan, kerana pada pertukaran siang dan malam, peralihan musim dan sebagainya cukup menjadi bukti kauniyyah akan kewujudan PENGATUR kepada semua ini.

Pada penciptaan manusia pula, sebagai makhluq yang kecil, maka proses mentadabbur itu pastinya lebih mudah. Beruntunglah bagi kita yang diberi peluang menekuni penciptaan manusia itu, kiranya dapat kita kaitkan dengan keagungan dan kehebatan PENCIPTA. Seterusnya, memanjangkan lagi pemerhatian kita pada unsur-unsur alam yang lainnya yang jauh lagi besar, hebat dan agung penciptaan serta pentadbirannya berbanding manusia sendiri.

Kalau fungsi fizikal manusia cukup teratur dengan 11 sistem (integumentary, skeletal, muscular, nervous, endocrine, cardiovascular, lymphatic, respiratory, digestive, urinary, reproductive) dan 8 organ utama, alam seluruhnya pastilah jauh lagi tinggi, jauh lagi hebat.. Dan apalah sangat penciptaan manusia dibandingkan dengan alam seluruhnya.. SUBHANALLAH! Dan di situ terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir..


2) "Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku"

Hadith ini sering diulang sebut setiap kali datangnya tiga bulan mulia ini. Dan saya mengingati hadith ini bukanlah kerana pengajian rasmi, tapi melalui ceramah-ceramah atau kuliah agama yang saya ikuti.

Tetapi, dengan izin-NYA juga, semalam terdetik hati untuk mencari matan sebenar hadith ini, dan terdapat beberapa laman web yang menjelaskan status hadith ini sebagai hadith maudhu'.

Antara huraian yang menarik boleh dilihat di sini.


Semoga kedatangan bulan Rejab ini menambahkan keberkatan dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita.

Allahumma Baarik Lana fi Rajab, wa fi Sya3ban, Wa Ballighna Ramadhan..

Kenapa hati ni meronta-ronta menyebut Ballighna Ramadhan.. Seolah-olah.............
Ballighna Ramadhan Ya ALLAH!!

Sunday, June 14

Day Out: Bazar Khan El-Khalili aka Hussein

Hehehe, seperti mana yang dimaklumi, menjelang saatnya kepulangan kita yang dinanti mereka yang dichentai dan pastinya terchenta juga di Malaysia sana.. Berbagai-bagai gerak langkah membeli-belah diatur dan dirancang serta dilaksanakan bagi memastikan mereka yang tersayang di Malaysia mendapat buah tangan masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya selaku pelajar yang agak kerap kiranya keluar ber'shopping' dibandingkan dengan zaman di Malaysia yang tahap kemalasan adalah maksimum untuk keluar ke kedai..

Lokasi: Bazar Khan El-Khalili (saper cakap camni confirm dapat tambang teksi paling murah pun LE20) aka Hussein, tepi Jamie' Hussein, yang menempatkan maqam Sayyeda Hussein (cucu Nabi Muhammad S.A.W.)

Mula-mula masuk, Bad cakap dia nak cari jubah satu lagi.. Alang-alang dah memang pergi untuk teman dia ngan Aisyah shopping, ikut ler sekali walaupun rasa sangat malas sebab sangat panas. Kat kedai tuh, mula-mula dia pamer yang kain kurang elok, sangat nipis dan jahitan pun tak elok, dah la harganya mahal.

"Tak de yang tebal ke pak cik?"
"Ada2, tunggu jap nak gi ambik"

Pastu dia pun pergilah mengambilkan sebagaimana yang saya minta, alang-alang Aisyah ngan Bad kata kainnya tebal dan jahitannya elok, maka saya terfikir, baik beli dua, boleh dapat murah sket kot..

Jubah untuk Along.. Erk.. cam besar je nih.. Sorry long, long time no see, tak leh nak budget size ar.. Hehe, LE 130 untuk 2 pasang, ok lah tu, drpd harga asal 75 satu. Tak larat nak bargain la tengah2 panas terik..

Next, sampai ke kedai jubah perempuan pulak. Hehe.. Daripada LE 48 satu, akhirnya dapat LE 35 satu. Then, dari jumlah keseluruhan dipotong lagi LE5. Ok la tuh.. Katanya dia bagi murah sebab kami nak bawa balik ke Malaysia.

Plus, unta yang besar ni, dapat LE20 seekor. Nyesal la plak ambik besar sekor kecik sekor.. Dah la Fathi cakap nak bukak ladang ternak unta..

Hehe, Pak cik yang memula tu jual LE30 sekor.. Ok la nih.. Kak Qilah pun dapat LE20 sekor, kecik lagi.. Hehe.. Tapi Fathi nak 9 ekor.. Baru ada 7 ekor, masalah nih. Hahaha..


Caranya, kerey pak cik tuh.. Haha.. Ni yang paling penat sebenarnya, sambil sengeh2.. Dah la aku ni jenis tak berapa reti nak senyum.. Pak cik tu plak ramah.. Dia tanya kita jawab.

"Tibb?"
"Aiwah"
"Dari Mansurah?"
"Tak, dari Universiti Kaherah"
"Oh, semalam ada yang datang dari Mansurah, hari ini dari Kaherah"

Sambil-sambil Bad pilih jubah, dia pun sibuk. Dalam dia belek-belek cari baju tuh, mulut dia akan cakap, "Malizia, Malizia".. Memikirkan design yang sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Pastu dia tarik satu jubah yang berkilat dan tanya:
"Mungkin tak orang Malaysia pakai yang ni?"

Hahaha.. Kami ketawa dan geleng.. Dan dia juga tergelak. Apa yang bagusnya, dalam mencari itu, mulutnya sentiasa menyebut Bismillahirahmanirrahim..

Dan dia juga bertanya tentang peperiksaan, bila saya katakan hanya Syafawi yang masih belum selesai, dengan ramahnya dia mengatakan:

"Saya dari kuliah kejuruteraan, dan dia dari kuliah pertanian (rakannya)"

Entah betul entah tidak, tapi tak mustahil..

Siap ditanya lagi nak kerja kat Malaysia ke kat Mesir..

Akhirnya, sebelum meninggalkan kedai itu, dia mendoakan kejayaan kami. Inilah kelebihan Arab, mulut yang tak lekang dari doa.. Saya didoakan supaya jadi Pakar Psikologi (dah dua kali kena pakar psikologi nih..), Bad jadi pakar mata, Aisyah pakar apa ntah.. Haha..

Tambahnya lagi, saya doakan semoga kalian berjaya, sebab nanti kalian boleh datang beli banyak-banyak lagi..

SANDY, sape-sape tak reti nak pakai stokin aku nak bagi hadiah ni kat dia.. Heehe.. Yang ni paling tak puas hati, habis cara guna harga dia tetap LE17. Redha je la..

Kurma dengan badam. LE21. Kak Qilah dapat LE20. Tapi sebab Bad ngan Aisyah dah memang sanggup nak beli ngan harga tuh, follow je la, ikut syura.. Hehe.. Pak cik kat depan tu plak jual LE 25.. Huh! Takder harapan~

Mula-mula, mak cik kat depan tu jual LE12. 12 geneh!! Mahal tuh! Masuk dalam lagi, tawar-menawar ngan pak cik tuh, then dia bagi satu LE5. Huhu.. Ingat lagi first time gi Hussein, dapat key chain lambang Egypt dengan harga LE7, pak cik tu siap kena marah lagi ngan anak dia pasal bagi dengan harga tuh.. Nyesal plak..

LE1.. LE 0.60, LE 0.50..
Ok, Bad ambik. 100 x LE 0.50 = LE 50.00

LE 0.49, LE 0.45, LE 0.43.. La'!

Ok, ok.. Kerana kamu saya bagi LE 0.40..

Hehehe.. Ok la tuh.. LE 0.40 x 100 = LE 40.00, dah jimat LE 10 daripada Bad.. Lepas tambang teksi.. Huhu.. Takper la pak cik, saya tak nak.. Hahaha.. Nanti kalau saya nak saya datang len kali yer..

Papyrus yang besar tu plak, dari harga asal dia bagi LE4.. tawar-menawar yang hebat akan memungkinkan anda mendapatkannya dengan harga LE1.50.. :D

Beg dengan dispersed kurma.. (not mine ok)

Ladang unta kecil.. Wahha..

Ok lah, sekian dahulu.. Hehehe.. Pasti Ateh akan mereport kepada Ummi. Ngehss23.. Sebenarnya dah ketandusan idea tak tau nak beli barang apa.. Teh ARUSSAH tu pun terbeli kat SPINNEY baru ni, sedangkan kat dapur banyak lagi Teh, maka masuk beg. Hehe..

Angah: Chu nak suh ore beli gapo?
Chu : Ikut la Kak Ngah.. Takpo belako
Angah: Ore tak reti nak bawak kelik gapo ni Chu..
Chu : Bawak kelik benda pelik-pelik la..
Angah: Erm., gapo hok pelik... Sinih hok pelik gak.. Arab la..
Chu : Eh, jange wak kelik Tok Arab, kejut Ummi kea..
Angah: Hahahaha..

Kesimpulan, time nak beli, cakap harga yang tak masuk akal, sangat-sangat murah.. Pastu jangan tunjuk sangat nak benda tuh.. Then, kalau nak jugak baru lah naikkan sket demi sket. Hanya dapat dipraktiskan dalam mood yang baik. Bak kata Kak Qilah, buat muka comel.. (tahun depan takde la Kak Qilah nak teman aku gi beli barang-barang letrik sambil buat muka comel dia..T_T) Hoho.. Selamat membeli-belah untuk yang tersayang.


Konklusi: Banyakkan berjalan, banyakkan berbual dengan Arab untuk memantapkan bahasa Arab kita. Kesannya memang sangat jelas. Bila Arab tu banyak modal, kita pun dapat banyak vocab untuk terus berbual, hasilnya dapat harga murah, tak pun tambang teksi yang murah. Inilah yang saya suka time shopping sebenarnya, boleh praktis Bahasa Arab.. ^_^