Pages

Sunday, November 7

Hapuskan Ananiyyah!

Hye. Selamat Petang waktu Mesir. Sekarang 3.11. Asar masuk sekitar 2.40.

Haha. Takde benda nak tulis.

Begini2. Mari saya cerita satu kisah.

Suatu hari saya ke kelas Praktikal Pharma. Setelah kelas berakhir dengan kuiz (dan saya tak tahu tajuk apa akan masuk kuiz walhal orang lain tahu. patutla orang lain ramai dapat markah penuh 10. isk4. apa nak jadi la budak ni sorang. isk3 lagi. kesian.)

Pada sekitar jam 8.40 pagi, kami pun beranjaklah ke kelas untuk syarahan pula. Masuk sahaja kelas, phewwwwwww.... angin sepoi2 bahasa bertiup. Huh. Dah nak masuk musim sejuk la ni. (Lihaf tak hantar dobi lagi. Isk. Nak berhibernasi camne nih..) Kemudian, masuk la pak cik technician di department pharma. Ammu Said namanya. Beliau membuka suis kipas. Eh, maksud saya, beliau memusing speed controller kipas itu supaya kipas berpusing. Ha! Kipas kat Mesir suisnya pakai speed controller itu. (Yer.. bahasa saya sangat teruk kan. Tak reti nk meluaikan bahasa, klu Kelantan straight insyaAllah boleh. Ini hasil kempen bercakap bahasa kelantan, sampai rosak bahasa luai)

Maka, spontan, kami yg di kerusi paling belakang (mengaku pun selalu duduk belakang) berganjak ke satu sudut dan Idayu ke depan mematikan kipas. Sejuk weh! Beberapa minit kemudian datanglah seorang sahabat, duduk di tepiku. Spontan, beliau minta kipas dipasang kembali. Adeh. Tolonglah.

Kami diam.

"Kalau nak kipas duduk la kat tempat lain." Kata seorang teman. Oh, sila baca dengan lenggok bahasa sopan. Sungguh.

"Emm.. Kitorang duduk sini dari tadi lagi. Sejuk la." Saya cuba minta difahami. Maksud saya, mungkin kerana dia masih penat berjalan, atau baru sahaja tiba di situ, dia masih terasa panas. Bertenang sedikit, metabolisma turun, mesti sejuk lah!

Diam lagi. Dia kelihatan makin gelisah.

"Erm, sejuk la. Angin masuk ikut tingkap ni," Saya menunjuk ke arah tingkap. Saya memang suka duduk di tepi. 

Diam beberapa detik.

"Ala, tak boleh ke nak bukak nombor 1?" Dia bersuara tiba-tiba.

Saya diam tidak menjawab. Takkan demi seorang harus diabaikan yang lain. Lagi pula, kami dahulu yang duduk di situ. Beramai-ramai. Dan keputusan tidak harus saya seorang yang putuskan.

Lama kemudian, dia berdiri. Tahu apa yang dia buat?

Menanggalkan baju sejuknya!

Ini saya punya lah. Beliau pakai yg begini juga.
Saya tak tahu apa nama spesifiknya utk baju spesis ini.
Pakai baju ini di musim sejuk sangat seronok.
Oh, maksud saya sungguh memanaskan.
Bila nak iron baju atau ke dapur sah2 kena tanggalkan. Panas.


Adoi. Saya berpaling ke kawan di tepi.

"Dia pakai baju sejuk ke??" Adoi.. saya tertawa tergeleng-geleng.
"Ho lah..!" Jawab rakan saya.
Adoi.. Sekian terima kasih. Marilah memikirkan maslahah ammah melebihi kepentingan diri.

Adeih. Tak tercapai akalku nak pikir.
Oh, inilah update dari saya. wink3*

Oh, saya tahu tajuknya satu exagerasi. Banteras dari kecil, biar tak membarah.

6 comments:

  1. i don't think the title is exaggerate.. :)

    btw, baju jenis tu nama dia knit wear (not sure jauh ke dekat eja die.hhee)

    ReplyDelete
  2. Wah..dah maju la blog ni..ada butang "Like" ..
    hehehhe

    ReplyDelete
  3. ananiyyah 2 ape? Maaf, sy x faham ape yg nk disampaikan.

    ReplyDelete
  4. @ ijah: kih2. exaggerate la tu. bunyi cam thiqqah molek. isi.. cerita. haha.

    ha'a la. knitwear. baru ingat. huhu

    @ anon 1: oh, butang fb menjadi kayu ukur kecanggihan kah? ooo.. tp x cukupp maju. setting masih ada yg tak betul.

    @ anon 2: faham individualisma. oh. part mana yg x paham? hihi.

    ReplyDelete
  5. senyap tupah blog inis..gwano rimau? :P

    ReplyDelete
  6. hueh3.best....adakah moral of this post : marilah kita bertoleransi?bolehkah? kalau x silap pembacaan *agak rosak bahasa di situ ye*hehe

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^