Pages

Monday, December 13

PERUBATAN itu Anda!

Oh, mantap. Buat pertama kalinya membuat dua post dalam satu hari.

Terdetiklah hati ini mahu membuat post ini sebaik sahaja melihat komen di shoutbox JPP, sesuatu tentang ketuanan Cairo. Ini bukan perkara baru. Bahkan sahabat-sahabat saya sendiri ramai yang berura-ura mahu mengundi semua calon dari Universiti Kaherah. Kenapa hal ini berlaku sedangkan dasar PERUBATAN sendiri mahu merapatkan jurang di antara ketiga-tiga buah universiti dalam Kaherah ini?

Saya maklum keadaan ini berlaku kerana tahun lepas anggota AJKT PERUBATAN telah dianggotai oleh beberapa pelajar dari Ain Shams dan Azhar, dan ada sedikit kekurangan berlaku. Namun kekurangan ini, tidak sewajarnya diadili dengan mengambil kedudukan mereka sebagai pelajar dari Universiti Azhar dan Ain Shams sebagai sebab utama!

Andai keadaan ini berterusan, jurang akan terbina. Saban tahun kita menerima pertambahan ahli yang mendadak, dan bertambah secara berganda di Azhar dan Ain Shams, sedangkan Universiti Kaherah mengekalkan pola pengambilan lebih kurang 100 orang pelajar Malaysia setiap tahun.

Keadaan ini sewajarnya menjadi satu titik permulaan yang baik, di mana bilangan yang ramai ini dimanfaatkan atas dasar satu aqidah, satu negara, satu bidang pengajian. Kita bersama-sama dalam PERUBATAN, bersama-sama membina diri, melatih diri, mempersiapkan diri dan menggali 'added value' yang boleh diambil bagi menempuhi medan sebenar di Malaysia kelak.


PERUBATAN itu Anda, Bukan AJKT

Kerap kali bila disebut PERUBATAN, fikiran kita terbayang Kaherah. Terbayang pula Sayyeda Zainab. Kenapa begini? Maklum, majoriti AJKT PERUBATAN berada di sekitar Sayyeda Zainab. Namun, barisan AJKT ini hanya mewakili sebahagian kecil ahli PERUBATAN. Apa yang saya maksudkan, anda adalah ahli PERUBATAN. Anda dan rakan sekelas anda, rakan serumah anda, rakan seuniversiti anda, rakan semuhafazah anda, selagi mana merupakan rakyat Malaysia yang menuntut dalam bidang Sains Kesihatan di Perlembahan Nil ini, maka andalah PERUBATAN.

Ya, anda dan komuniti anda adalah PERUBATAN. Ini yang saya maksudkan sebagai Merakyatkan PERUBATAN. AJKT yang dilantik hanyalah pemudah cara dan tempat bagi pemusatan segala gerak kerja.

Pesan Rasulullah s.a.w., "Apabila kamu keluar bermusafir dua atau tiga orang, lantiklah seorang ketua." [Abu Daud, no. 2068, Hasan Sahih]

Kerana apa? Untuk pemudah cara dan penentu keputusan. (Oh, jangan salah faham maksud saya. Kewajipan berorganisasi seperti wasiat Nabi dalam Khutbah Wada' juga harus diperhati. Namun bukanlah post ini untuk membincangkan kewajipan qiadah dan kepimpinan.)

Namun tidak harus dilupa, suara dua orang yang lain masih perlu didengari dan diberi perhatian. Ketua tadilah yang akan bertanggungjawab bagi menjaga kebajikan dua sahabatnya, dalam masa yang sama, sebenarnya mereka harus saling menjaga. Itulah fungsi tanzim dalam Islam.

Teringat pula dalil yang dipelajari sebagai bukti tiada DUA Tuhan.

لو كان فيهما آلهة إلا الله لفسدتا

Maksudnya: Sekiranya terdapat Tuhan selain Allah, pastilah akan hancur binasa.
[Al-Anbiya: 22]
Dua nakhoda, pastilah binasa. Itu jugalah kepentingan pemusatan Amal Islami di bawah satu organisasi.


Kuasa di Tangan Anda!

Berbalik kepada apa yang saya maksudkan sebagai Merakyatkan PERUBATAN. Anda, saya, dia dan mereka yang merupakan ahli PERUBATAN adalah berkuasa dalam menentukan duduk bangun PERUBATAN. Anda punya kuasa untuk meneguhkan PERUBATAN di tempat anda. Anda berkuasa untuk memastikan aktiviti dan edaran PERUBATAN sampai ke tangan anda dan rakan-rakan. Anda berkuasa untuk memastikan akademik anda diambil cakna oleh AJKT. Anda berkuasa untuk memastikan semua program PERUBATAN sampai kepada anda dan mampu memberi manfaat kepada anda. Anda berhak mendapatkan penjagaan kebajikan daripada PERUBATAN.

Kata kuncinya, PROAKTIF. Jadilah ahli yang proaktif. Berhubunglah dengan AJKT yang ada. Mereka juga pelajar. Mereka juga seperti anda. Mereka tidak sombong. Mereka pasti mendengar kata-kata anda. Bagaimana saya boleh yakin? Kerana saya kenal mereka semua!

Harus diingat, menjadi ketua sebenarnya adalah menjadi hamba kepada orang yang dipimpin. Menjadi hamba dalam erti kata, berusaha bagi menyiapkan dan menghidangkan keperluan orang yang dipimpin. Maka, tanggungjawab sebagai pemimpin itu adalah sebenarnya bertaraf KULI kepada ahli.


Kepimpinan Melalui Pengaruh

Suka saya tekankan tentang kepimpinan melalui pengaruh. Pertama kali saya difahamkan dengan istilah ini adalah melalui ceramah oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil sewaktu di INTEC. Percaya atau tidak, sekiranya anda cukup hebat, anda tidak perlukan jawatan atau kedudukan untuk membuatkan orang mendengar kata-kata anda. Cukup dengan pengaruh.

Anda tidak perlu menunggu diberi jawatan untuk memastikan suara anda didengari. Kalau anda di pihak yang benar, berani bersuara bagi menjana transformasi, bijak memuntahkan idea dan melakarkan strategi, maka suara andalah yang akan dibawa ke atas, yang akan digunakan sebagai dasar dalam menentukan perjalanan persatuan.


Penutup

Apa juga keputusan yang diambil, siapa juga yang mahu diundi, pastikan orang yang anda pilih adalah yang terbaik untuk agama, untuk ummah, untuk PERUBATAN dan ahli, untuk kesatuan dan kebersamaan kita, dan untuk diri calon sendiri.

Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jugalah sebaik-baik Perancang.


~Sila Undi~



Saya suka Kak Nat.. Tapi mesti Kak Nat dah penat...












~Jangan Undi~


16 comments:

  1. sayo tok pehe bakpo sore jah wakil kaum banin?

    ReplyDelete
  2. ramai je.. http://www.facebook.com/album.php?aid=254350&id=212104498197&ref=mf

    cuma akhawat akan undi akhawat shj, pastu akan undi sorang dari calon presiden (ikhwah)

    ikhwah plak akan undi ikhwah shj, and sorang akhawat dari calon timb pres II

    ReplyDelete
  3. saya nak undi adik saya buleh?

    hehe~~

    all the best kawan2!!


    *your accidentally sister*

    ReplyDelete
  4. undi anda bukan lagi rahsia.. haha..;p

    ReplyDelete
  5. jom pakat mengundi untuk humairah ibrahim!

    ReplyDelete
  6. sila undi pemilik blog ini. XD
    tahun depan jadi timbalan presiden II pula ya.

    ReplyDelete
  7. jangan undi ? bukan ke calon sukarela nape "jangan undi" erk

    ReplyDelete
  8. yang lelaki atas skali tu..sesekali teringat gambar tabib urut Tabib Haji Yahya Abdul Hadi ..gaya dia menelefon tu..hehehe

    kat mana2 universiti pun, calon biasanya kebanyakan anak kelate..kenape yea? :)


    takde undi 'like' ker?..heheh

    ReplyDelete
  9. @ anon: musti kak bella nih.. huhu, doakanlah yg terbaik utk semua akak.. jgn dirobek luka yg kian sembuh.. haha


    @ wani: eheh.. ni kempen, x solid lg sblm pangkah atas kertas undi.. hihi


    @ mek ti: hohoho.. konklusikah itu?


    @ dr alex: dasar pandang ke hadapan sggh.. hoho. habiskan one by one dulu. lex2..

    @ jackster: sbb time pencalonan tak tau sapa lg jd calon. bila dah kluar list calon blh la buat pertimbangan semula. nk tarik diri dah x blh. hehhe

    @ kak izzah: go where? hihi. thanks kak izzah!

    @ tetamu: adeh.. sapo la plok tu. tu bakal presiden kami tu.

    kali ni x ramai pun anak kelate.

    ReplyDelete
  10. saya nak undi insan yang paling bawah sekali la..huhuhuhu....Undilah Humairah... Kak Radin mesti dah penat, bagi la kat orang lain..Ramai ag yang berkaliber terutamanya orang yang paling bawah 2. asal wakil ainsham asal sorang je?.Xcukup 2.. Mari sokong Hajar untuk wakil ainsham lagi sorang selain Kak Aizum...

    Selamat mengundi semua..Buatlah pilihan yang terbaik...

    ReplyDelete
  11. biasanya orang suka buat benda yang ditegah...

    jika kata 'jangan tengok'... makin bnyk yang nak tengok..

    kalau kata 'Jangan undi' ..mesti ramai yang undi ni.. HE HE HE!

    ReplyDelete
  12. setuju dgn anon kat atas tue...hehe..

    humay..
    sokongan kak dah pada awak...
    nak undi jgk org yang kat bawah sekali tue..

    kalu humay bertanding utk kerusi timb pres pun...
    kak dah pasti ragu2 kut utk buat pilihan direct pada kak aimi..huhu..~


    coz u r so000 berkaki lebar..

    "merakyatkan PERUBATAN"
    moga matlamat humay terealiasasi..
    n duduk sbg AJKT sbg bonus n wasilah utk merealitikannya..

    so humay, perjuangkan tempat itu utk awak..

    chaiyok2...

    vote for NUR HUMAIRAH CHE IBRAHIM..

    ~rona~
    kak dah selalu xdapat nak hindari dr tulis komen pnjg2...hehe..

    ReplyDelete
  13. kalian.....

    tinggi sggh kepercayaan.

    @ bad: okes! let's vote for hajar!! a'a.. kak radin mmg nampak penat gileerrr.. kesian dia. better kak radin stay dlm panitia perancang.

    @ anon: reverse psycho eh.. mmg tu pun cara dia. klu kita sebut 'jangan', org akan terbayang benda tu. haha

    @ kak dah: tinggi sangat pujian tu.. huhu.

    doakanlah yg terbaik utk semua. moga akhirnya gerak kerja Islam kita lancar. moga akhirnya kemenangan buat yg terbaik. sbb bg setiap org ada posisi yg terbaik utknya.

    thanks kak dah. thanks for being my kakak!

    ReplyDelete

Saya telah menulis, kini giliran kamu. Pandangan dan perkongsian kalian amat saya hargai. ^_^