Pages

Monday, July 27

Dekak Sebuley doh Ambo Kelik Kalu Gitu Nyohs..

Hoho. Sedar tak sedar (lebih kurang tak sedar la) dah hampir sebulan sampai kat rumah. Fikir-fikir balik, apa aku dah buat dalam 4 minggu nih? Hoho, rasa cam takde buat pape pun. Tapi still tak rasa boring.. Kerana cuti itu menggumbirakan! (Being diagnosed as break deficiency syndrome like Izzah).

Bila Ummi tanya Han Too Qih aka Amir Faqehuddin, kenapa suka sangat- main mesin urut.. Dia jawab..
Tak tahu kenapa.. Orang rasa, macam rasa gembira.. Rasa dekat hati ni rasa gembira. Ummi tahu tak. Rasa macam kalau Ummi nak pergi jalan mana-mana, rasa macam tu lah.
Fuh, tinggi sungguh ayat perasaan kanak-kanak darjah 5 nih. Buat karangan UPSR boleh blah. Haha.. Jadi definisi gembira bagi dia bila nak keluar jalan-jalan, mentang-mentang la baru balik ikut Abi pergi Kedah mandi sungai sakan. Heh! Senangnya gembira seorang budak.

Gembira Han Too Ji aka Amir Hafizi pulak bila tak pergi nursery dan menempel kat rumah, susun kusyen atau bantal keliling dia. Heh, pastu aku gak yang kena kemas. Suh pi nursery, dia cakap;

Ji occey gi oloh, Ji nok gi U
Banyak cantek.. Hoho..

Yang paling best, iklan MAP (Motivasi Alihan Pelajar) dalam IKIM.fm yang tak berubah-ubah lagi, sejak dulu sampai sekarang. Haha. Dah naik hafal dah. Jambatan kedua depan umah aku yang dari projek RMK 8 sejak berzaman pun dah nak start buat, iklan dia tak ubah-ubah lagi. Boleh fail sungguh motivasi cam tu, ngehs334..

Hari tu pergi jalan-jalan sekolah, nampaknya semua cikgu still ingat saya.. wuhhhuu.. Padahal musti la cikgu layan je.. Dah budak pergi mesti la bekas pelajar situ, ngehhe.. .. And then, jumpa lak ngan Ust Hairul Azizi, jeles Izzah,.. Huk2.. Punya la dia post kat blog jumpa ngan Ustaz kat sekolah hari tuh.. Hehe, tu lah namanya takdir kan Jah?

Then Ust Azmi plak boleh tak ingat nama aku, tapi bila cakap "Humairah", direct ustaz sambung, Humairah Che Ibrahim. Huhu.. Dan berkisahlah tentang Sayyeda Zainab kawasan pasar ikan. Ada plak kena gelak duduk kawasan pasar ikan. Kuang3.. Tapi still ada beberapa orang cikgu yang tak sempat jumpa. Kalau ada masa lain kali la plak. Kalau dah ALLAH takdirkan, tetap jadi kan2?? Macam kes jumpa Ust Hairul la.. Kan Izzah kan? Haha..

Then Teacher Rohaiza tanya, what is your opinion, for those yang score tak tinggi mana, is it good for them to go study there? Hallamak, ayat teacher musti la kelas.. ayat kawe sejak kelik kelate tunggey langgey, ingat bahasa ibundo jah.. Then, I said, it depend on how much they're willing to struggle and study hard. Result SPM takkan jadi penentu untuk kejayaan anda setelah berjaya masuk ke lapangan pengajian seterusnya. Semuanya pada usaha dan ketekunan plus kehendak DIA.

Ok, end of the story. Ops, lupa. Ingat nak publish gambar budak-budak kalah lawan bowling yang tak bagi aku nak snap screen scoreboard tuh. Payah la plak. Len kali la. Jom, sape free, meh kita lawan bowling lagi! Kui23..

Tuesday, June 30

Qayyidu Al-ilma bi Al-kitabah

Langsung tak pernah tulis tentang exam kat sini. Tapi exam oral Physio baru ni sangat-sangat menarik dan sangat-sangat di luar jangkaan, dan oleh itu, saya mengambil keputusan untuk catatkannya di sini, supaya boleh dibaca kembali di waktu yang diperlukan nanti.

Gap seminggu antara exam oral Histo dan Physio adalah satu jangka waktu yang cukup kiranya saya gunakan untuk mentelaah dan menghafal kembali semua ketiga-tiga buku Physio. Gap itu perlu saya gunakan sebaiknya kerana Physio adalah subjek yang paling susah, dan soalan oralnya juga mungkin sangat susah, memerlukan kefahaman dan ingatan yang total. Tapi mungkin kerana sudah terlalu penat, letih dan perasaan ingin pulang ke rumah, fokus pada Physio itu sangat sukar dicapai. Tambahan pula dengan keadaan rakan-rakan yang begitu juga, sudah berada pada tahap kemalasan yang maksima dan lebih menumpukan kepada persiapan untuk pulang. Pada dua hari pertama, Alhamdulillah, target dapat dicapai. Namun, hari-hari seterusnya, saya membuat keputusan, kalau dapat habiskan membaca sepintas lalu pun jadi la. Memang tahap tak boleh tumpu langsung.

Hari Jumaat, dihabiskan dengan membaca tajuk bahagian Cardiology. Sampai ke tajuk ECG, rasa wajar ditinggalkan kerana ECG adalah untuk peperiksaan praktikal.

"Kak Qilah, ECG kena baca dok?"

Geleng. Muka berfikir dan berkira-kira.

"Erm. Dok koot.. ECG untuk praktikal.."

"Ha'a, ore pun sero gitu.. Tinggal lah."

Satu tajuk ditinggalkan, bahagia. Sebelum pukul 11 malam dah selesai habiskan baca kesemua tiga buku.

Pergi ke universiti dengan sepenuh tawakkal, setakat tu je yang boleh aku buat. Aku dah usaha, sebelum-sebelum ni mana pernah aku ambil masa prepare untuk peperiksaan oral sebaik sahaja tamat peperiksaan sebelumnya.

Menunggu dan menunggu, Dr Hani aka Dr House (kalau betul begini ejaan nama beliau) memanggil. "Lagnah 15, number 30XX to 30XX"

Tiada yang bergerak. Aku group berapa?? Hadoila, tak tahu la plak..

Akhirnya ada yang mula bergerak.

"Mairah, mung group sekali ngan aku, group 15. Dari nombor 30xx sapa 30xx.." Ujar Mek Ti.

"Oh, nombor aku lagi last sekali.. Penunggu yang paling berjaya la.."

Hadeih, Dr Hani.. Camne ni. Prof ni mantap. Tapi tak biasa dengan dia. Mati la. Biasanya Prof yang mantap-mantap nih soalan dia semua payah-payah. Huh.

"Senior cakap, Dokor ni payoh. Soalang-soalang die payah belake. Killing questions. Suddoh la."
Begitulah lebih kurang yang diriwayatkan wakil tunggal kaum Adam dalam group kami.

Aku seakan-akan dah lali dengan ayat payah itu. Tawakkal. Itu aje yang boleh aku buat. Selawat. Baca hingga ke saat-saat akhir.

Iema dipanggil masuk. Lama juga dia di dalam. Keluar dengan muka cuak. Aku jadi bimbang. Tapi pasrah. Iema ceritakan pengalamannya. COP, Ejection Fraction, Hypoxia, Cyanosis. Dan kini dia menunggu seorang doktor lagi. Huh, payah jugak soalan Iema. Tapi semua tu tak boleh dijangka. Membaca dan terus membaca. Doa dan terus berdoa.

Semua yang masuk selepas Iema turut mendapat soalan yang sama. Ok, maksudnya prepare tajuk itu sahaja untuk Dr Hani.

"Dr Hani ok, masalahnya pada pemeriksa kedua yang tidak dapat dijangka soalannya, hatta mencakupi arterial baroreceptor dan sebagainya, bersedia untuk pemeriksa kedua," Kata mereka. Sebenarnya soalan-soalan yang mereka tak dapat jawab, jawapannya ada di mindaku, dan soalan-soalan yang mereka dapat jawab pula tiada di mindaku. Itulah manusia, berbeza-beza. Ada rezeki masing-masing.

Pasrah lagi. Kalau soalan pemeriksa kedua tidak dapat dijangka, kita seharusnya bersedia dengan mantap untuk soalan-soalan Dr Hani. Itu yang paling mungkin dapat kita score.

"Rai kena soal, kamu tahu tak nama Raihaana ni ada dalam Quran, pastu Dr Hani mintak Rai bacakan ayat mana. Tapi kemudian Dr Hani yang bacakan." Ujar seseorang.

"Izzah kena baca Quran weih.." Ujar seseorang yang lain.

Semua keluar dengan air muka bercampur baur.. Gembira. Soalan Dr Hani yang dapat dijawab. Diminta baca ayat Quran, tak dijangka langsung. Sedih. Soalan pemeriksa kedua yang payah.

"30xx.." Panggil Dr Hani sendiri, memandangkan aku pelajar Malaysia terakhir.

"Allahuma adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waja3alni min ladunka waliyyan naseera" Doaku sambil menutup pintu.

"Assalamualaikum". Duduk.

"Waalaikumussalam. What's your name?

"Humairah"

"Eih?"

"Humairah"

"Ok, write your name here," Kad dihulurkan.

Tangan terketar-ketar menulis, kenapa aku takut sangat nih? Sebelum ni tak sedahsyat ini. Tulisan sangatlah buruk.

"Humaira'?"

Angguk.

Dr Hani semacam berfikir.

"You know who is called Humaira'?"

"Yes, Sayyidatina Aisyah"

"Masya Allah!! Allahu Yubarik Fiik.. Malaysians student are really good, you are really.. Allahu Yubariik Fiik.." Doa-doa dan pujian yang berterusan keluar dari mulutnya. Mungkin sebab aku pelajar yang terakhir, semua pujian aku yang dengar. Mampu sekadar tersengih cuma.

"Hamdalah, syukran," Berkali-kali aku mengulangnya.

"Can you recite some Quran?"

Angguk. "InsyaALLAH"

"What surah?"

Blank, akal seperi kosong. Berdebar-debar. Kekuatan dikumpul semula.

"We, Malaysian students usually memorise part of the Baqarah which we recite as doa everytime."

Nak sebut ma'thurat nanti jadi cerita lain pula.

Dr seakan tidak faham.

"Nahnu nuhafizu ba3dhu al-ayat al-lati naqrauha fi ad-dua ba3da solah."

Entah dari mana tiba-tiba terasa mahu bercakap Arab. Mungkin kerana merasakan beliau sukar menangkap Bahasa Inggeris saya.

"Ok, which ayah?"

"Hurm, usually the 1st page and the last page"

Hanya itu yang singgah di mindaku.

"Ok, recite it, either the first page or the last page."

Hurm, kalau tak silap mereka sebelum ini semua baca muka 1. Baca muka last la.

"A3uzubiLLAHI min asy-syaitaani ar-rajim.." Aku bacakan ayat amana ar-rasul.

"Dr Hani, apa yang kamu buat? Ini peperiksaan apa?" Tanya pemeriksa kedua di tengah-tengah pembacaanku. Lama saya terhenti. Doktor kedua itu tidak berpuas hati kerana Dr Hani minta kami bacakan Al-Quran.

Melihat reaksi Dr Hani, aku membaca sampai habis, beliau pula setia menadah telinga dengan tersenyum.

"Sadaqallahhu al-azim," Saya menutup bacaan.

"Allahu Yuftah Alaik!" Pujian demi pujian lagi, aku tersengih cuma. Lama.

"Ok, tell me Nur, what is Cardiac Output?"

"The amount of blood ejected by ventricle in one minute"

"What time what?"

"SV times Heart Rate"

"Ejection Fraction?"

"Percentange of blood ejected in each beat.." Tak sempat menghabiskan ayat.

"Ok, tell me about Hypoxia"

"The decrease of Oxygen...." Tak sempat habis juga.

"Types of Hypoxia"

"Anemic, Hypoxic, Stagnant..."

"Ok!"

"And, Histotoxic"

"Ok, Cyanosis?"

"The bluish colouration of skin and mucous membrane due to.." Ayat seterusnya di sambung di dalam hati sahaja.

"Full mark, Nur! Masya ALLAH.."

"Syukran, thanks Doctor. Assalamualaikum," Sengih, lega.

"Assalamualaikum," kad diberikan kepada pemeriksa kedua. Intrapleural, ECG, Immunoglobulin. Tulis beliau.

ECG???? Wow! Pasrah lagi.

"What cause the lung to coil inward?"

"The tendency of the lung to coil inward while the chest wall tend to coil outward..." Tak sempat habis.

"No, the lung itself. Why it coil inward?"

"Oh, the elasticity and.."

Fikir. Haduih, apa istilah dia, kaitan, RDS, lung surfactant, liquid, attraction of water molecules. Aduih, apa istilah dia... Fikir-fikir sampai ke Biochemistry, tajuk Introduction.

"Surface Tension!" Alhamdulillah, nasib baik baca jugak tajuk 1 Biochem walaupun tak diperlukan untuk peperiksaan. Ada hikmahnya.

"What is pneumothorax?"

Aduh, apa dah. Lupa. Berdebar-debar memang tak memungkinkan kita berfikir waras.

"The present of blood (???? Blooooddddd???????) in the pleural cavity"

"Ok, draw the normal ECG here."

Alamak. Aku cuba. Alhamdulillah, masih utuh di minda.

"Ok, name the wave"

"P, Q, R, S, T" tulisku. Alhamdulillah.

"What does each wave represent?"

"P, atrial depolarization. QRS, ventricular depolarization. T, ventricular repolarization"

"Ok, what is this?" Tanya beliau sambil menggariskan P-R interval.

"PQ segment"

Jawabku, dengan perasaan bahawa jawapan itu salah yang tinggi. Loqlaq sekali.

"Ok, it is also (also????) called PR interval"

Mana sama PR interval ngan PQ segment.. Nasiblah... Rezeki.. Huhu..

"What does it represent?

"Atrial depolarization and conduction through AV Node"

"Ok, tell me about the types of Immunoglobulin"

"Immunoglobin A, IgM, IgG, IgE, IgD"

"Ok, if we take one molecule of IgM dan IgG, which is more powerful?"

Powerful? Mesti la IgG. 2ndary immune response. (Dan setakat ini semua kawan-kawan aku pun jawab IgG)

"IgG"

"No, if we take one molecule only.."

Ok, dah salah, hanya IgM yang tinggal. One molecule, mesti pasal molecular weight ni.

"IgM," Jawabku.

"Ok, you may go."

"Assalamualaikum"

Keluar, aku rasa muka aku berseri-seri. Hehe, tak sepayah yang disangka. Inilah ardhul-kinanah, yang kita rasa payah, itu yang mudah. Berbagai-bagai kemungkinan boleh terjadi. Sangat bahagia kerana peperiksaan ini sangat mudah berbanding yang disangka. Ceria sungguh aku di hari itu.

Buat kawan-kawan sekumpulan denganku, fikirku, yang kalian gagal jawab dengan Doktor kedua itu adalah kerana masalah Bahasa. Seperti kisahku ini. Jawapan ada dalam kepala, tapi ayat soalan itu tidak menjuruskan kita kepada jawapan yang beliau kehendaki.

Apa pun, ma3a at-taufiq wa an-najah buat semua. Jangan lupa terus berdoa!

Wednesday, June 24

Sebaik-baik Ciptaan, Setinggi-tinggi Ciptaan?

Ayat yang ramai orang guna untuk menambahkan keimanan tapi sebenarnya daliliahnya salah:

1) Learning the highest Creation of ALLAH is never easy..

Ayat ni, saya percaya bermula dari satu mesej motivasi yang diforward secara besar-besaran terutama dalam kalangan pelajar perubatan, kerana nilai motivasinya yang tinggi.

Time dapat mesej ni, memang lah saya sendiri pun rasa teruja dan bersemangat, tapi timbul jugak perasan tertanya-tanya benarkah manusia itu setinggi-tinggi ciptaan ALLAH? Yang biasa didengari adalah manusia itu telah diciptakan dalamn keadaan sebaik-baik kejadian.. Yang merujuk kepada penciptaan yang sempurna.

Kemudian, dengan izin-NYA, time baca Quran, saya terjumpa ayat daripada Surah Al-Ghafir atau Al-Mukmin, ayat ke 57, yang bermaksud:

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

Maka, jelas. Penciptaan langit dan bumi, penciptaan alam semesta, cakerawala dan segenap unsur alam yang menakjubkan ini pastilah lagi agung daripada penciptaan manusia. Lihat sahaja berapa banyak bilangan Ayat Quran yang mengajak kita mentadabbur alam. Perhatikan sahaja bilangan ayat-ayat Quran yang mengajak merenung kekuasaan Allah melalui alam ciptaannya. Binatang, tumbuhan, langit dan bumi, siang dan malam, laut, bulan dan bintang, semuanya aspek alam yang disebut supaya diberi perhatian.

Sangatlah tidak wajar kita menilai keagungan dan kekuasaan ALLAH hanya pada satu juzu' yang kecil, iaitu pada penciptaan manusia, yang mana, jika dibandingkan dengan sistem solar sekalipun hanyalah ibarat satu titik, apatah lagi bila dibandingkan dengan galaksi bima sakti, dan seterusnya alam semester seluruhnya.. (Hehe, nak ambik astronomi tapi tak dapat..)


"Dan pada diri kamu, tidakkah kamu melihat?"


Selain itu, kejadian manusia yang dicipta dalam sebaik-baik keadaan itu sebenarnya menjadi satu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan ALLAH. Pengkajian alam semesta adalah satu kajian yang sangat dalam. Namun yang menariknya, tanpa mengikuti pengajian khusus, proses mentadabbur alam masih mampu berjalan, kerana pada pertukaran siang dan malam, peralihan musim dan sebagainya cukup menjadi bukti kauniyyah akan kewujudan PENGATUR kepada semua ini.

Pada penciptaan manusia pula, sebagai makhluq yang kecil, maka proses mentadabbur itu pastinya lebih mudah. Beruntunglah bagi kita yang diberi peluang menekuni penciptaan manusia itu, kiranya dapat kita kaitkan dengan keagungan dan kehebatan PENCIPTA. Seterusnya, memanjangkan lagi pemerhatian kita pada unsur-unsur alam yang lainnya yang jauh lagi besar, hebat dan agung penciptaan serta pentadbirannya berbanding manusia sendiri.

Kalau fungsi fizikal manusia cukup teratur dengan 11 sistem (integumentary, skeletal, muscular, nervous, endocrine, cardiovascular, lymphatic, respiratory, digestive, urinary, reproductive) dan 8 organ utama, alam seluruhnya pastilah jauh lagi tinggi, jauh lagi hebat.. Dan apalah sangat penciptaan manusia dibandingkan dengan alam seluruhnya.. SUBHANALLAH! Dan di situ terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir..


2) "Rajab bulan ALLAH, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan Ummatku"

Hadith ini sering diulang sebut setiap kali datangnya tiga bulan mulia ini. Dan saya mengingati hadith ini bukanlah kerana pengajian rasmi, tapi melalui ceramah-ceramah atau kuliah agama yang saya ikuti.

Tetapi, dengan izin-NYA juga, semalam terdetik hati untuk mencari matan sebenar hadith ini, dan terdapat beberapa laman web yang menjelaskan status hadith ini sebagai hadith maudhu'.

Antara huraian yang menarik boleh dilihat di sini.


Semoga kedatangan bulan Rejab ini menambahkan keberkatan dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita.

Allahumma Baarik Lana fi Rajab, wa fi Sya3ban, Wa Ballighna Ramadhan..

Kenapa hati ni meronta-ronta menyebut Ballighna Ramadhan.. Seolah-olah.............
Ballighna Ramadhan Ya ALLAH!!

Sunday, June 14

Day Out: Bazar Khan El-Khalili aka Hussein

Hehehe, seperti mana yang dimaklumi, menjelang saatnya kepulangan kita yang dinanti mereka yang dichentai dan pastinya terchenta juga di Malaysia sana.. Berbagai-bagai gerak langkah membeli-belah diatur dan dirancang serta dilaksanakan bagi memastikan mereka yang tersayang di Malaysia mendapat buah tangan masing-masing. Sehubungan dengan itu, saya selaku pelajar yang agak kerap kiranya keluar ber'shopping' dibandingkan dengan zaman di Malaysia yang tahap kemalasan adalah maksimum untuk keluar ke kedai..

Lokasi: Bazar Khan El-Khalili (saper cakap camni confirm dapat tambang teksi paling murah pun LE20) aka Hussein, tepi Jamie' Hussein, yang menempatkan maqam Sayyeda Hussein (cucu Nabi Muhammad S.A.W.)

Mula-mula masuk, Bad cakap dia nak cari jubah satu lagi.. Alang-alang dah memang pergi untuk teman dia ngan Aisyah shopping, ikut ler sekali walaupun rasa sangat malas sebab sangat panas. Kat kedai tuh, mula-mula dia pamer yang kain kurang elok, sangat nipis dan jahitan pun tak elok, dah la harganya mahal.

"Tak de yang tebal ke pak cik?"
"Ada2, tunggu jap nak gi ambik"

Pastu dia pun pergilah mengambilkan sebagaimana yang saya minta, alang-alang Aisyah ngan Bad kata kainnya tebal dan jahitannya elok, maka saya terfikir, baik beli dua, boleh dapat murah sket kot..

Jubah untuk Along.. Erk.. cam besar je nih.. Sorry long, long time no see, tak leh nak budget size ar.. Hehe, LE 130 untuk 2 pasang, ok lah tu, drpd harga asal 75 satu. Tak larat nak bargain la tengah2 panas terik..

Next, sampai ke kedai jubah perempuan pulak. Hehe.. Daripada LE 48 satu, akhirnya dapat LE 35 satu. Then, dari jumlah keseluruhan dipotong lagi LE5. Ok la tuh.. Katanya dia bagi murah sebab kami nak bawa balik ke Malaysia.

Plus, unta yang besar ni, dapat LE20 seekor. Nyesal la plak ambik besar sekor kecik sekor.. Dah la Fathi cakap nak bukak ladang ternak unta..

Hehe, Pak cik yang memula tu jual LE30 sekor.. Ok la nih.. Kak Qilah pun dapat LE20 sekor, kecik lagi.. Hehe.. Tapi Fathi nak 9 ekor.. Baru ada 7 ekor, masalah nih. Hahaha..


Caranya, kerey pak cik tuh.. Haha.. Ni yang paling penat sebenarnya, sambil sengeh2.. Dah la aku ni jenis tak berapa reti nak senyum.. Pak cik tu plak ramah.. Dia tanya kita jawab.

"Tibb?"
"Aiwah"
"Dari Mansurah?"
"Tak, dari Universiti Kaherah"
"Oh, semalam ada yang datang dari Mansurah, hari ini dari Kaherah"

Sambil-sambil Bad pilih jubah, dia pun sibuk. Dalam dia belek-belek cari baju tuh, mulut dia akan cakap, "Malizia, Malizia".. Memikirkan design yang sesuai untuk kanak-kanak Malaysia.

Pastu dia tarik satu jubah yang berkilat dan tanya:
"Mungkin tak orang Malaysia pakai yang ni?"

Hahaha.. Kami ketawa dan geleng.. Dan dia juga tergelak. Apa yang bagusnya, dalam mencari itu, mulutnya sentiasa menyebut Bismillahirahmanirrahim..

Dan dia juga bertanya tentang peperiksaan, bila saya katakan hanya Syafawi yang masih belum selesai, dengan ramahnya dia mengatakan:

"Saya dari kuliah kejuruteraan, dan dia dari kuliah pertanian (rakannya)"

Entah betul entah tidak, tapi tak mustahil..

Siap ditanya lagi nak kerja kat Malaysia ke kat Mesir..

Akhirnya, sebelum meninggalkan kedai itu, dia mendoakan kejayaan kami. Inilah kelebihan Arab, mulut yang tak lekang dari doa.. Saya didoakan supaya jadi Pakar Psikologi (dah dua kali kena pakar psikologi nih..), Bad jadi pakar mata, Aisyah pakar apa ntah.. Haha..

Tambahnya lagi, saya doakan semoga kalian berjaya, sebab nanti kalian boleh datang beli banyak-banyak lagi..

SANDY, sape-sape tak reti nak pakai stokin aku nak bagi hadiah ni kat dia.. Heehe.. Yang ni paling tak puas hati, habis cara guna harga dia tetap LE17. Redha je la..

Kurma dengan badam. LE21. Kak Qilah dapat LE20. Tapi sebab Bad ngan Aisyah dah memang sanggup nak beli ngan harga tuh, follow je la, ikut syura.. Hehe.. Pak cik kat depan tu plak jual LE 25.. Huh! Takder harapan~

Mula-mula, mak cik kat depan tu jual LE12. 12 geneh!! Mahal tuh! Masuk dalam lagi, tawar-menawar ngan pak cik tuh, then dia bagi satu LE5. Huhu.. Ingat lagi first time gi Hussein, dapat key chain lambang Egypt dengan harga LE7, pak cik tu siap kena marah lagi ngan anak dia pasal bagi dengan harga tuh.. Nyesal plak..

LE1.. LE 0.60, LE 0.50..
Ok, Bad ambik. 100 x LE 0.50 = LE 50.00

LE 0.49, LE 0.45, LE 0.43.. La'!

Ok, ok.. Kerana kamu saya bagi LE 0.40..

Hehehe.. Ok la tuh.. LE 0.40 x 100 = LE 40.00, dah jimat LE 10 daripada Bad.. Lepas tambang teksi.. Huhu.. Takper la pak cik, saya tak nak.. Hahaha.. Nanti kalau saya nak saya datang len kali yer..

Papyrus yang besar tu plak, dari harga asal dia bagi LE4.. tawar-menawar yang hebat akan memungkinkan anda mendapatkannya dengan harga LE1.50.. :D

Beg dengan dispersed kurma.. (not mine ok)

Ladang unta kecil.. Wahha..

Ok lah, sekian dahulu.. Hehehe.. Pasti Ateh akan mereport kepada Ummi. Ngehss23.. Sebenarnya dah ketandusan idea tak tau nak beli barang apa.. Teh ARUSSAH tu pun terbeli kat SPINNEY baru ni, sedangkan kat dapur banyak lagi Teh, maka masuk beg. Hehe..

Angah: Chu nak suh ore beli gapo?
Chu : Ikut la Kak Ngah.. Takpo belako
Angah: Ore tak reti nak bawak kelik gapo ni Chu..
Chu : Bawak kelik benda pelik-pelik la..
Angah: Erm., gapo hok pelik... Sinih hok pelik gak.. Arab la..
Chu : Eh, jange wak kelik Tok Arab, kejut Ummi kea..
Angah: Hahahaha..

Kesimpulan, time nak beli, cakap harga yang tak masuk akal, sangat-sangat murah.. Pastu jangan tunjuk sangat nak benda tuh.. Then, kalau nak jugak baru lah naikkan sket demi sket. Hanya dapat dipraktiskan dalam mood yang baik. Bak kata Kak Qilah, buat muka comel.. (tahun depan takde la Kak Qilah nak teman aku gi beli barang-barang letrik sambil buat muka comel dia..T_T) Hoho.. Selamat membeli-belah untuk yang tersayang.


Konklusi: Banyakkan berjalan, banyakkan berbual dengan Arab untuk memantapkan bahasa Arab kita. Kesannya memang sangat jelas. Bila Arab tu banyak modal, kita pun dapat banyak vocab untuk terus berbual, hasilnya dapat harga murah, tak pun tambang teksi yang murah. Inilah yang saya suka time shopping sebenarnya, boleh praktis Bahasa Arab.. ^_^

Wednesday, June 10

Mereka juga Saudara Kita!


Berita yang dipaparkan sejak semalam di Laman-laman berita online sangat menyayat hati, terutama dengan gambar-gambar mangsa yang terbunuh di dalam masjid yang dikelilingi darah.

Masjid, mendengarnya perkataan pertama yang terbayang di minda adalah ketenangan, namun ini situasi yang benar-benar kontra.

Haruskah iktibarnya begini:
"Masjid sudah lagi tidak selamat, kita patut bersembahyang secara jemaah di rumah sahaja."

Atau begini:
"Kalau kita tak dapat mati di Tanah Suci, sekurang-kurangnya mati ketika menunaikan ibadah di masjid, sungguh mulia keadaan itu."

Wilayah Narathiwat, satu daripada tiga wilayah yang majoriti penduduknya Islam. Mereka sangat dekat dengan kita. Terutama dari negeri Kelantan.

Kita berkongsi bahasa, berkongsi menu makanan, berkongsi budaya malahan mungkin berkongsi keturunan. Paling tidak, ya, kita berkongsi agama dan aqidah. Hanya sempadan negara, passport dan visa yang memisahkan kita. Malahan untuk menyeberang ke Selatan Thai itu bukan susah, jika mahu pergi secara halal, sekadar border pass juga sudah mencukupi.

Mungkin sahaja ada di kalangan yang terbunuh itu kaum keluarga sahabat karib kita. Mungkin sahaja yang terkorban itu saudara-saudara mereka.

Berbalik pada persoalan iktibar. Masjid Al-Furqan bukanlah masjid yang tersergam indah, besar dan berkilat seindah senibina Masjid Kristal atau mana-mana masjid kebanggaan rakyat Malaysia.

Dalam serba kekurangan, rakyat Narathiwat tetap membangunkan sebuah masjid, dan yang paling penting, mengimarahkannya. Dikira dari angka kematian yang berjumlah 11 orang dan dua mangsa yang terselamat, jumlah jemaah semuanya 13 orang. Kalau diselidik di masjid-masjid di Malaysia, mampukah bilangan jemaah mencapai angka ini? Kalau ya, Alhamdulillah.

Dalam keadaan bergolak, mereka tetap melangkah ke masjid untuk solat berjemaah. Di situlah sebenarnya punca kekuatan umat Islam.

Yahudi akan mampu dikalahkan bilamana bilangan umat Islam yang turun solat Subuh berjemaah sepertimana ramainya bilangan yang turun untuk solat Jumaat.

Ini antara quote yang popular. Tapi kini, bukan sekadar Yahudi dan Nasrani memusuhi Islam, bahkan golongan Buddha itu juga.

Dan saudara se-Islam kita, bukan sekadar di Palestin, bukan sekadar di Iraq, bukan hanya di Tanah-tanah Arab. Masih ramai lagi saudara se-Islam kita yang sedang berjuang, di Thailand, di China, Filipina, Russia, Indonesia, dan berbagai lagi tempat yang minoriti Islam. Mereka juga ditindas.


Ditembak ketika bersolat di dalam masjid

Mukmin itu bersaudara, mereka umpama satu jasad. Bila sakit satu anggota, sakitlah seluruh jasadnya.

Thursday, May 21

Raikan Cinta II

Sejurus selepas saya membuat post semalam, beberapa respon selain dari yang terdapat di ruangan komen telah diterima melalui YM.

Antaranya:

a_mieyra: pe citer nie
a_mieyra: sinopsis
Nur: ish
Nur: tak aci ar main sinopsis
a_mieyra: alaa....
a_mieyra: ckt je
a_mieyra: kisah mum ke
a_mieyra: hahah
a_mieyra: pndi yer skrg
a_mieyra: cari hok molek la deh
Nur: eh?
Nur: dok pehey maaa
Nur: weh
Nur: olla2233
Nur: hello2334
Nur: ollllaaaaaaaaaaaaaaaa
a_mieyra: ye...... xpehe pe
Nur: mum ingat kisoh cinta aku ke??
a_mieyra: abs tu sape
a_mieyra: mane la aku tau...
a_mieyra: cite baru
a_mieyra: best kot


Ish~ Sampai hati ko Mirah...

Pagi tadi, ada satu YM, sebab saya buat status quote kata-kata Imam Nawawi tuh. Lebih kurang begini:

ZWX: siapa tu.. :)
Humaici: :)
ZWX: semoga bahagia
Humaici: insyaALLAH

Erk, cerita yang ni sebenarnya dah faham dia salah faham, tapi malas nak jelaskan dengan harapan dia bukak baca sendiri kat sini.. heheh

Begitulah kisahnya,. pastu ada satu kisah lagi.. Mengatakan post saya tahun ni dalam mood cinta.. Haha..

Kalau korang baca.. Fahamlah sesungguhnya saya juga telah salah faham, kuang34,.

Setelah tiga kisah ini berlalu.. ku tanya Izzah, buleh salah faham ke? Dia pun kata.. maybe.. "yolo la kot, tak dok angin tak dok ribut tiba-tiba tulis pasal cinta, pastu plok gaya tak strict (nampak sangat aku selalu strict), gaya santai je"... dan kami tergelak riuh bersama-sama.

Gelak itu, terjangkit kepada Nadie. Tanya plak Nadie. Dia cakap, meh sini nak baca.. Pastu... hahahaha.. ayat last tuh..

Dush! Sakit tayar!

Arakian, di sini mahu saya jelaskan..

  1. Status YM dari quote Imam Syafie itu, saya gunakan sebab saya melihat keuniversalan cinta manusia itu. Dan saya menulis post di bawah untuk menyatakan pandangan saya.
  2. Status "Love U tooo... Muahhaaa ha ha ha" itu pula ditujukan kepada adik saya, Nur MADIHAH yang meletakkan status, "Angah, I Love You!!"
  3. "Sebagai manusia, aku cinta padamu" itu pula quote dari novel tulisan Ramlee Awang Mursyid. Erk, kalau tak silap la.. Sebab tak pernah baca pun, haha,.. Tu pun sebab sepupu saya, Nurul ATIQAH yang mengucapkan kata-kata itu. Maka saya tuliskan sekali.
  4. Maka akhirnya, kalau pada takrifan anda cinta itu hanya sekadar antara dua jantina berbeza, sila tukarkan perkataan cinta yang saya maksudkan dengan skop mencintai manusia yang Muslim itu kepada perkataan KASIH SAYANG.


Ok? Fahimtum?

"Tidak ada satu fitnah yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela (selepas wafatku) terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum wanita"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan tidaklah saya berhasrat.. eh silap.. Saya pohon perlindungan daripada ALLAH daripada menjadikan diri ini sebagai fitnah kepada kaum lelaki. Sekian..

Wednesday, May 20

Masa Bercinta.. Raikannya!

Hari ini kalimah cinta bertebaran di mana sahaja. Bahkan genre-genre novel, puisi, sajak dan seumpanya dalam sastera Melayu berteras Islam menjadikan cinta sebagai tema.

Skop cinta, sememangnya diketahui tak punya sempadan, bukan sekadar cinta terlarang antara teruna dan dara yang kemudian dihalalkan melalui pernikahan.

Fokus kali ini, saya suka untuk men"tadabbur" petikan kata-kata Imam Nawawi RahimahuLLAH, yang bermaksud:

Aku menyintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
Luasnya skop cinta itu, pada pandangan saya, sebagaimana yang pernah saya catatkan di ruangan komen dalam blog ini, merangkumi cinta dan sayang pada semua individu muslim, muslimah. Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Maka tuntutan persaudaraan adalah menyempurnakan hak cinta, melangkaui sempadan budaya mahupun adat, bangsa dan negara.

Cinta, satu entiti dalam diri manusia yang tak punya batas sempadan, tak punya kuantiti maksimum untuk digunapakai. Tiada bahana yang akan wujud akibat cinta berlebihan melainkan jika cinta itu bukan pada tempatnya.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada rasa tanggungjawab.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada perasaan belas kasihan.

Cinta sesama mukmin, membawa kepada rasa ingin mengislah sesama Islam.

Cinta sesama mukmin, pasti tersubur dengan rasa cinta pada Islam.


Ayat sebenar dalam novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" lagi best..


Dengan adanya cinta yang bernamakan kasih sayang, belas simpati dan kasihan, kita cakna pada umat Islam di Palestin.




Dengan adanya cinta tadi, kita mahu bertindak mengambil tanggungjawab amar makruf nahi munkar. Semata-mata mahu mengislahkan sesama Muslim. Apakah ganjarannya untuk kita? Tiada dari segi material. Begitu juga mereka, semuanya balasan di sana. Semuanya hanya mampu dilaksana bila punya rasa sayang sesama insan.

Tanpa cinta sesama insan, payah untuk mewujudkan dalam diri sikap saling menegur dan saling memperbaiki. Sedangkan semua itu perlu untuk survival ummah.



Hilangnya Cinta

Bila hilangnya agama dalam dirimu, di situ noktah berakhirnya cintaku. Bila hilang agama dalam diri, pelbagai kemaksiatan boleh berlaku. Sebelum hilang agamanya itu, kita menyayanginya sebagai Muslim, memenuhkan tuntutan amar makruf dan nahi munkar. Hatta sebagai bukti cinta, kita berlaku adil bila masanya dituntut, contohnya bagi melaksanakan hukuman hudud, qisas ataupun takzir.

Biarkan cinta kita menyebabkan dia menerima hukuman di dunia, supaya suci tika bertemu Pencipta.

Cinta juga automatis akan hilang bila mana agama pada dirinya hilang dengan kekal. Murtad contohnya, hukuman bunuh. Maka hilanglah cinta kita, diganti dengan bencikan kemungkarannya.


Petua Cinta


لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga kamu menyukai buat saudara kamu apa yang kamu sukai buat diri kamu sendiri.

من لا يَرحم لا يُرحم
Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.




Selagi cinta terpasak demi redha-NYA,

Pada jalan yang DIA redhai,
Pasti terlerai kekusutan diri,
Sentiasa punya teman walau diri di penghujung bumi,

Sentiasa punya matlamat dalam kehidupan ini.


Cinta,
Ukurannya dari mata hati,
Dan hati itu,
Penggeraknya hanyalah Ilahi.

Percayalah pada hati,
Minda sebagai juri,
Syariah sebagai paksi,
Ayuh koreksi diri.

Jom bercinta! Haha..


Sebagai manusia, aku cinta padamu!
Sebarkan Cinta!!!



~Sengau nak masuk exam Histo.. buku colour pink,, mood cinta sungguh. Tapi camna nak cinta Histo?? Sehari baru habis 4 pages ni,, parox nisey~