Pages

Saturday, July 5

Belajar Berdikari

Secara rasminya, saya hanya punya seminggu lagi berbaki utk menghabiskan kelas di Kasr El-Ainy, sebelum memasuki Study Leave dan membuat persiapan untuk peperiksaan akhir sebagai mahasiswi kuliah Perubatan.

Di ambang Ramadhan, saya nekad mahu cuba untuk berubah, atau lebih tepat, mahu 'undone' perubahan buruk yang telah saya benarkan berlaku pada diri.

Salah satu masalah yang dapat dikenalpasti, adalah saya malas mahu menjelaskan sebarang salah faham. Saya tahu manusia sedang galak dan rakusnya mengumpat di belakang. Semakin saya tahu, semakin saya rasa, "they don't worth my explanation, if they valued me, they would've come for my explanation".

Dan pada masa yang sama, saya memutuskan saya akan menjadi cukup kuat untuk menghadapi semua rejection. 

Dunia media sosial juga sedikit sebanyak merubah. Saya belajar menjadi pemerhati. How corrupted one can be in media. Dan sejak berhenti menulis di blog, saya sendiri menulis di FB dengan mempertimbang respon yang bakal diperoleh. Tidak sejujur sebagaimana tulisan di blog dulu-dulu.

Masalahnya juga, saya terlalu melihat sisi seseorang yang saya nilai sebagai sisi tidak elok, dan perlu saya jauhi, dengan cara menjauhi orang tersebut. Dan saya lupa untuk melihat dan cuba bertoleransi demi sisi-sisi baiknya.

Kata orang, kalau sudah dengan pelbagai kelompok manusia kita punya masalah, maknanya masalah itu pada diri kita sendiri, bukan pada orang lain. Ya, sampai saat ini saya terusan cuba memuhasabah kekhilafan diri, memohon doa agar diberikan petunjuk dan dipercantikkan akhlak.

Moga Allah kurniakan kekuatan untuk tidak berakhlak buruk

Saya cuba. Dan Allah, telah menjanjikan ujian bagi setiap yang mencuba. Itulah indahnya mujahadah. 

Cara terbaik untuk sebuah perubahan, adalah dengan bertukar tempat. Untuk itu, saya tidak sabar-sabar lagi untuk menamatkan perjalanan di sini. (I think i imitated a Malay Cartoon here)

Kesalahan seterusnya, mungkin juga kerana selama ini saya pernah percaya dengan kata azimat "jangan pedulikan orang, buat apa yang kita fikir betul." Masalahnya, hidup ini perlukan perbincangan. Mana mungkin penilaian yang terbaik dapat dicapai dari pemikiran sendiri.

Ah, sedih juga bakal tinggalkan Mesir dengan tidak mempunyai seorang pun teman yang benar-benar dapat dihargai. Seorang teman pernah berpesan, gunakan sebaiknya masa yang berbaki untuk mengukuhkan hubungan. Ada rakan-rakan yang dapat saya hargai, dan saya rasa senang untuk berkongsi cerita. Tapi yang dahulu pernah rapat, kebanyakan makin saya jauhi. 

Ada lagi teman yang berkata, apa gunanya kawan kalau bukan untuk disusahkan. Namun di kemudiannya, saya mendapati keselambaan saya dalam meminta dibuat sesuatu dianggap beban. Ya, mungkin kecil amat bagi saya tapi terlalu besar baginya. Namun dia masih menggunakan istilah sahabat. Akhirnya saya sekali lagi gagal memahami makna persahabatan.

Bercakap tentang sahabat, mungkin silap saya dari awal, kerana tidak pernah menganugerahkan istilah 'sahabat' kepada mana-mana teman yang saya kenal di sepanjang perjalan di Mesir. Masih sahabat-sahabat baik di MMP, menjadi kenangan perhubungan persahabatan yang terbaik untuk saya hargai sehingga sekarang. Walaupun kami tidak berkongsi apa yang orang-orang banggakan sebagai fikrah yang sama, atau gerak kerja bermasyarakat yang sama, namun kami berkongsi toleransi, mencorak warna-warni dari perbezaan besar yang ada.

Mungkin juga, enam tahun di Mesir, mendidik self-competency yang tinggi, menjadikan diri-diri, menghargai teman yang hanya boleh memberi kebaikan kepadanya. Teman di ketika dia sunyi. Ketika dia memerlukan company. Sedang saya, bukan itu definisi persahabatan. Untuk berteman, adalah bukan kerana tika kita memerlukan, tapi lebih kepada ketika dia juga berseorangan.

Ah, makin keliru. Agama mengajar hidup ini perlu berteman. Baik study dan balik nanti figure out. Seronok juga tinggal Mesir tanpa kenangan bersahabat. Nanti tak sedih-sedih nak berpisah. ;)

I just wished that I am not a failure. Kena banyak lagi tarbiah diri kasi lembut hati. Self confidence dalam bab tak perlu susahkan orang tak leh tinggi sangat.

Ramadhan kareem.

No comments:

Post a Comment

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^