Pages

Showing posts with label Warkah Diri. Show all posts
Showing posts with label Warkah Diri. Show all posts

Friday, October 23

Jangan Redha Bila Ditipu

I promised Mieyra and some of my friends to tell them the full version of the story.. yeah, about my lovely spacious home here in Cairo. Specifically, Mouniera.

For the time being, rasanya nak cerita pasal "keputusan" talian internet. No access to the internet world. Why? Let me begin.

Last year, rumah kami yang cute yang berada di bawah rumah kami sekarang menggunakan talian internet daripada kabel yang ditarik dari rumah Pak Arab pembekal internet. Tahun ini, memandangkan pertambahan bilangan laptop sekali ganda, daripada 3 buah kepada 6 buah membuatkan kami berkeputusan memasang talian wireless menggunakan perkhidmatan ala-ala Streamyx di Malaysia.

Untuk mendaftarkan talian telefon, ada dua cara, pertama menggunakan nama tuan rumah, atau identiti kita sebagai foreigner. Pada mulanya, kami meminta jasa baik tuan rumah untuk mengikut kami ke Manial bagi mendaftarkan talian. Dia kemudian bersetuju dan dengan itu kami memonteng tidak menghadiri kelas Praktikal Histo. Tunggu dan tunggu, beliau tak kunjung tiba.

Bila kami pergi menemuinya, dia kata dia dah tanya sedaranya yang bekerja kat Telecom Central. Sedara dia cakap, kalau nak talian tu dipasang dalam masa seminggu, kena bayar LE1500. Kalau dalam masa 2 bulan, bayaran dalam LE500 ke 600.

Pastu, i called some seniors, dan rata-rata cakap, dalam 500. Then, Atiqah Hanifah suggest tanya Abang Faizal. And he said, "menipu je tu".. By that word, he explained, talian telefon yang dipasangang kat imarah tu pun daftar sebagai foreigner, dan cajnya hanya 900++. Kalau guna nama Arab lagi la murah, patutnya dalam 300++.

Serentak itu, berkecailah hati kami.. DITIPU LAGI???? huk445...

Untuk daftar sebagai foreigner, Kak Natrah cakap, kena bawak akad rumah. Dan akad rumah kami ada penipuan padanya. Sebabnya, sepatutnya rumah yang disewakan kepada foreigner akan dikenakan cukai. So, tuan rumah tak bagi kami tunjukkan akad tu pada sesiapa pun. Dia sangat takut akan itu. Mulanya, ikutkan amarah, memang nak bawak je akad tu. Siap ada yang kata kita bawak akad ni tunjuk kat polis la... Huk34.. Tapi.. akad tu guna nama saya.. i don't want to be involved in more problems. Hoho..

Then, i got an idea. Turun bawah, jumpa tuan rumah, cakap kat dia, kawan kami buat dengan pendaftaran sebagai foreigner dengan bayaran 1000. Tapi kena bawak akad. 1500, kami takde duit.. Dia pun asyik cakap dia takde duit.. Huk34.. Sah2 memang kena totally guna duit kami.

Kitorang bawak akad ni boleh tak mak cik? Hehehe... Tapi kan mak cik pesan jangan tunjuk akad ni kat sape2.. *grin*

Kalau akad ni tak boleh bawak, mak cik ikut la kitorang pergi Manial, kawan kitorang buat kat Manial dalam 300 je.. Siap dalam seminggu je...

Mak cik pun mintaklah masa seminggu untuk dia fikirkan.. And let's wait together.

Moral of the story, satu penipuan (penipuan asal pada akad tu), akan terus membawa kepada penipuan yang lain (maybe kena buat akad palsu). Dan, kami sampai sekarang tak boleh nak settlekan lagi benda ciput nih, haih.

Oleh itu, janganlah kamu redha bila ditipu. Jangan bersetuju dari awal, banyak masalah akan timbul di kemudian hari. Kat Mesir ni, selalu je kita diam dan buat muka toyo je biarpun tahu hidup2 kita kena tipu, sebab malas nak layan Arab. Benda tu la yang akan bawak kepada masalah berpanjangan. Sekian, malas nak hurai panjang. Banyak sangat pengajaran dapat dalam awal tahun ini.


Post pertama totally informal~

Friday, October 2

Back to School, Back to Cairo

Assalamualaikum wbt,

Dengan ini, saya mengisytiharkan, saya akan pulang ke Cairo untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu di Ardh Al-kinanah, pada pagi esok, 3 Okt 2009, menggunakan penerbangan Emirates Airways, jam 2 pagi waktu Malaysia. :)

Petang ni bertolak dari Kelantan jam 7.50.

Setulus hati, saya memohon maaf kepada semua kenalan andai pernah mengguris hati kalian. Doakan supaya:

  1. Perjalanan kami selamat
  2. Semangat kami makin meningkat
  3. Terus diberi kekuatan oleh ALLAH untuk meneruskan perjuangan ini
  4. Dapat belajar dengan baik
  5. Lulus peperiksaan untuk Tahun 2 tanpa perlu mengulang kertas (Benda paling menakutkan) :D

Semoga kita semua terus berada dalam rahmat ALLAH.

p/s: Kalau ada benda tak puas hati yang tak boleh dimaafkan, sila cakap direct yer.. Saya senang begitu.. :)

Thursday, September 17

Mencari Lailatul Qadr, Cara Faqih

Ketika sedang bersahur pada suatu pagi yang hening pada bulan Ramadhan, seorang remaja perempuan berkata kepada ibunya: "Ummi, malam ni bukan Lailatul Qadar ke? Orang tengok hening je semalam. Damai."

Adiknya yang dalam Darjah 5 berkata: "Betul Ummi, orang tangkap ayam semalam, dalam pukul 8 malam, ayam tu senyap je. Tak bising pun. Ayam tu nampak malaikat la tu."

"Kenapa Faqih pergi tangkap ayam? Bila?"

"Semalam, masa orang tengah jalan balik dari balaisah, orang lalu kot bawah rumah, nak tangkap ayam, nak cek Lailatul Qadar ke tak, pastu ayam tu tenang je..Lailatul Qadar la tu.."

Begitulah ceritanya. Senangnya kanak-kanak ini mencari Lailatul Qadar, sekadar bertanya pada ayam. Dan sungguh, paginya, sangat hening dan damai, langitnya pula bersih tanpa awan. Dan rahsianya pada TUHAN.

Friday, September 4

Musafir, Subuh Tergadai

Tadi ada iklan Sani Express dalam MHI di TV3. Saya tengok dengan ralit. Kenangan pulang ke KB menaiki Sani Express dari Shah Alam takkan saya lupa.

Malam itu, bas bertolak lewat sejam dari waktu yang sepatutnya. Kemudian, bas 2 tingkat itu berhenti pula untuk mengisi bahan bakar. Alhamdulillah perjalanan lancar.

Hampir jam 6 pagi, saya bangun. Dari pukul 5 pagi lagi Ummi menghantar SMS bertanyakan bila akan sampai, kerana biasanya bas dari KL akan sampai di KB sekitar jam 5 pagi. Abi tiada di rumah. Pukul 6 pagi, saya menelefon rumah. Ummi tanya, solat Subuh macam mana? Saya yang tidak biasa menaiki bas berpendapat pemandu bas akan berhenti di mana-mana untuk solat Subuh. Waktu itu masih yakin, tambahan pula masih ada waktu. Jam terus beranjak. Tepat 6.30, Ummi menelefon. Bas tidak berhenti. Ummi kata pergi tanya pemandu bas. Memang agak berat untuk bergerak ke bawah, tambahan pula di sekeliling saya ada pelajar-pelajar lelaki dari UIA dan pak cik-pak cik yang sudah berumur.

Pada fikiran saya, takkanlah mereka tak fikir pasal solat. Kebetulan pula ketiga-tiga rakan yang pulang bersama saya pada hari itu uzur syarie. Mahu tak mahu, saya menggagahkan langkah bertanya pemandu itu. Dengan nada kalut dan seperti tahu salahnya, pemandu itu memberitahu: "Yer lah, saya pun tak solat lagi ni, tak boleh nk berhenti, kita dah lewat. Memang lah kena solat, saya pun tak solat lagi.."

"Pastu macam mana ni pak cik?"

"Takpe lah, nanti kita berhenti kat musolla kat depan tu, dalam 15 minit lagi. Duduk kat sini dulu la," Ujarnya sambil meminta saya duduk di tangga bas berkenaan.

15 minit, maksudnya 6.45. Fuhhh, Subuh cap gajah.

Saya naik semula ke tempat duduk untuk mengambil sweater dan stokin untuk solat. Telefon dan barang-barang lain ditinggalkan di tempat duduk bersama rakan-rakan.

Jam 6.50, bas itu berhenti, saya melintas ke masjid di seberang jalan. Hanya saya seorang yang turun daripada bas dua tingkat yang boleh memuatkan lebih kurang 70 orang dan hampir 90% penumpang pada malam itu lelaki. Sampai di tangga masjid, terdengar kuliah subuh sedang diberikan. Saya terus ke bilik air dan berwudhu', dan terus bersolat dengan memakai sweater, tanpa menghiraukan pandangan pelik orang kampung. Dah lewat, tak pakai telekung, pedulikan. Kebetulan waktu itu kuliah Subuh baru sahaja tamat.

Usai solat, saya melihat masih ada dua orang mak cik yang sedang melihat ke arah saya dengan hairan. Saya senyum cuma.

"Bas tak berhenti untuk solat Subuh," Jelas saya. Kami sembang-sembang sambil berjalan ke luar. Saya meminta diri dan bersalaman dengan mak cik tersebut sebelum menyeberang jalan. Waktu itu baru saya perasan, bas tadi sudah tidak ada. Kelu. Tidak tahu apa harus dilakukan. Yang tinggal sekarang hanya jemaah lelaki dan mak cik tadi yang hampir pulang. Saya lihat mak cik itu kembali.

"Bas dah takder.." Senyum kelat.

Mak cik itu mula kalut dan memberitahu jemaah lelaki yang masih berbaki tentang perkara itu. Mahu menelefon, telefon tidak dibawa. Seorang jemaah yang dipanggil Cikgu meminjamkan telefonnya kepada saya. Kelu kembali bila panggilan ke telefon rakan dan telefon saya sendiri, semua tidak berjawab. Jemaah mula kalut. Seorang pak cik meminta cikgu tersebut menghantar saya ke stesen bas berhampiran. Bayangkan, sehelai sepinggang, tiada telefon atau duit. Kelu. Namun saya percaya rakan-rakan saya pasti akan melakukan sesuatu.

Rungutan dari jemaah mula kedengaran. "Tadi saya nampak la ada bas dua tingkat berhenti, ingatkan nak berhenti solat Subuh, tapi nampak sorang je yang turun."

"Nak kena report macam ni, tinggal orang yang turun solat" Saya juga hampir percaya saya sudah ditinggalkan bila mereka asyik menyebut begitu.

Diringkaskan cerita, akhirnya bas datang kembali, rupa-rupanya bas itu ke stesen menghantar penumpang terlebih dahulu.

Naik sahaja ke dalam bas, pemandu itu bertanya: "Dah siap solat?" Seakan memuji sambil cuba menunjukkan rasa kurang senang tidak bersolat.

Selesai cerita hari itu. Saya geram bukan kerana ditinggalkan terpinga-pinga. Tapi saya geram dan benci dengan sikap masyarakat Islam di Malaysia yang langsung tidak mengambil berat tentang solat. Mereka boleh tidur dengan lena tanpa bersolat. Saya bimbang kerana saya sekapal dengan mereka dalam bas itu. Kalau dari awal pemandu itu memutuskan untuk berhenti, mungkin kejadian ini tidak berlaku. Saya rasa bersalah kepada jemaah masjid. Mereka sangat-sangat membantu.

Namun tidak dinafikan, ada satu masa yang lain, saya juga pulang menaiki Sani Express. Walaupun fobia, namun teman saya telahpun membelikan tiket dan tiket-tiket bas ekspress lain telah kehabisan. Alhamdulillah perjalanan kali ke-2 itu tidak bermasalah. Berhenti di masjid awal waktu.

Bapa saudara saya ada bercerita, sewaktu Pilihan Raya, ada satu rombongan pemuda untuk parti yang menjadikan Islam sebagai syiar. Daripada berbijik-bijik bas yang ada, hanya beberapa orang yang bersolat Subuh.

Inilah nilai solat, Subuh terutamanya dalam masyarakat kita.

Wednesday, June 24

Sebaik-baik Ciptaan, Setinggi-tinggi Ciptaan?

Ayat yang ramai orang guna untuk menambahkan keimanan tapi sebenarnya daliliahnya salah:

1) Learning the highest Creation of ALLAH is never easy..

Ayat ni, saya percaya bermula dari satu mesej motivasi yang diforward secara besar-besaran terutama dalam kalangan pelajar perubatan, kerana nilai motivasinya yang tinggi.

Time dapat mesej ni, memang lah saya sendiri pun rasa teruja dan bersemangat, tapi timbul jugak perasan tertanya-tanya benarkah manusia itu setinggi-tinggi ciptaan ALLAH? Yang biasa didengari adalah manusia itu telah diciptakan dalamn keadaan sebaik-baik kejadian.. Yang merujuk kepada penciptaan yang sempurna.

Kemudian, dengan izin-NYA, time baca Quran, saya terjumpa ayat daripada Surah Al-Ghafir atau Al-Mukmin, ayat ke 57, yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Maka, jelas. Penciptaan langit dan bumi, penciptaan alam semesta, cakerawala dan segenap unsur alam yang menakjubkan ini pastilah lagi agung daripada penciptaan manusia. Lihat sahaja berapa banyak bilangan Ayat Quran yang mengajak kita mentadabbur alam. Perhatikan sahaja bilangan ayat-ayat Quran yang mengajak merenung kekuasaan Allah melalui alam ciptaannya. Binatang, tumbuhan, langit dan bumi, siang dan malam, laut, bulan dan bintang, semuanya aspek alam yang disebut supaya diberi perhatian.

Sangatlah tidak wajar kita menilai keagungan dan kekuasaan ALLAH hanya pada satu juzu' yang kecil, iaitu pada penciptaan manusia, yang mana, jika dibandingkan dengan sistem solar sekalipun hanyalah ibarat satu titik, apatah lagi bila dibandingkan dengan galaksi bima sakti, dan seterusnya alam semester seluruhnya.. (Hehe, nak ambik astronomi tapi tak dapat..)


"Dan pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?"


Selain itu, kejadian manusia yang dicipta dalam sebaik-baik keadaan itu sebenarnya menjadi satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Pengkajian alam semesta adalah satu kajian yang sangat dalam. Namun yang menariknya, tanpa mengikuti pengajian khusus, proses mentadabbur alam masih mampu berjalan, kerana pada pertukaran siang dan malam, peralihan musim dan sebagainya cukup menjadi bukti kauniyyah akan kewujudan PENGATUR kepada semua ini.

Pada penciptaan manusia pula, sebagai makhluq yang kecil, maka proses mentadabbur itu pastinya lebih mudah. Beruntunglah bagi kita yang diberi peluang menekuni penciptaan manusia itu, kiranya dapat kita kaitkan dengan keagungan dan kehebatan PENCIPTA. Seterusnya, memanjangkan lagi pemerhatian kita pada unsur-unsur alam yang lainnya yang jauh lagi besar, hebat dan agung penciptaan serta pentadbirannya berbanding manusia sendiri.

Kalau fungsi fizikal manusia cukup teratur dengan 11 sistem (integumentary, skeletal, muscular, nervous, endocrine, cardiovascular, lymphatic, respiratory, digestive, urinary, reproductive) dan 8 organ utama, alam seluruhnya pastilah jauh lagi tinggi, jauh lagi hebat.. Dan apalah sangat penciptaan manusia dibandingkan dengan alam seluruhnya.. SUBHANALLAH! Dan di situ terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir..


2) "Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku"

Hadith ini sering diulang sebut setiap kali datangnya tiga bulan mulia ini. Dan saya mengingati hadith ini bukanlah kerana pengajian rasmi, tapi melalui ceramah-ceramah atau kuliah agama yang saya ikuti.

Tetapi, dengan izin-NYA juga, semalam terdetik hati untuk mencari matan sebenar hadith ini, dan terdapat beberapa laman web yang menjelaskan status hadith ini sebagai hadith maudhu'.

Antara huraian yang menarik boleh dilihat di sini.


Semoga kedatangan bulan Rejab ini menambahkan keberkatan dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita.

Allahumma Baarik Lana fi Rajab, wa fi Sya3ban, Wa Ballighna Ramadhan..

Kenapa hati ni meronta-ronta menyebut Ballighna Ramadhan.. Seolah-olah.............
Ballighna Ramadhan Ya ALLAH!!

Wednesday, June 10

Mereka juga Saudara Kita!


Berita yang dipaparkan sejak semalam di Laman-laman berita online sangat menyayat hati, terutama dengan gambar-gambar mangsa yang terbunuh di dalam masjid yang dikelilingi darah.

Masjid, mendengarnya perkataan pertama yang terbayang di minda adalah ketenangan, namun ini situasi yang benar-benar kontra.

Haruskah iktibarnya begini:
"Masjid sudah lagi tidak selamat, kita patut bersembahyang secara jemaah di rumah sahaja."

Atau begini:
"Kalau kita tak dapat mati di Tanah Suci, sekurang-kurangnya mati ketika menunaikan ibadah di masjid, sungguh mulia keadaan itu."

Wilayah Narathiwat, satu daripada tiga wilayah yang majoriti penduduknya Islam. Mereka sangat dekat dengan kita. Terutama dari negeri Kelantan.

Kita berkongsi bahasa, berkongsi menu makanan, berkongsi budaya malahan mungkin berkongsi keturunan. Paling tidak, ya, kita berkongsi agama dan aqidah. Hanya sempadan negara, passport dan visa yang memisahkan kita. Malahan untuk menyeberang ke Selatan Thai itu bukan susah, jika mahu pergi secara halal, sekadar border pass juga sudah mencukupi.

Mungkin sahaja ada di kalangan yang terbunuh itu kaum keluarga sahabat karib kita. Mungkin sahaja yang terkorban itu saudara-saudara mereka.

Berbalik pada persoalan iktibar. Masjid Al-Furqan bukanlah masjid yang tersergam indah, besar dan berkilat seindah senibina Masjid Kristal atau mana-mana masjid kebanggaan rakyat Malaysia.

Dalam serba kekurangan, rakyat Narathiwat tetap membangunkan sebuah masjid, dan yang paling penting, mengimarahkannya. Dikira dari angka kematian yang berjumlah 11 orang dan dua mangsa yang terselamat, jumlah jemaah semuanya 13 orang. Kalau diselidik di masjid-masjid di Malaysia, mampukah bilangan jemaah mencapai angka ini? Kalau ya, Alhamdulillah.

Dalam keadaan bergolak, mereka tetap melangkah ke masjid untuk solat berjemaah. Di situlah sebenarnya punca kekuatan umat Islam.

Yahudi akan mampu dikalahkan bilamana bilangan umat Islam yang turun solat Subuh berjemaah sepertimana ramainya bilangan yang turun untuk solat Jumaat.

Ini antara quote yang popular. Tapi kini, bukan sekadar Yahudi dan Nasrani memusuhi Islam, bahkan golongan Buddha itu juga.

Dan saudara se-Islam kita, bukan sekadar di Palestin, bukan sekadar di Iraq, bukan hanya di Tanah-tanah Arab. Masih ramai lagi saudara se-Islam kita yang sedang berjuang, di Thailand, di China, Filipina, Russia, Indonesia, dan berbagai lagi tempat yang minoriti Islam. Mereka juga ditindas.


Ditembak ketika bersolat di dalam masjid

Mukmin itu bersaudara, mereka umpama satu jasad. Bila sakit satu anggota, sakitlah seluruh jasadnya.

Thursday, May 21

Raikan Cinta II

Sejurus selepas saya membuat post semalam, beberapa respon selain dari yang terdapat di ruangan komen telah diterima melalui YM.

Antaranya:

a_mieyra: pe citer nie
a_mieyra: sinopsis
Nur: ish
Nur: tak aci ar main sinopsis
a_mieyra: alaa....
a_mieyra: ckt je
a_mieyra: kisah mum ke
a_mieyra: hahah
a_mieyra: pndi yer skrg
a_mieyra: cari hok molek la deh
Nur: eh?
Nur: dok pehey maaa
Nur: weh
Nur: olla2233
Nur: hello2334
Nur: ollllaaaaaaaaaaaaaaaa
a_mieyra: ye...... xpehe pe
Nur: mum ingat kisoh cinta aku ke??
a_mieyra: abs tu sape
a_mieyra: mane la aku tau...
a_mieyra: cite baru
a_mieyra: best kot


Ish~ Sampai hati ko Mirah...

Pagi tadi, ada satu YM, sebab saya buat status quote kata-kata Imam Nawawi tuh. Lebih kurang begini:

ZWX: siapa tu.. :)
Humaici: :)
ZWX: semoga bahagia
Humaici: insyaALLAH

Erk, cerita yang ni sebenarnya dah faham dia salah faham, tapi malas nak jelaskan dengan harapan dia bukak baca sendiri kat sini.. heheh

Begitulah kisahnya,. pastu ada satu kisah lagi.. Mengatakan post saya tahun ni dalam mood cinta.. Haha..

Kalau korang baca.. Fahamlah sesungguhnya saya juga telah salah faham, kuang34,.

Setelah tiga kisah ini berlalu.. ku tanya Izzah, buleh salah faham ke? Dia pun kata.. maybe.. "yolo la kot, tak dok angin tak dok ribut tiba-tiba tulis pasal cinta, pastu plok gaya tak strict (nampak sangat aku selalu strict), gaya santai je"... dan kami tergelak riuh bersama-sama.

Gelak itu, terjangkit kepada Nadie. Tanya plak Nadie. Dia cakap, meh sini nak baca.. Pastu... hahahaha.. ayat last tuh..

Dush! Sakit tayar!

Arakian, di sini mahu saya jelaskan..

  1. Status YM dari quote Imam Syafie itu, saya gunakan sebab saya melihat keuniversalan cinta manusia itu. Dan saya menulis post di bawah untuk menyatakan pandangan saya.
  2. Status "Love U tooo... Muahhaaa ha ha ha" itu pula ditujukan kepada adik saya, Nur MADIHAH yang meletakkan status, "Angah, I Love You!!"
  3. "Sebagai manusia, aku cinta padamu" itu pula quote dari novel tulisan Ramlee Awang Mursyid. Erk, kalau tak silap la.. Sebab tak pernah baca pun, haha,.. Tu pun sebab sepupu saya, Nurul ATIQAH yang mengucapkan kata-kata itu. Maka saya tuliskan sekali.
  4. Maka akhirnya, kalau pada takrifan anda cinta itu hanya sekadar antara dua jantina berbeza, sila tukarkan perkataan cinta yang saya maksudkan dengan skop mencintai manusia yang Muslim itu kepada perkataan KASIH SAYANG.


Ok? Fahimtum?

"Tidak ada satu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela (selepas wafatku) terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum wanita"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan tidaklah saya berhasrat.. eh silap.. Saya pohon perlindungan daripada ALLAH daripada menjadikan diri ini sebagai fitnah kepada kaum lelaki. Sekian..

Wednesday, May 20

Masa Bercinta.. Raikannya!

Hari ini kalimah cinta bertebaran di mana sahaja. Bahkan genre-genre novel, puisi, sajak dan seumpanya dalam sastera Melayu berteras Islam menjadikan cinta sebagai tema.

Skop cinta, sememangnya diketahui tak punya sempadan, bukan sekadar cinta terlarang antara teruna dan dara yang kemudian dihalalkan melalui pernikahan.

Fokus kali ini, saya suka untuk men"tadabbur" petikan kata-kata Imam Nawawi RahimahuLLAH, yang bermaksud:

Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
Luasnya skop cinta itu, pada pandangan saya, sebagaimana yang pernah saya catatkan di ruangan komen dalam blog ini, merangkumi cinta dan sayang pada semua individu muslim, muslimah. Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Maka tuntutan persaudaraan adalah menyempurnakan hak cinta, melangkaui sempadan budaya mahupun adat, bangsa dan negara.

Cinta, satu entiti dalam diri manusia yang tak punya batas sempadan, tak punya kuantiti maksimum untuk digunapakai. Tiada bahana yang akan wujud akibat cinta berlebihan melainkan jika cinta itu bukan pada tempatnya.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada rasa tanggungjawab.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada perasaan belas kasihan.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada rasa ingin mengislah sesama Islam.

Cinta sesama mukmin, pasti tersubur dengan rasa cinta pada Islam.


Ayat sebenar dalam novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" lagi best..


Dengan adanya cinta yang bernamakan kasih sayang, belas simpati dan kasihan, kita cakna pada umat Islam di Palestin.




Dengan adanya cinta tadi, kita mahu bertindak mengambil tanggungjawab amar makruf nahi munkar. Semata-mata mahu mengislahkan sesama Muslim. Apakah ganjarannya untuk kita? Tiada dari segi material. Begitu juga mereka, semuanya balasan di sana. Semuanya hanya mampu dilaksana bila punya rasa sayang sesama insan.

Tanpa cinta sesama insan, payah untuk mewujudkan dalam diri sikap saling menegur dan saling memperbaiki. Sedangkan semua itu perlu untuk survival ummah.



Hilangnya Cinta

Bila hilangnya agama dalam dirimu, di situ noktah berakhirnya cintaku. Bila hilang agama dalam diri, pelbagai kemaksiatan boleh berlaku. Sebelum hilang agamanya itu, kita menyayanginya sebagai Muslim, memenuhkan tuntutan amar makruf dan nahi munkar. Hatta sebagai bukti cinta, kita berlaku adil bila masanya dituntut, contohnya bagi melaksanakan hukuman hudud, qisas ataupun takzir.

Biarkan cinta kita menyebabkan dia menerima hukuman di dunia, supaya suci tika bertemu Pencipta.

Cinta juga automatis akan hilang bila mana agama pada dirinya hilang dengan kekal. Murtad contohnya, hukuman bunuh. Maka hilanglah cinta kita, diganti dengan bencikan kemungkarannya.


Petua Cinta


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu menyukai buat saudara kamu apa yang kamu sukai buat diri kamu sendiri.

من لا يَرحم لا يُرحم
Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.




Selagi cinta terpasak demi redha-NYA,

Pada jalan yang DIA redhai,
Pasti terlerai kekusutan diri,
Sentiasa punya teman walau diri di penghujung bumi,

Sentiasa punya matlamat dalam kehidupan ini.


Cinta,
Ukurannya dari mata hati,
Dan hati itu,
Penggeraknya hanyalah Ilahi.

Percayalah pada hati,
Minda sebagai juri,
Syariah sebagai paksi,
Ayuh koreksi diri.

Jom bercinta! Haha..


Sebagai manusia, aku cinta padamu!
Sebarkan Cinta!!!



~Sengau nak masuk exam Histo.. buku colour pink,, mood cinta sungguh. Tapi camna nak cinta Histo?? Sehari baru habis 4 pages ni,, parox nisey~

Saturday, May 16

Aku Ingin jadi Mukmin yang Kuat

"المؤمن القوي خير واحبّ الى الله من المؤمن الضعيف"

"Mukmin yang kuat (bukan tafsiran fizikal semata) itu lebih baik dan lebih disukai ALLAH berbanding Mukmin yang lemah"


Sepanjang-panjang teks khutbah Jumaat yang saya "terdengar" dari bilik saya sambil berbual dengan Ummi semalam, ayat yang paling melekat di minda ini adalah hadith di atas.

Entah kenapa, hadith ini bagai menjawab persoalan yang terlintas di fikiran setiap kali berdoa memohon agar ALLAH membrikan kejayaan kepada diri, keluarga, rakan, kenalan, wa man ausooni bi ad-du3a..

Setiap kali memohon agar ALLAH mengurniakan kejayaan, hati seolah-olah tertanya-tanya. Apa tujuan sebenar mahu beroleh jaya?

Minda yang hebat mencari alasan pasti akan memberi seribu satu jawapan.. Eh, tidak, paling banyak mungkin 20. :D

Antara jawapan yang mungkin terlintas:
  1. Membawa kepada kejayaan dan matlamat utama - berjaya sebagai seorang Pegawai Perubatan yang niat asal adalah mahu mengkaji keagungan ciptaan ALLAH, membantu manusia dan menambahkan golongan Proffesional terutama Doktor yang punya pengetahuan agama.
  2. Memberi kegembiraan buat Ummi dan Abi, kerana pada redha mereka letaknya Redha ALLAH
  3. Mampu menjadi nilai tambah dalam dakwah

Perhatikan semula hadith di atas. Mukmin yang kuat. Mukmin yang lemah.

Islam tidak datang hanya sekadar mahu kita mengucapkan dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Haji.

Lemahlah Muslim kiranya mereka hanya meletakkan dan mengambil Islam itu dari sudut ibadah khusus. Sedangkan Islam itu syumul, merangkupi semua aspek kehidupan.

Inilah aspek yang memperkasakan Mukmin. Menghayati kesyumulan Islam, lantas membawa ke dalam praktikaliti hidup di mana sahaja dia berada. Bukan manusia yang menjadi sandaran perbuatannya, namun konsep Ihsan menjadi pegawai dalam diri. Takrifan pada Muslim, seorang yang beragama Islam. Di Malaysia, semua Melayu adalah Muslim, namun berapa keratkah pula Melayu yang Mukmin?

Dalam bilangan itu, pengklasifikasian berjalan lagi. Mukmin yang kuat dan Mukmin yang lemah.

Sebagai Mukmin, Iman yang dimiliki pasti ada masanya bertambah dan berkurang. Bertambahnya Iman melorek kepada kekuatan Mukmin.

Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Berpendidikan, membawa Mukmin sedikit jauh daripada nilai kemiskinan. Lantas, mempunyai harta yang cukup mampu membawa kepada erti syukur. Ini salah satu punca kekuatan Mukmin.

Kejayaan, imma segulung ijazah pertama di zaman kini, mampu memberikan kita kedudukan dalam masyarakat. Kedudukan ini, bukanlah bererti tamakkan kuasa. Namun inilah yang menjadikan wadah dakwah itu mudah. Bukankah hadith mencegah kemungkaran juga dimulakan dengan pencegahan melalui kuasa? Cukuplah itu sebagai bukti perlunya kuasa.

Memperkasa Mukmin, tuntasnya, membawa pengertian "pemerkasaan" dari segenap aspek kehidupan, pulang kembali kepada kesyumulan Islam tadi. Perkasa dengan ilmu untuk dunia, merangkumi ilmu yang memperbaiki status sosial masyarakat, perkasa dengan kaedah dan langkah memobilisasi Ummah. Perkasa dengan ilmu untuk akhirat, yang akan memacu perjalanan hidup Mukmin ke arah destinasi persinggahan akhir yang dituju, dunia akhirat.

Perkasa dengan pengetahuan agamanya, hidup Mukmin akan punya matlamat. Setiap gerak kerja sebagai ibadah menuju Rabb. Sekaligus niat yang thabat. Dan itulah makna ibadah: Setiap perbuatan padanya wujud ketaatan kepada ALLAH. (العبادة: كل عمل فيه طاعة الله)

Semoga ini menjadi landasan baru dalam menggapai jaya, permudahkanlah Ya ALLAH!

Wednesday, May 13

Tag Seddo~ :P

Amaran: Ini satu karutan!

Ini tagged drpd adik aku yg sedang borim menunggu masa berlepas ke UIA barangkali.. Tak jawab kang manjuk lg~ haish...Sebagai kakak yg baik, aku merelakan diri menjawabnya.


TAGGED 1.

a. nama penuh anda
b. umur anda semasa menjawab tag ini : y/m/d
c. institusi pengajian anda sekarang
d. jurusan yg diambil
e. senaraikan sekolah anda sejak dari tadika
f. senaraikan nama kawan baik anda
g. kenapa mereka menjadi kawan anda?
h. adakah anda mempunyai musuh? kenapa?


Jawapan

a. Nur Humairah Binti Che Ibrahim Bin Mohamed Bin Ibrahim
b. 19 tahun 3 bulan 28 hari
c. Fakulti Perubatan Kasr El-Ein, Universiti Kaherah
d. Perubatan Manusia
e.
  1. Taski ABIM Al-Hilal
  2. SRI ABIM Al-Hikmah
  3. SRI Aman
  4. Maahad Muhammadi Perempuan

f. Cariklah dlm post sebelum nih. Okk.. tak yah majuk. Here they are:
  1. Noor Zahidah Myiddin
  2. Nur Amirah Yusoff
  3. Nurul Atiqah Shamsudin @ Shukri
  4. 'Aisyah Zahirah Sukeri
  5. 'Izzah Mohammad
  6. <<<<<>>> (di sini ada HTML code yg tak menjadik.. LISTS yg panjang... So dia tak kelihatan)
g. Sebab saya comel dan baik. Hahaha.. sebab mereka sangat baik.. Sanggup tolong saya buat apa sahaja. Sanggup teman saya ke mana-mana saya nak pergi. Sanggup layan kerenah saya yg berbagai ni.. Sanggup layan bebelan saya.. Sanggup terima cara pemikiran saya. Sanggup brainstroming pasal sesuatu isu ngan saya. Sanggup tolong saya buat keputusan dalam sesuatu hal. Sanggup dengar masalah saya. Banyak lagi la~ ..ish... jahatnya aku.. adkh aku berkawan krn aku memerlukan mereka??? Abaikan~




TAGGED 2.

a. pada umur berapakah anda akan membina baitul muslim?
b. kenapa?
c. agak2 siapa?
d. kenapa dengan dia?
e. adakah anda sudah cukup2 sedia pada umur itu?
f. sila mengaku, ada couple dah ke belum sekarang?


Jawapan:
a. Bila cukup duit
b. Nak buat rumah kena la ada duit
c. Mestilah pak cik2 tukang rumah yang akan binakan.
d. Pasal tukang rumah la reti buat rumah, haish~ Takkan mekanik kereta kot~
e. Umur? InsyaALLAH.. Bukan payah pun nak bersihkan rumah.
f. Couple? Hurm,.. kalau kebetulan nak buat sesuatu kerja bersama, atau nak gi mana2 tempat sekali.. ada la.. Kalau kerja individu.. tak yah couple pun takpe.

Sunday, May 10

Aku dan Ummi

Bila baca blog Mek Ti, rasa teringin nak buat post sempena hari ibu jugak. Hehe..

Walaupun pada asalnya, rasa tak perlu kot nak pamerkan sesuatu yang secara mutlaknya, fitrahnya, wujud dan tetap dalam diri manusia.

Orang kata, tiada kasih manusia yang lebih agung daripada kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Aku terlalu menyayangi Ummi, orang yang paling aku sayang. Abi jadi orang ke-2 eh??? Haha.. Mana ada, Ummi dan Abi pastinya ada tempat tersendiri.

Makanya, jika mahu dibuat skala ukuran, apa measurement kasih Ummi buat kami? Kalau aku terlalu sangat amat menyayangi Ummi, kasih Ummi yang lebih besar itu bagaimanakah pula gambarannya???

Ummi... Ummi..... Ummi......... Ah.. RINDUNYA!!!!!!!!!!!!!!

Berjauhan dengan Ummi membuatkan aku bertambah2 menghargai Ummi. Manusia, bila tiada di sisi baru dirasai nilainya kan?

Kalau dulu,
Semua masalah aku sandarkan pada Ummi
Dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besarnya
Pasti aku kongsikan dengan Ummi
~Dok sini pun kongsi gak~
Rasa kehilangan yang sangat bila berpisah dengan Ummi dan Abi dan adik-adik dan Along

Aku anak yang sangat degil
Tapi berapa kali sangat Ummi pernah marah aku
Pernah aku kena marah,
~ah, sebak nak tulis~
Angah banyak dosa ngan Ummi..

Nak berangkat ke sini, aku tak reti nak kemas beg, dengan barang yang sangat banyak.
Aku tarik muka. Bingung.

Ummi senyum, dan kata: "Nanti ummi buat.. Tinggallah, gi tidur.. tak yah buat muka tensen"
Aku tak nak susahkan ummi.. Tapi tertidur atas kerusi sambil tunggu Ummi. Ummi jugalah yang menyelesaikannya.

Kalau dulu, nak exam, sebab aku memang style study last minute, maka aku akan berkurung dalam bilik, turun untuk ambil wudhu', makan dan tengok TV sahaja, semua benda lain Ummi siapkan untuk aku. Breakfast pasti terhidang, walaupun aku sorang je yang perlu makan awal.

Kat sini, aku agak hilang punca.. Tanpa family di sisi. Time kipas menunjukkan gejala nak rosak pun, aku jadi takut. Kalau kat rumah, ada Ummi, ada Abi yang akan bereskan. Even kipas dalam bilik aku dah rosak pun, masih tak kisah. Aku pastikan kipas tu berdiri dengan bantuan hanger. Haha.. Tapi kat sini, aku jadi tak reti. Barulah tahu, sumber kekuatan dan keyakinan aku adalah dengan adanya Ummi dan Abi di sisi.

Aku hilang "ubat penenang" aku tanpa Ummi di sisi.
Aku hilang sumber motivasi terhebat.
Aku hilang pendengar dan penyelesai masalah terbaik.
Aku hilang pembantu dan pelicin semua urusan yang perlu aku buat.

Sembang kot telefon tak sama dengan duduk bersama Ummi.

Ummi orang yang paling aku kagumi. The best mother in the world. Ummi sangat kuat, kental, cekal dan tabah. Aku tak yakin aku boleh jadi sekuat Ummi. Aku sangat kagum dengan Ummi.




Video ni, just a sharing. Tapi yang pasti, InsyaALLAH aku akan luangkan masa untuk Ummi, orang terpenting dalam hidup aku. Even kat sini sekalipun, walaupun aku dahaga nak kejar ilmu, harapan dan rindu Ummi tak patut aku biarkan. ~Baliklah selagi boleh. Hehe.. Akan aku cuba maksimumkan masa untuk khidmat Ummi.

Ummi, tiada ganti untukmu di hati ini, akan ku cuba jadi anak yang solehah. Siapalah aku tanpa Ummi dan Abi.. Kalau bukan kerana apa yang Ummi selalu sebutkan tentang ajaran agama, pastilah aku bukan aku di hari ini. Selamat Hari Ibu Ummi. Summer Break di Malaysia nanti selamanya Hari Ibu dari Angah untuk Ummi. InsyaALLAH.

Dedikasi khas buat Ummi.. Che Siti Nor Asiah Binti Che Alias (lama tak tulis nama Ummi.. huhu)
Adik-adikku tukang report kepada Ummi sekalian, silalah bantu Ummi sementara Kak Ngah tak dok kat umah. Kalau boleh jangan bagi Ummi rasa ketiadaan Kak Ngah. End. ~time to cry~

Wednesday, May 6

Izinkan Saya Mengarut~

Ke arah memanusiakan manusia. 

Itu tujuan undang-undang hidup diciptakan. 

Ayat ini saya ambil dari blog Izzah.

Izinkan saya mengarut, sebab kali ini saya rasa saya hanya akan menimbulkan persoalan tanpa jawapan.

Kerana persoalan itu ada jawapannya, cuma perlu kepada kesedaran dan kesanggupan.

Zaman kecik2 dulu, bila berjalan bersama keluarga ke pantai, atau ke mana-mana sahaja untuk makan angin, bilamana terjumpa pasangan yang sedang asyik memadu kasih (erk, btol ke frasa nih?), ayah saya akan bergerak untuk menegur mereka. Abi akan mengeluarkan kad (tak tahu plak kad apa.. kad Qadhi kot), lantas ditunjukkan kepada mereka. Dan mereka jadi takut, maka akan bersurai.

Zaman sekarang, rasanya kalau sekadar ditegur begitu sahaja, tanpa dihulurkan "kad kuasa" tadi, pasti dibuat endah tak endah je.

Besarnya kuasa kad.

Begitu juga dalam menegur rakan-rakan, mungkin kerana ketiadaan "kad kuasa" tadi, teguran kita hanya sekadar angin lalu. Kalau teguran ke atas benda makruh, aku pun tak kisah sangat.. Ni benda yang haram.. Haish~

Malah, kita pula dipersalahkan.

"Awak takpe la nak jadi baik, sebab keluarga baik2.. Mak pakai tudung labuh."

Aiseh, adakah ini alasan menyebabkan aku tak layak menegur?

"Awak tak pernah rasa perasaan tu, tak tahu macam mana susahnya nak lepaskan."

Aku lagi ker yang salah?

Inikah akibat daripada ketiadaan kad kuasa?
  
Perlukah manusia ini diminta membuat perjanjian bertulis sebagaimana perjanjian JPA yang memerlukan saksi dan sebagainya supaya mereka berikrar dan berjanji akan mengikut suruhan ALLAH dan meninggalkan semua larangan-NYA bila mana mereka dilahirkan sebagai Muslim?

Ya benar, tiada mahkamah dalam dunia yang boleh menghukum pesalah hati, selagi kesalahan itu tidak konkrit, dan dizahirkan dengan perbuatan yang berbentuk fizikal. ~bukan undang-undang manusia yg ingin aku bicarakan~

Kenapa wujud manusia yang merasa cukup dengan mengambil sebahagian daripada agama, dan meninggalkan sebahagian yang lainnya? Tidak percayakah mereka akan kesyumulan ISLAM?

ISLAM itu merangkumi semua aspek kehidupan. Kalau pelaksanaan ISLAM itu secara pilihan, ambil sejuzu' dan tinggalkan juzu'2 yang lainnya, maka ini masalah aqidah dan seolah2 menghina ISLAM dan sekaligus ALLAH yang menurunkan ISLAM itu sendiri. 

Terus kita kaitkan kepada RasuluLLAH, apakah ajaran Rasul terakhir ini tidak semuanya sesuai dipraktiskan di zaman ini sehingga kita mengambil dan mengamalkan sebahagian ajaran ISLAM yang dibawa baginda, dan beramal dengan sunnah-NYA, namun meninggalkan sebahagian yang lainnya kerana bertentangan dengan nafsu dan kehendak kita?

Aku manusia lemah dan hina. Perlu kepada peringatan dan nasihat. 

Sekian.. Persoalan, sila tunggu.. Anatomi lom habis lagi.. waaaaa~ subjek lain sah2 la tak sentuh langsung agi. Hish~ Terima kasih blog kerana mendengar luahan hatiku. Muahhahaha.. ayat Izzah lagi...
Owh Ummi, anakmu ini sangat tidak boleh lari dari terus berfikir tentang persoalan kehidupan.. Ada sahaja persoalan yang menekan benak minda ini.. Muahaha.. Sorry mi..

Friday, May 1

My Journey Here Begins When...

Amaran: INI POST MENCAPUB!

Eventhough my internet connection is really slow this moment, and i think it's not only here, but probably entire Egypt, I still want to write this. I can't focus on my study eventhough i didn't even cover the Upper Limb. Muahhaha.

The thing is, today the result for the application of UPU had comes out. And I've a younger sister, Nur Madihah (Not NIK NOR MADIHAH, ok? hwahwahawa) or Achik, who has just got her application result. And, guess what? She got the offer to study in Matriculation of Human Science, at IIUM. Photobucket~Owh, it's quite dissapointed to not being able to make a call, my celcom prepaid balance is not enough to make the call (erk.. i just called home yesterday till the credit finished..muahha) and the internet is really slow, so, do top up for me sis!

First and foremost, before I wrote any longer, ALHAMDULILLAH wa ALHAMDULILLAH wa NALHAMDULILLAHI RABBIL 3AlAMEEN.. 3ala nia3mihi hazha.. and I want to congratulate her and my parents, and also to me, of course... For taking much time of thinking and surveying what should be put into her list of application.Photobucket Sincerely, I took a longer time to filled up her application form compared to of my own. ~serve me right, being offered a course that I dislike~

I think it is much easier for her, having that offer and another offer from the Maktab that she might probably get (melihatkan kpd banyak sgt kabel yg ingin membantu), because both the offers are,.. just... would suite her in any case.

As in my case, the "Offering Season" from Matriculation Center, UPU, Maktab and so on, was a really tough days,helm-bingung and my mom still remember how I cried.. helm-nangismuahha.. because I can't decide where to go, Matriculation Center or IIUM, and I quit from STAM. To make it worse the unknown date and delayed announcemet of offer from JPA. (JPA sila awalkan pengumuman,, sian kami pening~)Photobucket

I got the offer from:
  1. Matriculation Center in Kedah, somewhere named, Changlok.. I guess.. Can't remember~
  2. Centre for Foundation Studies, International Islamic University of Malaysia, in Law Course. (The 8th choice!!! Hadeih~ Menyesal aku isi byk2..)
And one interview from Maktab for Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (I guess~).. And I have even prepared one essay for this interview, which at the end, I gaved it to MissHazzi and one of my mom's student.

The registration day for the Matriculation Center is about one month earlier than the CFFS of IIUM.

My mom was like trying any ways she can to change the course offered by IIUM.

My dad said, don't think of possibility to change the course, just choose between the Course of Law or Matriculation Center. And go for the interview by the Maktab.

My mom, was like... erk... excited to go to Kedah, as she had never visited Kedah.. Hahaha.. Ummi sungguh lucu~ My younger brothers, Faqih and Fathi were the same.. Even have told their teachers that they are not coming to school..going to Kedah..

Ummi and Abi, don't encourage me to take the Law Course. Abi said, most of the students in Law field end up as officer, not as lawyer. Furthermore, it is not suitable for females.

Ummi said, Kak Sa (my cousin) could be the simplest example. :D

And for me, in the schooling days, I've make up an idea that, I should not take the course that focused on the study of something non-related to HIM. Hehe.. To make this statement clear, I decided that it is a waste of time to study something build up by human, like the Civil Law, which is "created" by human being. It is different to study in Science Field, learning about HIS Creation, or in the Religious Field, learning HIS Orders. Directly about HIM! To know HIS GREATNESS.

One day before the Registration Day at Matriculation Center, JPA annouced the result. But, there are network problem that JPA's website can't be accessed. Huh, Dugaan~

My dad gave me the dead hour.. Ngehs23.. If I want to go to Kedah, tell him before 5 p.m., we will depart to Kedah that night. And I was like in some kind of silent. helm-ngejoprakDont want to talk, lantak la apa nak jadi~ haha..

At last, around 12 a.m., after being like frustrated to wait any longer in front of the PC, I get into the kitchen, do some "home-works". At 1 p.m., Suhailah text me to inform that the web is now accessable. And, the highest praise is to ALLAH, i got the offer from JPA. That's the end of the story, Ummi and Abi, of course, do decided for me to choose the offer from JPA, although I was in some kind of doubtness, if I really want to take medical course. The day after that, JPA confirmed my place in Egypt. That's how it ends, opss.. That's how my new journey begin.

No chance of turning back, Cairo University, here I am.helm-joged1

Rejecting offer from IIUM was hard too. I think IIUM is among the best university, and might be even better than Cairo U. When this SMS reach me:
32300
RM0.50 900115-03x10x SPM/SETARAF : TAHNIAH Anda berjaya ke UIAM. Kursus Y0600 ASASI UNDANG-UNDANG.
I was, shocked! I put this course in my list as Izzah said, "Awak kena ambik bidang bahasa.. Law sesuai la ngan awak"Photobucket.

She added: "Kalau course Law kat UIA tuh, tahun lepas, dalam 300 orang ditawarkan, ada sorang je yang tolak."

Then, when telling friends of mine about this, they will say, that suites you! Hurm.. Let by gones be by gones~helm-geleng

For my sis, I think it's better to accept the offer from IIUM. There are a lot of Maahadians there, involving in a wide range of dakwah and tarbiah programme, just join their activity, and InsyaALLAH you are going to be safe from the Social Problem, the biggest problem in the IPT nowadays.

In Maktab, to heard from Fazlinda, I can't be sure of the "safety"Photobucket. ;)

Sunday, April 19

Bila Keadaan Sering dianggap Dharurat

Hari ini, Alhamdulillah, pelajar-pelajar Malaysia Tahun 1 di Universiti Kaherah telah selamat menduduki peperiksaan praktikal bagi subjek Fisiologi yang membawa 15 markah untuk Peperiksaan Akhir Tahun.

Pulangnya saya ke rumah hari ni, tak sepuas dan segumbira kepulangan bilamana mampu menjawab peperiksaan praktikal untuk subjek Bio-Chemistry (Biar pun kena marah sebab rajin-rajin je tunggu lama-lama dalam makmal tu semata-mata nak tolong kawan.. Pastu bagitahu dia nak kena tulis apa lak.. "You've to be more honest", will remain in my mind..)

Apa yang saya tak puas hati sangat-sangat-sangat-sangat dan amat, bukanlah kerana kegagalan menjawab dengan baik, sebaliknya Alhamdulillah saya mampu menjawab dengan baik dalam kedua-dua makmal. (Erk,,tp makmal bawah tak sure dapat full mark ke tak..) :D



Tapi yang sangat-sangat-sangat amat tak puas hati adalah sebab di makmal atas, saya secara berpasangan dengan seorang rakan, dikehendaki melakukan ujian menguji Tekanan Darah (Measuring ABP). Sekali lagi, Alhamdulillah, walaupun menggunakan kedah auscaltatory tanpa didahului dengan palpitatory, saya mendapat bacaan dengan mudah dan baik.. Walaupun tak pernah dapat sebelum ini.. Sebagai memenuhi syarat @ precaution, cuff sphygmomanometer itu dikehendaki diletakkan secara terus di lengan, maksudnya kena singsing lengan baju.

Apa yang menjadi masalah, kebetulan sewaktu kami dikehendaki memulakan ksperimen itu, ada beberapa orang pelajar lelaki yang belum menyelesaikan eksperimen mereka masih berada di dalam makmal. Maka, memandangkan kedudukan kami yang agak dekat, saya tidak mahu menyinsing lengan baju sebelum mereka beredar. Dipendekkan cerita, situasi dijadikan "terpaksa", maka "terpaksa" jugalah saya menyinsing lengan baju. Nasib baik pakai tudung bulat hari ni.. Dah bersedia untuk pakai stethoscope.. Ngehs23.. ~harap2 terlindung~



Persoalannya, kenapa mudah sangat kita menerpaksakan keadaan? Sangat mudah untuk kita mengklasifikasikan keadaan sebagai dharurat.

"Yer la, dalam exam kan, takper je la.. Nak buat macam mana.."
"Ala, nanti tak dapat markah, nak buat macam mana"

Ini komen kawan-kawan aku.

Arghh!!!! Aku kecewa!!!!! Kenapa mudah sangat korang menganggap benda tu dharurat???

  • Markah tadi hanya 10. Klu tak dapat pun, pastikah kita akan gagal? Aku sanggup hilang 10 markah daripada bergelumang dengan yang haram.
  • Kalau minta dengan doktor, tunggu sekejap sehingga budak lelaki keluar, adakah bermasalah? Doktor pasti faham punya lah, atau sekurang-kurangnya kita cuba.
    Mereka (Egyptians) menganggap kita (Malaysians) Ahsanu an-nas. Sebaik-baik pengamal Islam (the most polite Islam practitioners). Pasti mereka faham kalau kita jelaskan keadaan.
Sekali lagi saya jelaskan, ada ulama' yang mengatakan, keadaan adalah dikira dharurat sekiranya situasi itu, boleh membawa kepada maut.

Jangan menggunakan qaedah ad-darurah tubihul mahdurat dengan melupakan kaedah feqh yang membataskannya.

Salah satu prinsip yang digunapakai fuqaha' dalam menghukum situasi dharurat adalah:

Adh-dharuratu tuqaddaru biqadriha

(dharurat itu dikira-kirakan menurut ukurannya)

Oleh kerana itu, setiap manusia sekalipun dia boleh tunduk kepada keadaan dharurat, tetapi dia tidak boleh menyerah begitu saja kepada keadaan tersebut, dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kepada keadaan dharurat itu dengan kendali nafsunya. Tetapi dia harus tetap mengikatkan diri kepada pangkal halal dengan terus berusaha mencarinya. Sehingga dengan demikian dia tidak akan tersentuh dengan haram atau mempermudah dharurat. (makluman: perenggan ini telah ini diciplak.. hehe)

Mari kita semak semula diri, jangan menghalalkan cara demi matlamat. Jangan mudah mengambil keadaan sebagai dharurat. Jangan senang hati dengan dosa. Jangan memperlekeh hukum yang thabat. Jangan mudah mengeluarkan fatwa sendiri. Pasakkan iman sebagai kayu ukur, apalah erti duniawi berbanding ukhrawi. Ayuh baiki diri! :)

Saturday, April 4

Ar-Rasyi wa Al-Murtasyi fi An-Naar

Hari ni kitorang ada exam Bio-Chem, macam peperiksaan Mid-Year hari tuh, semua pelajar first year mengambil peperiksaan ini secara serentak di examination hall.

Memula, of course la kena letak beg kat tempat simpan beg (macam nak masuk Mydin lak). Punya la dahsyat berebut ngan budak2 Arab. Pastu, berebut lagi naik tangga. Tempat kami, pelajar bukan Mesir, kat tingkat paling atas. Berebut lagi ngan Arab untuk naik ke puncak bangunan. Haha..

Bak kata Afiqah, patut lah doktor kata exam pukul 9.30, walhal startnya pukul 10. Sebab perjalanan mendaki tangga dah makan masa setengah jam. Huhu.

Kita biarkan kisah berjuang untuk menduduki exam itu berlalu. Moga kejayaan berjaya diperoleh.. Hehe..

Bila bersesak-sesak dan berjuang pula untuk turun daripada dewan tu, kami kemudiannya disuakan dengan risalah daripada Usrah An-Noor, oleh beberapa orang lelaki Arab Kasr el-Ein (patutlah nampak muka baik, wakil Usrah rupanya, ntah2 ahli Ikhwan,, hehe) . Hurm, topiknya pasal Syi3ah. Menarik! Tapi lom habis baca walaupun dah dibaca dalam praktikal Histo. Huhu..

Akhirnya, berjuang plak nak ambik balik beg yang ditinggalkan tadi. Waktu meninggalkan beg tu, kami pelajar Malaysia yang perempuan dah beramai2 letakkan beg di hujung kawasan simpanan barang, setelah nombor beg kami pasang sendiri. Tapi, bila nak ambil balik, beg tu dah jauh ke tengah. Sangat jauh. Maka terpekik2 lah majoriti kami (argghh, aku belum reti memekik macam Arab, fail sungguh bab ni) untuk mendapatkan beg.

"Lau samahta!!!" Dari segenap penjuru ungkapan ini kedengaran sambil mereka menyuakan kad nombor beg.

Setelah hampir 10 minit menanti, ada la seorang pak cik ni datang dekat kami, lantas kami suakan kad nombor itu. Dengan harapan untuk memudahkan kerjanya, terus saya memberitahu;

"Syantatan elli ala tuul.."
(Dua beg straight kat depan - beg saya dan Farahain)

"Fein asy-syei??"
(Mana teh? yakni duit tips)

"Ceyh, pak cik ni mintak duit teh la plak" Ujar saya kepada Farahain. Seb baik tak jawab As-syei fi el-matbakh..

"Haram 3alaik!" Kata Farahain kepada pak cik tu, namun tak dilayan.

Waktu tu, tak tau nak buat ape, perhati je keadaan, dan ada la jugak Arab yang bagi duit kat pak cik tu.

Kebetulan, beberapa budak Malaysia (akhawat) yang malas melayan karenah pak cik2 ini mula menyerbu masuk ke dalam kawasan simpanan beg dan mengambil beg2 milik mereka, dan rakan2.. bagus2.. tak ketinggalan beg saya yang diambilkan oleh Izzah. Makacih Jah... huhu..

Pak cik2 lain yang bertugas nampak ok je, cuma mintak hantar balik kad nombor tuh, tapi pak cik yang mintak duit tadi, nampak agak bengang. Huh!

Saya sebenarnya tak pasti kenapa hati ni rasa sangat tak mahu bagi duit kat pak cik tu, sedangkan beg duit ade je kat tangan. Rasa meluat dengan sikapnya. Mulanya, rasa seolah2 tak nak terlibat dengan "korupsi".. huhu..

Akhirnya, saya terfikir semula, tabiat ini lah sebenarnya yang memundurkan warga Mesir. Bak kata Dr. Abd Munim bila komputer dalam kelas Physio kureng, "This is a corruption!"

Ya! Itulah jawapannya. Korupsi. Rasuah. Sedar tak sedar, bukan bila bekerja je kita boleh jadi perasuah mahupun penerima rasuah, dalam kehidupan seharian pun boleh berlaku. Macam pak cik tadi, dia mintak duit upah, baru nak ambilkan beg, sedangkan tu memang dah tugas dia. Kalau katakan saya bagi, maksudnya saya dah merasuah dia, dalam kehendak merealisasikan impian saya untuk mendapatkan beg yang sememangnya dah menjadi hak saya.

Kita tengok balik definisi rasuah, seingat saya, maksudnya adalah mendapatkan hak orang lain (yang bukan milik kita) dengan cara menindas orang tersebut. Kalau saya bagi duit, maksudnya saya dah menghapuskan hak orang lain yang datang lebih awal, dan hak saya sendiri sekali.

Katakan pula dia bukan pekerja di situ, sekadar menyibuk, maka tak wajar sekali untuk dia menyibuk sambil meminta upah. Sedangkan petugas di situ semestinya sudah dibayar upah oleh pihak Universiti.

Macam tu jugak korupsi JPJ, masih segar dalam ingatan ku, bagaimana aku gagal dalam test untuk motor, sedangkan seorang rakan yang hanya pernah sekali menjalani latihan lulus dengan sebegitu mudah, sedangkan pada hari tersebut hanya ada enam orang sahaja yang lulus. Rahsianya? Dia dah bayar RM 30 kepada pegawai JPJ pada hari tersebut. Huh, terfikir gak nak buat sama. Pastu bila cerita balik kepada Zahidah kot SMS, Zahidah reply, dengan hadis:

الرّاشي والمرتشي في النار

Huh, menginsaf jap, walaupun hati kuat sangat rasa geram dan rugi sebab tak bayar gak RM 30 awal2.. Pastilah ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.. Dan, aku bebas rasuah!!! Huhu..


Hehe, lawa kartun ni.. Jom Hapuskan Rasuah!
Mari jadi masyarakat maju yang bertamadun!

Tuesday, March 24

Mujadalah: Kebenaran atau Kemenangan?

Semalam, saya ber"chatting" dengan sahabat seperjuangan di Jordan, XX. Seputar status ym saya yang berbunyi:
Ikhtilat itu perlu, tapi ikhtilat hurriyyah yang perlu dijauhi. Setuju?

Status ini saya nukilkan kerana kerap kali terbaca poster yang meletakkan Ikhtilat Sifar sebagai slogan. Sepanjang pengetahuan Bahasa Arab saya yang masih sangat dhaif ini, perkataan ikhtilat itu masdar kepada fi3il madhi ikhtalata, yang bermaksud gaul. Maka ikhtilat bermaksud pergaulan, dan pergaulan bebas itu perlu ada kata sifat yakni hurriyyah yang bermaksud bebas. Huhu. Ini sekadar pengetahuan cetek saya.

Al-maklumla, dalam setiap bahas, perlu disorihkan dahulu definisi tajuk perbincangan.

Asal pandangan saya, ikhtilat yang merujuk kepada pergaulan dengan masyarakat sekeliling, sama ada pensyarah, rakan-rakan, jiran tetangga dan masyarakat Arab setempat dalam kondisi kita di sini mengatasi sempadan agama dan bangsa, bahasa mahupun budaya, adalah dituntut. Sempadan jantina sekalipun, harus lah dilintasi dalam kadar yang sepatut dan sewajarnya, bukan tidak bekerjasama secara mutlak. Begitu juga adab bergaul dengan alam. Maka bukanlah post ini untuk bercerita tentang ikhtilat itu yang telah beberapa kali saya sentuh dalam tazkirah di dalam kelas.. Huhu.. Asyik modal sama sahaja~

Dalam berbincang itu, Hidayah tiba-tiba mengaku yang dia tidak reti bagaimana mahu menerangkan pendapatnya. Ayatnya, "tak macam Humairah, Amal citer Humairah pandai berdebat."

Kenangan Menyertai Pertandingan Bahas Bahasa Arab



"Debat" bersama Rakan


Ayat ini mengimbas kembali kenangan zaman kegemaranku berdebat dan bermujadalah. Sama ada dengan rakan-rakan sekelas mahupun rakan karib, terutama geng kamcengku yang kadang-kala sengaja menimbulkan persoalan untuk berdebat sedangkan jawapan dan kata sepakat sudah kami jelas. Cuma, Zahidah dan Amirah sememangnya "ahli bahas" yang sangat baik, terutama Zahidah yang sangat paنar mempertahankan posisinya sebagai pencadang walaupun jelas dengan kesongsangan tajuk yang disokong.

Keadaan ini sedikit sebanyak, membuktikan manusia sangat berbakat dalam menegakkan benang yang basah. Dengan susunan ayat yang kemas, dan penyampaian yang meyakinkan, sehingga pendengar mampu menerima kebatilan sebagai kebenaran, kerana gagal mempertahankan kebenaran sedia ada dengan bukti yang lengkap.


Justeru, Autar atau Fakta?

Maka, kadang-kala saya terfikir kembali, benarkah dalam setiap debat itu aku berusaha menegakkan kebenaran atau berjuang untuk kemenangan? Dalam sesi BTN contohnya, jurulatih sering kali meminta peserta menjawab persoalan berkisar tajuk yang dibentangkan. Dan setiap kali memberi respon, saya akan menjawab dengan mind set, "kursus ini bertemakan ketuanan Melayu, setiap hujjah perlu menyokong Ketuanan Melayu. Setiap bukti mesti berkisar pengisian daripada ceramah. Setiap ayat penguat mesti selari dengan matlamat BTN."

Maka saya berjaya. Saya berjaya meyakinkan jurulatih bahawa saya berfikiran neutral, dan menerima semua pengisian degan baik. Saya mampu meyakinkan jurulatih bahawa saya pendokong ketuanan Melayu. Sebagai contoh, dalam satu sesi, jurulatih meminta kumpulan kami membentangkan hak keistimewaan Melayu dari sudut pendidikan. Maka isu Penyata Razak, isu kuota biasiswa, isu sekolah jenis kebangsaan perlu dikupas. Dan saya berjaya mengeluarkan hujjah mengikut matlamat kursus, sedangkan pendapat saya berlainan. Ini satu contoh yang nyata dalam berhujjah demi kemenangan.


Masih Berlaku

Dalam kehidupan seharian pula, kita mampu memikirkan berbagai-bagai alasan untuk menghalalalkan tindakan, mempositifkan pemikiran. Contohnya, dalam berforum atau berdiskusi di ruangan internet, ramai di kalangan kita sangat hebat. Setiap ayat mampu diulas dan diputar sehinga nyatalah kesalahan ayat tersebut. Maka, si pengeluar ayat tadi akan meneruskan dengan hujjah untuk membela ayatnya pula, sehinggakan benda yang sangat remeh juga dihurai dengan sangat hebat. Sedangkan, andai dikeluarkan dalam bentuk praktis, mungkin sahaja mereka akan bersetuju di atas satu tindakan yang sama sahaja.


Debat Harian

Dalam satu contoh yang lain, saya berdebat demi kebenaran. Dalam satu kesempatan, saya berpeluang duduk lepak bersama beberapa rakan sambil berbual-bual. Di antara kami ada Seorang rakan saya yang sangat lah anti-couple sebagaimana "mujahidah" Islam yang lainnya. Dalam keadaan di sekolah saya itu, saya melihat kecendurungan menghalang secara total sebarang bentuk perhubungan antara pelajar lelaki dan perempuan lah yang telah menjadi antara akibat merebaknya budaya couple. Maka, secara tidak langsung, akhirnya "lepak" kami itu menjadi medan mujadalah. Saya berdiri di atas "stand", perkara ini tidak seharusnya menjadi main focus kepada Badan Dakwah dan Badan Disiplin. Kerana menghalang dan perkataan "jangan" itu sebenarnya lebih banyak memberi kesan galakan. Manusia, makin dihalang, makin dicabar, makin seronok, makin adventure katakan..

Contohnya, usia remaja merupakan usia mencari perhatian, mendambakan kasih sayang. Dalam usia ini, siapa yang berjaya memecahkan rules maka dia lain dari yang lain. Because Rules are made to be broken right?? huhu.. Maka perhatian akan diberi kepadanya. Dengan tidak langsung, kaedah menghalang secara mutlak ini hanyalah akan menambahkan bilangan couple dari golongan remaja yang berjiwa memberontak. (dan saya juga antara remaja yang sangat memberontak jiwa..apenyer ayat daa). Dengan itu, hanya golongan yang dekat kepada tarbiah, dan memegang jawatan, sebagai menghormati jawatan sahaja akan terselamat. Itupun belum pasti.

Tapi akhirnya saya putuskan malas berdiskusi lanjut, kerana tajuk ini sangat common. Lelaki dan perempuan. Kisah cinta. Kisah couple. Kisah cintan yang sangat biasa. Yang akan terjadi juga pada satu titik, cuma bezanya melalui cara yang syar-3i atau tidak. Itu sahaja. Cinta itu fitrah manusia, anugerah ALLAH yang sangat berharga, menolak dan menghalangnya bererti kufur nikmat. Maka tugas yang seharus dipegang oleh para polis cinta ini adalah memastikan kefahaman pesalah cinta diperbetulkan, diperkemaskan, dan iman mereka dibantu peningkatannya agar mereka akan dengan sendiri mampu menjaga diri. Dengan kata lain, bukan sekadar menghukum, tapi mencari jalan penyelesaian.

Ini contoh isi kandungan debat demi kebenaran, bukan kemenangan, di kala saya terasa sangat terbuka hati untuk menerima sebarang kritikan, tapi pada masa yang sama cuba sedaya mempertahankan apa yang benar dari kaca mata saya dan memperbetulkan dan berbincang dengan lebih mendalam sekiranya perlu diperhalusi.

Maka, berdebatlah demi kebenaran, bukan kemenangan.

وجادلهم بالّتى هي احسن



Monday, March 2

The Real Situation

Before, i wrote about my grandpa. But, I have no idea that the situation was really bad.. I just heard the story through the phone.. I don't even expect that the situation was really bad.. Until I read my sister's blog (which had been hidden from me.. ).. And now, i got the figure on how the situation was. And I feel like crying.. Well, if only she could write better, i think i'm gonna cry.. Here the story goes:




dis is my lovely grandpa..
korang nk komen per??
kkampungan??
comey?
skema?
like i care ney..

mlm 2 aku dh tdo,,
then dpt cl from my uncle..
tanye my dad ktne..
masa 2 abi g hunting,,
hoby abi every weekend..
i cant say nothing bler my uncle buat suara cemas g2..
den i know dat tok chek sakit..
sume org on da way blk..
except me n d oder aunt,,
coz hubby dier outstation.
puas dkerah,, ajak umi blk,,
kg agak la jauh..
umi ckp nk btolak pg..
thats make me mad.
ayyok.
smpai aku ckp umi xsyg tok chek sbb tok chek juz bpa mertua..
sorry ummie...
anak umi ni mmg teruk..

pg 2 smpai la jgak..
mcm ada kenduri..
rmai sgt org..
beg tggl dulu dlm kete..
sume g tgok tok chek..
no description..
sume yg keliling tok chek adalah anak2nyer..
masa 2 keadaan tkawal agi..
cume bila tiba saat2 gtg,,
bla my uncle pggl suh bce yassin,,
sedey sgt..
mula2 xde la smpai nk namgis,,
sbb kne harungi ngan tenang..
tp suasana 2 buat kter pon leh kawal..

tgah hari my aunt smpai..
die xpduli pon kt baby dier,,
trus g kat tok chek..
nangis lg...
masa 2 smpai nk marah kt abi,,
sbb cume abi sorang x sampai..
cik.din dh warning,jgn sbut pun nama abi,,
sbb tok chek dok tanye,,
samaada sume anak2nye dh smpai blum..
hiba sgt..

pas2 hp p.da bunyik,,
aku p la tgok,,
kuar nama abi..
trus aku jawab..
abi pon tanye la basa basi,,
sbb masa 2 abi tataw paper pon lg..
ini adalh kerana xde signal phone tok cl abi masa kt jungle 2..
time kte bru nk start ckp,,
p.da li pun naik,,mtk hp nk ckp..
tp bkn bcakap,,
nangis..
uiks..
law cm2 baik bg kte yg ckp,,
bru la x buat abi saspen..
abi kn ada heart attack..

at last smpai gak abi kt rumah..
dr jauh dh dgar ngauman enjin pajero 2,,
masa 2 sy xpcaye sbb abi x mungkin bley bwk pajero selaju 2..
dier bley drift kt kg ni..
ish3...
kawan abi la yg bwk..
huhu..

masa abi smpai 2 yg plg
myayat hati..
sampai my bro yg stubborn pun bley nangis..
n dat 4 the 1st time i saw my dad nangis..he is da strong man..
love you dad..

nk dkat malam 2,,
tok chek gering lg..
masa 2 smpai mcm nk marh..
sbb??
sbab ramai org lain yg ada kt c2..
smpai xde ruang ahli kluarga tdekat nk uduk,,
rasa mcm nk halau jer..
haha..
jahat giler aku...
yg plg aku nk hangin lagi masa tok chen mkn tenat,,
aku dengar abi cakap..
"ya ayyatuhan nafsul mutmainnah, irji'i ila rabbiki raadiatan mardiah..fadkhuli fi 'ibaadi, wadkhuli jannati.."


" wahai jiwa yang tenang....pulanglah ke pangkuan TUHANmu dgan keredhaan dan kepujian,,sertailah ruang ibadatKU,, dan masuklah kesyurgaKU.."

terms and condition apply,, makna n ayat buat sendiri. n x taruk qoola ALLAH eh kt c2..

x aci btol..
mcm nk doakan tok chek pergi..

childish rite??
kdg2 kewarasan akal bleh hlg
tnpa dsedari,,
bla kte mgalami sesuatu yg x pnah kte alami..

tp kan..........................


skarang tok chek dh sihat blk..
lpas operate,,
jumpe serpihan kayu yg tajam gler sbesar jari kelingking
dlm lengan..
mana ke x sakit..
sbb tok chek degil masa 2,,
xnk pegi hosp..

tp sume dh blalu dgn baik..
n i love the only one family dat i had ever got.
love u all..

Ya Allah,,
berkatilah perjalanan hidup kami,,
panjangkan umur kami..
dan matikanlah kami dalam iman..
agar kami dapat bersama2 merasai nikmat syurgamu kelak..
aamiin...


I know that ummi tak boleh drive malam tu jugak, mesti penat., tambah lg masa tu Hafizi demam. Dan, ummi plak bukan jenis suka jelaskan sebab musabbab sesuatu tindakan diambil, sbb tu la anak2 selalu salah faham.. kui2.. tambah2 lak adikku yg terover sensitif sorang nih.

Argghh, i really hate of not being able to be beside them in such situation. No word could describe. Moga rahmat Allah menaungi kami.. Ihfaz usrati Ya ALLAH, wa anta KHAIRUL HAAFIZEEN!

And this gonna be my biggest reason to be back home every year. hehehe.. I want to see them, especially my grandparent. When i was about to take off from Malaysia, they really want to accompany me to KLIA, but my parent cant allow them, bcause of their health condition. At that time, my grandma was really unable to walk. And when my grandpa wants to come along, she said, "you want to go on the weelchair?" Then my grandpa stay at home. It was a really sad moment when i kissed her hand, and she kissed my cheeks, saying that she might not has the chance to see me again. And i got no word to say.

Latest story, he is now recovered from that illness. Tapi sakit orang tua.. Nak cakap pun tak reti.. Tiap kali call, mesti ummi gitau diorang dah tak larat nk berjalan pergi surau. Then, kekadang pak su hantarkan dgn motorsikal. Lgpun umur diorang pun dah dekat 80.. Tu pun kira diorang dah sihat sangat la berbanding syuyukh yg seumur. I hope, by ALLAH's will, they could have the chance to see me as a doctor..

I should have USD 1000 saving for the flight ticket in case of emergency.. Ya ALLAH, aku tinggalkan mereka dalam pengawasan-Mu. Pastilah ENGKAU mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-hamba Mu!