Pages

Friday, November 13

Ekonomi vs Pendidikan

Seminggu yang lalu, saya mengisi waktu saya yang sedikit lapang dengan menonton drama Korea, Boys Before Flowers, dikenali sebagai Meteor Garden dalam versi Taiwan, dan Hana Yori Dongu dalam versi Jepun.

Sebuah drama yang diadaptasi daripada anime Jepun, dan berjaya memupuk khayal dan imaginasi yang tinggi dalam diri gadis-gadis remaja terutamanya. Perhatikan saja berapa ramai remaja perempuan yang mula berkhayal mempunyai kekasih sekaya Gu Jun Pyo, atau Dao Ming Se dalam versi Taiwannya. Berapa ramai pula yang menginginkan kekasih setampan dan se'cool' Yoon Ji Hoo atau Hua Zhe Lei.

Namun bukan itu yang ingin saya bicarakan. Kekayaan adalah penjara sebenarnya. Seperti kata Ummi wa Abi, kita bukan perlukan duit yang banyak, kita hanya perlukan kepada duit yang mencukupi. Hidup dalam kesederhanaan itu satu nikmat.

Dalam drama itu, dinukilkan watak datuk kepada Yoon Ji Hoo merupakan bekas Presiden Korea. Datuknya dikenali sebagai seorang presiden yang meletakkan dasar mementingkan ekonomi lebih daripada pendidikan.

Tertarik dengan point ini, saya membandingkan situasi tersebut dengan keadaan di Mesir. Di Mesir, bilangan rakyat yang memiliki ijazah pertama sangat ramai. Bahkan istilah "bersepah" mungkin sesuai. Setakat hari ini, tidak kurang daripada 5 pemandu teksi yang saya jumpai memiliki ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan mahupun pertanian.

Pernah diceritakan, ada juga pemandu teksi yang terdiri daripada mereka yang memilki ijazah doktor falsafah.

Peluang pendidikan di Mesir sangat luas. Tempat yang sangat banyak dan yuran yang murah (?). Atas sebab itu jugalah, kerajaan Malaysia menghantar pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir untuk menuntut dalam bidang Perubatan. Bayangkan, di Universiti Kaherah sahaja, pengambilan pelajar baru dalam satu tahun adalah dalam lingkungan 100 orang. Di Mesir ada 7 buah universiti yang menawarkan tempat bagi pelajar Malaysia. Jumlahnya, lebih kurang 700. Itu hanyalah jumlah bagi satu kelas yang khusus untuk pelajar Malaysia. Belum ditambah pelajar dari Mesir dan Negara-negara lain. Bayangkan berapa banyak tempat yang tersedia setiap tahun untuk satu-satu kursus.

Namun, graduan daripada warga Mesir sendiri, ramai yang menganggur, atau lebih tepat berkecimpung dalam bidang yang tiada kaitan dengan ijazah mereka. Sebagai pemandu teksi, dan peniaga. Sebabnya?

Secara jujur, tidaklah saya arif tentang kedudukan ekonomi Mesir. Tapi melihat kepada keadaan sosiobudaya, wajarlah dikatakan rakyat Mesir hidup dalam kedhaifan. Jurang antara yang kaya dan miskin sangat luas. Berapa ramai rakyatnya yang tidak berumah, hidup bergantung pada usaha mengemis.

Kerana saya malas mencari fakta, sekadar pemerhatian saya, ekonomi Mesir bergantung kepada pelancongan sebagai punca pendapatan utama.

Konklusinya, ada benarnya juga dasar yang dibuat watak Presiden Korea dalam drama itu. Bergantung kepada keadaan, apabila tenaga mahir sudah ramai, wajarlah disinergikan tenaga tadi untuk memberi impak dalam pembangunan ekonomi yang akan menjana kesinambungan kitaran keperluan berdasarkan kepentingan.

Dan keseimbangan, itulah yang terbaik. Wallahu A3lam.

5 comments:

  1. poverty and inequality..hehe

    economic growth-->possess higher human capital-->better education, health and other non-material aspects-->higher standard of living..

    mesir pelik cket kot..x ikut cycle hk ni,,hehe

    sebab bribe rasanya..
    causes inequality..hk kayo koho kayo..hk miskin koho miskin..memey xder chance nk membangun dey dduk dalam poverty cycle tu..:)

    p/s: menarik subjek hk paling awk minat..

    ReplyDelete
  2. kak humaira...detail btl explain psl bbf..hehe.Kat sni pun sama jer.Sy x smpat2 nk tgk,crita ni siap ade musical drama lagi kan?Kna tgk nih,huhu..Kak humaira tgk kat ane?mysoju ek?

    "ekonomi Mesir bergantung kepada pelancongan sebagai punca pendapatan utama."

    ekonomi malaysia?

    ReplyDelete
  3. ekonomi malaysia bergantung pada tax rokok..:)

    dan berbagai-bagai tax lain..

    ReplyDelete
  4. so macam mana dgn qualiti kharijiin mesir fi majali attib???musykillah

    ReplyDelete
  5. begitulah nampaknya bila panel kita dr bidang ekonomi memberikan pandangan. Ana yg dr bidang perubatan terpinga2.. hahaha.. dahsat2 ar istilah cik jah.. teruskan berjuang demi agama.. hoho..

    subjek hok sy minat musti ar menarik.. hehe..


    @ anon:
    hehehe... mana ada detail.. surface je tu.. :D
    jarang tgk kat mysoju, gambar tak lawa sgt.. hehe.. main copy hok ore je.. diore download..

    ekonomi malaysia... marilah kita bertanya kpd ahli ekonomi kita... dan beliau telah menjawab.. tax.. hehe

    dasar ekonomi malaysia berubah bergantung kpd PM. Zaman Tun M, industri, sebelum tu pertanian kot.. Pak Lah, x ingat. Datuk Najib tak tahu.. hahaha..


    @ tok pulai chondong:
    gi spital cari n kaji sdiri.

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^